Kemahiran menulis perlu diperkenalkan dan diajarkan pada anak sejak awal lagi. Semua ini bagi membiasakan anak untuk memegang pensil dan sebagai persediaan awal melangkah ke sekolah.
Macam mana nak ajar anak? Ikuti panduan Terapis Cara Kerja, Pn Mahfuzah Zainol sebagai persediaan untuk mengajar anak kemahiran menulis.
Persediaan mengajar kemahiran tulisan tangan kepada kanak-kanak?
1. Bersedia ajar cara memegang pensel. Sekitar umur 3-5 tahun.
Setelah itu, kebiasaannya murid sudah develop pegangan pensel sendiri. Nanti saya further explain apa nak buat jika pegangan pensel tidak efektif.
Ads
2. Bersedia ajar menulis di atas garisan.
Ya, gunakan buku bergaris. Untuk murid yang muda-muda (4-7 tahun), boleh guna kertas bergarisan yang lebih lebar daripada biasa.
Jenis kertas bergarisan juga telah saya kongsikan dalam posting sebelum-sebelum ini.
3. Bersedia ajar menulis dengan arah betul. Ini adalah cara memulakan pergerakan menulis itu, mula dari atas ke bawah atau dari kiri ke kanan dan vice versa.
Ads
Untuk cara menulis dengan betul ini, kita allow untuk murid yang kidal supaya boleh buat garisan dari kanan ke kiri.
Ads
4. Bersedia ajar menulis dengan pembentukan huruf dengan betul.
Pembentukan huruf tidak betul ini adalah seperti tulis secara terbalik, macam dalam cermin.
5. Bersedia ajar untuk menjarakkan perkataan.
Yang ini kemudian sikit sebab kita fokus 1-4 tu untuk menulis huruf atau nombor individual dulu, dah pandai, boleh tulis perkataan, then pandai lagi boleh tulis ayat.
Kebiasaannya tiada spacing atau tulis rapat-rapat ni berlaku apabila dia sudah mula menyalin/menulis ayat.
Bila hidung anak berdarah, bukan hanya anak sahaja yang cemas bahkan mak ayah sekali pun turut cemas bila melihatkan keadaan anak. Jangan begini, sebaliknya tenangkan diri.
Menurut Pakar Bedah Telinga, Hidung & Tekak, Dr Ezairy M. Sallih, tenangkan diri dahulu dan kemudian barulah menguruskan hidung anak yang berdarah. Paling penting jangan cemas.
“Doktor, anak saya selalu berdarah hidungnya. Macam mana nak buat ni?”
Rintihan seperti ini amat selalu saya peroleh daripada ibu bapa. Mereka sudah tentu bimbang jika masalah ini terlalu kerap berlaku kepada anak-anak.
Apabila berlaku tiba-tiba sahaja di rumah atau di mana-mana sekali pun, apakah langkah pantas yang perlu ibu bapa tahu bagi menghentikan pendarahan ini?
Ikut 3 langkah penting ini. Ulang sehingga pendarahan berhenti.
✅ Bertenang
Bertenang dan lakukan langkah seterusnya satu persatu. Gelabah hanya akan membuatkan anda melakukan perkara yang tidak sepatutnya.
✅ Duduk dan tundukkan kepala
Dudukkan anak dan tundukkan kepalanya ke bawah untuk mengelakkan darah daripada masuk ke saluran pernafasan. Baringkan anak dan dongakkan kepalanya.
✅ Picit dan ‘compress’ hidung
Kemudian picit dan ‘compress’ hidung daripada luar selama 10 minit. Ulangi langkah ini. Jika pendarahan masih lagi berlaku, bawa anak ke fasiliti kesihatan terdekat untuk rawatan lanjut.
Jika tiada tanda pendarahan akan berhenti, segera bawa ke fasiliti kesihatan terdekat.
Dr Ezairy M. Sallih
Pakar Bedah Telinga, Hidung & Tekak
Sebut sahaja nama Asyraff Khan, mesti korang semua kenalkan siapakah orangnya.
Popular dengan lagu Langkah Seiringan yang dinyanyikan bersama abang Afieq Shazwan, ramai yang puji nyanyian Asyraff.
Kalau nak tahu, cara Asyraff bahagikan masa antara kerjaya dan pelajaran adalah dengan menyiapkan kerja sekolah terlebih dahulu sebelum memulakan latihan.
Asyraff Khan juga mendisiplinkan diri untuk sentiasa hadir ke sekolah walaupun jadual padat dengan jemputan nyanyian.
