Dikisahkan, sebelum Ka’bah di Mekkah didirikan, orang yang beriman kepada Allah tidak memiliki tempat khusus untuk beribadah. Allah kemudian memerintahkan Nabi Sulaiman untuk membangun Baitul Maqdis sebagai rumah ibadah.
Setelah berhasil, Nabi Sulaiman berangkat meninggalkan Baitul Maqdis untuk menjelajahi dunia, sebagai bentuk nazar atas keberhasilannya.
Dalam perjalanan ke Yaman, Nabi Sulaiman dan rombongannya mengalami kekurangan bekal dan air. Saat pembantunya gagal menemukan sumber air, Nabi Sulaiman memanggil Burung Hud Hud untuk mencari sumber air tersebut.
Ads
Ratu Balqis, memberikan jawapan dengan mengirim wakil dan hadiah ke Nabi Sulaiman sebagai tanda hormat sekaligus untuk menunjukkan kehebatan kerajaannya.
Nabi Sulaiman, menunjukkan ketidakpeduliannya terhadap kekayaan duniawi, menekankan bahawa keimanan kepada Allah lebih penting dari segalanya.
Ads
Ratu Balqis akhirnya setuju untuk menghadap Nabi Sulaiman dan menyaksikan keindahan serta keagungan istana Nabi Sulaiman, yang bahkan membuat istana dan singgasana Ratu Balqis pucat dibandingkan dengan istana Nabi Sulaiman.
Ads
Ini membuktikan bahawa kekayaan dan kemuliaan yang sebenarnya berasal dari keimanan kepada Allah, bukan dari harta benda duniawi.
Kisah ini mengajarkan kita tentang pentingnya keimanan, kepatuhan kepada perintah Allah, dan bahawa kekayaan sejati bukanlah yang bersifat kebendaan tetapi yang berakar dari keimanan dan ketakwaan kepada Allah.
Bintang Kecil dah ada di SeeNI!
Download aplikasi
sekarang!
Polis telah membuka kertas siasatan berhubung kejadian seorang murid lelaki tahun lima yang mengalami kecederaan akibat dipukul guru lelaki dalam satu kejadian di sebuah sekolah rendah di sini, bulan lalu.
Ia susulan seorang ibu yang tampil mendakwa anak lelakinya yang berusia 11 tahun cedera akibat ditampar dan ditumbuk oleh seorang guru lelaki sehingga mengalami gegaran koklea.
Syahmina Mohd Azim menyatakan, tindakan seorang cikgu memukul Amirul Akil sehingga mengakibatkan kecederaan dalaman telinga, telah memadamkan harapan anaknya untuk terpilih menjadi wakil ke SUKMA dan Sukan SEA dalam acara akuatik renang.
Kekecewaan itu turut dirasai jurulatih renang yang meletakkan harapan tinggi pada Amirul Akil untuk mengharumkan nama Malaysia.
Berdasarkan laporan polis yang dibuat ibu tersebut, anaknya yang hampir terjatuh tidak sengaja tersentuh belakang badan cikgu berkenaan yang sedang mengambil barang.
Akibat salah faham, Amirul Akil telah ditampar sebanyak dua kali sehingga mengalami kesakitan dan lebam di bahagian telinga, selain ditumbuk di bahagian belakang kepala.
Ketua Polis Daerah Kerian, Superintenden Juna Yusoff berkata, laporan kejadian itu telah diterima daripada seorang ibu mangsa yang berusia 40 tahun pada 10 Disember 2024.
“Pengadu mendakwa anaknya telah mendapat kecederaan akibat dipukul oleh guru lelaki berusia 30 tahun namun dia menarik semula laporan pada 11 Disember 2024 kerana enggan memanjangkan kes tersebut.
“Baru-baru ini pengadu sekali tampil membuat satu laporan memohon polis meneruskan siasatan dan mahu tindakan lanjut diambil ke atas guru tersebut,” katanya.
Menurut beliau, siasat telah dijalankan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan kertas siasatan telah dirujuk ke Timbalan Pendakwa Raya bagi mendapatkan arahan selanjutnya.
Projek Cuti Sekolah anjuran Pa&Ma dan Bintang Kecil berjaya menceriakan musim cuti apabila menganjurkan program Movie Day Out bersama-sama menonton filem Papazola pada 20 Disember lalu.
Lebih 40 orang kanak-kanak hadir ke program istimewa ini bersama ibu atau bapa masing-masing. Sejak awal lagi, suasana sudah meriah apabila peserta kelihatan teruja untuk menonton filem di layar besar sambil duduk bersama keluarga.
Sepanjang tayangan berlangsung, kanak-kanak dilihat sangat fokus dan asyik mengikuti jalan cerita Papazola. Namun tidak kurang juga yang cukup leka bermain di dalam wayang ini yang khusus disediakan buat kanak-kanak.
Filem ini bukan sahaja menghiburkan, malah sarat dengan mesej bermakna tentang kasih sayang dan pengorbanan seorang bapa, yang dapat difahami dengan mudah oleh kanak-kanak.
