Kagum dengan semangat dan kasih sayang yang ditunjukkan oleh pasangan kembar ini. Walaupun menghadapi cabaran fizikal, mereka saling menyokong dan memberi inspirasi.
Nur Aisy Raisha, dengan penuh kasih, sentiasa berada di sisi Nur Aisy Amara Mohd Saiful Hasbul membuktikan bahawa kekuatan sejati terletak pada ikatan adik-beradik yang tulus.
Memetik laporan Sinar Harian, setiap hari, Raisha menolak kerusi roda Amara ke Sekolah Kebangsaan Pangkal Kalong, tempat mereka belajar dalam kelas yang sama.
Semasa waktu rehat, Raisha memastikan adiknya dapat ke kantin dan menikmati masa makan bersama rakan-rakan.
Akhirnya, atas permintaan mereka, guru membenarkan mereka kekal dalam kelas yang sama.
Ads
“Raisha banyak jaga adik dia, dia macam pinjamkan ‘kaki’ untuk kembar dia.
“Walaupun fizikal mereka berbeza, jiwa mereka tetap ‘kembar’ dan tak dapat dipisahkan,” kata Nur Azrin.
Menurutnya, pasangan kembar seiras, sulung dan bongsu tersebut lahir pramatang ketika usia kandungan Nur Azrin tujuh bulan.
“Raisha juga disahkan menghidap jantung berlubang tetapi sudah menjalani pembedahan ketika berusia 13 bulan dan masih bayi.
Ads
“Dia sembuh sepenuhnya dan kini menjadi kakak yang bertanggungjawab dan begitu menyayangi adiknya sepenuh hati selain sentiasa ada untuk membantu apa-apa sahaja keperluan adik yang tidak dapat berjalan,” katanya yang tinggal di Kampung Tok Langgar, Kok Lanas, di sini.
Selain cabaran fizikal, keluarga ini juga menghadapi kekangan kewangan, bagaimanapun Amara menerima bantuan RM1,800 setahun daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat yang dapat menampung keperluan harian dan perubatan.
“Jika tidak berkerusi roda, Amara akan bergerak dengan cara mengesot.
Ads
“Kami baru saja menerima kerusi roda baharu yang lebih ringan daripada Pusat Transformasi Orang Kurang Upaya Universiti Sains Malaysia-Majlis Agama Islam Adat dan Istiadat Melayu Kelantan dan dapat membantu Raisha membawa adiknya,” katanya Nur Azrin.
Kasih ayah yang tiada sempadan! Video yang buat ramai tersentuh hati apabila seorang ayah sedang memujuk anaknya merajuk.
Bukan selalu kita jumpa ayah yang jenis suka ‘layan’ kerenah anak, terutama sekali bila anak dah besar dan mula bersekolah. Selalunya, ayah lebih dikenali dengan sikap tegas yang buat anak-anak jadi takut walaupun tak ada apa-apa yang berlaku.
Baru-baru ni, satu video yang memaparkan gelagat anaknya merajuk berjaya mencuri perhatian netizen, dengan lebih 575K tontonan dalam sehari selepas dimuat naik di TikTok @zainehashim82 telah raih perhatian ramai.
Video tersebut menunjukkan seorang anak merajuk kerana ayahnya lewat menjemputnya dari sekolah. Ayah pun segera meminta maaf dan menjelaskan kelewatannya sebab motor habis minyak.
Walaupun merajuk, anak itu tetap berjalan kaki, dan si ayah cuba mengusik dengan menyakatnya sewaktu mereka lalu di tepi kawasan perkuburan. Anak itu, meskipun merajuk, tidak pula bertindak kasar bila si ayah ajak naik motor untuk balik.
Selepas beberapa kali dipujuk, akhirnya si anak setuju naik motor, terutamanya bila si ayah janji nak singgah ke kedai.
