Untuk aktiviti ‘Movie Day Out’ kali ini, Bintang Kecil (BK) telah memilih 15 rakan BK yang bertuah untuk menonton filem ‘IF (Imaginary Friends)’ bersama keluarga mereka di TGV Pavillion Bukit Jalil.
Paling menarik, setiap penonton telah diberikan dessert bertemakan filem ini. Best kan!
Mesti kawan-kawan nak tahu kan bagaimana mereka boleh terpilih untuk menyertai ‘Movie Day Out’ kali ini?
Mak ayah mana yang tak bimbang bila anak demam. Sebolehnya mak ayah mahu anak cepat-cepat turun suhu badannya ke paras normal. Mulakan mak ayah mencuba pelbagai cara. Namun jangan tersalah langkah.
Menurut Dr. Salehin di akaun Tiktoknya @drsalehink, terdapat beberapa kesilapan yang sudah menjadi kebiasaan ibu bapa ketika menangani masalah anak demam.
Antaranya adalah memakaikan pakaian tebal kepada anak dan memandikan dengan air suam ketika sedang demam. Jom ikuti perkongsian beliau.
“Pertama, kebiasaannya orang Malaysia kalau anak-anak demam mesti bagi pakai pakaian tebal. Sebenarnya, salah. Pakaian tebal itu ia menyimpan haba, maksudnya ia menyimpan haba badan.
Badan anak-anak panas, sepatutnya dia kena keluarkan haba dalam badan. Jadi, sepatutnya kita tak boleh bagi pakaian yang tebal.
Macam itu anak-anak bila bagi pakaian baju sejuk, dia akan lagi panas. Demamnya akan lagi teruk.
Kedua, kebiasaannya anak-anak yang demam dia akan lapar. Dan bila anak demam dia akan kurang nak makan.
Bila dia kurang nak makan, sebenarnya ibu bapa kena menggalakkan dan suruh anak makan. Melalui pemakanan, anak akan cepat pulih. Jadi, ibu bapa kena galakkan anak untuk makan.
Terakhirnya adalah memandikan anak demam dengan air suam atau air panas. Air suam ini biasanya dia punya suhu mungkin lebih tinggi daripada badan kita. Mungkin dalam 50 degree 60 degree macam itu ataupun mungkinlah 45 macam itu.
Kita demam pun paling tinggi mungkin 40, boleh pergi jauh pun 41. Jadi, kita punya suhu badan lebih sejuk daripada air yang kita mandi.
Jadi, suhu panas air itu akan masuk ke dalam badan yang menyebabkan badan kita lebih panas. Sebenarnya, bila demam bukan kena mandi air panas tapi kena mandi dengan air sejuk.
Jadi mak ayah jangan buat silap, elakkan baju tebal dan pilih baju yang selesa dan boleh menyerap peluh. Paling penting elakkan mandi air suam.
Bintang Kecil dah ada di SeeNI!
Download aplikasi
sekarang!
Sebut sahaja nama Asyraff Khan, mesti korang semua kenalkan siapakah orangnya.
Popular dengan lagu Langkah Seiringan yang dinyanyikan bersama abang Afieq Shazwan, ramai yang puji nyanyian Asyraff.
Kalau nak tahu, cara Asyraff bahagikan masa antara kerjaya dan pelajaran adalah dengan menyiapkan kerja sekolah terlebih dahulu sebelum memulakan latihan.
Asyraff Khan juga mendisiplinkan diri untuk sentiasa hadir ke sekolah walaupun jadual padat dengan jemputan nyanyian.
Bagi Asyraff, tiada alasan untuk tidak hadir ke sekolah dan pelajarannya juga tidak terganggu.
Jadi , kalau korang semua nak jadi macam Asyraff Khan, kenalah kental tau. Disiplin penting untuk pastikan kita berjaya dalam apa juga yang di ceburi.
Bintang Kecil dah ada di SeeNI!
Download aplikasi
sekarang!
Seorang pelajar perempuan berusia 15 tahun, Muna Qaisara Muhammad Budiman dilaporkan hilang sejak Sabtu lalu. Orang ramai diminta untuk membantu mengesan pelajar itu segera.
Kali terakhir Muna dilihat memakai jubah berwarna merah hati dan tudung berwarna krim sebelum disedari tidak berada di asrama sekolahnya.
Menurut ibunya, Juliana Johari, 42, Muna Qaisara dilapor hilang dari asramanya di Kuala Terengganu sejak Sabtu lalu. Malah menurutnya lagi pelbagai usaha telah dilakukan oleh keluarga untuk menjejaki anaknya itu namun sehingga kini masih menemui jalan buntu.
“Saya rayu kepada sesiapa yang mungkin mempunyai rakaman dashcam di sekitar laluan berhampiran kawasan sekolah di Serada agar dapat membantu kami.
“Ada juga pihak yang menyebarkan maklumat palsu kononnya Muna Qaisara sudah ditemui, sedangkan ia tidak benar,” katanya ketika dihubungi di sini pada Selasa.
Juliana berkata, mereka sekeluarga berharap agar Muna Qaisara dapat segera ditemui dalam keadaan selamat.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd Noor mengesahkan pihaknya menerima laporan kehilangan pelajar tersebut pada Ahad.
Katanya, kes itu disiasat di bawah Orang Hilang (OH) dan usaha mengesan mangsa sedang giat dijalankan.
Orang awam yang mempunyai maklumat diminta menghubungi talian 013-5714157 atau 013-3092947, atau hadir ke mana-mana balai polis berdekatan.
Sumber: Sinar Harian
Bintang Kecil dah ada di SeeNI!
Download aplikasi
sekarang!