Masih ingat bayi kecil yang tidur lena dalam kotak polistirena ketika banjir besar melanda Kelantan pada 2014? Kini, dia bukan sekadar kenangan dalam lipatan sejarah, tetapi sebuah kisah inspirasi yang penuh makna dan menyentuh hati.
Dalam detik penuh ujian, Fauzan yang baru berusia dua tahun didodoikan dengan alunan selawat merdu oleh bapanya, sementara air banjir terus naik melebihi paras lutut.
Fauzan ketika itu diletakkan di dalam kotak polistirena bagi membolehkannya tidur dan berehat sambil dihayun oleh alunan air.
Namun, setelah lebih satu dekad berlalu, kisah yang pernah meruntun jiwa itu kini bertukar menjadi kenangan manis buat keluarga mereka.
Menginjak usia 12 tahun, kanak-kanak lelaki itu bukan sahaja membesar dengan sihat, malah mencatat kejayaan cemerlang dalam Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) 2024 dengan meraih keputusan 9A.
Ads
Berita gembira itu dikongsikan oleh bapanya yang juga pemilik akaun @hadikelateranau menerusi akaun media sosial miliknya.
“Alhamdulillah, syukur ya Allah. Terima kasih semua yang mendoakan. Adik Fauzan, ‘baby polistirena’ dapat 9A UPKK 2024. Semoga terus berusaha menjadi hamba Allah yang cemerlang dunia dan akhirat,” tulisnya.
Ads
Kejayaan tersebut mengundang pelbagai reaksi daripada netizen, terutama mereka yang pernah melihat video Fauzan yang tular 10 tahun lalu.
Ramai yang tidak menyangka, kanak-kanak yang pernah menyentuh hati rakyat Malaysia dengan kisahnya itu kini muncul sebagai pelajar cemerlang, mencatat pencapaian membanggakan dalam akademik.
Dalam satu perkongsian lain, bapa Fauzan memaklumkan bahawa mereka sekeluarga tidak lagi menetap di Kelantan. Sebaliknya, mereka telah berpindah ke Ranau, Sabah, dan membina kehidupan baharu di sana.
Untuk rekod, daripada 236,986 calon UPKK 2024, seramai 22,351 memperoleh keputusan penuh 9A.
Kisah Fauzan menjadi bukti bahawa setiap perjalanan hidup, walau dimulai dengan dugaan, tetap mampu berakhir dengan kejayaan.
Demam adalah reaksi semula jadi tubuh dalam melawan jangkitan, sama ada disebabkan oleh virus atau bakteria. Walaupun ia sering dianggap perkara biasa, ramai ibu bapa masih berasa panik apabila suhu badan anak meningkat, terutama jika demam tinggi berlaku pada waktu malam.
Lebih membimbangkan, ada keadaan di mana demam boleh mencetuskan sawan. Walaupun biasanya tidak berbahaya dan bersifat sementara, ia boleh menjadi pengalaman yang mencemaskan bagi ibu bapa.
Oleh itu, memahami bagaimana tubuh bertindak balas terhadap demam, cara mengawal suhu dengan selamat, perkongsian Abu Hannah boleh jadi panduan buat mak-mak.
Sawan dgn demam ni benda yang ramai sangat risau. Benda tu normal sebab memang kena risau dan ni bukan benda bergurau.
Sawan terjadi banyak sebab. Antara yg common sebab badan denydrated. Kekurangan air. Benda ni plg ramai terlepas pandang. Cara aku monitor air dalam badan hannah ialah bila dia demam aku akan bagi air mineral saiz 500 ml.
Kenapa air mineral? Sbb badan org demam dia kurang makan. Sbb organ badan dia terutama organ pencernaan nak rehat supaya boleh bg sistem badan lain terutama sistem pertahanan buat kerja.
Kenapa air mineral 500 ml? Sbb botol kecil so hannah senang nak minum dan aku boleh monitor setiap berapa jam hannah kena habiskan air mineral dia. Aritu dia demam sehari 4-5 botol sehingga malam sblm tidur. Minum sikit2 tp kerapkan.