Selain pengalaman menonton yang menyeronokkan, para peserta juga tidak pulang dengan tangan kosong. Setiap kanak-kanak menerima goodies comel istimewa daripada Pa&Ma dan Bintang Kecil sebagai kenangan manis program ini. Senyuman jelas terukir di wajah mereka ketika menerima hadiah tersebut.
Program ini bukan sahaja memberi hiburan sempena cuti sekolah, malah menjadi masa berkualiti untuk kanak-kanak dan ibu bapa meluangkan masa bersama. Projek Cuti Sekolah Pa&Ma dan Bintang Kecil ini diharap dapat diteruskan lagi pada masa akan datang dengan lebih banyak aktiviti menarik untuk kanak-kanak.
Bintang Kecil dah ada di SeeNI!
Download aplikasi
sekarang!
Hari ini kita ada cerita gembira dan penuh inspirasi yang boleh buat kita rasa lebih bersemangat untuk belajar dan mengejar impian. Anak kepada angkasawan negara kita, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor, baru sahaja mendapat satu pencapaian yang sangat membanggakan. Anak keduanya yang bernama Sophea Natasha, atau lebih mesra dipanggil Tasha, berjaya menerima tawaran masuk ke sebuah sekolah yang sangat berprestij di Malaysia.
Pada usia 12 tahun, Sophea Natasha berjaya diterima masuk ke Kolej Tunku Kurshiah (TKC), sebuah sekolah berasrama penuh yang menjadi impian ramai pelajar. TKC terkenal sebagai sekolah elit yang melahirkan ramai wanita cemerlang dalam pelbagai bidang, termasuk akademik, kepimpinan dan profesional.
Bukan mudah untuk melangkah masuk ke TKC kerana proses pemilihannya sangat ketat. Hanya pelajar yang benar-benar cemerlang dari segi akademik, sahsiah dan potensi diri akan terpilih. Sebab itu, kejayaan ini sememangnya satu pencapaian luar biasa.
Berita gembira ini telah dikongsi sendiri oleh ayah Tasha menerusi Instagram. Perkongsian tersebut menerima pelbagai reaksi positif daripada netizen yang turut tumpang gembira dan mengucapkan tahniah kepada Tasha atas kejayaannya.
Ramai yang terinspirasi melihat bagaimana seorang anak muda mampu mencapai kejayaan besar pada usia yang masih muda. Sokongan keluarga dan didikan yang baik jelas memainkan peranan penting dalam membentuk kejayaan ini.
Apa yang menjadikan kisah Sophea Natasha lebih menarik ialah keseimbangannya antara pelajaran dan sukan. Tasha bukan sahaja fokus dalam akademik, malah sangat aktif dalam bidang sukan, khususnya renang.
Beliau terlibat dalam Program Pembangunan Sukan Bakat Olimpik bagi acara renang untuk tahun 2025 dan 2026. Program ini bukan calang-calang kerana ia menghimpunkan atlet muda berpotensi tinggi yang disasarkan untuk pencapaian bertaraf antarabangsa.
Hampir setiap hari Tasha menjalani latihan renang serta aktiviti sukan lain. Jadual yang padat ini pastinya memenatkan, namun Tasha bijak menguruskan masa. Dalam kesibukan latihan, dia tetap mencari ruang untuk mengulang kaji pelajaran dan menyiapkan tugasan sekolah.
Menurut perkongsian ayahnya, Tasha tidak pernah mengeluh walaupun penat. Sebaliknya, dia terus berusaha dengan penuh disiplin dan kesungguhan sehingga akhirnya berjaya mendapat tawaran ke TKC.
Sudah tentu, kejayaan Sophea Natasha ini menjadi kebanggaan besar buat kedua ibu bapanya, Datuk Dr Sheikh Muszaphar dan Datin Dr Halina. Mereka bersyukur kerana segala usaha keras, pengorbanan dan disiplin anak mereka akhirnya membuahkan hasil yang sangat manis.
“Tasha berjaya dapat TKC. Latihan dibuat tanpa jemu untuk renang dan olahraga. Dalam sibuk berlatih, tetap curi masa belajar bila ada peluang. Alhamdulillah, your hard work paid off.
“Apa yang diimpikan menjadi kenyataan. Daddy sangat bangga, mommy pun sama. Syukur sangat-sangat,” kongsinya lagi.
Ayah Tasha juga tidak lupa mengucapkan tahniah kepada semua pelajar lain yang berjaya mendapat tempat di sekolah berasrama penuh dan mendoakan agar mereka terus cemerlang pada masa hadapan.
Menariknya, kakak kepada Tasha iaitu Sophea Isabella juga pernah menerima tawaran ke Kolej Tunku Kurshiah sebelum ini. Ini menunjukkan bahawa budaya kecemerlangan, disiplin dan sokongan keluarga amat kuat dalam keluarga mereka.
Jom jadikan kisah ini sebagai sumber motivasi. Seimbang antara pelajaran dan minat, sentiasa berusaha melakukan yang terbaik, dan percaya pada diri sendiri. Siapa tahu, suatu hari nanti kita pula yang akan mencipta kejayaan membanggakan seperti Tasha.
Bintang Kecil dah ada di SeeNI!
Download aplikasi
sekarang!