Tahniah diucapkan buat si cilik kesayangan ramai, Tiara Ziniriah,anak kepada penyanyi dan pelawak Achey yang mendapat keputusan peperiksaan penilaian akhir tahun yang cemerlang di sekolahnya.
Biarpun dikhabarkan mempunyai masalah pembelajaran namun ia bukan halangan buat Tiara untuk mendapat keputusan yang memberangsangkan.
Menerusi perkongsian ibunya, Anne, Tiara memperolehi 6A bagi subjek Bahasa Arab, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains, Jawi, dan Pendidikan Islam.
“Tahniah kakak. Hari ini dapat tiga anugerah akhir tahun 2024.
Ads
“Mama bangga dengan kakak. Tahun ini usaha lagi okay,” tulisnya menerusi Insta Story.
Berkongsi kisah kejayaan Tiara itu, Achey juga amat berterima kasih kepada guru-guru yang selama ini banyak membimbing Tiara di sekolah.
Ads
“Alhamdulillah saya sangat berterima kasih kepada pihak sekolah dan kredit sepenuhnya kepada guru-guru yang mengajar tiara.
“Untuk peperiksaan akhir tahun dia mendapat markah yang sangat cemerlang dan menunjukkan perubahan ketara berbanding sebelum ini,” kongsi Achey lagi.
Ads
Biarpun sedikit terkandas menerusi subjek Bahasa Melayu dengan keputusan D namun kata Achey dia bersyukur dan akan memperbaiki kelemahan itu.
“Awalnya macam nak mengamuk juga sebab pelik jauh betul markah Bahasa Melayu berbanding subjek lain.
“Tapi saya tetap syukur sebab Tiara memang agak perlahan dalam pembelajaran dan alhamdulillah dia menunjukkan perubahan ketara.
“Harap-harap Tiara dapat teruskan prestasi cemerlang ini apabila masuk ke darjah satu nanti,” kongsinya lagi.
Bintang Kecil dah ada di SeeNI!
Download aplikasi
sekarang!
Ustazah koyak buku! Sekali dengar pun dah buat hati rasa berat, kan? Korang pernah tak beli sesuatu dengan duit simpanan sendiri, lepas tu benda tu tiba-tiba rosak atau hilang? Memang pedih, sebab setiap sen yang kita simpan tu ada nilai tersendiri.
Inilah yang jadi dekat seorang budak lelaki umur sembilan tahun ni. Dia baru je beli satu buku hiburan kat kantin sekolah. Harga pun RM2 je, tapi bagi dia itu buku paling bermakna sebab dia beli guna duit yang dia kumpul sendiri. Bayangkan betapa bangganya dia bila dapat beli sesuatu dengan usahanya sendiri.
Kata ibu dia yang sangat kecewa, lepas habis jawab peperiksaan KAFA, dia duduk tunggu masa tamat sambil belek-belek buku barunya tu. Seronoklah kan, benda baru! Tapi tiba-tiba ustazah datang dan tanya, “Awak buat apa tu?” Belum sempat dia jawab apa-apa, ustazah tu terus ambil dan koyakkan buku tu depan mata dia. Ketika itulah bermula kisah yang kini viral sebagai ustazah koyak buku.
Bayangkan… buku yang baru dibeli, yang dia sayang, kena koyak macam tu je. Dia terdiam, terkedu, dan pastinya sangat sedih. Kawan-kawan satu kelas pun nampak segalanya dan mereka sendiri cakap budak tu tak buat apa-apa pun. Dia cuma tengok buku je, bukan bermain atau mengganggu sesiapa.
Rupanya ustazah tu guru ganti yang baru masuk kelas tu. Dia marah sebab katanya datang sekolah untuk belajar, bukan bermain. Padahal… buku tu memang dibeli dekat kantin sekolah pagi tu. Siap ada jualan buku yang sekolah sendiri benarkan. Situasi ni membuatkan ramai ibu bapa tertanya-tanya, adakah teguran sebegitu wajar untuk murid sekecil itu?
