Nak kawal anak yang naughty ni memang satu cabaran besar untuk mak ayaH tapi jangan risau, dengan pendekatan yang betul, insyaAllah boleh bantu ubah sikap mereka perlahan-lahan. Nah, ni beberapa tips kawal anak yang nakal
1. Tenang dulu, jangan terus marah
Kalau anak buat perangai, cuba tarik nafas dulu. Marah yang meletup-letup boleh buat anak jadi lebih keras kepala atau takut, bukan insaf. Anak belajar lebih baik bila kita tenang.
2. Konsisten dengan peraturan rumah
Anak perlukan guideline. Bila kita konsisten dengan ‘rules’ contoh, tak boleh tengok TV kalau tak siap kerja sekolah – lama-lama dia tahu mana had dan batas.
Ads
3. Beri perhatian bila anak berkelakuan baik
Kadang-kadang anak nakal sebab nak perhatian. Bila dia buat baik, cepat-cepat puji atau peluk. Lama-lama dia tahu, buat baik = dapat perhatian positif.
Ads
4. Gunakan ‘natural consequence’
Contoh: kalau dia campak mainan, jangan belikan yang baru. Biar dia rasa akibat daripada perbuatan dia sendiri. Tapi explain dengan lembut kenapa kita buat begitu.
Ads
5. Luangkan masa berkualiti
Kadang anak nakal sebab rasa tak cukup perhatian. Cuba spend masa walaupun 15-20 minit sehari buat aktiviti sama-sama. Biar dia rasa dihargai dan disayangi.
Kalau anak tetap degil, jangan give up ya. Proses ni memang makan masa, tapi bila konsisten dan sabar, anak akan mula berubah. Nak saya bantu buat konten atau video pasal ni? Boleh je!
Bintang Kecil dah ada di SeeNI!
Download aplikasi
sekarang!
Setiap kali musim perayaan, kanak-kanak pasti teruja menerima duit raya. Bagi ibu bapa pula, timbul persoalan di mana tempat terbaik untuk menyimpan duit raya anak-anak? Ramai yang memilih untuk memasukkannya ke dalam akaun bank kerana dianggap sebagai langkah selamat.
Namun, tahukah anda bahawa simpanan dalam bank mungkin bukan pilihan yang paling menguntungkan? Ini kerana wang yang disimpan tidak berkembang dengan sendiri, melainkan kita menambahnya secara manual. Berbanding itu, terdapat pilihan simpanan lain yang mampu memberikan dividen dan keuntungan lebih tinggi dalam jangka masa panjang.
Jadi, bagaimana cara terbaik untuk memastikan duit raya anak-anak berkembang dan tidak sekadar “tidur” dalam akaun bank? Ikuti perkongsian Akhtar Syamir Nor Azmanmengenai pilihan simpanan yang lebih bijak dan menguntungkan!
Kita ni selalu rasa simpanan yang kita tengah buat tu bagus dan bertambah. Bila tengok amaun simpanan tu meningkat, kita rasa bangga dan berjaya menyimpan duit.
Tapi sebenarnya itu hanyalah satu simpanan yang merugikan. Rugi bukan dari segi duit berkurang, tetapi rugi dari segi duit tak bertambah dengan sendirinya. Ianya hanya bertambah bila kita tambah duit.
Kalau boleh saya gunakan ayat English ni, ianya hanyalah satu “false sense of successful saving”.
Kenapa? Kerana kita rasa duit bertambah tetapi ianya hanya bertambah bila kita tambah duit tu sendiri, bukan duit tu bekerja untuk kita.
Ada ke duit yang tambah sendiri? Ada, melalui dividen dan keuntungan. Ada beza ke? Mestilah ada. Kalau simpan dalam bank, duit tu tak berkembang. Kalau di tempat lain, dapat 3% setahun, 5% setahun, 8% setahun.
Sebagai contoh, anak Neelofa dapat duit raya RM14,000. Kalau 8% dah untung RM1,120 setiap tahun. Kalau 5%, untung RM700, kalau 3% dah untung RM420 setahun. Kalau simpan dalam bank, nak dapat RM140 pun belum tentu.
Nampak tak kat sini? Kita asyik ingat simpan kat bank tu bagus. Bagus kalau kita berniat nak guna bila-bila. Tapi duit raya anak bukan boleh digunakan sewenang-wenangnya. Jadi, kalau tiada keperluan, baik simpan elok-elok.
Kat mana nak simpan?