Ya air mineral sahaja. Boleh juga dicampur sedikit madu atau vit C powder kalau nak. Ni cara plg asas aku make sure badan dia cukup cecair. Sbb bila demam, suhu akan spike terutama jika demam disebabkan beerus. Suhu akan spike dikala langit gelap atau malam. Sistem dia mcm kereta. Kalau kekurangan air boleh overheat. So badan pun sama. So bila dah konsisten monitor air ko jgn risau suhu dia nak spike berapa tinggi sekali pun. Sbb suhu yg panas itu adalah proses rawatan.
Nabi saw ada bersabda di dalam sebuah hadis yg berstatus sahih. Mafhumnya, baginda menegah kita mencela panasnya demam. Kenapa? Sbb demam itu badan sedang aktifkan sistem pertahanan utk heat melawan jangkitan. Badan beri signal ada pencerobohan sistem dalam badan. Setel bab monitor air. Panjangkan? Ya memang panjang sbb tu aku malas nak taip berulang ulang. Aku taip jugak sbb ramai sangat tanya dan call soalan yg aku dh explain lama dah.
Tolong simpan dan amal baru ko faham dan hadam. Punca sawan antaranya sbb yg jenis suka bg pcm atau ramai panggil ubat bontot. Aku x tahu pengasas yg cipta nama tu, cuma aku rasa sbb diorg nak refer pd pcm yg dimasukkan dlm dubur sewaktu baby demam.
Ramai org bg pcm tidak ikut dos. Sbb pcm mudah didapati di mana2 kedai. Contohnya setiap dos perlu diambil tempoh 6-9 jam. 6 jam utk pcm yg oral dan 9 jam utk yg masukkan dlm dubur. Suhu turun mendadak tetapi naik pulak tidak sampai 6-9 jam. So mak ayah ni up lg dos pd anak.
Apa jadi? Suhu badan nak heat jangkitan, tetapi gagal. Sbb ada org switch off supaya badan tidak panas. Kemudian, mcm mana badan nak heat utk lawan jangkitan? Akibatnya, demam berpanjangan melebihi 3-5 hari.
Sbb apa? Sbb jangkitan tidak dpt dilawan. Badan tidak diberi peluang utk melawan jangkitan. Baru nak heat, dah kena off dgn pcm. Kesan lain, budak akan sawan sbb suhu turun mendadak. Badan terkejut. Sbb tu dlm rawatan alami, suhu badan menurun tidak secara mendadak. Mendadak ni maksud akau kalau suhu spike smpai 41, terus drop smpai 39 sbb bg pcm. Kalau rawatan alami memg dia slowly. Suhu 41 akan turun 40.8 kemudian selang sejam 40.7 dan seterusnya.
Analoginya ibarat gelas yg dimasukkan air kopi mendidih, tetiba ko buang kopi tu dan masukkan gelas tu ais batu. Gelas tu akan crack. Ini antara sbb kenapa hannah sejak lahir tak pernah aku guna pcm.
Sebab? 1) Aku tak nak demam dia berpanjangan. Sbb bila guna PCM demam akan drag lebih panjang sbb badan tak dpt peluang utk bentuk sistem pertahanan yg natural lawan jangkitan. Kalau pergi perang tu ibarat hantar dron ke medan perang. Bukan hantar orang. So dron yg berperang dan org tak dpt pengalaman sebenar peperangan dan tak dpt maksimumkan keupayaan dan pengalaman peperangan. So aku nak bentuk sistem pertahanan yg ada ‘combat’ experience. Memory jangkitan tu akan disimpan dlm badan utk lawan next jangkitan. Sbb tu rawatan alami kalau dibuat secara konsisten, badan tu tak alami demam utk 3-4 tahun adalah biasa. Sbb kalau kuman cikai ni dia takde hal lah. Sbb badan manusia ni Allah kata ciptaan terbaik dan ianya menggunakan teknologi kejuruteraan biologi tahap tertinggi oleh Allah sendiri. Tak payah sembang banyak, susu ibu tu jer xde kejuruteraan biologi manusia mampu utk tiru hasilkan.
2) Sebab aku tak nak dia alami sawan. Setinggi mana pun suhu dia, aku cuma fokus pd monitor cecair dlm badan sahaja. Suhu paling tinggi dicatatkan masa usia dia 4 tahun iaitu 41.5. Masa ni aku masih guna alat jangka suhu utk monitor suhu lagi.
