Penyanyi dan pelakon Nabila Razali yang selamat melahirkan cahaya mata pertamanya pada 23 Disember yang lalu buat pertama kalinya berkongsi gambar sekeluarga bersama buah hati mereka.
Menerusi Instagramnya, Nabila memuat naik beberapa keping gambarnya bersama suami sambil mengendong buah hati tersayang.
“Alhamdulillah. Dengan kasih sayang dan kesyukuran, kami meraikan nikmat yang berharga ini,” tulisnya di kapsyen.
Ads
Nabila yang tampil dengan baju sedondon berwarna biru gelap bersama suami kelihatan cukup manis dan ceria.
Ads
Penyanyi yang kini sudah pun bergelar ibu ini juga turut mengabadikan kenangan bersama bayi lelaki mereka dalam beberapa momen indah sebagai kenangan.
Ads
Perkongsian Nabila itu turut mendapat pujian serta ucapan tahniah dari peminatnya.
Terdahulu, Nabila selamat melahirkan bayi sulungnya pada 23 Disember yang lalu, seberat 3.1kg
Bintang Kecil dah ada di SeeNI!
Download aplikasi
sekarang!
Korang kenal tak pelakon comel yang selalu muncul dalam drama dan filem Melayu, Puteri Rafasya Abdul Rauf? Haa, kalau belum kenal, jom Megan cerita sikit pasal bintang kecil yang luar biasa ni!
Puteri Rafasya lahir pada 17 Januari 2011, dan baru 14 tahun je! Tapi walaupun muda, dia dah jadi pelakon kanak-kanak paling menyerlah tahun ni bila menang trofi Pelakon Kanak-Kanak Terbaik di Festival Filem Malaysia Ke-34 (FFM34) melalui filem Telaga Suriram! Hebat betul!
Dalam filem tu, Puteri Rafasya bawa watak Suriram, dan lakonannya sangat menyentuh hati sampai dia berjaya kalahkan empat calon lain iaitu Aiden Wu, Jordan Kuan, Kis Aisha dan Liang Liang. Fuh, bukan calang-calang pesaing tu!
Tapi tahu tak, di sebalik senyumannya yang manis, Puteri Rafasya sebenarnya pernah lalui masa yang sangat mencabar. Dua tahun lepas, dia terlibat dalam satu kemalangan di lokasi penggambaran!
Menurut laporan Harian Metro, kemalangan tu berlaku bila kerusinya ditarik oleh seorang kanak-kanak lain yang cuma nak bergurau, tapi tanpa sengaja menyebabkan kecederaan serius pada Puteri Rafasya.
“Saya sebenarnya masih dalam proses pemulihan. Tapi bagi saya, saya dah sihat dan bertenaga. Rawatan susulan semua dah selesai dan sekarang saya rasa semakin pulih. Alhamdulillah, dah tak ada masalah, cuma tak boleh angkat benda berat,” katanya penuh syukur.
Walaupun masih ada sedikit trauma, Puteri Rafasya tak patah semangat. Dia tetap teruskan lakonan dengan berhati-hati dan semangat yang kuat. Katanya, “Tentunya ada rasa trauma, tapi saya mula kembali berlakon dan saya sentiasa berhati-hati.”
Yang paling menyentuh hati, Puteri juga pesan sesuatu yang sangat penting buat kita semua, jangan jadikan gurauan sebagai perkara serius yang boleh mencederakan orang lain.
“Setiap gurauan ada batasnya. Jangan sampai melampau. Kadang-kadang kita tak sedar benda tu boleh bahayakan orang lain. Manusia memang tak lari daripada buat silap, tapi kita kena lawan bisikan syaitan yang ajak buat benda buruk,” katanya.
Wah, matang betul cara dia berfikir walaupun baru 14 tahun!
Puteri Rafasya mula aktif dalam dunia seni sejak 2018, dan sehingga kini dah berlakon 13 drama dan 14 telefilem! Filem pertamanya ialah Seratus (2022) sebagai Anak Kak Bie, tapi kini dia dah jadi pelakon utama yang semua orang kagumi. Selain FFM34, dia juga pernah menang Anugerah Khas Telenovela: Pelakon Kanak-Kanak Harapan untuk drama Sesekali.
Bila ditanya tentang kemenangannya, Puteri Rafasya kata dia sangat bersyukur. “Kemenangan ini sangat mengejutkan. Setiap babak dalam Telaga Suriram ada cabaran dan mengambil masa lebih sehari. Tapi semuanya sangat berbaloi,” ujarnya.
Puteri Rafasya bukan saja berbakat, tapi juga berani dan berhati baik. Dia bukti bahawa umur bukan halangan untuk berjaya, asalkan kita tak putus asa dan sentiasa bersyukur.
Jadi, kalau korang pun ada impian besar, jangan takut nak cuba. Jadilah berani macam Puteri Rafasya, bintang kecil yang bersinar dengan semangat besar!
Bintang Kecil dah ada di SeeNI!
Download aplikasi
sekarang!
Bila anak mengadu sakit atau tidak selesa, mak ayah jangan abaikan sahaja. Cuba periksa mana tahu ada benda yang tidak kena dengan anak.
Perihal seorang kanak-kanak yang mengadu sakit telinga kepada ibunya membuatkan ramai yang merasa ngeri. Mana tidaknya sakit telinga yang dialami oleh kanak-kanak itu rupanya kerana kutu babi yang sudah bersarang di dalam telinga.
