Sebut sahaja nama penyanyi cilik berbakat besar, Asyraff Khan, mesti ramai dah kenal siapa dia, kan? Bakat Asyraff Khan mula menyerlah selepas menyertai beberapa program Bintang Kecil, dan sejak itu, langkahnya dalam dunia seni semakin bersinar terang.
Gandingan Hebat Bersama Afieq Shazwan
Nama Asyraff Khan makin dikenali apabila dia berpeluang bergandingan dengan penyanyi popular, Afieq Shazwan. Menariknya, Asyraff Khan nampak sangat selesa dan tidak kekok langsung ketika bergandingan suara dengan penyanyi yang lebih berpengalaman itu.
Malah, semasa membuat persembahan dalam program terbitan Astro, The Chosen One tahun lalu, Asyraff Khan berjaya mencuri perhatian ramai dengan gaya persembahan yang matang dan penuh emosi. Suara serak-seraknya yang unik, digabungkan dengan nada tinggi yang kuat, menjadikan nyanyiannya begitu istimewa dan mudah diingati.
Ads
Tahukah korang, Asyraff Khan juga pernah menjadi Juara Bintang Kecil peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur tahun 2022? Hebat betul!
Ads
Bijak Bahagikan Masa Antara Sekolah dan Nyanyian
Walaupun sibuk dengan undangan persembahan, Asyraff Khan tetap tidak mengabaikan pelajarannya. Katanya, rahsia untuk kekal seimbang antara kerjaya dan sekolah ialah menyiapkan kerja sekolah dahulu sebelum mula berlatih menyanyi.
Ads
Selain itu, dia juga mendisiplinkan diri untuk hadir ke sekolah setiap hari, tak kira sesibuk mana pun jadualnya. Baginya, tiada alasan untuk ponteng sekolah sebab pendidikan tetap keutamaan nombor satu.
Asyraff Khan bukan sekadar penyanyi cilik biasa tetapi dia adalah contoh terbaik anak muda Gen Alpha yang berbakat, rajin dan berdisiplin tinggi. Bakat nyanyiannya terus berkembang, dan semangat belajarnya pula jadi inspirasi kepada rakan sebaya.
Dengan suara yang luar biasa, semangat juang tinggi dan disiplin yang mantap, tak mustahil nama Asyraff Khan akan terus bersinar di pentas seni tanah air untuk tahun-tahun akan datang!
Bintang Kecil dah ada di SeeNI!
Download aplikasi
sekarang!
Nak tahu tempat paling senang virus singgah? Sekolah. Yup, tempat korang belajar dan main sama-sama. Sebab tu la kita kena jadi superhero sihat yang kuat imun!
Dr Mazliana Mazlan ada bagi tip mudah supaya badan kita jadi kuat dan tak cepat jatuh sakit. Jom baca cara-cara nak lawan virus macam hero sebenar! Semua ini juga sebenarnya bantu kita kuatkan imun badan secara semula jadi bila diamalkan dengan konsisten.
Setiap kali balik sekolah, korang terus mandi dan tukar baju bersih dulu tau. Ini macam korang buang semua kuman yang melekat dekat baju dan kulit.
Lepas tu, jangan lupa basuh tangan sebelum makan. Kalau mak buat rendaman magnesium untuk kaki, itu lagi bagus sebab boleh kuatkan badan korang dan tolong korang tidur lena waktu malam. Semua amalan ringkas ini sangat membantu kita kuatkan imun badan tanpa kita sedar.
Nak imun kuat, kena makan makanan yang berkhasiat. Sup tulang, singgang, dan bone broth semua makanan hero!
Tapi… kurangkan makanan proses macam roti, biskut, air manis. Nampak sedap, tapi tak kuatkan badan.