Aku tak tahu demam sebab apa. Tp hannah pernah buat food allergy test dan aku buat sekali antibodi test. Dia dh ada antibodi pd influenza, denggi dan beberapa penyakit lain. Saja ngada nak check masa buat food allery test dlu. Tak cocok, tp Allah bg banyak antibodi. Sbb aku bukan jenis sikit2 nak buat ujian darah. Sbb xde faedah pun utk diri aku tahu jangkitan tu. Aku x suka bg anak aku yg tgh sakit makin stress masa demam, nti ganggu proses rawatan alami.
So aku fokus pd rawatan. Sbb demam kalau spike tgh malam biasanya disebabkan beeruss. Kalau siang biasanya sbb bact. So remedi jerlah berdasarkan simptom2 yg ada. Skrg aku dh x monitor guna jangka suhu. Sbb aku perasan manusia mudah triggered dgn angka.
Bila tgk suku naik panik. Bila kena demam c…. check spo2 oksigen rendah panik. So panik ni akan buat otak aku susah nak menaakul data dan maklumat utk tindakan yg tepat. Aku monitor suhu dgn rasa jer. Nak accurate aku cium jer hannah. Kalau intan pun sama. Sbb bibir lebih banyak reseptor rasa yg sensitif utk rasa suhu. Kalau nak monitor air tengok pd bibir, bawah mata dan kuku jer. Belajar kurangkan kebergantungan pd alat.
So akhir sekali sawan disebabkan yg suka guna vicks, balm cap harimau apa ntah nama dia. Semua tu ada bahan yg akibatkan komplikasi sawan. Yg anak batuk berkahak suka sapu vicks tu better hati2lah ea? Asyik tenyeh,tenyeh tu jaga2. Buar garlic oil sendiri lg bagus. Caranya amek garlic dlm 3 biji, cucuk pd garpu, salai atas api dapur. Kemudian ketuk dlm mangkuk garlic tu. Dan curahkan minyak zaitun atau vco. Maka siaplah garlic oil utk sapuan pd anak. Sihat dan selamat.
Akhir sekali aku repeat lagi sekali selepas ko monitor air dan suhu badan. Ko potong bawang mcm dlm gambar, dan letakkan berhampiran tempat tidur org yg sakit. Jgn potong banyak sgt, kang mata pedih. Sbb ada yg mengadu dgn aku, anak dia nangis pedih mata. Bila aku tanya dia kata 6 biji dia letak.
Mentang2 bawang murah. Dia potong mcm nak merewang. Sebiji cukup laaa…. Kemudian jerlum. Buar air jerlum. Ada banyak cara. Air jerlum guna cuka asli spt epal, kurma dan sbgnya. Air jerlum mix dgn epsom salt dan lemon. Air jerlum guna daun bunga raya. Air jerlum asam jawa. Jerlum di bahagian sensitif. Ubun2, bawah pelipat ketiak, dan leher.
Kaki pakaikan stokin yg direndam dalam air cuka atau epsom. Rendam stokin dan pakai kan basah2 slps perah. Sbb suhu manusia sensitif di bahagian kaki. Biar anak tu kencing banyak dan pampers berat. Bagus suhu dan kuman keluar dari perkumuhan. Buar air lemon madu atau air kelapa. Set dos sehari kena banyak mana nak minum. Tp kalau guna homeopathi x boleh bg air kelapa.
Akhir sekali, utk ibu menyusu badan. Pastikan anak tu minum juga air lain kalau ko tanderm nursing. Sbb ditakuti anak perlukan lebih cecair drpd susu ibu, tp sbb share dgn abang maka kurang cecair yg didapati drpd susu ibu. So sila topup guna air lain utk tambahkan cecair. Dan ibu kena minum banyak air kalau menyusukan susu badan. Protokol ni guna bahan alami. Guna supplement nti lenkali. Lenguh menaip…. Aku letak hashtag la senang nak cari. Yg dok tanya tu aku harap ni membantu.