Hal itu dikongsikan oleh ibunya, Aqila Nasir mendedahkan pengalaman ngeri apabila seekor kutu babi bersarang dalam telinga anak perempuannya, Hayfa.
“Anak mengadu sakit telinga, bila doktor check rupa-rupanya kutu babi dah bersarang dalam telinga!
“Ngeri tengoknya, naik bulu roma,” tulisnya di kapsyen.
“Ibu bapa kat luar sana kalau anak mengadu sakit, jangan ambil sambil lewa,” ujarnya.
Aqila yang membuat pemeriksaan ke sebuah klinik membuat keputusan untuk mendapatkan rawatan di klinik lain untuk pemeriksaan lebih terperinci dan hasilnya, doktor mendapati kutu babi itu berada dalam telinga anaknya bersama dengan telur-telur berwarna hitam.
Jelasnya lagi, dia tak tahu punca keberadaan kutu babi itu di dalam telinga anaknya namun akui anak perempuannya itu gemar bermain dan membelai kucing-kucing liar.
“Mungkin sebelum-sebelum tu dia tak rasa sangat sebab pain tolerance dia memang tinggi. Sebab tu ayah dia cakap, kalau Hayfa cakap sakit maksudnya serious case.
“Doktor dah cakap awal-awal, masa nak tarik ni memang sakit sangat ye. Sebab kaki kutu babi ni mencengkam kulit, jadi kulit akan terkoyak sikit.
“Tapi, telinga ke hidung kalau luka, sakit dia memang tak boleh bawa bincang. Doktor cuci sekali taik ke telur hitam-hitam tu sebab dia kata kalau tak bersih boleh jadi infection juga. Memang bersih doktor cucikan,” jelasnya lagi.
Dalam pada itu, Aqila menyeru kepada orang ramai terutamanya kepada ibu bapa di luar sana supaya tidak mengambil ringan sekiranya anak mengadu sakit di bahagian anggota badan mereka.
Bintang Kecil dah ada di SeeNI!
Download aplikasi
sekarang!
Korang perasan tak… bila nampak kucing je, mesti mulut automatik keluar bunyi “Awwww comelnya!” Dan bila fikir balik, memang ramai budak suka kucing sebab kucing ada aura yang sukar dijelaskan. Dalam artikel ni, kita bukan sahaja tengok sebab comel semata-mata, tapi kita bongkar semua sebab yang buat kucing jadi kegilaan ramai.
Bulu kucing yang lembut macam cotton candy tu memang buat kita rasa nak usap je. Mata dia bulat, muka dia comel, suara pun “meow meow” kecil je. Tak pelik la ramai budak suka kucing dan sentiasa teruja bila dapat main atau tengok kucing. Aura comel dia memang tak boleh melawan!
Betul tau! Bila kucing duduk atas riba dan buat bunyi “purrr”, badan kita automatik jadi lebih relax. Sama macam peluk bantal busuk waktu nak tidur. Sebab tu ramai budak rasa tenang bila ada kucing dekat. Walaupun kecil, kucing ada cara tersendiri buat persekitaran rasa aman dan menyenangkan.
Kucing ni kadang-kadang memang macam pelawak keluarga. Kadang dia berlari macam ninja, kadang tergolek sendiri, kadang panjat langsir macam Spiderman. Benda simple pun boleh buat kita gelak. Sebab tu budak suka kucing. Hiburan percuma dalam rumah!
Korang perasan tak bila kucing gesel kaki, dia sebenarnya nak cakap “I like you!”. Kalau dia tidur sebelah kita, itu maksudnya dia percaya dan rasa selamat. Tak semua haiwan tunjuk kasih sayang macam tu. Best kan bila ada ‘kawan kecil’ yang sayang kita tanpa syarat?
Tak perlu cakap banyak pun. Duduk sebelah dia sambil usap-usap pun dah cukup. Budak-budak suka sebab kucing ni tak marah tanpa sebab dan tak judge pun. Dia layan kita sama je, walaupun kita tengah selekeh lepas main. Hubungan ni simple tapi penuh makna.
Bila jaga kucing, kita belajar bagi makan, bersihkan tempat tidur dan ambil berat. Automatik kita jadi lebih bertanggungjawab dan penyayang. Mak ayah pun suka kalau anak belajar sayang haiwan. Tak pelik bila makin ramai budak suka kucing sebab kucing sebenarnya bantu bentuk sifat baik dalam diri mereka.
Bila ada kucing, rumah rasa lebih hidup. Ada je benda kelakar atau comel yang kucing buat secara spontan. Dari bunyi kecil dia, sampai perangai pelik yang susah nak jangka, semua tu buat suasana lebih ceria. Dan inilah antara sebab utama kenapa budak suka kucing sebab rumah jadi “happy place”.
Secara mudahnya, budak suka kucing sebab kucing ni comel, kelakar, penyayang dan pandai buat kita rasa happy. Lagipun bila ada kucing, rumah pun rasa lebih ceria macam ada ‘adik kecil’ yang asyik buat hal lawak! Kalau korang pun geng pencinta kucing, high five!
Bintang Kecil dah ada di SeeNI!
Download aplikasi
sekarang!
Kisah menyentuh hati Dr Sheikh Muszaphar apabila anaknya Tasha terpilih menyertai Program Kepimpinan Universiti Oxford pada usia 12 tahun, penuh inspirasi dan harapan.