Ada berita best dari Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang mesti buat ramai tersenyum. Mulai tahun depan, murid sekolah tak lagi wajib pakai tali leher ke sekolah tau. Yeay!
Menurut KPM, semua murid di sekolah bawah kementerian boleh datang ke sekolah tanpa tali leher. Keputusan ini diumumkan secara rasmi melalui surat khas yang ditandatangani oleh Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia.
Kenapa KPM Buat Keputusan Ni?
Sebenarnya, KPM fikirkan tentang keselesaan murid-murid juga. Malaysia ni panas dan lembap. Pakai tali leher setiap hari boleh buat rasa rimas, susah bernafas dan cepat berpeluh.
Ads
Selain itu, KPM juga nak ringankan beban mak ayah. Tak perlu lagi beli tali leher baru setiap kali sekolah bermula. Jimat sikit duit, kan?
Masih Boleh Pakai Ke Kalau Nak?
Boleh! Tapi tak wajib. Kalau sekolah dan ibu bapa setuju, murid masih dibenarkan pakai tali leher. Yang penting, tak boleh ada paksaan. Tak boleh marah atau paksa murid yang tak pakai tali leher.
Ads
Ads
Bila Peraturan Ni Bermula?
Peraturan ini berkuat kuasa serta-merta dan perlu dipatuhi oleh semua pihak termasuk sekolah, cikgu dan pejabat pendidikan.
Kesimpulannya
Mulai tahun depan, murid boleh ke sekolah dengan lebih selesa tanpa tali leher. Badan tak panas sangat, bergerak pun lebih bebas. Yang penting, walaupun tak pakai tali leher, disiplin dan adab tetap nombor satu ya!
Sekolah tetap sekolah. Kita tetap murid yang baik dan berdisiplin
Bintang Kecil dah ada di SeeNI!
Download aplikasi
sekarang!
Pernah tak korang nampak kucing terus melompat bila terkena air sikit? Baru percik sikit je, terus lari laju macam dikejar hantu!
Haa… sebab tu ramai orang kata, “Eh, kucing memang takut air!”
Tapi… betul ke semua kucing takut air? Jom kita selidik sama-sama dan bongkar fakta sebenar tentang tingkah laku kucing bila berdepan dengan air.
Sebenarnya, kucing takut air bukan sebab fobia melampau, tetapi lebih kepada naluri dan tabiat semula jadi mereka. Kebanyakan kucing memang tak biasa dengan air, terutamanya air yang membuatkan badan mereka basah sepenuhnya.
Ini antara sebab utama kenapa kucing sering mengelak air:
Bulu kucing direka untuk kekal kering dan hangat. Bila bulu mereka basah, ia jadi berat, sejuk dan mengambil masa lama untuk kering. Keadaan ini buat kucing rasa tidak selesa dan pergerakan mereka jadi terbatas.
Bagi kucing, rasa tak selesa ini boleh dianggap sebagai satu “ancaman”, sebab mereka suka bergerak pantas dan sentiasa bersedia untuk melarikan diri jika perlu.
Kucing ialah haiwan yang sangat mementingkan kebersihan. Mereka menghabiskan banyak masa menjilat badan sendiri untuk kekal bersih dan rapi.
Apabila badan basah, kucing rasa bau dan tekstur bulu mereka sudah berubah. Sebab itulah lepas mandi, kucing akan menjilat badan berjam-jam sampai betul-betul kering.
Deria bau kucing sangat tajam. Air paip, sabun atau syampu mempunyai bau asing yang tidak sama dengan bau semula jadi badan kucing.
Bau yang pelik ini boleh menyebabkan kucing rasa terancam dan keliru, lalu membuatkan mereka cuba melarikan diri daripada air secepat mungkin.
Jawapannya… YA, memang ada! Walaupun ramai anggap kucing takut air, hakikatnya tidak semua kucing membenci air. Ada kucing yang sangat ingin tahu dan berani bermain dengan air.
Antara tingkah laku kucing yang menunjukkan mereka tak kisah air:
Contohnya, baka Turkish Van memang terkenal sebagai kucing yang suka bermain air. Ini membuktikan bahawa ketakutan terhadap air bukan sifat wajib semua kucing.
Jawapannya, tak perlu selalu. Kucing secara semula jadi sangat pandai menjaga kebersihan diri mereka sendiri.
Namun, dalam keadaan tertentu seperti kucing terlalu kotor, terkena bahan berbahaya, atau mengalami masalah kesihatan, mandi mungkin diperlukan.
Jika perlu mandi, gunakan air suam, lakukan perlahan-lahan dan elakkan pergerakan mengejut supaya kucing tidak panik. Pengalaman mandi yang tenang boleh mengurangkan rasa takut pada masa depan.
Kesimpulannya, kucing takut air bukan kerana mereka lemah atau manja, tetapi kerana air membuatkan mereka rasa tidak selesa, sejuk dan terdedah.
Kucing sebenarnya hanya suka berada dalam keadaan kering, bersih dan selesa. Itu cara mereka menjaga keselamatan diri sendiri.
Jadi, kalau korang nampak kucing melompat lari bila nampak air, jangan gelak ya.
Itu cuma naluri semula jadi seekor kucing yang comel dan sedikit drama.
Sekarang dah tahu kan rahsia kucing dan air? Lagi kita faham tingkah laku kucing, lagi senang kita jaga mereka dengan penuh kasih sayang.
Bintang Kecil dah ada di SeeNI!
Download aplikasi
sekarang!
