Menegur anak biarlah kena pada waktunya. Paling diutamakan ialah menegur atau marah anak sebelum waktu tidur. Ini tidak sepatutnya berlaku.
Ini kerana kesan marah anak sebelum mereka tidur akan memberi impak negatif kepada kualiti tidur.
1.Kanak-kanak yang berhadapan dengan kejadian buruk atau tidak menyenangkan sejurus sebelum tidur berpotensi untuk lebih sukar untuk tidur. Jadi elakkan.
Ini juga termasuk apabila anak-anak menerima hukuman atau amaran daripada ibu bapa pada waktu tidur. Keadaan ini boleh mengurangkan kualiti tidur kanak-kanak kerana masih berasa takut.
Ads
2.Kata-kata kasar yang diterima oleh kanak-kanak akan memberi kesan kepada psikologi mereka.
Apabila anak anda berasa tertekan atau cemas, sistem saraf menjadi aktif dan sukar untuk berehat. Kerisauan dan kekecohan di fikirannya akan mengganggu anak untuk fokus dan memasuki fasa tidur yang nyenyak.
3.Tidak dapat tidur yang berkualiti
Ads
Untuk mendapatkan tidur yang berkualiti, si kecil anda mesti boleh tidur dalam masa yang mencukupi. Tidur yang berkualiti memainkan peranan penting dalam mengekalkan prestasi kognitif, meningkatkan imuniti badan, dan membangunkan otak. Oleh itu, kanak-kanak mesti berada dalam keadaan santai dan dalam suasana tenang sebelum tidur.
Ads
4.Menyebabkan gangguan dalam tidur
Peristiwa atau kejadian buruk yang dialami oleh kanak-kanak sebelum tidur akan tercatat dalam fikiran mereka. Kebimbangan, tekanan, ketakutan, dan trauma akan mencetuskan gangguan tidur dan sering menjadi punca mereka mengigau.
5.Anak-anak mengalami masalah seperti sleepwalking, night terror, risau, mimpi ngeri
Gangguan tidur boleh menyebabkan kanak-kanak terjaga pada waktu malam, berasa letih atau letih apabila bangun, dan keadaan negatif lain.
Bintang Kecil dah ada di SeeNI!
Download aplikasi
sekarang!
Selepas peperiksaan pentaksiran hujung tahun, lawatan sekolah adalah aktiviti paling dinantikan oleh murid sekolah rendah. Inilah masanya mereka dapat bersama kawan-kawan, menaiki bas, dan melawat tempat menarik di Malaysia sambil belajar perkara baharu.
Tetapi persoalannya, ke mana tempat paling sesuai untuk bawa anak-anak ini? Bukan sekadar berseronok, yang paling penting ialah menambah ilmu dan pengalaman. Berikut ialah 8 tempat lawatan menarik di Malaysia untuk murid sekolah rendah yang penuh nilai pendidikan serta menyeronokkan.
Pusat Sains Negara (PSN) merupakan destinasi terbaik untuk murid meneroka dunia sains secara menyeronokkan. Dengan lebih 1,000 pameran interaktif, murid dapat mencuba pelbagai eksperimen berkaitan tenaga, angkasa lepas, fizik dan biologi.
Selain itu, PSN turut menganjurkan bengkel sains mini dan demonstrasi khas yang membantu murid memahami konsep pembelajaran secara visual dan praktikal. Ia menjadikan pembelajaran lebih menarik berbanding hanya membaca buku teks.
Zoo Negara ialah lokasi klasik untuk lawatan sekolah kerana memberikan pendedahan kepada dunia haiwan. Dengan lebih 400 spesies dari seluruh dunia termasuk panda, harimau dan gajah, murid dapat belajar tentang kepelbagaian biologi dan kepentingan menjaga alam sekitar.
Lawatan ke Zoo Negara juga menyokong pembelajaran mata pelajaran Sains dan Pendidikan Moral sambil menanam rasa cinta terhadap hidupan liar di Malaysia.
Taman Botani Putrajaya sangat sesuai untuk aktiviti luar bilik darjah berasaskan alam semula jadi. Murid boleh mengenal pelbagai tumbuhan tropika, herba dan pokok hiasan sambil beriadah di kawasan hijau yang luas dan bersih.