Setiap pagi, ibu bapa pastinya sibuk menyediakan bekal makanan untuk anak-anak ke sekolah. Namun, selain makanan jasmani, anak-anak juga memerlukan bekalan rohani dan emosi agar mereka lebih bersemangat, yakin, dan bersedia menghadapi hari persekolahan.
Dalam perkongsian ini ustazah Aminah Mat Yusoff , kita akan melihat empat perkara penting yang boleh dijadikan bekal utama buat anak-anak kata-kata semangat, pesanan azimat, doa ibu bapa, dan penyerahan sepenuh kepercayaan kepada guru. Dengan amalan ini, bukan sahaja anak-anak lebih berdisiplin dan bermotivasi, malah hubungan ibu bapa, guru, dan anak akan menjadi lebih erat serta diberkati.
Bekal yang anak-anak wajib bawa ke sekolah.
1. Bisikan kata-kata semangat.
Setiap pagi sebelum anak-anak melangkah kaki ke sekolah, selain dari makanan untuk jasmani, mereka memerlukan makanan untuk rohani dan emosi.
“Awak anak hebat dan kuat”
“Awak anak pandai dan cerdik”
“Awak anak soleh, awak boleh”
Kata semangat ini jika di ulang-ulang, anak akan percaya mereka seperti itu. Menguatkan jiwa dan menambah keyakinan diri mereka.
Biasanya anak yang dimarahi, dihambur dengan kata-kata negatif akan hadir ke sekolah dalam keadaan murung, tidak bersemangat, suka menyendiri, tidak suka berkawan, sukar menerima teguran dan kuat membantah.
2. Pesanan azimat.
Selalu pesan pada anak, hormati guru, taat dengan ajaran dan suruhan guru. Gunakan bahasa yang sopan semasa bercakap dengan guru dan kawan, sentiasa bersedia menghulurkan bantuan jika diperlukan.
Jangan gunakan barang kawan tanpa keizinan. Jaga barang yang diamanahkan oleh ibu ayah sebaiknya. Kurangkan keluar masuk tandas kerana ia mengganggu proses pembelajaran di sekolah.
Pesanan ini mendisiplinkan anak. Sekurangnya mereka tahu garis sempadan yang perlu diikuti. Mereka tidak berdisiplin bukan kerana nakal, tetapi mereka tidak diajar untuk mematuhinya.
Letak tangan kanan di ubun-ubun kepala anak, kemudian baca doa ini.
اللهم حفظه كما حفظت من عبادك الصالحين.
” Allahumma haffazhu kama haffzta min ‘ibadikassolihiin”
Ya Allah jagalah anakku seperti Engkau menjaga hambaMU yang soleh”
اللهم فقهه فى الدين وعلمه التأويل
“Allahumma faqqihhu fid diin, wa’ allimhutta’wil”
Ya Allah berikanlah kefahaman kepadanya tentang agama dan ajarilah ia ilmu ta’wil ( tafsir Al-Qur’an)
Amalkanlah selalu, jangan terlepas. Doa adalah vitamin untuk minda dan fizikal anak. Ia menjadi pelindung dan membawa keberkatan dalam hidup anak. Doa yang baik adalah lambang keredhaan ibu ayah dan anak akan beroleh redha Allah SWT dengan asbab doa ini.
4. Penyerahan muktamad.
Serahkanlah sepenuh kepercayaan kepada pihak sekolah dan guru yang mendidik. Usah timbul perasaan ragu dan rasa tidak percaya.
Bina ukhuwwah dengan guru, saling bekerjasama dan ucaplah ” Saya serahkan anak ini untuk cikgu didik, betulkan mana yang silap, pandulah mana yang tersasar”
Anak lelaki perlu dididik untuk menjadi seorang pemimpin, setidak-tidak sebagai seorang ketua keluarga.
Juga seharusnya diajar untuk bertanggungjawab atas setiap tindakannya. Hukumi mereka sekiranya mereka melakukan kesilapan. Jangan biarkan mereka melakukan kesalahan yang sama.
Sebagaimana perkongsian ustazah ini, boleh jadi manfaat bersama.
TIP DIDIK ANAK LELAKI
Cabaran mendidik anak lelaki berbeza dengan anak perempuan. Saya kongsikan beberapa tips terbaik melahirkan anak lelaki yang berjiwa kental, bertanggungjawab dan di hormati masyarakat.