Bagi Asyraff, tiada alasan untuk tidak hadir ke sekolah dan pelajarannya juga tidak terganggu.
Jadi , kalau korang semua nak jadi macam Asyraff Khan, kenalah kental tau. Disiplin penting untuk pastikan kita berjaya dalam apa juga yang di ceburi.
Mendidik anak di zaman ini sememangnya cukup mencabar. Mana lebih tepat, mahu berlembut dengan anak atau tegas tetapi anak memberontak. Payah bukan?
Menurut perkongsian Penulis Keibubapaan, Pn Wawa Shauqi, elakkan sama sekali Permissive Parenting kerana ia memburukkan keadaan anak. Jom ikuti perkongsian beliau.
Tolong jangan samakan ‘berlembut’ tu dengan Gentle Parenting. Gentle Parenting tak membesarkan manusia yang entitle. Sebab dalam Gentle Parenting masih ada ketegasan. Masih bergantung pada peraturan yang tegas.
Berlembut adalah Permissive Parenting. Terlalu berlembut dengan anak sampaikan takut untuk kecewakan anak. Biarkan anak buat sukati. Tanpa letak sempadan/ kawalan / peraturan.
Ya. Permissive parenting berisiko melahirkan anak yang perangai diva. Serba betul. Narsisistik. Dan rasa diri entitled.
5 kesalahan dalam mendidik anak
Sehingga berisiko melahirkan anak yang entitle.
1. Memberi apa saja yang anak inginkan
Tak salah nak gembirakan anak. Saya pun bagi aje. Takut jugak kalau tak bagi apa dia nak, anak belajar panjang tangan.
Cuma, kita beringat. Kita berpada. Terlalu banyak dapat benda yang diingini, lama-lama anak makin hilang rasa menghargai.
Terlalu memewahkan membuatkan anak melihat dunia dari aspek material semata-mata. Kalau boleh letakkan ini sebagai reward atas kerjasama anak yang baik selama ini. Bukan anak yang letak syarat sampai pandai mengugut kita.
2. Tak ada kawalan/ sempadan/ peraturan
Anak nak buat apa, buatlah. Asal bahagia. Asal tak menangis mengamuk. Itu yang paling utama. Sehingga mak ayah takut nak letak peraturan pada anak.
Anak yang begini pandai memanipulasi mak ayah dengan rajuk dan tangisnya. Tanpa peraturan yang jelas, anak tidak belajar untuk menghormati peraturan. Sampai besar dia rasa dia berhak buat apa saja.
3. Overprotective
Lawnmower parenting adalah antara ciri mak ayah yang overprotective. Terlalu takut anak susah dan gagal. Sampai mak ayah jadi tukang buatkan semua untuk anak-anak.
Kehidupan anak terlalu senang. Hasilnya, anak tak belajar untuk menghadapi cabaran dan belajar bersusah-susah sikit untuk capai sesuatu.
4. Tak diajar tanggungjawab
Anak perlu diajar untuk membantu kerja-kerja rumah. Supaya mereka belajar bekerjasama dan menyumbang tenaga dalam hidup bekeluarga.
Pun begitu, jangan sampai deligate kebanyakan kerja di rumah. Sampai anak hilang kehidupan kanak-kanak dia. Ada beza parentified kids dengan responsible kids.
5. Puji berlebihan untuk usaha anak yang sedikit
Anak akan lihat apa saja yang dibuatnya adalah sesuatu yang betul. Anak tak rasa mereka perlu berusaha. Sebab mereka tak belajar bahawa untuk dapat sesuatu, kita perlu berusaha keras.
Kelima-lima ciri ni sebenarnya adalah ciri-ciri mak ayah Permissive. Penting untuk kita jadi mak ayah yang bijak. Iaitu mak ayah penyayang dan berlembut. Tapi ada sempadan dan peraturan yang jelas.
Ini untuk ingatan saya sebagai ibu yang tak sempurna. Jangan biarkan anak-anak kita membesar dengan rasa entitled tanpa rasa tanggungjawab.
Dengan pendekatan yang seimbang, kita boleh membantu anak-anak menjadi individu yang bertanggungjawab dan menghargai setiap usaha yang dilakukan.
Semoga kita semua dapat menjadi ibu bapa yang memberi kasih sayang dengan penuh bijaksana.
Pelakon dan penyanyi, Nabila Razali mengakui naluri keibuannya semakin menebal malah tidak boleh berpisah lama dengan anak kesayangannya terutama apabila keluar bekerja.Bahkan kata Nabila...