Siapa yang tak mengenali pempengaruh cantik, MUA Bellaz yang menjadi ispirasi kepada para wanita yang sukakan dunia solekan. Bukan saja Bellaz, tetapi kehidupannya bersama anak-anak juga sering mendapat perhatian.
Antara kesemua anak Bellaz, anak keempatnya iaitu Nur Aisywara Nealofar atau Wara sering dinanti-nantikan perkembangannya.
Sebuah video yang dimuatnaik oleh Bellaz melalui media sosial menunjukkan dia sedang bersembang dengan Wara. Bellaz kemudian meminta anaknya itu mengira dari nombor 1-10 dan ternyata pada usia dua tahun, dia sudah mampu melakukannya dengan lancar.
Ads
Bukan itu saja, Wara sangat teruja untuk menyebut ABC. Bukan itu saja, dia turut mengikut setiap apa yang disebut oleh Bellaz. Di dalam video tersebut juga Bellaz menyebut yang dia akan memberi upah susu kepada Wara. Ketika ditanyakan tentang namanya, Wara segera menyebut Wara.
Selepas melayan setiap permintaan Mamanya, Wara tidak lupa untuk meminta upahnya. Mendengarkan permintaan Wara yang mahukan permainan, Bellaz memberitahu yang dia sudah mengagak yang anaknya akan menuntut upah.
Nak anak jadi lebih rajin memang cabaran, kan? Tapi jangan risau! Sebenarnya, ada cara kreatif yang boleh kita lakukan untuk galakkan mereka rajin tanpa paksaan. Yang penting, aktiviti ni seronok dan beri manfaat untuk perkembangan mereka. Jom kita cuba!
5 Tip Aktiviti
Beri Tugasan Harian Ringkas
Mulakan dengan tugasan kecil, seperti menyusun buku atau lipat baju. Anak akan rasa seronok bila dapat pujian selepas berjaya siapkan tugasan.
Sediakan Jadual Aktiviti yang Kreatif
Buat jadual harian yang menarik dengan warna-warna ceria. Ajak mereka tanda tugasan yang dah selesai—ini akan buat mereka lebih bersemangat.
Gunakan Sistem Ganjaran
Berikan ganjaran kecil, seperti pelekat bintang, bila anak rajin buat sesuatu. Lama-kelamaan, mereka akan ada motivasi dalaman untuk terus rajin.
Contohi Kerajinan Kita
Anak selalu meniru ibu bapa. Jadi, tunjukkan contoh dengan rajin mengemas atau memasak sambil ajak mereka turut serta.
Libatkan Aktiviti Seronok
Masukkan elemen permainan, seperti ‘siapa cepat habis lipat baju’. Aktiviti sebegini bukan saja menyeronokkan, tapi juga melatih mereka jadi rajin.
Rajin bukanlah sifat yang datang sendiri, tapi ia boleh dipupuk dari kecil. Dengan aktiviti yang menyeronokkan, anak-anak pasti lebih bersemangat untuk membantu dan menjadi lebih berdikari. Selamat mencuba, mak ayah!
Bintang Kecil dah ada di SeeNI!
Download aplikasi
sekarang!
Risaukan apabila anak demam lebih tiga hari. Apabila bagi ubat demam, masih tidak kebah demamnya. Jangan ambil mudah mengenai ini, hanya dengan memberi ubat demam sahaja. Sebagai ibu bapa, kita mahukan yang terbaik untuk setiap anak–anak terutamanya kesihatan mereka. Jalan terbaik adalah segera membawa anaka berjumpa doktor.
Ikuti nasihat Dr Ezairy M.Sallih, Doktor Otorinolaringologi (ENT) moga menjadi panduan bersama supaya ibu bapa memantau kesihatan anak-anak.
KENAPA PESAKIT PERLU BERJUMPA DOKTOR?
“Doktor, anak saya sudah tiga hari demam, sakit tekak dan hari ini tak boleh makan, bahaya tak doktor?”
“Ibu saya dah dua bulan ada ketulan kat leher dia, tekan tak sakit, kena buang tak, doktor?”
Soalan-soalan seperti ini bukanlah jarang untuk saya temui. Setiap hari saya terima puluhan mesej di sini dan di emel berkenaan soalan-soalan seumpama ini. Saya akan jawab secara ‘general’ segala masalah yang dialami.
Perlu diingatkan, semua diagnosis secara tepat perlu kepada beberapa langkah yang mesti dilakukan. Kemudian, diagnosis tepat kepada pesakit dapat dikenalpasti.
Doktor perlu menjalankan langkah seperti berikut
1. History taking
Sejarah lampau pesakit perlu diketahui. Apa pesakit ada? Kencing manis, darah tinggi, serangan strok beberapa tahun lepas dan lain-lain. Ini semua penting supaya dokor dapat melakukan rawatan yang tepat dan wajar kepada pesakit.
