Anak kedua usahawan dan pelawak Shuib, Dzahira Talita Zahra yang tular selepas melakukan persembahan di Bukit Bintang baru-baru ini kini melangkah setapak lagi apabila berpeluang untuk menjayakan Konsert By Ajai & Mega Friend di Singapura pada 10 Mei nanti.
Menerusi sebuah posting di Instagram, Shuib berjaya merakam momen kegembiraan di wajah Talita apabila diberi tawaran tersebut. Lebih teruja, kejutan itu dilakukan oleh Ajai sendiri.
Ads
“Dari show paling murah ke show paling mahal. Tahniah Talita. Daddy bangga.
“Terima kasih abang Ajai. Kita sama-sama doakan Talita okey,” kongsinya.
Ads
Terdahulu, Talita telah menarik perhatian ramai semasa melakukan sebuah persembahan di Bukit Bintang, Kuala Lumpur dengan mendendangkan lagu arwah ibunya, Siti Sarah Raisudin yang berjudul Kesetiaan.
Thalita menyanyikan lagu Kesetiaan sebanyak dua kali dan pada nyanyian kedua, emosinya sedikit tersentuh sehingga menitiskan air mata.
Selain lagu Kesetiaan, dia juga menyanyikan lagu Kekasih Bayangan sewaktu busking bersama stesen radio Era FM.
Terdahulu, pada 9 Ogos 2021, Siti Sarah telah menghembuskan nafas terakhirnya selepas bertarung nyawa melawan virus Covid-19 di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia.
Bintang Kecil dah ada di SeeNI!
Download aplikasi
sekarang!
Aktiviti mewarna sememangnya aktiviti yang cukup mudah namun cukup bermanfaat untuk anak-anak kita. Melalui aktiviti ini anak dilatih untuk memegang pensil dengan baik dan melatih kekuatan tangan selain tahap fokus yang baik pada anak-anak.
Anak ajar anak mewarna di rumah, agaknya pensil warna jenis apa yang lebih sesuai atau krayon lebih baik? Ini penjelasan dari Ahli Terapi Cara Kerja, Pn Mahfuzah Zainol.
“Nak Pakai Crayon Atau Pensel Warna?”
1. Ramai juga guru-guru pendidikan khas dan guru tadika yang tanya saya, “nak suruh guna pensel warna atau nak guna krayon?”
2. Penggunaan krayon sebenarnya adalah untuk latihan tripod grip.
3. Krayon untuk kanak-kanak adalah yang hujungnya berbentuk segi tiga dan badannya bentuk silinder yang besar. Untuk promote tripod grip semasa memegang.
4. Tripod grip pula adalah pegangan efektif yang menggunakan tiga jari. Melibatkan ibu jari, jari telunjuk dan jari tengah.
5. Disebabkan pada masa sekarang sudah wujud pensel warna yang bersaiz besar dan berbentuk segi tiga untuk menyokong tripod grip kanak-kanak, tiada lagi dilema nak guna krayon atau pensel warna.
6. Diharap info ini merungkai dilema nak guna krayon ke pensel warna.
7. Jika kanak-kanak sudah pandai tripod grip, bolehlah beralih kepada pensel warna saiz biasa. Tiada masalah. Projek 10 minit setiap hari dengan anak-anak kadang-kadang ialah mewarna.
Saya bagi arahan yang sama kepada kedua mereka, tapi hasil berbeza.
Arahan mewarna diberi secara verbal.
– Warnakan matahari dengan warna oren.
– Warnakan payung dengan warna biru.
– Warnakan baldi dengan warna hijau.
Bintang Kecil dah ada di SeeNI!
Download aplikasi
sekarang!
Siapa kat sini suka slime? Slime yang lembik, boleh tarik panjang, boleh gentel, boleh picit sampai berbunyi squish squish tu! Haa… hari ni jom kita belajar cara buat slime berwarna sendiri dekat rumah. Mudah, selamat dan confirm jadi aktiviti paling best masa cuti sekolah!
Sebab slime ni:
– boleh buat macam-macam warna
– boleh main lama tanpa bosan
– bantu tenangkan fikiran
– bagus untuk merangsang deria sentuhan
Dan… boleh buat sendiri! Lagi best kan?
Semua bahan ni mudah je nak cari dekat supermarket:
✔ 1 mangkuk plastik
✔ Gam putih (PVA glue)
✔ Sedikit air
✔ Pewarna makanan (pilih warna kegemaran korang!)
✔ Baking soda
✔ Contact lens solution (yang ada boric acid – supaya slime jadi)
✔ Sudu & batang pengacau
Tip keselamatan:
Minta bantuan mak ayah untuk pegang bahan tertentu dan elakkan guna bahan kuat. Keep it safe!
Tuang lebih kurang setengah cawan gam. Ini akan jadi badan slime korang.
Kacau perlahan sampai campuran jadi smooth.
