Seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun terpaksa menerima 12 jahitan selepas mengalami kecederaan serius akibat terlanggar cermin kaca di sebuah taman awam sekitar Pengerang, Johor, baru-baru ini.
Ibunya, Nurul Shazrina Roslee, 38, berkata, detik cemas yang menimpa anak sulungnya berlaku ketika mereka sekeluarga mengunjungi taman awam tersebut sekitar jam 9.30 malam untuk menyaksikan tarikan baharu di sana.
Kongsi Nurul Shazrina lagi, ‘mirror maze’ yang ditempatkan di taman awam itu berbentuk bulatan dengan lampu-lampu di sepanjang cermin yang menyebabkan keadaan menjadi keliru akibat pantulan kaca pada waktu malam.
“Pada mulanya, kami menyangka permukaan cermin itu akrilik, bukannya kaca yang boleh membahayakan pengunjung.
Ads
“Ketika sedang memegang dua anak kecil, saya melihat si sulung sudah berjalan ke depan sebelum terdengar bunyi hempasan kaca yang sangat kuat,” katanya berkongsi.
Sebaik berlari ke arah bunyi tersebut, Nurul Shazrina terkejut mendapati anaknya sudah dalam keadaan berlumuran darah.
“Kami segera membawa dia ke klinik berhampiran untuk mendapatkan rawatan awal. Anak saya memerlukan 12 jahitan di bahagian dahi, hidung, jari kanan, dan pergelangan tangan kiri akibat luka yang teruk.
Ads
“Setelah menjalani pemeriksaan X-ray dan membuka balutan, darah masih keluar sehingga kami terpaksa membawa dia ke hospital KPJ untuk rawatan lanjut. Walaupun tiada keretakan di kepala, serpihan kaca ditemui di dalam hidungnya.
“Selain itu, jari kanan anak saya yang digunakan untuk menulis memerlukan rawatan fisioterapi berterusan,” jelasnya lagi.
Ads
Pun begitu katanya, keadaan anaknya kini semakin pulih walaupun mempunyai parut yang kekal untuk jangka masa panjang.
Menyedari khilafnya yang perlu lebih peka ketika membawa anak, dia bagaimanapun terkilan kerana cermin itu diletakkan di kawasan awam malah membahayakan pengunjung.
Bagi mengelakkan kejadian sama berulang dan atas faktor keselamatan, dia membuat aduan kepada Majlis Perbandaran Pengerang dan pihak berkuasa telah menutup kawasan tersebut sehari selepas kejadian.
“Saya berpandangan cermin kaca tidak sesuai atau munasabah diletakkan di taman awam atas faktor keselamatan. Tujuan aduan ini dibuat adalah demi meningkatkan kesedaran dan bukan untuk menyaman mana-mana pihak,” katanya.
Tarikh 2 Oktober pastinya menjadi tarikh yang paling dinantikan Fazura dan Fattah. Semuanya bagi menyambut ulang tahun kelahiran cahaya mata mereka, Nur Fatima Aisya.
Tahun ini genap empat tahun usia Fatima dan sambutan tahun ini pastinya sedikit berbeza dek kerana kemelut rumah tangga yang dilalui kedua selebriti ini. Namun ia bukan halangan untuk membahagia si comel Fatima.
Menerusi perkongsian keduanya, hari lahir anak kesayangan itu turut disambut cukup meriah namun dalam dua acara berbeza.
Menerusi akaun Instagram baharu anak kecil ini, Fazura dilihat memilih tema siri popular kesukaan puteri sulungnya iaitu Wednesday.
“Since my birthday falls on a Wednesday and I love Wednesday Addams, everyone must be in character,” tulisnya dikapsyen.
Fatima tampil dalam persalinan serba hitam bersama Fazura dan sepupunya yang turut disertakan dengan tema kek Wednesday.
Menerusi perkongsian video, Fatima dilihat begitu pandai membawakan karektor watak utamanya Wednesday. Memang comel.
Menakala Fattah pula dilihat turut meraikan hari istimewa Fatima dengan membawanya ke indoor playground malah turut memotong kek bagi meraikan Fatima.
