Kalau tengok dekat sosial media, boleh dikatakan banyak ‘feed’ yang memaparkan video-video dari kawan-kawan kita ni.
Telatah mereka memang mencuit hati. Tak kurang juga ada yang petah bercakap dan berlakon. Mana tahu, mereka inilah pelapis-pelapis cilik yang akan memeriahkan industri hiburan nanti.
Kalau sebut pasal berenang, mesti ramai budak terbayang momen paling best… terjun air, cipta gelembung, lompat masuk kolam dan rasa badan jadi ringan macam ikan kecil. Tapi korang tahu tak, berenang bukan sekadar main air, sebenarnya ada banyak gila kebaikan untuk tubuh dan otak budak.
Setiap kali korang mengayuh tangan dan kaki dalam air, sebenarnya seluruh badan tengah bekerja. Air tu bagi rintangan lembut, jadi otot jadi makin kuat tanpa rasa sakit pun. Lagi banyak berenang, lagi sihat jantung, paru-paru dan lagi cergas badan korang.
Badan pun tak cepat penat sebab air bantu sejukkan otot. Sampai kadang-kadang rasa macam tengah terbang dalam air! Aktiviti berenang untuk kanak-kanak memang bagus untuk bantu tubuh jadi lebih aktif dan lasak.
Dalam air, korang kena ingat macam-macam. Macam mana nak ambil nafas, bila nak tarik tangan, bila nak gerak kaki dan macam mana nak imbang badan supaya tak tenggelam.
Tanpa sedar, otak sebenarnya tengah belajar jadi lebih fokus, lebih cepat berfikir dan lebih pandai kawal pergerakan. Best kan? Main air pun boleh jadi bijak! Sebab itulah ramai guru renang suka sangat aktiviti berenang untuk kanak-kanak kerana ia asah minda sambil bermain.
Sebab itulah ramai budak suka sangat berenang. Bila masuk air, badan rasa ringan dan kepala rasa tenang. Bila habis berenang, mood jadi lebih ceria dan kurang stress. Kadang-kadang yang tak pandai sangat pun tetap tersenyum sebab seronok main air.
Ramai pakar kata budak boleh mula belajar asas dalam air seawal umur 3 atau 4 tahun. Masa ni korang dah boleh ikut arahan mudah macam tiup gelembung, genggam tepi kolam dan cuba terapung.
Kalau nak masuk kelas berenang betul-betul, biasanya umur 5 atau 6 tahun paling sesuai sebab badan dah lebih kuat dan senang ikut teknik. Apa pun, korang mesti sentiasa ada orang dewasa dekat tepi. Walaupun dah terror, jangan berenang sorang-sorang ya!
Ini sebab paling penting kenapa budak patut belajar berenang untuk kanak-kanak. Korang akan belajar terapung, bernafas betul-betul, dan menyelamatkan diri kalau berlaku kecemasan. Kemahiran air ni penting sangat untuk keselamatan bila pergi pantai, sungai atau kolam.
Kelas berenang selalu meriah dengan gelak dan percikan air. Ramai budak dapat kawan baru, beri semangat dekat kawan yang takut air atau bersorak bila kawan berjaya terapung sendiri. Dalam air pun boleh jadi geng rapat tau!
Sebab badan banyak bergerak masa berenang, malam nanti korang akan rasa lebih tenang dan senang tidur. Badan letih dengan cara yang sihat, otak pun rehat lebih cepat. Aktiviti berenang untuk kanak-kanak memang membantu rutin tidur jadi lebih teratur.
Berenang memang aktiviti yang super fun untuk budak! Korang jadi lebih kuat, lebih fokus, lebih ceria dan yang paling penting… lebih selamat bila berada dekat air. Dan kalau nak mula rutin berenang untuk kanak-kanak, pastikan sentiasa ada orang dewasa yang memantau supaya semua orang rasa lebih yakin dan selamat.
Bintang Kecil dah ada di SeeNI!
Download aplikasi
sekarang!
Bukan semua anak-anak kita mempunyai keyakinan diri yang tinggi. Ada sesetengahnya mula rasa tak yakin dan takut untuk mencuba.
Sebagai mak ayah, kitalah yang perlu bertindak untuk membantu anak jadi berani mencuba.
Menurut perkongsian Mohd Fhais Salim, mak ayah berperanan penting untuk meningkatkan keyakinan dan kepercayaan anak-anak. Ikuti perkongsian beliau.
Lima cara untuk tingkatkan keyakinan diri anak-anak.
Apabila anak cakap saya tak pandai, saya tak tahu terus kita cakap ” kamu bukan tak tahu, kamu bukan tak pandai tapi kamu belum cuba. Cuba dulu buat.”
Beritahu anak, tak tahu tak mengapa tapi jangan takut untuk mencuba. Kita galakkan anak untuk berani mencuba.
Kita jangan sekali-kali marah anak. Beritahu anak dengan baik dan ajak anak untuk buat sama-sama. “Jom, mari ayah tunjukkan caranya”. Nampak mudah tapi cara ni boleh tingkatkan keyakinan anak.
Seterusnya beritahu anak, “Tak apa ibu percaya kakak boleh buat”. Kadang-kadang anak mudah rasa tak yakin pada diri. Kita tambah dan suntik sedikit keyakinan diri pada anak. Tambahkan kepercayaan pada diri anak. Insyallah membuahkan hasil.
Kelima, sudah tentulah anak perlukan latihan kerana latihan akan menambahkan kemahiran dan kemahiran inilah yang akan meningkatkan keyakinan diri anak.
Jadi, mak ayah kena sabar dan konsisten untuk sentiasa mendidik anak sehingga dia yakin pada dirinya sendiri.
Bila saja anak sudah menginjak ke alam persekolahan, ada beberapa perkara yang mak ayah perlu tekankan pada anak. Ini termasuklah bab menjaga aurat lelaki dan perempuan.
Menurut Dr Redza Zainol, sebaik anak melangkah ke alam persekolahan, anak perlu dijaga dengan beberapa perkara yang penting untuk menjalani proses pembesaran mereka. Ikuti perkongsian ini.
6 perkara yang anak lelaki & perempuan usia 7 tahun perlu jaga bila dah mula bersekolah:
1. Jaga adab sesama kawan. Jangan biarkan budaya ‘body shaming’ atau ejek mengejek berlaku.
2. Jangan benarkan rakan-rakan atau orang dewasa sentuh ‘private part’ walau sesama jantina (dada, bibir, punggung dan kemaluan).
3. Jaga tutur kata. Murid Darjah 1 pun ada yang dah mencarut, tunjuk jari tengah dan lain-lain.
4. Mengadu kepada guru andai berlakunya buli (ejek-mengejek), sentuhan tidak selamat atau pertuturan kawan yang tidak menyenangkan.
5. Hargai barang yang dibeli oleh ibu bapa. Jika tidak, pensel, pemadam, pembaris, botol air semua hilang.
6. Mula diajar solat setiap hari dan belajar bacaan semasa solat.
Bintang Kecil dah ada di SeeNI!
Download aplikasi
sekarang!