Meninjau ruangan komen pula penuh dengan pujian terhadap si ayah yang pandai memujuk dengan cara lembut dan memberikan penjelasan agar anak lebih memahami. Ada juga yang cemburu, kata mereka, beruntung si anak ni dapat ayah yang penyayang, tak macam sesetengah ayah yang garang sampai anak takut nak dekat.
“Untung ko dek dpt ayah Camni.. klu ayah akk,,tiada gurau senda utk dijadikan kenangan sbb ayah akk terlampau garang.. bila ayah blk Keja.. kitorg dgr je bunyi motor trs brdesup kami lari masuk bilik.”
“Bestnya ayah pujuk, ayah acik dulu lambat tinggai… Hahha tinggal asap motor je
Tidak dinafikan mendidik anak zaman sekarang amat mencabar. Oleh itu, ramai antara kita mencari cara didik anak yang betul supaya mereka dapat dibentuk sejak kecil.
Malah untuk mendidik anak lelaki dan perempuan berbeza pendekatannya.
Nak didik anak lelaki kena tahu caranya. Begitu juga yang diperkatakan oleh saudara Redza Zainol menerusi facebooknya.
Moga jadi panduan untuk kita mendidik anak-anak dengan istiqomah dalam era digital yang mencabar ini.
5 perkara yang anak lelaki belajar dari ayahnya sebelum usia remaja.
1 Anak lelaki belajar tentang kasih sayang dalam keluarga dari ayahnya.
• Mereka lihat dan meniru cara ayah menyayangi ibu dan adik beradik yang lain. Mereka suka bila melihat ayah memuji, menyentuh lembut dan memberi bahagia pada si ibu.
2 Anak lelaki suka buat aktiviti fizikal bersama ayahnya. Memeluk dan bergusti dengan ayah lebih bernilai berbanding duduk mengadap gajet seharian.
• Kanak-kanak usia 2-5 tahun sangat suka dengan “Rough and Tumble Play”. Mereka akan menepuk, mencucuk dan memukul orang dewasa dalam keadaan yang tak menyakitkan.
• Anak akan belajar sempadan antara pukulan selamat dan tak selamat.
3 Anak lelaki belajar berhujah dengan ayahnya. Walaupun tak sependapat, hujahnya tak menghina sesiapa.
• Anak lelaki akan belajar, lelaki boleh berhujah dengan tenang tanpa menyakiti wanita. Dalam keadaan penuh emosi, lelaki tetap tekun mendengar dan memberi hujah.
4 Anak lelaki belajar meluahkan perasaan dengan memerhati ayahnya.
• Penting untuk anak melihat si ayah merasa sedih, marah, gembira dan takut. Yang lagi penting ialah untuk anak lelaki melihat cara si ayah mengawal diri ketika dirinya penuh dengan emosi.
• Kesilapan si ayah ialah dia meluahkan dengan rasa marah ketika dia takut atau sedih. Inilah yang akan ditiru oleh anak.
5 Anak lelaki belajar buat kerja rumah dari ayahnya.
• Didik anak lelaki sifat rajin terutamanya dalam membuat kerja rumah kerana itu cara terbaik untuk mereka menjadi suami yang memahami beban kerja seorang isteri.
Bantu saya #sebarkan ilmu ni pada mak ayah yang lain. Sejak 30 tahun yang lepas, semakin ramai ayah yang rapat dengan anaknya.
Hubungan anak lelaki dengan ayah sepatutnya penuh dengan kasih sayang dan bukan diisi dengan ketakutan.
Memang mencabar menjadi ibu ayah kepada anak-anak supaya anak mendengar kata dan hormat kita yang menjaganya sejak kecil lagi. Namun kadang-kala, kita terlepas cakap sehingga merungut penat bekerja dan silap dalam mendidik anak-anak sehingga tanpa sedar ia mengalakkan anak menjadi seorangn yang tidak menghormati ibu bapa.