Terdahulu pada 13 September yang lalu, Fazura memfailkan penceraian terhadap Fattah tanpa menyatakan perincian sebab mahu bercerai.
Cuti sekolah ini pasti ada yang mengambil kesempatan nak khatankan anak. Memang tak dinafikan kaedah sekarang buatkan luka pada tempat khatan sembuh dengan cepat, tapi untuk ibu yang pertama kali nak jaga anak berkhatan, tentu ada gusarnya.
Untuk ibu yang pertama kali nak jaga anak berkhatan, Dr Ahmad Luqman Bukhari senaraikan apa yang perlu dibuat untuk menjaga anak lepas berkhatan, terutamanya untuk mama yang pertama kali nak jaga hero.
Pertama kali jaga anak lepas berkhatan?
Ni antara ilmu penjagaan yang penting untuk mak ayah semua praktikkan:
Perhatikan jika pendarahan tidak berhenti daripada luka berkhatan. Jika berlaku, terus ke fasiliti kesihatan untuk rawatan lanjut.
Galakkan anak untuk pakai kain sarung atau pakaian yang longgar dulu. Pangkal yang terdedah tu mungkin terasa lebih sensetif dan ngilu pada peringkat awal.
Pesan kat dia supaya tak lakukan aktiviti lasak. Tunggu dulu hingga luka tu sembuh sepenuhnya.
Berikan anak makanan yang mengandungi banyak protein seperti ayam dan telur supaya luka lekas sembuh dengan sempurna.
Ingatkan dia supaya minum air secukupnya. Barulah tak sembelit dan tak terdehidrasi.
Jika dia mengadu sakit, boleh berikan ubat penahan sakit seperti Paracetamol setiap 6-8 jam.
Pesan jugak kat anak supaya cuci tangan sebelum nak sentuh luka berkhatan dan pastikan tempat luka tu bersih dan kering.
Penting tau. Kalau tak jaga betul-betul, takut berlaku jangkitan pada luka.
Nak gunakan topical antibiotic seperti Chloramphenicol pun bagus.
Ada apa apa pantang tak doktor? Tak ada. Follow je tips yang saya share ni ye.
Seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun yang memandu kereta Toyota Corolla bersama kawannya bernasib baik kerana terselamat selepas melanggar kenderaan yang diparkir di bahu jalan semalam.
Kanak-kanak itu difahamkan memandu kereta milik keluarganya sekitar jam 9.30 malam di Jalan Arowana 2, Taman Arowana Impian, Seremban.
Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din berkata, kanak-kanak terbabit bersama seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun namun tidak mengalami kecederaan.
“Siasatan awal mendapati, kemalangan berlaku apabila sebuah kereta jenis Toyota Corolla dipandu oleh kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun bersama kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun yang merupakan jirannya.
“Kereta itu dari arah Apartment Arowana Impian menuju ke arah Taman Arowana Impian,” katanya dalam satu kenyataan.
Menurutnya, semasa melalui satu selekoh, kereta dipandu terbabas dan melanggar sebuah van jenis Toyota yang diparkir di bahu kiri jalan.
Tambahnya, kejadian itu telah menyebabkan van itu menggelongsor ke hadapan dan melanggar kereta jenis Perodua Kancil yang diparkir di hadapannya.
“Semua pihak dinasihatkan mematuhi peraturan jalan raya dan ibu bapa atau penjaga perlu memerhati serta memantau tindakan anak-anak di bawah jagaan.
“Ia bagi mengelakkan sebarang perkara tidak diingini berlaku dan tindakan tegas akan diambil kepada pemandu yang melakukan kesalahan, jika pesalah adalah kanak-kanak, ibu bapa atau penjaga juga akan dikenakan tindakan,” katanya.
Pelakon dan penyanyi, Nabila Razali mengakui naluri keibuannya semakin menebal malah tidak boleh berpisah lama dengan anak kesayangannya terutama apabila keluar bekerja.Bahkan kata Nabila...