Kalau ada minyak kelapa, minyak zaitun, madu dan habbatussauda’, itu semua makanan ‘healing’ yang boleh bagi tenaga dan kuatkan perut. Sebab tahu tak? 80% imun badan kita duduk dalam usus! Bila usus sihat, lebih senang kita kuatkan imun badan secara keseluruhan.
Nak jadi kuat macam superhero? Main tanah, main di bawah cahaya matahari, dan berlari di luar rumah!
Cahaya matahari boleh buat badan ceria dan gembira. Bila hati happy, imun pun kuat.
Kurangkan screen ya. Terlalu lama tengok gajet boleh buat mata letih, otak penat dan badan lemah.
Kalau korang demam, batuk, selsema atau badan rasa lembik, berehat di rumah dulu. Demam virus atau Influenza contohnya selalu ada simptom macam ni:
Kalau suhu tinggi atau demam lama sangat, cepat bagitahu mak ayah supaya boleh pergi klinik. Kalau batuk sampai dada berlekuk atau susah bernafas, itu pun kena jumpa doktor cepat.
Makanan macam madu, minyak kelapa dan minyak zaitun boleh bantu penyembuhan, bukan ubat ya. Bila kita jaga makan waktu sakit, lebih cepat badan kuatkan imun badan semula.
Dr Mazliana pesan, bila diuji dengan sakit, kita doa supaya cepat sembuh. Sedekah pun dikatakan boleh jadi ubat. Yang penting, kita usaha jaga badan dan jaga pemakanan.
Sihat atau sakit semua dari Allah, tapi usaha kita untuk jadi sihat itu sangat penting.
Kalau kita jaga diri, makan makanan sihat, kurang screen dan selalu cuci tangan, badan kita tak mudah kena virus. Mak ayah pun mesti bangga bila korang jaga kesihatan sendiri!
Kita sama-sama usaha untuk kekal sihat dan kuat ya!
Semua tip ini sebenarnya membantu kita kuatkan imun badan secara semula jadi, terutama bila kita amalkan secara konsisten.
“Adrian hadiah terbesar dalam kehidupan kami.” Itu luahan cinta dan rasa syukur pelakon, Alif Muhaimin mengenai anak sulungnya, Muhammad Adryan yang dipilih sebagai penghias muka depan Bintang Kecil Digital 2025.
Si comel Muhammad Adryan yang dilahirkan pada 7 Mac 2024 ini sememangnya menjadi pelengkap bahagianya bersama isteri. Bahkan Alif menyifatkan kehadiran Adryan begitu istimewa di hatinya.
Pelawaan Pa&Ma dan Bintang Kecil untuk menjadikan Muhammad Adryan sebagai penghias muka hadapan digital disambut baik oleh Alif. Dia dan isteri begitu teruja untuk melihat aksi comel Adryan ketika sesi fotografi berlangsung.
Ujar Alif lagi, dia dan isteri tidak menyangka pelawaan untuk menjadikan anaknya sebagai muka depan Pa&Ma dan Bintang Kecil namun amat bersyukur kerana sesi fotografi itu berjalan lancar.
“Bila Pa&Ma invite untuk jadi cover. Mula-mula rasa risau juga sebab takut dia menangis atau macam mana. Sebelum ini bila kami ambil gambar dia okay saja, memang saya risau tapi rasanya tak salah kalau nak cuba.
“Lagi pula saya excited sangat dan tak fikir banyak jadi kami setuju. Foto shoot ni gambar cantik jadi Alif sendiri nak tengok macam mana hasilnya nanti.
“Lagi satu Alif rasa terharu juga sebab dalam banyak-banyak anak artis, Muhammad Adryan terpilih. Rasa terharu,” luahnya lagi.
Sepanjang sesi fotografi berlangsung, ternyata Muhammad Adryan sememangnya cukup menyenangkan malah begitu mendengar kata ibu dan ayahnya. Pemilik mata cantik dan berkulit cerah ini begitu ‘enjoy’ kala lensa kamera dari @newbornbytakara merakamkan wajah dan aksi comelnya.
