Kebelakangan ini kebanyakan tadika mengadakan hari sukan sekolah yang melibatkan kanak-kanak dari usia 4-6 tahun terlibat dengan pelbagai aktiviti menarik. Bagusnya hari sukan sekolah ini adalah kerana kesemua murid akan terlibat dan dapat meningkatkan kemahiran sosial serta dapat merangsang sensori serta kekuatan otot dan memori mereka.
Pelakon cantik, Shakilla Khoriri baru-baru ini berkongsi video anaknya yang terlibat dengan sukan sekolah. Ameena Sofia dilihat begitu aktif dan dapat memahami setiap arahan untuk melengkapkan tugasan yang telah ditetapkan.
Ads
Pada awalnya Ameena dan rakan-rakan membuat senaman ringkas untuk warming up dan kemudian aktiviti sukan pun bermula. Antara aktiviti yang dilakukan si comel itu adalah seperti berlari, memanjat, menyelesaikan puzzle dan banyak lagi.
Di penghujung video, Ameena bersama rakan-rakan telah diberikan pingat dan kelihatan sangat gembira dengan aktiviti pada hari tersebut. Malah menurut Shakilla, tahun ini Ameena lebih matang dan tiada drama air mata seperti tahun lepas.
Ads
Memang seronok bila tengok anak-anak melaksanakan tugasan serta terlibat dalam aktiviti yang telah dirancang oleh pihak sekolah. Sebenarnya pada hari sukan beginilah ibu ayah dapat melihat perkembangan anak-anak serta skil komuniksi mereka bersama para guru dan rakan-rakan. Good job, Ameena!
Bintang Kecil dah ada di SeeNI!
Download aplikasi
sekarang!
Mendidik anak supaya rajin belajar memang satu cabaran, tapi ada banyak cara kita boleh buat untuk bantu anak supaya minat dan konsisten dalam pembelajaran. Di sini ada beberapa tips yang boleh digunakan oleh ibu bapa untuk galakkan anak rajin belajar
1. Cipta Suasana Pembelajaran yang Positif
Pastikan anak ada tempat yang selesa untuk belajar—tak semestinya meja khas, asalkan ruang tu tenang dan bebas gangguan. Suasana yang selesa boleh buat mereka rasa lebih fokus dan rajin untuk duduk belajar.
2. Jadualkan Masa Belajar
Biasakan anak dengan jadual harian. Tentukan masa belajar dan masa rehat yang konsisten. Bila mereka tahu bila masa belajar dan bila masa untuk main, mereka akan lebih bersedia dan tak rasa terbeban. Contohnya, selepas balik sekolah dan makan, luangkan 1-2 jam untuk ulang kaji.
3. Jadi Contoh Baik
Anak-anak banyak belajar melalui apa yang mereka lihat. Kalau mereka nampak ibu bapa suka membaca atau menambah ilmu, mereka juga akan terinspirasi untuk buat perkara yang sama. Jadi, tunjukkan minat dalam pembelajaran walaupun sebagai orang dewasa.
4. Puji Usaha, Bukan Hasil
Kadang-kadang, anak-anak mungkin tak dapat keputusan yang cemerlang, tapi yang penting adalah usaha mereka. Ibu bapa patut lebih memberi pujian kepada usaha keras, bukan semata-mata fokus pada keputusan. Ini boleh galakkan mereka untuk terus mencuba tanpa rasa takut gagal.
5. Gabungkan Belajar dengan Aktiviti yang Menarik
Belajar tak semestinya duduk baca buku sepanjang masa. Cuba gabungkan aktiviti-aktiviti yang menarik seperti permainan pendidikan, eksperimen sains, atau melukis untuk subjek seni. Cara ini boleh buat anak rasa seronok sambil belajar.
6. Berikan Ganjaran yang Sesuai
Motivasi boleh datang melalui ganjaran kecil. Contohnya, jika mereka berjaya selesaikan kerja rumah atau dapat markah baik dalam ujian, beri ganjaran seperti masa tambahan untuk bermain atau hadiah kecil. Namun, pastikan ganjaran tidak terlalu berlebihan sehingga anak bergantung pada hadiah untuk belajar.
7. Ajak Anak Terlibat dalam Perancangan
Libatkan anak dalam perancangan jadual atau memilih bahan pembelajaran yang mereka suka. Bila mereka rasa terlibat, mereka akan lebih bertanggungjawab dengan proses pembelajaran mereka sendiri. Ini juga membantu mereka rasa lebih dihargai dan penting.
