Seorang ibu wanita tempatan melaporkan bayi lelakinya yang berusia lima bulan dilaporkan meninggal dunia ketika di sebuah taman asuhan kanak-kanak (taska) di kawasan Kangkar Pulai, Johor Bharu semalam.
Menurut perkongsian dari Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner M Kumarasan berkata, kejadian itu dilaporkan ibu bayi berkenaan, wanita tempatan berusia 31 tahun pada 4.24 petang semalam.
Ads
Beliau berkata, bagaimanapun, bedah siasat dijalankan ke atas mangsa dan mendapati tiada kesan kecederaan luaran pada tubuh badan mangsa.
“Ibu mangsa memaklumkan anaknya tidak sedarkan diri ketika dikejutkan dari tidur oleh pengasuhnya, wanita tempatan berusia 34 tahun.
Ads
“Mangsa dibawa ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) dan disahkan meninggal dunia oleh pihak hospital. Punca kematian masih dalam siasatan,” katanya menerusi kenyataan media, hari ini.
Ads
Menurut beliau, setakat ini, belum ada sebarang tangkapan dibuat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR), dijalankan selari mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001.
Sekolah Kebangsaan Pandamaran Jaya membuktikan keunggulannya apabila dinobatkan sebagai juara Program CSR From Children to Children 2025, Sustainable Action Conference anjuran Control Union Malaysia dengan kerjasama MDBC Innovation & Sustainability Awards.
Kejayaan ini bukan sekadar kemenangan, tetapi bukti nyata bahawa pendidikan kelestarian mampu membentuk generasi muda yang peka terhadap alam sekitar dan berdaya saing tinggi.
Dalam program berprestij ini, SK Pandamaran Jaya telah diumumkan sebagai juara Program CSR From Children to Children 2025 dan akan melaksanakan program CSR tersebut di sekolah-sekolah terpilih iaitu SK (A) Bukit Kemandol, SK Kampung Busut Asli, SK (A) Bukit Cheding, SK Seri Cheding dan SK (A) Tun Abdul Razak.
Lebih membanggakan lagi, projek Tenaga Solar SK Pandamaran Jaya turut diiktiraf sebagai finalis dan menerima hadiah bernilai RM10,000.
Penyampaian anugerah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Nor Yahati binti Awang, Timbalan Ketua Setiausaha (Kelestarian Alam Sekitar), Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam Sekitar (NRES).
Guru Besar SK Pandamaran Jaya, Encik Mohd Zuraidi Komari, menzahirkan rasa syukur dan penghargaan tidak terhingga kepada semua pihak yang telah bersama-sama menjayakan inisiatif ini terutama kepada,
Kemenangan Program CSR From Children to Children 2025 ini menjadi simbol semangat #JalanTerus warga SKPJ membuktikan bahawa anak-anak kecil juga mampu membawa perubahan besar untuk bumi yang lebih hijau dan lestari.
Dengan usaha bersama dan iltizam tinggi, SK Pandamaran Jaya bukan sahaja mengharumkan nama sekolah, tetapi turut menjadi inspirasi kepada semua institusi pendidikan untuk terus mendidik generasi prihatin dan berjiwa lestari.
Bintang Kecil dah ada di SeeNI!
Download aplikasi
sekarang!
Bagi kanak-kanak yang baru mencuba untuk berpuasa pastinya satu cabaran buat mereka. Apa kata kita bantu anak-anak dengan bacakan doa mudah ini. Pasti anak boleh tahan lapar sampai caktu berbuka. Jom cuba!
Menerusi perkongsian di laman TikTok itu, doa hilangkan dahaga yang boleh dibaca selepas bersahur adalah surah al-Kautsar dan diulangi sebanyak 7 kali. Dengan izinNya, anda tidak akan rasa haus sehingga waktu berbuka.
Selain itu, anda juga boleh amalkan minum air nabeez ketika bersahur dan meningkatkan pengambilan protein. Hal ini kerana ia dapat membantu hidrasikan tubuh badan.
Minuman sunnah ini bukan sahaja menyegarkan, tetapi juga kaya dengan khasiat yang baik untuk kesihatan, terutama dalam tempoh berpuasa.
Bintang Kecil dah ada di SeeNI!
Download aplikasi
sekarang!
Korang ada tak bantal busuk? Atau selimut busuk? Atau patung yang memang kena peluk setiap malam? Ha kalau ada, itu normal tau! Ramai kanak-kanak ada “kawan lembut” yang buat mereka rasa selamat.
Tapi kenapa kita sayang sangat pada bantal busuk ni? Jom cerita cara mudah dan fun untuk kawal hubungan istimewa tu!
Menurut Doktor Redza Zainol, bila kanak-kanak selalu berjauhan dengan mak ayah, hati mereka cepat jadi gelisah. Bantal atau selimut busuk ni macam penyelamat kecil yang buat mereka rasa:
Macam kawan baik yang selalu ada bila kita takut atau rindu!
Ada kajian kata, budak umur 3 tahun yang duduk lama di rumah pengasuh lebih cenderung ada bantal busuk berbanding yang balik separuh hari.
Kadang-kadang ada bantal yang dah lama tak basuh sampai warna pun dah jadi coklat bercapuk. Eee… bukan sebab busuk je, tapi bakteria pun boleh buat rumah sendiri dekat situ!
Kalau tak basuh, badan kita boleh cepat demam dan batuk. Jadi bukan salah ada bantal busuk, cuma kena jaga kebersihannya.
Biasanya bantal busuk mula “lahir” masa usia 8 bulan hingga 1 tahun. Dan kebanyakan kanak-kanak akan mula berenggang umur 2 hingga 5 tahun.
Tapi jangan risau, setiap orang lain-lain. Kalau umur 5 tahun masih peluk bantal busuk, itu tak salah pun! Yang penting, proses berenggang tu dibuat secara perlahan dan penuh kasih sayang.
Bagi masa khas untuk peluk, borak dan bergurau dengan mak ayah korang. Bila hati penuh kasih sayang, tak perlu bergantung sangat pada bantal busuk.
Contoh ayat:
“Harini kita tinggalkan Teddy dekat rumah ya. Nanti kalau bawak keluar, Teddy kotor.”
Cakap macam tu pada diri sendiri. Lama-lama korang mesti terbiasa.
Macam main game! “Teddy pun kena mandi, nanti dia wangi macam korang!”
Lepas basuh, boleh sama-sama jemur. Seronok tau!
Jangan cakap, “Eiii busuknya!”
Korang mesti akan sedih sebab bagi korang, itu kan “kawan”.
Korang kena belajar pisahkan sekejap dengan bantal peluk korang ni. Contoh kalau pergi bercuti janganlah bawa, tinggalkan saja di rumah. Cakap pada diri korang yang korang baik saja tanpa bantal busuk kesayangan korang tu. Step by step!
Sebab bila mereka di tempat baru atau dijaga orang lain, hati mereka rasa:
Bantal busuk tu macam pelindung kecil yang membuatkan mereka rasa berani dalam dunia yang besar.
Tak salah ada bantal busuk. Tak salah nak peluk. Yang penting:
Kalau korang ada bantal busuk, ingat… itu cuma alat untuk buat hati lebih kuat. Yang paling penting ialah kasih sayang mak ayah yang buat kita rasa selamat setiap hari!
Dan kalau korang masih sayang sangat pada bantal kesayangan mereka, itu bermaksud korang sedang bina rasa selamat. Perlahan-lahan ya!
Bintang Kecil dah ada di SeeNI!
Download aplikasi
sekarang!