Anak takut nak jumpa doktor gigi apa mak ayah nak buat? Jangan risau. Ada penyelesaiannya di sini.
Temu bual salah seorang doktor dalam bidang Pemulihan dan Estetika Pergigian (Restorative and Aesthetic Dentistry), iaitu Dr Ibrahim Shahruddin ini pasti membantu masalah mak ayah.
Menurut beliau punca utama menyebabkan ramai kanak-kanak takut untuk berjumpa dengan doktor gigi adalah kerana mereka tidak didedahkan untuk berjumpa dengan doktor gigi pada seawal tahun pertama kehidupan atau ketika gigi susu pertama muncul.
“Berjumpa dengan doktor gigi bukanlah satu perkara yang menjadi satu kebiasaan bagi rata-rata masyarakat Malaysia. Kanak-kanak biasanya hanya akan dibawa berjumpa doktor apabila sudah berdepan dengan masalah gigi seperti karies gigi,” jelas Dr Ibrahim.
Terdapat juga kanak-kanak yang pertama kali mendapatkan rawatan pergigian ketika di sekolah. Dan lebih ‘memburukkan’ keadaan apabila mereka dirawat dengan jururawat pergigian yang garang. Ini sekali gus menambahkan lagi rasa takut mereka untuk berjumpa doktor gigi.
Bagi Dr Ibrahim, masalah ini sebenarnya boleh diatasi sekiranya tahap kesedaran dalam kalangan ibu bapa adalah tinggi dalam aspek penjagaan pergigian anak-anak. Beliau turut menambah, pada hakikatnya kos untuk mencegah itu adalah sesuatu yang lebih murah dan lebih baik daripada kos yang perlu dikeluarkan untuk merawat apabila sesuatu keadaan sudah menjadi lebih kronik dan serius.
Bagi ibu bapa yang berdepan dengan isu anak takut untuk berjumpa doktor gigi, berikut adalah beberapa perkongsian tip yang boleh dicuba bagi mengatasi masalah ini:
Biasakan anak untuk berjumpa dengan doktor. Tip ini boleh dilakukan pada seawal usia setahun atau ketika anak anda baru mendapat gigi susu yang pertamanya.
Bagi kanak-kanak pula, ia mungkin sedikit sukar untuk membuang rasa takut berjumpa doktor. Tetapi jangan berputus asa. Langkah pertama, biasakan anak anda untuk bertemu dengan doktor. Mungkin pada kali pertamanya hanya sekadar berjumpa dan berbual. Ini adalah untuk membiasakan diri anak dengan doktor gigi.
Sebaiknya hindari daripada menggunakan sebarang paksaan. Mungkin pada kali pertama anda membawa anak berjumpa doktor, ia hanya akan memakan masa tidak sampai 5 minit, apabila akhirnya anak anda meraung dan menangis. Kesabaran adalah kunci utama.
Ia mungkin akan mengambil masa dan memerlukan anda untuk membawa anak anda berjumpa doktor gigi untuk beberapa kali sebelum mereka benar-benar selesa dan tidak takut untuk berjumpa doktor gigi. Tetapi jangan putus asa.
Sebenarnya masalah takut untuk berjumpa doktor gigi ini bukan sahaja berlaku dalam kalangan kanak-kanak, tetapi wujud pada individu dewasa. Jika tidak, takkan muncul petua menggunakan minyak motor untuk merawat sakit gigi, bukan?
Jadi, jika anda merupakan antara individu yang mungkin mempunyai rasa takut mahupun trauma untuk berjumpa doktor gigi, cuba untuk beranikan diri dan kuatkan semangat. Seperti kata Dr. Ibrahim, anda tidak perlu terus untuk melakukan rawatan pada kali pertama, mungkin sekadar mendapatkan konsultasi. Lawanlah rasa takut anda, anda boleh melakukannya.
Sumber: Health Group
Bintang Kecil dah ada di SeeNI!
Download aplikasi
sekarang!
Sesi persekolahan 2025 yang bermula hari ini pastinya membuatkan tugas ibu dan ayah kembali sibuk dengan rutin harian anak ke sekolah.
Paling mendebarkan pastinya ibu dan ayah murid Tahun 1 yang baru melangkah masuk ke sekolah hari ini. Pastikan bermacam ragam anak-anak yang perlu ditangani sebaiknya.
Bagi melancarkan sesi persekolahan anak-anak pada minggu pertama ini, seorang pendidik dalam satu taklimat Guru Besar menitipkan pesanan pada ibu dan ayah terutama yang mempunyai anak di Tahun 1 agar melancarkan pergerakan.
First day primary 1 taklimat Guru Besar:
“Kepada ibu bapa yang pakai kereta mahal tahniah. Kereta besar, cantik. Semua orang dah tahu.
“Tapi jangan berhenti di depan sekolah dan block gate.
“Tahun depan boleh transfer sekolah swasta.
“Kalau nak sangat orang tahu, saya boleh bantu. Tukar name tag anak kepada Velfire, Honda, BMW, Tesla ka apa.
“Nanti bayar yuran boleh letak remaks. Kita boleh tolong kasi print logo kereta.”
Sinis namun inilah yang benar-benar berlaku pada minggu pertama persekolahan anak-anak.
Sebolehnya kita membantu bagi melancarkan lagi pergerakan anak-anak dan lalu lintas agar tidak menyusahkan pengguna lain.
Bintang Kecil dah ada di SeeNI!
Download aplikasi
sekarang!
Adik-adik tahu tak ‘The Chosen One 2024’ telah kembali lagi?
Astro kembali memperkenalkan bakat-bakat baharu dalam ‘The Chosen One 2024’ yang akan bermula pada 20 September ini. Seramai 16 peserta berbakat dari seluruh Malaysia, berumur 11 hingga 17 tahun, telah dipilih untuk menyertai The Chosen One 2024!
Mereka ini mempunyai latar belakang yang hebat! Antaranya, juara pertandingan nyanyian, bintang media sosial, dan juga bakat baru yang belum pernah bertanding sebelum ini.
Dari 16 peserta ini, hanya 8 duo yang berjaya memikat hati coach selebriti akan dipilih untuk bergandingan dengan mereka. Setiap duo akan bersaing di pentas utama untuk merebut gelaran juara. Siapakah yang akan menjadi bintang seterusnya!
Adik-adik ini akan digandingkan dengan penyanyi terkenal seperti Tomok, Aepul Roza, Amir Jahari, Sufian Suhaimi, Suki Low, Adira Suhaimi, Wany Hasrita dan kembar berbakat Firdaus Rahmat & Fahimi Rahmat sebagai coach untuk merebut gelaran juara. Bukan calang-calang orang barisan coach kali ini!
Musim kedua ini akan jadi lebih hebat dengan Dato’ Awie, legenda rock Malaysia, sebagai juri tetap! Bersama beliau, ada Jaclyn Victor, penyanyi hebat yang dah menang banyak anugerah.
Setiap episod akan dikendalikan oleh hos yang kelakar dan ceria, Jihan Muse, serta personaliti radio ERA, Haziq Hussni. Mereka semua akan memastikan rancangan ini penuh aksi dan keseronokan!
Jangan lupa saksikan ‘The Chosen One 2024’ yang akan bermula pada 20 September ini! Setiap hari Jumaat, jam 9 Malam di Astro Ceria (saluran 611) dan Astro Ria (saluran 104).
Bintang Kecil dah ada di SeeNI!
Download aplikasi
sekarang!