Tarikh 2 Oktober pastinya menjadi tarikh yang paling dinantikan Fazura dan Fattah. Semuanya bagi menyambut ulang tahun kelahiran cahaya mata mereka, Nur Fatima Aisya.
Tahun ini genap empat tahun usia Fatima dan sambutan tahun ini pastinya sedikit berbeza dek kerana kemelut rumah tangga yang dilalui kedua selebriti ini. Namun ia bukan halangan untuk membahagia si comel Fatima.
Menerusi perkongsian keduanya, hari lahir anak kesayangan itu turut disambut cukup meriah namun dalam dua acara berbeza.
Ads
Menerusi akaun Instagram baharu anak kecil ini, Fazura dilihat memilih tema siri popular kesukaan puteri sulungnya iaitu Wednesday.
“Since my birthday falls on a Wednesday and I love Wednesday Addams, everyone must be in character,” tulisnya dikapsyen.
Ads
Fatima tampil dalam persalinan serba hitam bersama Fazura dan sepupunya yang turut disertakan dengan tema kek Wednesday.
Menerusi perkongsian video, Fatima dilihat begitu pandai membawakan karektor watak utamanya Wednesday. Memang comel.
Selepas peperiksaan pentaksiran hujung tahun, lawatan sekolah adalah aktiviti paling dinantikan oleh murid sekolah rendah. Inilah masanya mereka dapat bersama kawan-kawan, menaiki bas, dan melawat tempat menarik di Malaysia sambil belajar perkara baharu.
Tetapi persoalannya, ke mana tempat paling sesuai untuk bawa anak-anak ini? Bukan sekadar berseronok, yang paling penting ialah menambah ilmu dan pengalaman. Berikut ialah 8 tempat lawatan menarik di Malaysia untuk murid sekolah rendah yang penuh nilai pendidikan serta menyeronokkan.
Pusat Sains Negara (PSN) merupakan destinasi terbaik untuk murid meneroka dunia sains secara menyeronokkan. Dengan lebih 1,000 pameran interaktif, murid dapat mencuba pelbagai eksperimen berkaitan tenaga, angkasa lepas, fizik dan biologi.
Selain itu, PSN turut menganjurkan bengkel sains mini dan demonstrasi khas yang membantu murid memahami konsep pembelajaran secara visual dan praktikal. Ia menjadikan pembelajaran lebih menarik berbanding hanya membaca buku teks.
Zoo Negara ialah lokasi klasik untuk lawatan sekolah kerana memberikan pendedahan kepada dunia haiwan. Dengan lebih 400 spesies dari seluruh dunia termasuk panda, harimau dan gajah, murid dapat belajar tentang kepelbagaian biologi dan kepentingan menjaga alam sekitar.
Lawatan ke Zoo Negara juga menyokong pembelajaran mata pelajaran Sains dan Pendidikan Moral sambil menanam rasa cinta terhadap hidupan liar di Malaysia.
Taman Botani Putrajaya sangat sesuai untuk aktiviti luar bilik darjah berasaskan alam semula jadi. Murid boleh mengenal pelbagai tumbuhan tropika, herba dan pokok hiasan sambil beriadah di kawasan hijau yang luas dan bersih.
Guru boleh merancang aktiviti seperti ‘leaf hunt’, lukisan tumbuhan atau kuiz alam sekitar supaya sesi pembelajaran lebih interaktif dan menyeronokkan.
Balai Bomba dan Penyelamat memberikan pengalaman unik kepada murid kerana mereka dapat melihat sendiri peranan dan tanggungjawab anggota bomba.
Biasanya, pihak bomba akan mengadakan demonstrasi memadam api, menyelamat mangsa dan tunjuk cara menggunakan alat pemadam api. Murid juga berpeluang memakai pakaian bomba serta mencuba peralatan khas. Aktiviti ini meningkatkan kesedaran keselamatan dan disiplin diri.
Kilang Coklat Beryl’s bukan sahaja destinasi yang sedap dilawati tetapi juga penuh ilmu! Murid dapat belajar tentang proses pembuatan coklat – dari biji koko hingga menjadi produk siap.
Lawatan ini memperkenalkan konsep keusahawanan dan industri makanan kepada murid, selain memberi peluang mereka membeli hasil coklat tempatan yang terkenal di seluruh dunia.
Muzium Negara ialah tempat wajib untuk memahami sejarah dan budaya Malaysia. Murid boleh melihat artifak lama, pakaian tradisional, model rumah, dan pameran zaman penjajahan.
Dengan empat galeri utama (Prasejarah, Kerajaan Melayu, Penjajahan dan Malaysia Moden), lawatan ini membantu murid menghargai warisan negara sambil belajar dengan cara visual dan menyeronokkan.
Aquaria KLCC menawarkan pengalaman dunia bawah laut yang menakjubkan di tengah bandar. Murid dapat melihat lebih 5,000 spesies hidupan laut termasuk jerung, pari dan ikan tropika.
Terowong bawah laut sepanjang 90 meter membolehkan murid merasai pengalaman seolah-olah berada di dasar laut sebenar. Lawatan ini membuka minda tentang ekosistem marin dan kepentingan menjaga kebersihan lautan.