Yang buat kita lagi sayu, ibu budak tu cerita yang anaknya ada kad OKU sebab mild disleksia. Dia sebenarnya sedang berusaha keras untuk minat membaca. Baru-baru ni je dia makin suka baca buku Bahasa Melayu dan Inggeris. Tapi sejak kejadian ustazah koyak buku itu, dia jadi takut nak pergi sekolah. Tempat yang sepatutnya buat dia rasa selamat tiba-tiba jadi tempat yang buat dia risau dan cemas.
Bagi kanak-kanak yang ada cabaran pembelajaran, sokongan emosi sangat penting. Satu tindakan kasar mampu runtuhkan keyakinan yang baru nak tumbuh. Dan itulah yang paling dirisaukan ibunya, minat membaca yang baru berputik mungkin terus padam.
Ibu budak tu dah buat laporan dekat guru besar dan kini tengah tunggu siasatan sekolah. Ustazah tu pun masih belum minta maaf setakat artikel ini ditulis. Ibu budak tu cakap, “Anak-anak kecil perlu dibimbing dengan kasih sayang, bukan ketakutan.” Betul sangat tu. Budak-budak belajar paling baik bila ada orang dewasa yang sabar, lembut dan faham keadaan mereka.
Kalau korang pun ada buku atau barang yang korang sayang, mesti faham perasaan budak tu. Setiap benda kecil pun ada nilai bagi kita walaupun orang lain anggap biasa je. Dan kalau korang nampak kawan, adik atau sesiapa pun kena marah tanpa sebab yang jelas, cuba bagi sokongan. Kadang-kadang senyuman pun dah cukup buat hati mereka rasa tak terlalu sedih.
Kisah ustazah koyak buku ini ajar kita sesuatu yang penting, kanak-kanak mudah terluka, dan perilaku orang dewasa memberi kesan besar dalam hidup mereka. Teguran boleh, disiplin itu perlu, tapi jangan sampai mematahkan semangat mereka. Lagi-lagi murid yang ada keperluan khas macam disleksia. Mereka perlukan lebih empati, bukan ketakutan.
Semoga kejadian ustazah koyak buku ini jadi pengajaran untuk semua pihak dan tak berulang lagi di mana-mana sekolah.
Bintang Kecil dah ada di SeeNI!
Download aplikasi
sekarang!
Kenapa kita bersin sebenarnya adalah soalan yang ramai orang tak perasan penting, tapi sangat menarik bila kita faham apa yang berlaku dalam badan. Pernah tak tengah seronok main, tiba-tiba…“Aaa… Aaa… ACHOOO!”
Sampai terangkat bahu, terpejam mata, mulut pun terbuka luas. Mesti korang pernah kan?
Tapi sebenarnya… kenapa kita bersin? Apa yang badan kita cuba bagitahu?
Bersin sebenarnya ialah cara badan kita melindungi diri. Macam ada “bodyguard kecil” dalam hidung yang bertugas jaga kita 24 jam. Bila ada sesuatu masuk dalam hidung macam habuk, serbuk bunga, bulu kucing atau bau kuat, hidung kita akan hantar isyarat kepada otak yang cakap:
“Bahaya sikit ni! Tolong halau benda tu keluar!”
Terus otak pun bagi arahan kecemasan: BERSIN SEKARANG!
Momen sebelum bersin tu sebenarnya drama besar dalam badan kita:
Dan… BOOM! Achooo!
Udara keluar sangat laju, lebih laju daripada kereta bergerak di jalan raya! Bila kita faham kenapa kita bersin, barulah kita sedar betapa hebatnya badan bertindak balas untuk jaga diri sendiri.
Bila bersin, banyak titisan kecil dari mulut dan hidung akan tersebar. Kalau kita tak tutup hidung atau mulut, kuman boleh terbang jauh dan orang lain boleh jatuh sakit.
Sebab tu kalau nak bersin, buat macam ni:
Nanti semua orang selamat, tak ada yang demam! Bila kita tahu kenapa kita bersin dan bagaimana kuman boleh tersebar, kita lebih berhati-hati dan jaga kebersihan dengan baik.
Bukan sebab habuk saja. Ada lagi sebab pelik tapi betul:
Unik kan badan manusia? Semua ni menunjukkan bahawa kenapa kita bersin bukan hanya kerana kotoran masuk hidung, tapi juga sebab otak dan saraf kita bertindak balas terhadap pelbagai rangsangan.
