Seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun yang memandu kereta Toyota Corolla bersama kawannya bernasib baik kerana terselamat selepas melanggar kenderaan yang diparkir di bahu jalan semalam.
Kanak-kanak itu difahamkan memandu kereta milik keluarganya sekitar jam 9.30 malam di Jalan Arowana 2, Taman Arowana Impian, Seremban.
Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din berkata, kanak-kanak terbabit bersama seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun namun tidak mengalami kecederaan.
Ads
“Siasatan awal mendapati, kemalangan berlaku apabila sebuah kereta jenis Toyota Corolla dipandu oleh kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun bersama kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun yang merupakan jirannya.
“Kereta itu dari arah Apartment Arowana Impian menuju ke arah Taman Arowana Impian,” katanya dalam satu kenyataan.
Ads
Menurutnya, semasa melalui satu selekoh, kereta dipandu terbabas dan melanggar sebuah van jenis Toyota yang diparkir di bahu kiri jalan.
Ads
Tambahnya, kejadian itu telah menyebabkan van itu menggelongsor ke hadapan dan melanggar kereta jenis Perodua Kancil yang diparkir di hadapannya.
“Semua pihak dinasihatkan mematuhi peraturan jalan raya dan ibu bapa atau penjaga perlu memerhati serta memantau tindakan anak-anak di bawah jagaan.
“Ia bagi mengelakkan sebarang perkara tidak diingini berlaku dan tindakan tegas akan diambil kepada pemandu yang melakukan kesalahan, jika pesalah adalah kanak-kanak, ibu bapa atau penjaga juga akan dikenakan tindakan,” katanya.
Tarikh 2 Oktober pastinya menjadi tarikh yang paling dinantikan Fazura dan Fattah. Semuanya bagi menyambut ulang tahun kelahiran cahaya mata mereka, Nur Fatima Aisya.
Tahun ini genap empat tahun usia Fatima dan sambutan tahun ini pastinya sedikit berbeza dek kerana kemelut rumah tangga yang dilalui kedua selebriti ini. Namun ia bukan halangan untuk membahagia si comel Fatima.
Menerusi perkongsian keduanya, hari lahir anak kesayangan itu turut disambut cukup meriah namun dalam dua acara berbeza.
Menerusi akaun Instagram baharu anak kecil ini, Fazura dilihat memilih tema siri popular kesukaan puteri sulungnya iaitu Wednesday.
“Since my birthday falls on a Wednesday and I love Wednesday Addams, everyone must be in character,” tulisnya dikapsyen.
Fatima tampil dalam persalinan serba hitam bersama Fazura dan sepupunya yang turut disertakan dengan tema kek Wednesday.
Menerusi perkongsian video, Fatima dilihat begitu pandai membawakan karektor watak utamanya Wednesday. Memang comel.
Menakala Fattah pula dilihat turut meraikan hari istimewa Fatima dengan membawanya ke indoor playground malah turut memotong kek bagi meraikan Fatima.
Terdahulu pada 13 September yang lalu, Fazura memfailkan penceraian terhadap Fattah tanpa menyatakan perincian sebab mahu bercerai.
Anak mana yang tidak suka mandi-manda di kolam renang. Riang bermain, lagi-lagi bila bersama dengan kawan-kawan.
Anak nampak lemah dan tak bermaya selepas mandi dalam kolam. Ini kebiasaannya yang terjadi pada anak kita selepas seharian bermandi manda. Apa sebabnya?
Ini yang dikongsikan oleh Dr Taufiq Razif ini.
Saya paling risau kalau anak anak jadi sakit bila balik dari mandi kolam!
Tak kisah la jadi demam biasa ke, batuk batuk ke ataupun cirit birit ke sebab jatuh sakit lepas balik daripada mandi kolam ni adalah sejenis Recreational Water Illness ( RWI )
Kuman dalam air kolam tu ada bermacam jenis.. Ada E. Coli, ada juga parasit contohnya Cryptosporidium yang memang susah nak mati walaupun air kolam tu dah diletakkan klorin.
Sekali kuman kuman ni semua masuk ke dalam saluran penghadaman, boleh kena cirit birit anak kita tu.
Kalau masuk ke telinga dan mata boleh jadi jangkitan. Mata pun mula la jadi pedih dan merah menyala.
Kalau anak kita ada luka kat badan mereka lagi la bahaya. Terus kuman kuman tu boleh masuk ke pembuluh darah anak kita.
Tu la kenapa kalau anak jatuh sakit bila balik daripada mandi kolam, cepat cepat bawa anak jumpa doktor ye!
p/s : Pssst.. Kalau air kolam tu bau klorinnya kuat sangat pun hati hati ye. Tu biasanya bau klorin yang dah banyak bercampur dengan najis dan kencing
p/s : Tolong bagitahu mak ayah yang belum tahu ye sebab rasanya ramai lagi yang belum tahu tu
Pelakon dan pengacara, Uyaina Arshad telah selamat bersalin anak keduanya pada 17 Mei yang lalu. Dia melalui kelahiran secara pembedahan di atas saranan doktor kerana mengalami masalah jantung. Isteri kepada Raja Syahiran ini turut berkongsi tentang kelahiran kali kedua ini adalah dua minggu awal dari due date yang sebenar.
Semalam, Uyaina telah memuatnaik sebuah video di media sosial berkongsi detik-detik indah pertama kali anak sulungnya, Raja Urhan, berjumpa dengan adik. Dapat dilihat Urhan sangat teruja dan seperti tidak percaya yang adiknya telah lahir dan boleh disentuh.
Didalam video tersebut, Urhan dibawa oleh Baba untuk berjumpa dengan Mama dan adiknya. Ketika masuk ke bilik, dia seakan-akan terkejut tetapi tidak lama selepas itu Urhan terus naik ke katil untuk memegang dan mencium adiknya.
Di penghujung video, Urhan memegang gambar adiknya sambil memberitahu bahawa dia gembira. Biarpun baru saja berusia sekitar dua tahun, namun sudah jelas kelihatan kasih sayang seorang abang terhadap adiknya.
Biarpun video tersebut berdurasi singkat tetapi tetap menyentuh hati mereka yang menonton. Rata-rata turut berkongsi pengalaman mereka selain melahirkan rasa sebak menonton video Uyaina ini. Rasanya belum terlambat untuk mengucapkan tahniah buat Uyaina sekeluarga di atas kelahiran putera yang kedua ini. Tahniah!
Perkongsian kali ni sangat bermanfaat, terutamanya untuk mereka yang selalu batuk waktu baring nak tidur. Ini tips dari Dr. Rizal Abu Bakar, pakar otak,...