Adryan seolah-olah sudah terbiasa dengan cahaya lampu dan kamera yang berada di hadapannya. Memang cute!
“Bila Pa&Ma nak pilih tema Muay Thai jujurnya Alif rasa teruja sangat.
“Sebab Muhammad Adryan ni bila dipakaikan seluar Muay Thai hari tu, dia buat aksi comel, tendang-tendang dan tumbuk, jadi Alif rasa teruja nak share momen tu dengan semua. Memang comel,” ujarnya lagi.
Kongsi Alif lagi yang sememangnya sudah lama menjinakkan diri dalam sukan Muay Thai, dia dan isteri sudah sering membawa Adryan ketika berlatih di gelanggang.
Bahkan kongsi Alif lagi dia begitu terharu dan teruja bila Muhammad Adryan mula mengikut gerakan seperti tumbukan dan tendangan.
“Waktu umur dia setahun, tiba-tiba tangan Adryan naik dan buat tumbukan. Lama-lama saya fikir mungkin dia tiru tumbukan saya dan waktu itu saya rasa sangat terharu.
“Bagi Alif kalau anak nak sertai sukan yang satu ini bukan satu masalah untuk kami berdua.
“Alif sendiri rasa Alif terlambat untuk join aktiviti macam ini, kalau dari awal lagi lebih bagus kerana perkembangannya berbeza dan kalau Muhammad Adryan nak join saya rasa happy.
“Lagi pula Muay Thai satu seni pertahanan diri sihat dan sekarang ini memang perlu. Lebih-lebih lagi kes buli yang makin meningkat di sekolah. Jadi Alif rasa kemahiran dan ilmu macam ini perlu ada dalam diri anak-anak kecil kita,” luahnya lagi.
Bercerita mengenai sifat dan karakter anak kecilnya itu, ujar Alif, Muhammad Adryan banyak mewarisi sifat dirinya dan itu turut dipersetujui oleh isteri Alif sendiri.
“Dia seorang yang sangat chicky, aktif dan happy go lucky macam saya.
“Muhammad Adryan ni kalau seharian memang dia akan bermain tanpa henti. Walaupun dia nampak penat tapi dia akan habiskan tenaganya sebaik mungkin dengan memanjat dan buat macam-macam aktiviti dalam rumah. Dan bila penat barulah dia akan cari susu dan tidur dengan sendirinya,” ujar Alif bercerita.
Kehadiran Muhammad Adryan sememangnya menjadi pelengkap bahagia buat keluarga kecil Alif Muhaimin dan isteri. Bahkan Alif menyifatkan kehadiran anaknya itu begitu istimewa di hatinya.
“Selama ini dah gembira dapat isteri tapi bila anak ni lagi rasa lain. Semua benda rasa comel, tengok dia menangis, bangun tidur, nak mandi, time nak makan semua rasa comel. Tak boleh nak describe macam mana.
“Sampaikan kalau kami nak bergaduh, bila fikir balik dan bila tengok wajah Muhammad Adryan memang tak jadi gaduh,” begitu luah Alif.
Berkongsi kisah anak sulungnya ini, Muhammad Adryan yang kini baru menginjak usia 1 tahun 7 bulan mewarnai kehidupan Alif dan isterinya Alissa Azam.
“Betullah orang kata baby ni banyak fasa. Fasa merangkak, berjalan, ikut mood sendiri, tak nak semua benda, semua benda nak masuk mulut dan macam-macam lagi perkara yang menyeronokkan.
“Tapi saya tak rasa perkara itu memeningkan malah saya rasa perjalanan membesarkan anak memang seronok,” kata Alif lagi.
Semoga Muhammad Adryan terus membesar dengan sihat malah mampu menjadikan sukan Muay Thai sebagai salah satu sukan yang menyihatkan malah berjuang sama seperti kehebatan ayahnya di gelanggang.