Korang pernah tak… bila dah lewat malam, mata masih segar macam baru bangun tidur? Mak ayah dah penat gila, tapi kita masih lompat sana sini. Esoknya… haa, mulalah susah nak bangun pergi sekolah.
Sebenarnya, ada banyak cara tidur awal supaya badan boleh rehat cukup. Doktor Kamarul Ariffin ada kongsi tip menarik yang korang boleh cuba bersama mak ayah. Jom baca!
Kalau badan kita penat sebab dah berlari, main basikal, atau main kejar-kejar, malam nanti senanglah mata nak lelap. Lagi aktif, lagi cepat ngantuk! Ini salah satu cara tidur awal yang ramai tak perasan, badan penat, otak pun senang berehat.
Doktor cakap kita kena makan malam lebih kurang dua jam sebelum tidur. Jangan makan benda berat atau terlalu manis sebab nanti perut bekerja keras, mata pula segar. Bila makan awal, badan lebih bersedia untuk rehat dan ini membantu cara tidur awal jadi lebih mudah.
Walaupun hari sekolah atau cuti, cuba tidur pada waktu yang sama setiap malam. Bila selalu ikut masa, badan kita pun akan ingat “Oh, dah nak tidur!” Konsisten ni penting kalau nak biasakan diri dengan cara tidur awal tanpa dipaksa.
Satu jam sebelum tidur, hentikan telefon, tablet dan TV. Cahaya skrin tu buat otak rasa “eh, siang lagi ke?”. Sebab tu susah nak tidur! Kalau nak belajar cara tidur awal yang betul, skrin kena rehat dulu sebelum mata rehat.
Korang boleh buat rutin seperti…
Semua ni bantu badan rasa lebih relaks. Bila relaks, cara tidur awal jadi lebih berkesan dan cepat.
Rumah kena bagi gelap sikit, sunyi sikit. Bila mak ayah masuk bilik waktu tidur, badan kita pun automatik rasa nak tidur juga. Suasana rumah banyak mempengaruhi cara tidur awal anak-anak.
Nak tidur sedap, bilik kena gelap, sejuk sikit dan tak bising. Selimut pun kena selesa. Bila tempat rehat sesuai, badan mudah ikut cara tidur awal yang sihat.
Kalau ada takut, risau, atau sedih, cerita dulu pada mak ayah. Bila hati lega, barulah senang nak tidur lena. Emosi tenang bantu sangat untuk amalkan cara tidur awal tanpa gangguan.
Kalau berjaya tidur awal selama beberapa hari, mak ayah boleh beri pujian atau hadiah kecil. Seronok kan? Ini buat anak rasa lebih semangat untuk terus ikut cara tidur awal setiap malam.
Nak ubah rutin memang susah, tapi kalau buat setiap hari, nanti badan korang akan terbiasa. Yang penting… jangan putus asa! Bila dah biasa dengan cara tidur awal, bangun pun jadi lebih segar dan ceria.
Kalau korang ikut semua tip ni, insyaAllah boleh tidur awal setiap malam dan bangun segar untuk pergi sekolah. Badan sihat, otak pun cerdas! Cara tidur awal bukan susah pun cuma kena biasakan diri dan buat sama-sama dengan mak ayah.
Bila tidur cukup, korang lebih fokus dalam kelas, kurang mengantuk, dan badan pun mudah sihat. Tidur awal juga buat mood lebih stabil. Bila emosi okay, hari pun rasa lebih seronok. Semua ni bermula hanya dengan satu langkah kecil iaitu amalkan cara tidur awal setiap hari.
Bintang Kecil dah ada di SeeNI!
Download aplikasi
sekarang!
Anak perempuan sememangnya cukup istimewa. Dikurniakan dengan pelbagai emosi dan pelbagai, kelembutan dan kasih sayang dari dalam, maka jiwa halus dan lembut perlu dibajai dengan kasih sayang.
Namun dalam menerapkan kasih sayang yang tepat, terapkanlah ilmu asas dalam diri agar anak perempuan tahu akan batas-batas yang perlu dijaga sebaiknya.
Menurut perkongsian Dr Taufiq Razif, didiklah anak perempuan kita dengan ilmu-ilmu ini sebelum mereka menginjang usia remaja. Ini penting!
Anak perempuanmu harus menjadi wanita yang ‘Iffah. Didiklah 8 perkara ini sebelum anak perempuan masuk umur remaja
1. Didiklah dia rasa malu dengan lawan jantina.
2. Ajari dia cara untuk berkata TIDAK / NO pada perkara yang boleh menjatuhkan maruahnya.
3. Didiklah dia untuk bersikap agak tegas pada orang luar tetapi berlemah lembut dengan keluarganya.
4. Bagitahu dia bahawa rasa malu itu benteng pertahanan terkuat seorang wanita
5. Ajari dia untuk ada pendirian agama yang kukuh dan kuat walau apa pun terjadi di sekelilingnya
6. Didiklah dia untuk hanya bergantung pada Penciptanya
7. Didiklah dia untuk mengawal emosinya di saat dia sangat marah dan berduka
8. Beritahulah dia bahawa dialah wanita paling cantik di pandangan orang tuanya
Ya Allah. Lindungi anak anak perempuan kami daripada segala ujian dan fitnah dunia. Dan jadikanlah anak anak perempuan kami anak yang ‘Iffah yang jauh daripada kerosakan dan godaan dunia dan jadikan anak anak perempuan kami wanita solehah semuanya.
Bintang Kecil dah ada di SeeNI!
Download aplikasi
sekarang!