Gejala dan simptom terkini pesakit juga perlu diketahui secara terperinci. Ini perlu supaya kami mampu mendapatkan diagnosis tepat kepada pesakit.
2. General examination
Doktor perlu melakukan pemeriksaan menyeluruh kepada pesakit. Ini termasuk keadaan keseluruhan pesakit seperti bagaimana pesakit mampu berjalan, menggunakan kerusi roda, cara pesakit bernafas, dan banyak lagi. Tanpa melihat sendiri keadaan pesakit, doktor tidak mampu melakukan kesemua ini.
3. Local examination
Apabila pesakit mengadu mengenai masalah telinga, tekak atau hidung contohnya. Doktor akan memeriksa lebih terperinci bahagian ini. ‘Local examination’ perlu dilakukan selepas doktor melakukan ‘general examination’ kepada pesakit. Pemeriksaan pada tekak contohnya, doktor perlu melihat warna tekak, apa-apa pembengkakan pada kawasan tekak, sekitar gigi, bagaimana pula struktur sekitar tonsil dan banyak lagi.
Doktor juga perlu melakukan ‘palpation’ untuk mengenalpasti lebih terperinci ciri-ciri sesuatu penyakit. Pembengkakan pada leher contohnya boleh disebabkan oleh jangkitan kuman, kebarangkalian kanser, ketumbuhan benign dan berbagai-bagai lagi. Kesemua ini memerlukan pemeriksaan secara dekat oleh doktor.
4. Keputusan ujian darah dan lain-lain
Selepas memeriksa keadaan fizikal pesakit, seterusnya doktor akan mendapat idea tentang penyakit yang dialami oleh pesakit. Dari sini, kami akan melakukan beberapa ujian yang perlu. Ini seperti ujian darah, x-ray, skan dan lain-lain jika perlu. Namun, ada sesetengah kes hanya memerlukan diagnosis secara klinikal terhadap pesakit.
Oleh itu, jika anda ada sebarang masalah, jangan ragu-ragu mendapatkan pemeriksaan doktor. Tidak semua persoalan saya mampu jawab secara terperinci. Menjadi kesalahan bagi mana-mana petugas kesihatan melakukan konsultasi dan memberi diagnosis di media sosial tanpa melakukan pemeriksaan.
Moga tulisan saya ini bermanfaat. Sebarkan info ini semoga lebih ramai mereka yang kita sayang dapat berjumpa doktor selepas ini. Jom!
Dr Ezairy M.Sallih
Doktor telinga, hidung & tekak
Minta maaf jika soalan anda tidak berjawab di ruangan mesej. Anda boleh terus tulis pada ruangan setiap artikel. Saya akan jawab mana yang boleh.
*Gambar menunjukkan beberapa jenis pembengkakan pada leher. Ia memerlukan pemeriksaan oleh doktor di klinik atau hospital.
Tentu ramai yang gemar makan buah naga merah atau putih. Namu tahukah anda bahawa ini sebenarnya ada perbezaanya khasiat.
Nak tahu lebih lanjut ikuti perkongsian Dr Zubaidi Hj Ahmad menerusi halaman facebooknya
Warna yang berbeza antara buah naga merah dan buah naga putih disebabkan oleh pigmen yang terdapat dalam daging buah tersebut:
Buah Naga Merah mengandungi pigmen yang dipanggil betalain. Betalain adalah pigmen yang memberikan warna merah atau ungu pada buah naga merah. Pigmen ini juga terdapat dalam bit dan beberapa jenis bunga. Buah ini memberi rasa sedikit manis dan masam.
Buah Naga Putih mengandungi pigmen yang lebih sedikit atau tiada betalain, menyebabkan isi buahnya berwarna putih. Warna putih ini adalah hasil daripada kandungan pigmen yang rendah. Rasa buah ini lebih tawar.
Pigmen ini bukan sahaja memberikan warna yang menarik tetapi juga mempunyai sifat antioksidan yang bermanfaat untuk kesihatan.
Kedua-dua jenis buah naga mempunyai kandungan nutrisi yang hampir sama, iaitu mengandungi vitamin dan mineral penting seperti vitamin C, serat, dan antioksidan.
Namun, buah naga merah cenderung mempunyai lebih banyak antioksidan berbanding buah naga putih.
Kedua-dua buah naga merah dan putih membantu melancarkan sistem pencernaan, mencegah kerosakan sel tubuh, menurunkan kadar kolesterol, meningkatkan kekebalan tubuh, dan menjaga berat badan.
Semoga bermanfaat.
Sumber: Dr Zubaidi Hj Ahmad
Bintang Kecil dah ada di SeeNI!
Download aplikasi
sekarang!