Satu cabaran mak ayah hari ini adalah mendidik anak untuk jadi yang lebih baik. Pun begitu bila anak ingkar atau lambat mengikut kata mak ayah, keadaan ini buatkan satu kesukaran dalam mendidik.
Mendidik anak-anak perlukan kesabaran yang tinggi namun cara mendidik juga perlulah bertepatan dan bersesuaian.
Tip yang dikongsikan oleh Dr Redza Zainol ini mak ayah perlu cuba.
Tujuh cara mudah untuk anak lebih dengar kata mak ayah
Tujuh cara ni simple je sebenarnya tapi boleh buatkan anak kita tu lebih dengar cakap kita berbanding kita duk jerit atau pukul.
Bila anak tak nak dengar cakap kita, tengok sama ada keperluan asas dia dipenuhi atau tak.
Ads
Adakah dia lapar, penat, tak cukup tidur, rimas atau emosi tak stabil sebab bergaduh adik beradik.
Kalau semua keperluan asas dia dah dipenuhi, kita boleh tengok tujuh cara ni pula.
1. Bercakap sambal pandang mata anak pada sama aras. Maknanya kita kena melutut atau duduk supaya kita separas dengan anak.
Ads
2. Peluk anak 8 kali sehari.
3. Gunakan ayat yang pendek dan ringkas.
4. Buat sesi one on one dengan setiap anak.
5. Bermain dengan anak-anak.
– Main pun kena focus.
– Bila kita bergelak ketawa dengan anak, hormone oxytocin akan buat kita jadi tenang dan bahagia.
Ads
6. Kurangkan berkata JANGAN.
Contoh baik: “Adik kat dapur kena jalan perlahan.”
7. Cakap terima kasih pada anak.
Contoh baik: “Terima kasih tolong papa sangkut tuala cantik-cantik.”
Contoh tak baik: “Dah habis mandi nanti jangan tinggal tuala kat lantai pula.”
Seperti mana kita bina ‘connection’ dengan orang disekeliling untuk dapatkan kepercayaan mereka, macam tu juga kita kena bina ‘connection’ dengan anak sendiri.
Percayalah bila kita cuba buat perkara ni, kita akan jadi lebih rapat dengan anak.
Anak akan rasa ‘connected’ dan percaya dengan kita. Waktu tu lebih mudah untuk dia ikut cakap kita.
Bagi ibubapa yang mahu merancang cuti balik kampung, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menerusi Kalendar Akademik Sesi 2025/2026 memaklumkan bahawa tarikh cuti tambahan diberikan sebanyak tiga hari bersempena Hari Raya Aidilfitri bagi tahun ini.
Ia diberikan kepada guru, pelajar dan ibu bapa bagi memudahkan mereka menikmati Aidilfitri bersama keluarga tercinta, saudara mara dan sahabat handai.
Kredit Foto: Sinar Harian
Cuti tambahan yang diperuntukkan KPM ini pula berbeza untuk Kumpulan A dan Kumpulan B. Berikut merupakan cuti yang diberikan mengikut hari:
1) Kumpulan A (Kedah, Kelantan dan Terengganu)
30 Mac 2025 (Ahad)
2 April 2025 (Rabu)
3 April 2025 (Khamis)
Kredit Foto: Sinar Harian
2) Kumpulan B
(Melaka, Johor, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Labuan dan Wilayah Persekutuan Putrajaya)
2 April 2025 (Rabu)
3 April 2025 (Khamis)
4 April 2025 (Jumaat)
Untuk info, sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini dijangka pada 31 Mac (Isnin) (tertakluk pada perubahan) dan 1 April (Selasa) dikira sebagai cuti perayaan dalam takwin tahunan itu.
Dalam dunia yang semakin kompleks dan kompetitif, pendidikan memainkan peranan yang amat penting dalam memastikan kejayaan dan masa depan yang cerah untuk anak-anak. Oleh itu, menyediakan tabung pendidikan dari awal merupakan langkah bijak dan strategik yang dapat memberi banyak manfaat kepada anak-anak kita.