8. Cipta Rutin Belajar yang Menyenangkan
Sebelum tidur, luangkan masa bersama anak untuk menyemak kerja sekolah atau membaca buku. Jadikan ini sebagai rutin harian yang mereka nanti-nantikan, seperti sesi “family time” yang santai tapi bermanfaat.
9. Pantau Progres dan Berikan Bantuan Bila Perlu
Ambil tahu perkembangan pembelajaran anak dan bantu di mana perlu, terutamanya kalau mereka lemah dalam subjek tertentu. Jangan biarkan mereka rasa ketinggalan atau tertekan kerana kelemahan dalam pelajaran. Ajak mereka bincang dan cari penyelesaian bersama.
10. Sokongan Emosi Itu Penting
Akhir sekali, jangan lupa bahawa sokongan emosi sangat penting. Anak-anak yang rasa disayangi dan dihargai akan lebih yakin untuk belajar dan mencuba perkara baru. Pastikan komunikasi sentiasa terbuka dan berikan mereka semangat.
Dengan pendekatan yang betul, kita boleh bantu anak-anak rajin belajar tanpa perlu paksaan. Yang penting adalah kesabaran, sokongan, dan pendekatan yang fleksibel untuk setiap anak kerana setiap individu itu berbeza.
Bintang Kecil dah ada di SeeNI!
Download aplikasi
sekarang!
Bangun pagi kadang-kadang susah bagi anak kecil. Ada yang meragam atau masih mahu tidur. Namun, ibu bapa boleh cuba beberapa tip untuk membuat proses bangun tidur lebih mudah dan menyeronokkan.
Mulakan dengan suara lembut
Bangunkan anak dengan suara lembut dan pelukan. Suasana yang tenang membantu anak lebih mudah bangun.
Cipta rutin pagi yang menarik
Buatkan pagi mereka lebih seronok dengan rutin seperti mendengar lagu kegemaran atau melihat mainan.
Gunakan cahaya semula jadi
Bukakan langsir dan biarkan cahaya matahari masuk. Cahaya semula jadi membantu mengatur jam biologi anak.
Sediakan sarapan kegemaran
Apabila anak tahu ada sarapan yang disukai menunggu, mereka lebih bersemangat untuk bangun.
Berikan pujian
Puji anak apabila mereka bangun dengan baik. Ini memberi mereka rasa dihargai dan memotivasikan mereka untuk bangun lebih mudah pada hari seterusnya.
Dengan sedikit kesabaran dan kreativiti, anda boleh menjadikan waktu pagi lebih menyenangkan dan anak lebih mudah bangun!
Bintang Kecil dah ada di SeeNI!
Download aplikasi
sekarang!
Tahukah anda bahawa kandungan gula yang tinggi dalam makanan adalah punca karies gigi. Snek sihat membantu menjaga kesihatan gigi dan mulut anak anda dengan cara berikut:
Kurangkan Gula, Kurangkan Karies – Pilih snek rendah gula seperti buah-buahan segar, sayuran rangup, dan yogurt tanpa gula untuk mengurangkan risiko kerosakan gigi.
Jadikan snek sihat sebagai pilihan utama dalam diet harian anak anda. Dengan snek yang betul, anda bukan sahaja melindungi gigi mereka, tetapi juga menyokong pertumbuhan dan perkembangan yang sihat.
TIP PILIHAN MAKANAN YANG SIHAT UNTUK PENJAGAAN GIGI
1.Buah-buahan Segar
Epal, strawberi, pir, pisang, atau buah beri, kaya dengan serat dan manis secara semula jadi.
2.Sayuran Rangup
Lobak merah, timun, atau saderi
3.Yogurt Tanpa Gula
Penuh kalsium dan baik untuk gigi, tambah buah untuk rasa lebih sedap!
4.Keju
Rendah gula, tinggi kalsium, bantu kekalkan kekuatan gigi si manja.
5.Kacang atau Bijirin Tanpa Gula
Memberi tenaga dan rasa kenyang lebih lama tanpa merosakkan gigi.
Kredit : Kementerian Kesihatan Malaysia
Bintang Kecil dah ada di SeeNI!
Download aplikasi
sekarang!