Contoh paling mudah ialah di Tabung Haji. Dividennya dalam 3% dan simpanan tu punya Zakat, Tabung Haji akan bayarkan.
Boleh juga simpan di ASB dengan dividen lebih kurang 5%. Simpanan pun selamat dan stabil.
Nak simpan di SSPN-i pun boleh. Ada juga pulangan dan boleh fokus pada pendidikan anak.
Yang paling penting, semua simpanan ini jangka masa panjang. Kita sebagai ibu-bapa jangan gelojoh nak untung cepat. Kalau boleh, nak simpan hari ini, esok dah kaya raya. Takde yang macam tu, kalau ada, confirm kena scam.
Berapa lama nak simpan? Simpanlah sehingga anak-anak dah besar dan bersedia untuk masuk universiti. Dalam 15 ke 20 tahun macam tu. Kalau simpanannya lama, 5% yang nampak kecil pada tahun pertama akan menjadi besar pada tahun ke 20.
Ada satu lagi tempat simpanan yang bagus iaitu menyimpan dalam pelan simpanan dan pelaburan AIA Public Takaful. Konsep simpanan ni lebih menarik kerana ianya simpanan jangka masa panjang dengan tempoh bayaran jangka masa pendek.
Simpan 20 tahun tapi tempoh bayaran 5 tahun sahaja (minimum RM1,000 sebulan) atau simpan 20 tahun, tapi tempoh bayaran hanya 10 tahun (minimum RM500 sebulan).
Simpanan yang berpotensi tinggi, selamat dan jadi hibah jika berlaku kematian kepada penyimpan. Jadi, takdelah simpanan tu dibekukan nanti dan tak perlu difaraidkan.
Seawal usia anak 14 hari dah boleh join. Nak buat untuk pendidikan anak boleh, nak buat untuk pembahagian harta pusaka yang mutlak atau untuk persaraan diri sendiri pun boleh juga.
Kalau nak menyimpan dengan lebih baik, saya boleh uruskan. Bulan depan takde dah pelan simpanan gerenti lulus ni.
Mula merancang simpanan, jika kita gagal merancang, kita sebenarnya sedang merancang hutang pertama anak iaitu hutang pendidikan.
Pada usia baru empat tahun, Jeimithra Vasagam telah mencipta rekod luar biasa yang sukar ditandingi. Dalam masa hanya 1 minit dan 35 saat, anak kecil ini berjaya mengenal pasti kesemua 118 elemen dalam jadual berkala—satu pencapaian yang mengagumkan dan jarang berlaku untuk kanak-kanak seusianya.
Sebelum ini, Jeimithra telah memegang rekod mengenal pasti bendera negara dengan pantas, dan kini dia memilih cabaran jadual berkala sebagai langkah seterusnya. Dengan hanya enam minggu latihan, kebolehan luar biasa ini terus menyerlahkan kehebatan daya ingatannya yang luar biasa.
Memetik laporan Harian Metro, pencapaian anak kecil itu membolehkannya memperoleh lima pengiktirafan termasuk daripada Malaysia Book of Records, India Book of Records, Worldwide Book of Records, India Book of Records serta Asia Book of Records
Ibunya, Dr Mathi Vathani berkata, pencapaian Jeimithra itu bukanlah secara kebetulan, memandangkan beliau sudah merangka gabungan sempurna antara murid, keseronokan dan pembelajaran untuk anak perempuannya itu.
“Dia belajar jadual berkala ini sejurus sebelum tidur yang juga masa paling aktif. Saya hanya memastikan dia belajar lima elemen setiap hari. Jika perkataan itu sukar, saya mengajarnya tiga atau dua elemen setiap hari.”
“Pada masa lain, dia menghabiskan masanya di tadika, apabila dia kembali, dia akan berehat, bermain, mempunyai setengah jam untuk latihan piano, belajar selama lima hingga sepuluh minit di meja berkala ini dan tidur awal,” kata ibu berusia 30 tahun itu.
Vathani berkata, perkara penting ditekankan kepada anak-anaknya ialah waktu tidur yang awal, dengan kebiasaannya mereka akan tidur pada jam 9 malam.
“Buat mereka tidur awal kerana ia perkara yang selalu ditekankan pakar pediatrik saya. Semakin mereka tidur awal, semakin meningkat daya ingatan mereka.
Beliau menjelaskan bahawa pencapaian luar biasa anak perempuannya itu diraih tanpa bergantung pada gajet, kerana beliau sendiri sangat tegas dalam mengehadkan penggunaannya.
