Bersempena dengan sambutan Hari Guru yang disambut setiap 16 Mei, team Bintang Kecil telah di undang untuk turut sama merasai kemeriahan acara ini.
Lebih dari 2000 orang murid hadir bagi meraikan acara ini, gabungan dari sesi pagi dan petang.
Memilih tema ‘Bangsawan Melaka’, guru-guru hadir dengan baju yang sangat kreatif dan mencuit hati. Masa inilah mereka ingin melaram kan?
Ads
Istimewa sambutan hari guru di SKBK 2 ini adalah acara sukaneka telah di kendalikan oleh murid-murid sekolah itu sendiri seperti boling kelapa, dayung sampan dan banyak lagi.
Menjadi tradisi sekolah ini, setiap kali sambutan Hari Guru para pengawas akan diberikan amanat untuk menyampaikan cenderahati kepada setiap guru.
Ads
Suasana sambutan memang meriah lebih-lebih lagi setiap murid membawa hadiah dari mereka sendiri untuk para pendidik yang telah banyak menabur jasa kepada mereka ini.
Ads
Kami di Bintang Kecil ingin mengucapkan Selamat Hari Guru. Terima kasih guru kerana menjadikan kami insan yang berguna.
Seorang kanak-kanak lelaki berusia 8 tahun, Adrean Mohd Safzan Akhtar, berjaya membuktikan bahawa seni warisan bangsa seperti seni silat mampu hidup subur dalam jiwa anak-anak Malaysia. Kejayaan ini menunjukkan bahawa silat warisan bangsa bukan sekadar seni mempertahankan diri, tetapi juga lambang semangat dan jati diri anak muda.
Adrean yang baru berusia 8 tahun berjaya meraih gelaran johan dalam Pertandingan Persembahan Perguruan Silat Warisan Bangsa anjuran Jabatan Kesenian dan Kebudayaan Negeri Terengganu, Sabtu lalu. Hebat menguasai kemahiran silatnya, Adrean berjaya mengungguli kategori solo remaja bawah 13 tahun, sekali gus membuktikan bakatnya seawal usia muda.
Rakaman persembahan yang dikongsi oleh Terengganu Voice di Facebook memperlihatkan ketenangan serta keyakinan diri Adrean ketika berada di atas pentas, meskipun tubuhnya kecil berbanding peserta lain. Lengkap dengan busana silat serba hitam bercorak keemasan serta tanjak di kepala, penampilannya menyerlahkan aura seorang pendekar kecil yang memikat perhatian penonton. Silat warisan bangsa benar-benar terpancar dalam setiap gerak langkahnya.
Kejayaan cemerlang Adrean ini menuai pujian daripada warga maya yang rata-rata menzahirkan ucapan tahniah kepada kanak-kanak tersebut.
Tidak kurang juga yang mengucapkan tahniah kepada ibu bapa Adrean atas usaha mereka memperkenalkan silat warisan bangsa kepada anak mereka.
Kejayaan Adrean bukan sekadar kemenangan peribadi, tetapi juga simbol bahawa silat warisan bangsa masih relevan dan mampu membentuk sahsiah, disiplin serta jati diri anak bangsa. Keberanian dan semangatnya membuktikan bahawa seni silat bukan hanya untuk generasi lama, tetapi boleh terus hidup dalam jiwa anak-anak muda Malaysia.
Usaha memperkasakan silat warisan bangsa di peringkat sekolah dan komuniti perlu diteruskan agar warisan berharga ini tidak hilang ditelan zaman. Adrean menjadi inspirasi kepada ramai bahawa usia muda bukan halangan untuk mengangkat martabat seni tradisi bangsa.
Bintang Kecil dah ada di SeeNI!
Download aplikasi
sekarang!
Geram tengok kotoran dalam telinga anak terutamanya yang baby, tapi boleh ke kalau nak cuci telinga bayi ni?
Ikuti penjelasan lanjut daripada Dr. Nik Hisyam, Perunding & Pakar Bedah ENT.
Sesetengah ibu bapa bertanya adakah perlu telinga anak mereka dicuci dan dibersihkan.
Sebenarnya permasalahan tahi telinga selalu berkumpul dalam telinga kita. Sebenarnya tahi telinga ini tak perlu diusik dan dikacau pun ataupun dikorek dengan cotton bud dan apa jua cara sekalipun.