1. Sumber belanja
Inilah kehidupan. Saya menelusuri sejarah kehidupan Almarhum ayahanda dan 5 bapa saudara yang dibesarkan oleh atuk dan nenek. Semuanya lelaki. Kebanyakan dari mereka menjadi insan hebat, sangat disegani dan ada yang namanya tercatat dalam kelompok ulama negeri kelantan.
Subhanallah.. .
Jangan terkejut jika saya nyatakan, mereka melanjutkan pengajian ke luar negara berbekalkan duit belanja dari hasil jualan telur itik dan sumbangan masyarakat kampung.
Rupanya, wang belanja dan sumber yang berkat memberi kesan yang hebat dalam kehidupan seorang anak. Menjadi asbab kepada Allah SWT redha dengan ilmu yang dituntut sehingga mampu menjadi tunjang dalam masyarakat.
2. Susah
Kemewahan hanya akan melahirkan seorang anak lelaki yang pandai meminta bukan memberi.
Ajari mereka tentang kehidupan yang susah, jika hari ini suasana rumah kita tidak membantu, bawalah anak-anak ke suatu tempat yang mampu mengajar erti kesusahan yang sebenar.
Ajak mereka melakukan khidmat masyarakat, turun menziarahi keluarga yang dhoif dan berikan tanggungjawab sebagai Ketua untuk menguruskan sesuatu misi mengikut kadar kemampuan.
Banyakkan program bersama anak lelaki, membersih kawasan masjid, tempat wudhuk dan paling penting ialah tandas. Inilah cara yang paling mudah untuk menundukkan hati yang keras dan sombong.
Bila hati sudah dilentur, mudahlah akhlak dibentuk.
3. Damping
Cuba tanya anak lelaki satu soalan nie, bila besar nanti nak jadi apa?
Kita akan mendengar jawapan yang hampir sama. “Saya nak Jadi macam ayah”
Apapun pun pekerjaan seorang ayah, anak lelaki akan merasa bangga dan sentiasa memasang angan-angan untuk menjadi seperti nya.
Penting, dampingi anak-anak dengan contoh kelakuan yang terbaik. Tabiat yang buruk tinggalkan diluar rumah atau lakukan diluar pngetahuan anak-anak lelaki. Contohnya bertengkar, ketagihan game, merokok dan sebagainya.
Seorang anak yang diajar dengan kekerasan, sifat bengis, pemarah, suka berhibur dan kemaksiatan akan cenderung menjadi seorang penjenayah, mereka melihat orang lain sebagai lawan bukannya kawan.
4. Cintakan ilmu, pasakkan tauhid dalam jiwa
Bahaya membiarkan jiw seorang anak lelaki kosong, kering dan gersang kerana banyak unsur-unsur negatif akan berebut memenuhinya.
Tidak mudah mendidik anak lelaki kerana kita hanya mampu melihat hasilnya apabila mereka menginjak remaja dan menjadi dewasa.
Cabaran yang paling besar ialah menguruskan anak lelaki remaja.. berapa ramai ibu ayah yang menumpahkan air mata kerana anak mereka tersungkur di lembah kehinaan, salah memilih haluan hidup, kuat melawan, memilih teman hidup yang salah, tercalar akidah kerana taasub dengan artis2 barat dan kpop.
Ubat kepada segala penyakit ini ialah suapkan makanan kepada Rohani mereka. Wujudkan hubungan dengan Allah dan benamkan kalimah tauhid dalam jiwa, pasti dan pasti tidak ada perkara yang boleh merosakkannya.
5. Berdikari
Bekal hidup yang paling baik untuk seorang anak lelaki ialah ilmu dan pengalaman. Hantar mereka belajar di tempat jauh, lagi jauh lagi mahal pengalaman yang mereka perolehi.
Anak lelaki yang berdikari akan menjadi seorang yang bertanggungjawab dan bijak mengatur kehidupan.
Kita bukan sahaja melahirkan seorang anak lelaki, tetapi Allah amanahkan kita bakal khalifah. Besar sungguh tanggungjawab mendidik, kerana kita akan disoal tentang amanah ini.