Antara kepentingan membuat simpanan pendidikan untuk anak-anak adalah seperti:
1. Menjamin Kualiti Pendidikan
Dengan adanya tabung pendidikan, anda dapat memastikan bahawa anak-anak anda akan mempunyai akses kepada pendidikan berkualiti. Kos pendidikan tinggi, seperti yuran pengajian universiti, buku teks, dan perbelanjaan lain, semakin meningkat dari tahun ke tahun. Tabung pendidikan membolehkan anda menyimpan dana yang mencukupi untuk menampung kos ini tanpa perlu memikirkan bagaimana untuk membiayai perbelanjaan tersebut di masa hadapan.
2. Mengurangkan Beban Kewangan Kos pendidikan boleh menjadi beban kewangan yang besar jika tidak dirancang dengan baik. Dengan memulakan tabung pendidikan seawal mungkin, anda dapat mengurangkan tekanan ekonomi pada masa depan. Ini juga membantu mengelakkan keperluan untuk mengambil pinjaman pendidikan yang boleh menyebabkan beban hutang yang tinggi kepada anak-anak anda selepas mereka tamat belajar.
3. Memberi Pilihan kepada Anak-anak
Dengan adanya dana pendidikan yang mencukupi, anak-anak anda akan mempunyai lebih banyak pilihan untuk melanjutkan pelajaran mereka di Institusi Pendidikan Tinggi yang mereka minati tanpa terlalu memikirkan tentang kos. Ini membolehkan mereka mengejar bidang pengajian yang benar-benar mereka gemari dan mencapai kejayaan tanpa batasan kewangan.
Mengambil serius tentang hal ini, Pa&Ma dengan kerjasama Simpan SSPN telah mengadakan sesi Borak Pa&Ma bagi membincangkan tentang kepentingan membuat perancangan kewangan dan simpanan pendidikan demi masa depan anak-anak. Sesi ini diadakan bersempena Edutainment Fest Simpan SSPN 2024 pada 25 Ogos yang lalu bertempat di Datum Jelatek Shopping Centre.
Sesi Borak Pa&Ma – Future Ready with Simpan SSPN bersama moderator Uyaina Arshad bersama Pn. Suhailin, Ika Nabella dan Syamel.
Perkongsian Selebriti Jadi Inspirasi Sesi Borak Pa&Ma ini telah dikendalikan oleh pengacara dan pelakon terkenal, Uyaina Arshad. Wakil PTPTN (Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional) iaitu Pn. Suhailin Sharul Anuar yang merupakan Penolong Pengurus Bahagian Komunikasi Korporat PTPTN bersama-sama Syamel dan Ika Nabella menjadi panel jemputan untuk mengupas tentang topik Future Ready With Simpan SSPN.
Perkongsian penuh manfaat dan sangat memberi inspiarsi kepada ibu ayah muda untuk membuat perancangan simpanan pendidikan buat anak-anak
Menurut Pn. Suhailin, perancangan simpanan pendidikan perlu dibuat sejak anak masih dalam kandungan. Dengan cara itu, ibu ayah dapat bersedia dengan komitmen untuk memastikan mereka membuat simpanan untuk kegunaan pendidikan anak-anak apabila mereka sudah dewasa.
Bukan itu saja, Pn. Suhailin turut berkongsi tentang produk Simpan SSPN yang boleh menjadi pilihan ibu ayah tanpa rasa terbeban dan boleh dibuat secara konsisten.
“Di Simpan SSPN, pendeposit boleh menikmati pelbagai keistimewaan dan manfaat apabila membuka akaun untuk anak-anak. Salah satu produk Simpan SSPN iaitu Simpan SSPN Prime yang bukan hanya patuh syariah bahkan boleh dibuka dengan bayaran RM20 sahaja tanpa sebarang komitmen. Tambahan pula, Simpan SSPN ini dijamin kerajaan, ada perlindungan takaful percuma ke atas pendeposit serta pendeposit boleh mendapat pelepasan taksiran cukai sehingga RM8,000 setahun,“ jelas Pn. Suhailin.
Pn. Suhailin Sharul Anuar (Penolong Pengurus Bahagian Komunikasi Korporat PTPTN)
Menurut Syamel pula, dia dan isteri sentiasa berbincang untuk memastikan mereka dapat menyediakan kemudahan yang terbaik buat anak mereka iaitu Nur Khawla Soleha.