Farm in the City ialah ladang interaktif yang sangat sesuai untuk kanak-kanak sekolah rendah. Murid boleh memberi makan haiwan seperti arnab, kambing, kura-kura dan burung jinak.
Mereka juga belajar tentang pertanian bandar, kitar semula dan penjagaan haiwan. Suasana ladang yang bersih dan mesra kanak-kanak menjadikan lawatan ini pengalaman yang tidak dapat dilupakan.
Kesemua tempat lawatan menarik di Malaysia untuk murid sekolah rendah ini bukan sahaja menyeronokkan tetapi juga sarat dengan ilmu dan pengalaman berharga. Ibu bapa serta guru boleh menjadikan senarai ini panduan untuk merancang lawatan yang mendidik dan menggembirakan anak-anak.
Bintang Kecil dah ada di SeeNI!
Download aplikasi
sekarang!
Berita gembira untuk korang semua! Bagi korang yang dah lama tak ke Zoo Negara, inilah masa paling sesuai kerana Zoo Negara meraikan Hari Kanak-Kanak Sedunia dengan menawarkan tiket masuk percuma khas buat kanak-kanak berumur 3 hingga 12 tahun pada 22 dan 23 November ini.
Promosi istimewa ini memberi peluang kepada semua kanak-kanak warganegara Malaysia untuk masuk secara percuma ke Zoo Negara. Jadi, kalau korang belum pernah ke sana atau sudah lama tak berkunjung, inilah masa yang sesuai untuk nikmati pengalaman seronok dan mendidik.
Selain tiket percuma, pelbagai aktiviti interaktif turut menanti sempena sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia di Zoo Negara. Kanak-kanak berpeluang menyertai pertandingan mini, sesi mewarna, kuiz alam semula jadi serta sesi bergambar bersama maskot Zoo Negara!
Bukan itu sahaja, peserta bertuah mungkin akan membawa pulang hadiah eksklusif seperti patung panda comel, set alat tulis, dan barangan kenangan Zoo Negara yang menarik!
Terletak di Ulu Klang, Selangor, Zoo Negara merupakan antara zoo tertua dan paling terkenal di Malaysia. Ia menempatkan lebih daripada 5,000 ekor haiwan daripada lebih 400 spesies mamalia, burung, reptilia, amfibia dan ikan!
Jangan lepaskan peluang istimewa ini! Ajak mama, papa dan adik-beradik untuk berseronok sambil belajar di Zoo Negara. Hari Kanak-Kanak Sedunia kali ini pastinya lebih bermakna apabila diraikan bersama haiwan-haiwan comel dan suasana penuh keriangan. Pastikan anda datang awal untuk elak kesesakan dan nikmati pengalaman terbaik bersama keluarga!
Bintang Kecil dah ada di SeeNI!
Download aplikasi
sekarang!
Kaligrafi al-Quran Aiman benar-benar sesuatu yang tak disangka. Siapa sangka kan, seorang budak yang dulu ada masalah speech delay, rupanya ada bakat luar biasa tulis kaligrafi macam pakar!
Seorang kanak-kanak lelaki berusia 9 tahun, Aiman, tiba-tiba jadi perhatian ramai sebab tulisan kaligrafi dia yang sangat cantik bila salin ayat-ayat suci al-Quran. Halus, kemas, dan nampak macam orang dewasa yang memang belajar seni khat.
Menurut ibunya, Syina Hakim, Aiman memang minat menulis sejak kecil lagi.
“Alhamdulillah, anak soleh abah dan mama memang minat tulis ayat-ayat suci al-Quran sejak kenal alif ba ta… sekarang suka salin ayat al-Quran,” tulis ibunya dengan penuh rasa syukur.
Istimewanya Aiman, bukan saja dia suka sangat dengan ayat al-Quran, tapi tulisan tangannya pun teliti dan lembut. Tulisan Jawi yang dia salin nampak sebiji macam tulisan pakar khat profesional. Ramai orang dewasa pun mengaku tak mampu tulis seindah itu!
Tak pelik pun bila ramai warga maya kagum, puji dan tak henti-henti doakan Aiman terus berjaya.
Dulu Aiman pernah diuji dengan masalah speech delay. Dia hanya mula bercakap dengan jelas ketika umur 6 tahun. Tapi dalam ujian itulah Allah bagi satu hadiah istimewa, iaitu bakat seni menyalin ayat al-Quran dengan penuh sabar dan kasih sayang.
Kata ibunya lagi, minat Aiman datang sendiri. Mula-mula dia suka melukis. Lepas tu, bila nampak video kaligrafi di YouTube, dia cuba tiru dan terus jatuh cinta dengan seni tulisan cantik ini.
“Dia suka tengok video kaligrafi dan terus tiru. Kami cuma sokong minat dia,” kata Syina dengan nada merendah diri, walaupun hakikatnya ramai orang jadikan Aiman sebagai inspirasi.
Dalam ruangan komen, ramai yang mendoakan semoga Aiman terus membesar menjadi anak soleh, cinta al-Quran dan jadi kebanggaan keluarga serta ummah.
Bintang Kecil dah ada di SeeNI!
Download aplikasi
sekarang!