Sebuah kisah bermula ketika Dini, seorang wanita dari keluarga kaya, mengalami nasib malang akibat serangan perompak. Mayatnya dikuburkan di tanah perkuburan Cina, dan ini menjadi sebuah peristiwa menakutkan.
Mengisahkan bahawa ada sekelompok lelaki yang berniat menggali kubur Dini untuk menuntut duit tebusan sebanyak 5 juta Ringgit dari keluarganya. Namun, rencana mereka tidak berjalan lancar.
Ketika mereka mula menggali, mereka dikejutkan oleh kehadiran hantu Jerangkung yang menakutkan. Kejadian ini terjadi pada malam yang gelap dan hujan, ditambah lagi dengan kesan mencekam.
Ads
Ketika mereka berusaha meneruskan niat buruk mereka, mereka mulai merasakan ketakutan yang luar biasa. Bumi bergetar, dan tiba-tiba muncul lembaga menakutkan yang membuat mereka semakin cemas.
Ads
Hantu Jerangkung tersebut berhasil menghentikan niat jahat mereka. Beberapa hari kemudian, kegiatan mereka terbongkar setelah seorang penduduk kampung memberikan informasi kepada pihak polis.
Ads
Meskipun mereka berusaha melarikan diri, pengalaman menakutkan bertemu dengan hantu Jerangkung itu tetap membekas dalam ingatan mereka.
Cerita ini menceritakan tentang keburukkan yang menimpa mereka yang berbuat jahat dengan hantu Jerangkung sebagai pelindung alam ghaib yang menghukum mereka.
Bintang Kecil dah ada di SeeNI!
Download aplikasi
sekarang!
Sebelum bermula Ramadan pada hujung minggu ini, kebanyakkan sekolah di negara kita mengadakan aktiviti merentas desa yang bermula pada minggu ini.
Seorang wanita yang dikenali sebagai Shaf menarik perhatian ramai apabila menyediakan air minuman tiga tahun berturut-turut kepada murid yang sedang berlari.
Akuinya, dia merasa gembira apabila berpeluang untuk bersedekah dengan cara itu sebagai salah satu usaha untuk membantu murid-murid.
Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Shaf di laman TikToknya, tahun ini menjadi tahun ketiga dia dan suami berbuat demikian.
Jika sebelum ini disediakan air sirap yang dibancuh, namun kali ini dia dan suami memberikan air kotak pelbagai perisa.
Dalam video yang berdurasi hampir satu minit itu, dapat dilihat suami kepada Shaf menyusun air kota dengan rapi di atas meja berhadapan kediamannya.
“Tahun ke tiga berturut-turut kita bagi air kat anak-anak merentas desa ni.
“Kali ini sirap kita dah upgrade ke air kotak. Terima kasih kepada semua kawan-kawan yang terlibat! ‘Pelanggan’ yang paling akhir sekali istimewa.
“Nampaknya rumah kita boleh jadi perhentian utama setiap tahun!” ujarnya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji sikap murah hati Shaf dan suami dalam berkongsi rezeki dan mendoakan agar urusan keluarganya dipermudahkan selalu.
Korang suka filem apa? Tahun 2025 memang boleh dianggap sebagai antara tahun paling meriah untuk dunia perfileman. Dari filem superhero, animasi kegemaran ramai sehinggalah kisah fantasi penuh imaginasi, semuanya hadir dengan kualiti yang buat penonton tak senang duduk. Tak hairanlah ramai kata senarai filem paling best tahun 2025 kali ini memang luar biasa.
Bukan sahaja orang dewasa yang teruja, budak-budak pun sama naik pening nak pilih cerita mana satu dulu. Kalau salah pilih pun, kebanyakannya tetap menghiburkan. Jom kita tengok senarai filem yang paling ramai puji, sesuai ditonton bersama kawan dan keluarga.
Superman kembali dengan nafas baru yang lebih segar dan menyentuh emosi. Kali ini, kisahnya bukan sekadar tentang melawan musuh, tetapi tentang membuat pilihan yang betul walaupun dalam keadaan paling sukar.
Banyak babak aksi terbang, pertarungan epik dan momen yang buat penonton rasa kagum. Filem ini sering disebut sebagai antara filem paling best tahun 2025 kerana berjaya gabungkan aksi dan mesej kehidupan.
Sesuai untuk: Budak yang suka hero, kuasa luar biasa dan kisah inspirasi.
Dinosaur kembali menguasai skrin dengan versi yang lebih ganas, besar dan mendebarkan. Dari awal hingga akhir, penonton disajikan dengan babak kejar-mengejar yang buat jantung berdegup laju.
Filem ini memang tak bagi peluang untuk rasa bosan. Kalau anak-anak anda suka haiwan prasejarah, ini antara filem paling best tahun 2025 yang wajib masuk senarai tontonan.
Sesuai untuk: Budak yang berani dan suka aksi mendebarkan.
Woody dan Buzz kembali dengan kisah yang lebih matang, lucu dan menyentuh perasaan. Walaupun sarat dengan humor, filem ini juga ada momen sedih yang buat kita teringat kenangan lama.
Ia mengajar tentang persahabatan, perubahan dan menghargai setiap detik yang dilalui. Tak hairanlah ramai menganggapnya sebagai antara filem paling best tahun 2025 untuk tontonan sekeluarga.
Sesuai untuk: Semua peringkat umur, dari kanak-kanak hingga dewasa.
Versi live action ini berjaya menghidupkan dunia naga dengan visual yang sangat realistik dan cantik. Kisah persahabatan antara manusia dan naga terasa lebih mendalam dan menyentuh hati.