“Saya dan Ernie memang akan selalu berbincang untuk pastikan kami dapat beri yang terbaik untuk Khawla. Bukan saja tentang keperluan Khawla tetapi juga untuk masa depannya seperti pendidikan. Sebab itulah, kami memilih untuk membuka akaun Simpan SSPN untuk Khawla. Sebagai seorang ayah, sebaik saja kelahiran Khawla saya dah pandang jauh. Saya dah mula bayangkan macam mana bila dia dah besar dan ada boyfriend nanti,” kata Syamel.
Syamel (Selebriti)
Ika Nabella berkongsi semasa dirinya hamil, dia mahukan anaknya menjadi seorang menteri. Ketika solat, dia sering berdoa agar impiannya tercapai. Ketika itulah dia sedar, ibu ayah perlu ada perancangan untuk masa depan anak-anak.
“Waktu itu memang saya selalu berdoa anak saya menjadi menteri tapi ayah mertua saya cakap banyak persediaan yang perlu dibuat. Waktu itulah saya mulai sedar yang kalau kita mahukan sesuatu untuk anak, kita perlu buat perancangan dari awal. Sekarang ni, saya hanya mahukan yang terbaik untuk Muhammad Noah Zayn. Alhamdulillah, saya juga sudah membuka akaun Simpan SSPN untuk Noah sejak usianya dua tahun,” cerita Ika.
Ika Nabella (Selebriti)
Penonton ‘Sporting’ Menang Hadiah!
Selain sesi perkongsian dari Pn. Suhailin, Syamel dan Ika, turut diadakan sesi kuiz untuk para penonton yang sama-sama mengikuti Borak Pa&Ma. Setiap panel diminta untuk bertanyakan soalan berkaitan produk Simpan SSPN dan ternyata kesemua penonton sangat ‘sporting’ untuk menjawab.
Antara peserta ‘sporting’ yang mendapat hadiah istimewa dari Pa&Ma dan Simpan SSPN
Mereka turut menerima hadiah istimewa dari Pa&Ma dan Simpan SSPN. Ternyata, perkongsian di dalam sesi Borak Pa&Ma ini banyak memberi manfaat kepada semua yang hadir pada hari tersebut. Untuk ibu ayah yang sedang merancang simpanan untuk masa depan anak-anak, bolehlah membuat pembukaan akaun Simpan SSPN di mana-mana cawangan PTPTN terdekat mahupun melalui aplikasi myPTPTN untuk perkhidmatan yang lebih mudah, cepat dan selamat.
Anak mana yang tidak suka mandi-manda di kolam renang. Riang bermain, lagi-lagi bila bersama dengan kawan-kawan.
Anak nampak lemah dan tak bermaya selepas mandi dalam kolam. Ini kebiasaannya yang terjadi pada anak kita selepas seharian bermandi manda. Apa sebabnya?
Ini yang dikongsikan oleh Dr Taufiq Razif ini.
Saya paling risau kalau anak anak jadi sakit bila balik dari mandi kolam!
Tak kisah la jadi demam biasa ke, batuk batuk ke ataupun cirit birit ke sebab jatuh sakit lepas balik daripada mandi kolam ni adalah sejenis Recreational Water Illness ( RWI )
Kuman dalam air kolam tu ada bermacam jenis.. Ada E. Coli, ada juga parasit contohnya Cryptosporidium yang memang susah nak mati walaupun air kolam tu dah diletakkan klorin.
Sekali kuman kuman ni semua masuk ke dalam saluran penghadaman, boleh kena cirit birit anak kita tu.
Kalau masuk ke telinga dan mata boleh jadi jangkitan. Mata pun mula la jadi pedih dan merah menyala.
Kalau anak kita ada luka kat badan mereka lagi la bahaya. Terus kuman kuman tu boleh masuk ke pembuluh darah anak kita.
Tu la kenapa kalau anak jatuh sakit bila balik daripada mandi kolam, cepat cepat bawa anak jumpa doktor ye!
p/s : Pssst.. Kalau air kolam tu bau klorinnya kuat sangat pun hati hati ye. Tu biasanya bau klorin yang dah banyak bercampur dengan najis dan kencing
p/s : Tolong bagitahu mak ayah yang belum tahu ye sebab rasanya ramai lagi yang belum tahu tu
Pelakon dan penyanyi, Nabila Razali mengakui naluri keibuannya semakin menebal malah tidak boleh berpisah lama dengan anak kesayangannya terutama apabila keluar bekerja.Bahkan kata Nabila...