Untuk cukupkan pemahaman, jom tambah sikit lagi ilmu tentang bersin:
Semua ni buat kita lebih faham kenapa kita bersin dan betapa kompleks mekanisme badan manusia.
Bersin bukan benda memalukan. Ia cuma cara badan kita bersihkan hidung dan lindungi diri. Yang penting, bersinlah dengan cara yang sopan dan selamat supaya kita dan kawan-kawan tak mudah sakit.
Bintang Kecil dah ada di SeeNI!
Download aplikasi
sekarang!
Sebagai ibu bapa, tahukah anda bahawa ada banyak manfaat baca komik untuk anak? Atau kalian tidak fikir begitu?
Anak nak baca komik mak ayah selalu larang kerana bimbang komik boleh memberi kesan yang tidak baik pada anak.
Komik jika kena dengan penulisan yang baik dan mesej yang ingin disampaikan, komik dapat memberi manfaat untuk anak kita yang semakin membesar.
Tidak kira sama ada daripada buku komik atau komik online, ada banyak manfaat baca komik anda perlu tahu:
1. Memupuk minat anak anda membaca
Kebanyakan individu terutama kanak-kanak, tidak suka untuk baca buku yang penuh dengan kata-kata, ayat dan tulisan. Semua jenis komik tidak penuh dengan tulisan sahaja malah juga lukisan dalam bentuk watak cerita tersebut. Jadi, ia mungkin mampu membantu anak terhindar daripada rasa bosan ketika sedang membaca.
Jika kanak-kanak gemar membaca komik sejak usia kecil lagi, mereka akan mula rasa terbiasa. Secara tidak langsung pula, ia mungkin akan memupuk minat mereka untuk terus membaca di saat sedang membesar.
2. Meningkatkan pemahaman teks
Komik mungkin sinonim sebagai bacaan ringan dan ringkas, tetapi itu bukan bermakna ia tidak akan mengajar sebarang kata dan ayat kepada kanak-kanak yang memang sedang mengumpul kosa kata baharu.
Adalah lebih baik lagi jika komik ditulis dalam terjemahan dwibahasa contohnya bahasa Melayu serta bahasa Inggeris kerana ini merupakan langkah awal untuk anak anda mendalami dan memahami bahasa asing.
3. Meningkatkan pemahaman ilustrasi
Komik juga sinonim dengan ilustrasi yang sarat dengan macam-macam rupa, bentuk dan mungkin warna bagi memeriahkan isi buku. Selain menarik perhatian, ia juga akan memberi pemahaman yang baru.
Ini kerana setiap gambar-gambar yang ada di dalam komik akan buat kanak-kanak meneliti, memahami, memikirkan lalu menjelaskan situasi di sebalik gambar, sekali gus dapat meningkatkan pemahaman ilustrasi.
4. Buat anak kreatif
Kreativiti merupakan satu sifat atau bakat yang akan lahir secara semula jadi tetapi ia mungkin masih boleh dipupuk. Bagaimana? Caranya adalah dengan lebih banyak melihat dan membaca produk kreatif seperti komik. Apabila kanak-kanak itu membesar dengan suasana sarat dengan seni, ia dapat membantu menjana kreativiti!
5. Komik bagus bagi kanak-kanak dengan masalah membaca
Jangan terkejut jika kami kata kanak-kanak yang ada masalah membaca seperti disleksia lebih gemar untuk membaca buku komik tanpa merasa tertekan apabila melihat terlalu banyak huruf dalam buku biasa.
Menurut kajian terbitan Bucks County Free Library pula, anak autisme itu lebih senang mengetahui dan mempelajari perasaan dengan cara meneliti serta mengamati setiap gambar-gambar yang ada di dalam komik.
Dalam erti kata lebih mudah, komik memang alternatif yang agak bagus bagi kanak-kanak dengan masalah membaca.
Pun begitu pastikan mak ayah memilih buku komik yang bersesuaian serta kandungannya sihat dan baik untuk anak. Jangan tersalah beli!
Sumber: Hello Doktor
Bintang Kecil dah ada di SeeNI!
Download aplikasi
sekarang!