Kalau mak ayah ada nampak kotoran di bahagian luar kawasan telinga, hanya bersihkan bahagian luar sahaja. Jangan sekali-kali memasukkan apa-apa alat ke dalam saluran telinga kerana berisiko berlaku pelbagai masalah.
Contohnya tahi telinga akan masuk ke dalam dan sampai satu tahap tak boleh keluar. Lama-kelamaan tahi telinga ini akan menjadi keras dan menyebabkan dia berkumpul dan susah nak keluar dengan sendiri.
Ini menyebabkan anak merasa sakit jika terlalu banyak dan pendengaran anak juga akan terjejas.
Yang kedua, sekiranya penggunaan alatan mengorek telinga seperti besi, kayu dan sebagainya akan menyebabkan risiko dimana saluran telinga akan luka, berlaku pendarahan dan bengkak. Malah boleh juga berlaku jangkitan kuman pada saluran telinga.
Sebaik-baiknya janganlah dikorek telinga anak-anak. Kalau nampak terlalu kotor, hanya bersihkan bahagian luar sahaja dan ada caranya.
Tip cuci
* Guna cotton bud, celup dengan minyak bayi dan bersihkan kawasan cuping telinga sahaja.
* Elakkan dicuci masuk ke dalam saluran telinga bagi mengelakkan kecederaan, implikasi dan sebagainya.
Penggunaan cotton bud ini disarankan untuk cucian sahaja tetapi bukan untuk mengorek telinga.
Dihujung saluran telinga letakkan di mana gegendang telinga dan apabila tahi telinga menghampiri gegendang ini, memang susah akan keluar dengan sendirinya.
Bintang Kecil dah ada di SeeNI!
Download aplikasi
sekarang!
Bila saja anak mencapai usia lima tahun, mak ayah sudah boleh mempersiapkan anak dengan pelbagai kemahiran hidup sebagai persiapannya untuk melangkah ke alam persekolahan.
Selain cara ajar anak menulis dengan betul, dalam usia 5 tahun ini penting untuk mereka mengetahui beberapa perkara asas yang lain.
Menurut perkongsian, Penulis Keibubapaan, Hanis Athirah Rusli, berikut merupakan 15 kemahiran untuk anak usia 5 tahun yang mak ayah boleh mula ajar di rumah.
1. Literasi Asas: Ajarkan ABC dan basic reading seperti bunyi. Gunakan buku cerita yang menarik untuk tarik motivasi mereka suka membaca.
2. Numerasi: Basic counting dan simple addition dan subtraction.
3. Fine Motor Skills: Aktiviti seperti coloring, cutting dan tracing shapes untuk memperkuat koordinasi tangan-mata.
4. Life Skills: Contohnya, memakai baju sendiri, kemas mainan dan tolong mama sediakan simple snacks.
5. Exploration & Creativity: Galakkan mereka untuk explore nature, buat arts and crafts dan imaginative play.
6. Social Skills: Bawa mereka ke playgroups atau playground untuk develop social interaction skills.
7. Motor Skills: Aktiviti fizikal seperti berlari, melompat dan bermain di luar.
8. Bahasa Kedua: Mulakan dengan simple phrases dalam bahasa lain.
9. Emotional Development: Ajar tentang emosi dan cara menguruskannya.
10. Critical Thinking: Gunakan puzzles dan games yang mencabar minda.
11. Practical Skills: Ajar basic chores seperti menyapu dan mengemas bilik.
12. Music & Movement: Integrasikan muzik dan tarian dalam rutin harian untuk keseronokan dan perkembangan motor.
13. Elemen Agama Islam: Ajar doa-doa harian, seperti doa makan dan doa tidur, serta asas-asas solat.
14. Cerita dan Kisah Nabi: Bacakan cerita-cerita tentang nabi dan kisah teladan untuk membentuk akhlak yang baik.
15. Kreativiti melalui Permainan: Gunakan permainan role-play untuk mengembangkan kreativiti dan pemahaman sosial anak.
Dengan fokus kepada 15 elemen ini, insyaAllah akan menjadi pengalaman yang seronok dan berkesan. Pastikan pembelajaran seronok dan sesuai dengan minat anak-anak! Jangan paksa-paksa.
Belajar bukan semata-mata untuk akademik, tapi juga untuk membina kreativiti, kemahiran hidup dan pemahaman agama.
Bintang Kecil dah ada di SeeNI!
Download aplikasi
sekarang!