“Pertama sekali, gajet memberi kesan buruk kepada mata mereka, dan itu adalah perkara yang sangat penting. Kedua, saya perhatikan banyak ibu bapa dan anak-anak masing-masing sibuk dengan telefon mereka, hingga mereka kehilangan peluang untuk meneroka dunia seperti yang kita lakukan semasa kecil.
“Skrin menghalang kreativiti dan penerokaan dunia sebenar. Sebaliknya, kami mengisi masanya dengan aktiviti luar seperti bermain, selain menonton kartun klasik seperti Scooby-Doo dan Tom & Jerry.
“Kami mahu dia memberi tumpuan kepada pembelajaran, tetapi dalam masa yang sama tidak mahu dia terlepas saat-saat berharga zaman kanak-kanak yang penuh keseronokan seperti kami dahulu,” katanya.
Tambahnya, beliau juga menitikberatkan aspek pemakanan dalam membantu anaknya membina daya fokus yang tinggi. Anak perempuannya diberikan makanan kaya dengan protein dan kalsium untuk menyokong tumbesaran dan kecerdasan otak.
Beliau turut mengelakkan sepenuhnya makanan manis dan diproses, memastikan Jeimithra tidak mengambil gula-gula atau coklat. Langkah ini diambil bagi mengelakkan anaknya menjadi terlalu hiperaktif dan membantu mengekalkan tahap fokus yang optimum.
Di luar pencapaian akademik yang membanggakan, Jeimithra juga menunjukkan minat terhadap muzik, terutamanya bermain piano. Ibunya percaya aktiviti ini membantu merangsang kedua-dua belah otaknya dan meningkatkan kebolehan kognitifnya secara menyeluruh.
Selain itu, Vathani mendedahkan mereka kini memperkenalkan Jeimithra kepada permainan catur dengan menunjukkan video orang bermain catur sebagai langkah awal.
“Saya tidak mahu dia rasa terasing, jadi saya fikir catur adalah pilihan yang baik untuk meningkatkan daya ingatannya. Kami juga merancang untuk melibatkannya dalam pertandingan catur pada tahun depan,” katanya.
Apabila ditanya tentang cita-citanya, Jeimithra dengan penuh keyakinan menjawab bahawa dia bercita-cita untuk menjadi Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) sebuah syarikat besar pada masa hadapan.
Pelakon Fatin Afeefa kelihatan sebak ketika menghantar anak lelakinya, Adam Aisy Arrian, ke sekolah agama untuk mendalami ilmu al-Quran.
Menerusi hantaran yang dikongsi oleh pihak pusat tahfiz di TikTok, dapat dilihat Adam melafazkan janji di hadapan kedua ibu bapanya.
Dalam lafaz tersebut, Adam berjanji akan berusaha menyelesaikan hafalannya dalam tempoh setahun serta berharap agar perjalanannya menjadi seorang hafiz dipermudahkan.
“Ia adalah tangisan penuh makna, lahir dari lubuk hati seorang ibu dan ayah di dunia realiti, saat menghantar anak mereka ke tahfiz.
“Perjuangan kini bermula. Beruntunglah ibu bapanya dikurniakan anak yang berada di jalan menghafal Quran. Tahniah Puan Fatin Afeefa dan suami kerana telah memilih untuk berada dalam perjuangan ini bersama anak.
“Moga Allah permudahkan langkah mereka,” tulis Akademi al-Quran Akmal di ruangan kapsyen.
NETIZEN TERHARU
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terharu serta kagum dengan cara Fatin Afeefa dan Opai yang bersungguh-sungguh mendidik anak-anak untuk menjadi seorang insan yang dapat berbakti kepada agama.
Sekadar info, Adam adalah anak daripada hasil perkahwinan pertama dengan bekas suami Fatin namun, dia mengambil keputusan untuk tidak mendedahkan perkahwinan itu secara terperinci kepada umum.
Pada 21 Disember 2013, Fatin mendirikan rumah tangga dengan Adam dan dikurniakan seorang cahaya mata, Ivy Herra Sophia sebelum memfailkan perceraian pada 30 Mei 2017 dan berpisah dengan baik.
Dia kemudiannya membina mahligai dengan Aliff pada Disember 2022 dalam majlis yang diadakan secara tertutup di Subang Jaya. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki yang kini berusia tujuh bulan.
Sumber: Tiktok Akademik Al-Quran Akmal
Bintang Kecil dah ada di SeeNI!
Download aplikasi
sekarang!