Selain aksi dan visual, filem ini sarat dengan mesej keberanian dan keyakinan diri. Ia sering disebut dalam senarai filem paling best tahun 2025 kerana berjaya memikat peminat lama dan penonton baru.
Sesuai untuk: Budak yang suka fantasi dan makhluk ajaib.
Mario kembali dengan pengembaraan baru yang lebih kelakar dan penuh warna-warni. Dari awal hingga akhir, pawagam pasti dipenuhi gelak ketawa dengan pelbagai aksi lucu dan dialog mencuit hati.
Filem ini sesuai ditonton secara santai bersama keluarga dan kawan-kawan. Ia melengkapkan senarai filem paling best tahun 2025 yang penuh hiburan ringan.
Sesuai untuk: Budak yang suka permainan video dan kartun.
Jika anda sedang mencari hiburan yang menyeronokkan, tidak membosankan dan penuh nilai positif, senarai filem paling best tahun 2025 ini memang patut diberi perhatian. Pilih saja yang sesuai dengan citarasa, ajak kawan atau keluarga, sediakan popcorn dan nikmati masa berkualiti bersama.
Bintang Kecil dah ada di SeeNI!
Download aplikasi
sekarang!
Kanak-kanak boleh berkembang sebagai pelajar yang lebih aktif apabila mereka berseronok dalam persekitaran permainan yang kondusif untuk pembelajaran.
Permainan otak terbaik ialah permainan yang boleh memberi tumpuan kepada bidang tertentu perkembangan anak anda.
Aktiviti permainan untuk kanak kanak ini memberi kesan positif kepada kemahiran motor, ingatan-ingatan lisan, pengecaman dan pengesanan corak, serta lain-lain lagi.
Ini antara yang paling mudah dan terbaik untuk perkembangan minda kanak-kanak :
Susun Suai Gambar (Jigsaw Puzzle)
Bermain puzzle merupakan antara permainan klasik kanak-kanak sejak dahulu lagi. Permainan ini sesuai untuk meningkatkan kemahiran motor halus, pengesanan corak, pengecaman imej dan penyelesaian masalah.
Kanak-kanak juga boleh belajar tentang kerjasama untuk menyelesaikan tugasan, serta kemahiran penting yang berkaitan dengan kepuasan tertunda setelah menyelesaikan puzzle.
Bercerita Dengan Satu Perkataan
Anda boleh mengajak semua anak-anak anda atau kanak-kanak lain untuk bermain permainan ini. Berikan perkataan tertentu kepada setiap kanak-kanak dan minta mereka untuk membuat cerita ringkas dengan menggunakan perkataan tersebut.
Aktiviti ini boleh membantu mencetuskan kemahiran penyelesaian masalah kreatif dalam diri kanak-kanak dan meningkatkan pemahaman mereka tentang bahasa.
Bermain Tanah Liat
Bermain tanah liat juga amat baik untuk perkembangan minda anak anda, lebih-lebih lagi tanah liat dengan pelbagai warna. Bagi kanak-kanak yang masih kecil, tanah liat berwarna-warni sangat sesuai untuk mengajarkan mereka menentukan warna yang betul.
Selain itu, membentuk tanah liat dengan menggunakan tangan mereka sendiri dapat merangsang motor halus selain mengembangkan bakat kreatif anak anda.
Blok & Mainan Binaan
Pemainan blok dipercayai dapat merangsang pertumbuhan otak dalam semua aspek perkembangan. Malah ada kajian membuktikan kanak-kanak yang bermain blok secara kerap ketika berusia 3, 4 dan 5 tahun akan lebih baik dalam pelajaran matematik, khususnya algebra apabila berada di sekolah menengah.
Terdapat banyak pilihan blok dan set pembinaan yang menyeronokkan untuk dipertimbangkan, termasuklah blok kayu dan lego.
Mainan Budak #Pretend play
Pretend play atau role play, merupakan permainan dramatik yang mempunyai manfaat kognitif, sosial dan emosi yang terbaik.
Ini kerana melalui permainan seperti ini, contohnya bermain masak-masak, doktor atau guru, anak akan mula menerokai apa yang disukai, diminati dan menjelajahi dunia di sekeliling mereka. Permainan ini juga memberi peluang kepada anak untuk belajar sesuatu perkara baharu berkaitan kehidupan.
Kanak-kanak sedang membina kemahiran sosial dan emosi, menyokong kemahiran menyelesaikan masalah yang kompleks, belajar membaca isyarat sosial, berkongsi, bergilir-gilir dan banyak lagi apabila mereka terlibat dalam permainan dramatik.
Mainan yang menyokong permainan ini termasuk perabot saiz kanak-kanak, pakaian dan solekan, anak patung dan pakaiannya, makanan plastik, mesin tunai, alat permainan pengangkutan dan sebarang barangan kreatif membolehkan anak ‘berlakon’ (pretend).
Kit Seni & Kraf
Seni dan kraf merupakan antara permainan yang digemari kanak-kanak. Berikan anak kertas, pensel warna, krayon dan gunting yang selamat untuk mereka.
Lihat kegembiraan yang terpancar di wajah mereka apabila berjaya menghasilkan potongan bentuk unik. Berikan sokongan dan percayalah ia akan terus meningkatkan motivasi mereka untuk lebih berimaginasi dan menjadi kreatif.
Berikan putik kapas atau bebola kapas untuk dicelup dalam warna air dan lihat bagaimana mereka menghasilkan lukisan seperti Leonardo da Vinci junior.
Namun anda perlu memantau kerana anak mungkin ‘tergoda’ untuk menconteng dinding! Untuk menghindari perkara ini anda boleh menampal kertas besar pada dinding dengan menggunakan pita pelekat.
Bintang Kecil dah ada di SeeNI!
Download aplikasi
sekarang!