Nak warna pink? Biru? Rainbow pun boleh! Cuma letakkan beberapa titis dan kacau sampai sebati.
Masukkan setengah sudu kecil sahaja. Ini bantu slime jadi lebih kenyal.
Ini bahagian yang paling penting! Titiskan sedikit demi sedikit sambil kacau. Lama-lama, campuran akan mula melekat jadi slime.
Bila dah tak terlalu melekit, angkat dan mula uli. Uli sampai slime jadi lembut, stretchy dan tak melekat di tangan.
Siap! Sekarang korang ada slime buatan sendiri. Fuhhh, puas hati!
Tambah serbuk glitter. Mesti nampak magical!
Gabungkan 2–3 warna gelap seperti biru, ungu dan hitam.
Campurkan clay lembut. Slime terus rasa licin macam mentega!
Tambah setitik esen vanila atau strawberry (gunakan yang selamat).
Walaupun nampak macam permainan, sebenarnya banyak manfaat untuk budak:
✔ Asah kreativiti
✔ Melatih koordinasi tangan-mata
✔ Belajar sains mudah (viscosity & polimer)
✔ Menenangkan emosi
✔ Aktiviti bonding dengan famili
Kalau korang nak jadikan slime berwarna lebih seronok, cuba buat mini game! Contohnya: cari objek kecil dalam slime, buat bentuk huruf, atau buat corak ombre dengan tiga warna berbeza. Aktiviti macam ni bukan saja fun, tapi bantu budak belajar sambil bermain.
Korang juga boleh buat pertandingan kecil, siapa boleh tarik slime paling panjang tanpa putus, atau siapa boleh buat bunyi squish paling kuat. Simple, tapi confirm gelak tak berhenti!
Senang je kan nak buat slime sendiri? Yang paling best, korang boleh reka warna dan gaya slime ikut kreativiti. Cuti sekolah tak membosankan bila tangan sibuk gentel slime lembik yang fun gila! Slime berwarna memang sesuai untuk semua peringkat umur dan jadi aktiviti keluarga paling chill dan happy.
Bintang Kecil dah ada di SeeNI!
Download aplikasi
sekarang!
Kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun yang diculik di Bandar Bukit Tinggi 1, Klang dekat sini Selasa lepas yang hanya turun di pangsapuri rumahnya untuk mengambil makanan dipercayai turut dicabul kehormatan selain cuba dijual kepada sindiket pelacuran di ibu negara.
Malah menurut kata Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan, kanak-kanak itu pada mulanya diajak menaiki sebuah kereta oleh empat suspek, dengan seorang daripada mereka merupakan wanita yang memang dikenalinya.
Hussein berkata kanak-kanak itu kemudiannya ‘ditahan’ di sebuah pangsapuri yang disewa di Setia Alam, di sini selama empat hari dan sepanjang tempoh itu dia dipercayai dicabul oleh dua suspek berumur 13 dan 23 tahun.
“Suspek utama berusia 23 tahun itu juga telah berurusan dengan sindiket pelacuran di Chow Kit, Kuala Lumpur bagi urusan menjual kanak-kanak tersebut,” katanya.
Ketua Polis Selangor itu berkata tindakan pantas polis menguar-uarkan berita kehilangan kanak-kanak itu menyebabkan sindiket enggan meneruskan proses jual-beli yang dirancang, dan suspek kemudiannya bertindak menempah kenderaan e-hailing dan meminta kanak-kanak itu pulang ke rumah pada 12 Okt.
“Siasatan mendapati kanak-kanak itu juga dikhayalkan oleh suspek menggunakan rokok elektronik (vape) selain dipercayai turut didera, namun dia diberikan makanan sepanjang tempoh ditahan,” katanya.
Sabtu lepas polis menahan empat lelaki dan dua wanita di sekitar Segambut Dalam, Setia Alam dan Pandamaran yang disyaki terlibat dalam kes itu, selain merampas kereta yang digunakan suspek.
Hussein berkata polis akan meminta lanjutan reman bagi semua enam suspek berumur 13 hingga 23 tahun yang tempoh tahanan mereka berakhir esok, bagi membolehkan siasatan lanjut dibuat.
Beliau berkata polis juga sedang memburu dua lagi individu berkaitan sindiket pelacuran bagi membantu siasatan kes tersebut yang diklasifikasikan mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan iaitu menculik orang daripada penjagaan sah.
Beberapa media sebelum ini melaporkan kehilangan kanak-kanak itu pada malam 8 Okt, dan Ahad lepas Ketua Polis Daerah Klang Selatan ACP Cha Hoong Fong mengesahkan kanak-kanak yang dipercayai diculik itu ditemukan selamat kira-kira 2.30 petang pada 12 Oktober.
Kredit: Bernama & Astro Awani
Bintang Kecil dah ada di SeeNI!
Download aplikasi
sekarang!