Guru boleh merancang aktiviti seperti ‘leaf hunt’, lukisan tumbuhan atau kuiz alam sekitar supaya sesi pembelajaran lebih interaktif dan menyeronokkan.
Balai Bomba dan Penyelamat memberikan pengalaman unik kepada murid kerana mereka dapat melihat sendiri peranan dan tanggungjawab anggota bomba.
Biasanya, pihak bomba akan mengadakan demonstrasi memadam api, menyelamat mangsa dan tunjuk cara menggunakan alat pemadam api. Murid juga berpeluang memakai pakaian bomba serta mencuba peralatan khas. Aktiviti ini meningkatkan kesedaran keselamatan dan disiplin diri.
Kilang Coklat Beryl’s bukan sahaja destinasi yang sedap dilawati tetapi juga penuh ilmu! Murid dapat belajar tentang proses pembuatan coklat – dari biji koko hingga menjadi produk siap.
Lawatan ini memperkenalkan konsep keusahawanan dan industri makanan kepada murid, selain memberi peluang mereka membeli hasil coklat tempatan yang terkenal di seluruh dunia.
Muzium Negara ialah tempat wajib untuk memahami sejarah dan budaya Malaysia. Murid boleh melihat artifak lama, pakaian tradisional, model rumah, dan pameran zaman penjajahan.
Dengan empat galeri utama (Prasejarah, Kerajaan Melayu, Penjajahan dan Malaysia Moden), lawatan ini membantu murid menghargai warisan negara sambil belajar dengan cara visual dan menyeronokkan.
Aquaria KLCC menawarkan pengalaman dunia bawah laut yang menakjubkan di tengah bandar. Murid dapat melihat lebih 5,000 spesies hidupan laut termasuk jerung, pari dan ikan tropika.
Terowong bawah laut sepanjang 90 meter membolehkan murid merasai pengalaman seolah-olah berada di dasar laut sebenar. Lawatan ini membuka minda tentang ekosistem marin dan kepentingan menjaga kebersihan lautan.
Farm in the City ialah ladang interaktif yang sangat sesuai untuk kanak-kanak sekolah rendah. Murid boleh memberi makan haiwan seperti arnab, kambing, kura-kura dan burung jinak.
Mereka juga belajar tentang pertanian bandar, kitar semula dan penjagaan haiwan. Suasana ladang yang bersih dan mesra kanak-kanak menjadikan lawatan ini pengalaman yang tidak dapat dilupakan.
Kesemua tempat lawatan menarik di Malaysia untuk murid sekolah rendah ini bukan sahaja menyeronokkan tetapi juga sarat dengan ilmu dan pengalaman berharga. Ibu bapa serta guru boleh menjadikan senarai ini panduan untuk merancang lawatan yang mendidik dan menggembirakan anak-anak.
Bintang Kecil dah ada di SeeNI!
Download aplikasi
sekarang!
Korang pernah tengok kanak-kanak panjat dinding tinggi, main skateboard laju-laju atau lompat sana sini macam ninja? Ha, itulah yang dipanggil sukan extreme kanak-kanak. Bunyi macam bahaya, tapi sebenarnya kalau dibuat dengan betul dan selamat, aktiviti ni memang seronok gila dan penuh manfaat.
Zaman sekarang, kanak-kanak bukan sekadar duduk dengan gajet. Ramai ibu bapa mula galakkan aktiviti fizikal yang lebih mencabar supaya anak-anak jadi aktif, berani dan yakin dengan diri sendiri.
Sukan extreme ialah aktiviti fizikal yang buat jantung berdegup laju dan memerlukan keberanian, fokus serta kawalan pergerakan badan. Untuk kanak-kanak, versi yang ditawarkan biasanya lebih selamat, terkawal dan sesuai dengan umur mereka.
Kebanyakan aktiviti ini dijalankan di tempat khas, lengkap dengan jurulatih terlatih dan peralatan keselamatan. Jadi ibu bapa tak perlu terlalu risau selagi peraturan dipatuhi.
Antara aktiviti yang sering jadi pilihan korang ialah:
Semua ini termasuk dalam kategori sukan extreme kanak-kanak yang direka khas supaya menyeronokkan tanpa mengabaikan keselamatan.