Terdahulu, Alif mendirikan rumah tangga bersama isterinya, Nur Fatin Alissa Azam, pada 24 Jun 2023.
Bintang Kecil dah ada di SeeNI!
Download aplikasi
sekarang!
Tempat cuti sekolah selalunya buat korang tersenyum lebar, kan? Yayyy cuti sekolah dah dekat! Mesti korang dah plan nak tidur lambat, makan banyak dan main sampai lupa waktu. Tapi lagi best kalau dapat pergi jalan-jalan! Jadi untuk korang, ini dia tujuh tempat paling fun yang confirm buat korang menjerit, “Makkk jom pergi sini!”
Kalau korang suka haiwan, memang wajib pergi Zoo Negara. Korang boleh tengok macam-macam binatang dari jauh sampai dekat. Yang paling best, panda pun ada… dan memang comel sangat sampai rasa nak bawak balik! Jalan-jalan sambil makan ais krim pun syok. Cuti sekolah dan zoo memang memori paling manis! Tempat ni memang sesuai untuk keluarga yang nak aktiviti santai tapi menyeronokkan sepanjang hari.
Haa tempat ni memang syurga budak. Roller coaster ada, rumah lego ada, air pun ada! Korang boleh main dalam Legoland Water Park kalau cuaca panas. Boleh bina LEGO besar-besar, naik bot LEGO dan masuk castle LEGO. Pendek kata… semua benda LEGO! Memang sesuai untuk korang yang nak tempat cuti sekolah penuh dengan warna-warni dan aktiviti yang tak habis-habis.
Pernah tak korang nak jadi polis, bomba, doktor atau chef? Dekat KidZania, korang boleh cuba semua sekali! Kat sini budak-budak kerja betul-betul dan dapat duit Kidzos lagi. Rasa macam dah besar sangat tau bila pakai uniform. Tempat ni seronok sebab korang boleh cuba banyak kerjaya sambil belajar benda baru.
Tempat ni memang untuk budak yang suka adventure. Ada gelongsor panjang gila sampai korang rasa macam terbang. Korang boleh panjat tali, buat aktiviti lasak dan habiskan tenaga sampai puas. Balik hotel confirm tidur awal! Escape memang pilihan terbaik untuk keluarga yang nak cabaran lebih ekstrem ketika memilih tempat cuti sekolah.
Kalau korang suka ikan comel sampai ikan ganas, Aquaria memang tempatnya. Terowong kaca panjang tu buat korang rasa macam tengah berjalan dalam laut. Ikan pari lalu atas kepala? Gempak kan?! Jangan lupa ambil gambar bagi kawan jealous. Aquaria memang port best untuk korang yang suka suasana tenang tapi penuh wow.
Genting memang tempat paling fun untuk naik ride yang laju-laju. Roller coaster dia padu betul! Ada watak-watak kartun, ada vibe taman tema luar negara, ada makanan sedap. Sejuk pula tu. Sesuai untuk budak yang suka main all day long dan nak rasa pengalaman penuh aksi dalam percutian.
Kalau korang jenis suka tanya “kenapa?”, “macam mana?”, “apa jadi kalau…”, dekat sinilah jawapannya. Ada bilik angkasa, ilusi optik, eksperimen dan permainan sains. Best sebab sambil main korang sebenarnya tengah jadi budak bijak tanpa sedar. Tempat ini juga sesuai untuk keluarga yang nak percutian yang fun tapi penuh ilmu.
Apa pun pilihan korang, yang penting enjoy masa cuti, kumpul memori, dan jangan lupa ajak mak ayah pilih tempat cuti sekolah yang paling fun. Nanti balik sekolah boleh cerita kat kawan, “Woi, cuti aku power gila tau!” Memang best bila dapat luangkan masa dengan keluarga sambil lawat tempat menarik yang buat percutian korang lagi bermakna.
Bintang Kecil dah ada di SeeNI!
Download aplikasi
sekarang!