Sebab aktiviti ni buat korang rasa hebat kan?. Bila berjaya panjat sampai atas atau berjaya habiskan satu cabaran, kepuasan tu memang lain macam.
Selain keseronokan, banyak manfaat yang korang boleh dapat:
Setiap kali mencuba sesuatu yang baru, kanak-kanak belajar satu perkara penting, rasa takut itu normal, asalkan berani mencuba.
Jawapannya ya, selamat jika ikut peraturan. Dalam kebanyakan program sukan extreme kanak-kanak, aspek keselamatan adalah keutamaan.
Biasanya pihak penganjur dan ibu bapa akan pastikan:
Dengan langkah ini, risiko dapat dikurangkan dan kanak-kanak boleh menikmati aktiviti dengan lebih yakin.
Ibu bapa memainkan peranan penting dalam memastikan pengalaman anak-anak positif. Galakkan mereka mencuba, tapi jangan paksa. Dengarkan perasaan mereka dan beri sokongan moral.
Bila ibu bapa beri kepercayaan, kanak-kanak akan lebih berani mencabar diri sendiri dalam persekitaran yang selamat.
Sukan extreme kanak-kanak bukan sekadar aktiviti lasak. Ia membantu membentuk keberanian, kekuatan fizikal dan keyakinan diri sejak kecil.
Kalau korang jenis tak suka duduk diam dan suka cabaran, aktiviti macam ni memang sesuai. Mana tahu, dari sekadar cuba-cuba hari ini, suatu hari nanti korang boleh jadi atlet hebat pula.
Bintang Kecil dah ada di SeeNI!
Download aplikasi
sekarang!
Mengendali dan menjaga anak autism sememangnya memerlukan kesabaran yang tinggi. Namun seorang tukang gunting rambut atau ‘barber’ dipuji ramai kerana menyantuni mesra seorang kanak-kanak autism ketika menggunting rambut.
Menerusi video yang dikongsikan oleh akaun TikTok @imashariza, seorang barber menjadi perhatian ramai kerana sikapnya yang tenang dan sabar melayan kerenah seorang kanak-kanak autisme di kedainya.
Kelihatan kanak-kanak lelaki yang dikenali sebagai Aisy sedang duduk di atas sebuah kerusi di dalam kedai gunting rambut itu.
Kemudian, dapat dilihat tukang gunting yang dikenali sebagai Mr D menyantuninya Aisy dengan sebaik-baiknya dalam keadaan tenang dan ceria.
Malah Mr D juga cuba menarik perhatian kanak-kanak berkenaan sebelum menggunting rambut anak kecil itu.
Meskipun Aisy menolaknya dan berlari di dalam kedai berkenaan namun Mr D yang penuh dengan sifat kebapaan itu begitu sabar berhadapan dengan pelanggan cilik itu.
Bahkan Mr D juga membuatkan sesi gunting rambut itu seperti sedang bermain dengan Aisy agar kanak-kanak tersebut terhibur dengannya.
Aisy kemudiannya nampak selesa malah tidak menangis atau menunjukkan rasa tidak suka sepanjang melalui proses gunting rambut bersama Mr D. Memang terbaik!
“Dekat dunia dia mungkin ujian terbesar, tapi dekat sana nanti dia hadiah untuk kamu” Mr D.
“Untuk anak autism dia orang memang tak suka potong rambut, sebab melibatkan sensory issue (isu deria).
“Tadi Aisy terpukul dan tertarik janggut Mr D. Tapi Mr D nasihatkan saya, tak mengapa biarkan dia.
“Dia tengah tertekan kerana tidak biasa. Selepas bermain akhirnya Aisy bagi potong rambut dia dan tidak lari-lari,” tulis Imashariza dalam video tersebut.
Paling menarik pastinya kata-kata dari Mr D yang memberikan kesan di hati.
“Mr D cakap dekat saya, saya patut bersyukur dapat anak istimewa. Kalau jaga dia baik-baik dapat banyak pahala dan masuk syurga.
“Sambil Mr D urut-urut kaki Aisy, dia cakap bagi saya pahala banyak-banyak supaya dosa saya kurang ya,” ujarnya berkongsi.
Bintang Kecil dah ada di SeeNI!
Download aplikasi
sekarang!