Ikuti perkongsian Puan Aya Chalo, ibu kepada empat orang anak ini yang diperolehi tip keibubapaan daripada Seminar Kepimpinan, oleh Tuan Haji Hushim Salleh (Pakar Motivasi & Keibubapaan). Moga menjadi panduan bersama untuk mendidik anak-anak menjadi seorang yang sopan-santun dan cemerlang.
Bukan peluk cium time baby jak, tapi SEHINGGA BESAR. Mungkin mak memang selalu buat, tapi ajak BAPA buat sama. Tidak kira anak lelaki atau perempuan. Semai dari sekarang:- PELUK CIUM anak. Paut hatinya. Pedulikan kata orang lain, ya lah sebab suda besar pun peluk cium lagi. Abaikan, kita mahu anak kita terpaut dengan kita sehingga mereka dewasa kan?
Ramai antara kita terutama lelaki, just salam ja dengan ibu bapa, peluk jarang (yang langsung tidak salam pun ada)! Inilah yang kita perlu baiki.
Kalau family kita tidak pernah amalkan benda ni, why not kita start dulu. Ia akan beri perubahan perhubungan yang besar.
Lagi tips yang bernilai buat kak Aya. Tips ni kak pernah baca di facebook, selepas baca tu kak amalkan, memang nampak perubahan iaitu anak lebih mendengar kata berbanding sebelum ni dan semalam Hj kongsikan semula.
Bila anak buat silap, atau sedih, atau perlukan nasihat, kita peluk dia, usap bahu (anak lelaki) dan bisikkan kata2 nasihat buat dia, kalau anak perempuan, peluk dan usap kepala (bahagian belakang kepala), dan nasihatkan dia.
Jiwanya akan tenang, bila tenang, mudah untuk dia mendengar nasihat tu, dan insyaAllah masuk ke hatinya. Perubahan pun kita boleh tengok.
Kalau tantrum, try peluk dan buatlah usapan tu, insyaAllah lebih cepat tenang berbanding peluk biasa.
Teknik Usapan Anak Lelaki: Peluk dan usap di bahagian belakang bahu.
Sedikit tambahan, antara timing paling sesuai untuk lakukan Teknik Usapan Anak ini adalah sebelum anak-anak masuk tidur, buat pelukan usapan ini dan salam cium anak. InsyaAllah, jiwa anak kurang memberontak, tenang-tenang saja gitu.
Anak umur 1-7 tahun: Fasa awal kanak-kanak
Anak umur 8-12 tahun: Fasa kanak-kanak
Anak umur 13-17 tahun: Remaja (Peringkat yang paling mencabar)
Pembentukan karektor anak bermula pada zaman kanak-kanak.
Kalau kita as parents kerap bercakap KASAR dalam tempoh tu, ia akan kekal sampai besar. Bila kita terlepas tempoh tu, agak susah untuk mengubahnya semula
So, kita as parents kena beringat-ingat la ya.
Kata2 yang keluar dari mulut ibu adalah DOA. Kita tidak tahu kata-kata kita yang mana satu Allah akan kabulkan. Jadi, hati-hati keluarkan kata-kata kepada anak.
Parents kita zaman dulu kalau anak nakal atau buat perangai, dia akan cakap “Anak bertuah”, etc
Tapi zaman sekarang, ramai parents yang suka maki-maki dengan kata-kata kesat, atau tidak menjaga perkataan yang keluar dari mulut cth: Bod*h, Nakal, etc… Dan tengoklah hasilnya, anak jadi apa, makin bod*h, makin nakal, makin teruk…
Daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda :”Ada tiga doa yang diterima Allah secara langsung iaitu doa orang yang dianiaya, doa seorang musafir dan doa orang tua terhadap anaknya.” (Hadis Riwayat Tirmizi, Ahmad dan Daud).
Itu bukan salah anak, tapi itu DOA yang keluar sendiri dari mulut IBU. So, sekali lagi, sama-samalah kita beringat ya.
Bagi anak nampak benda yang baik, walk the talk dan jangan gaduh depan anak-anak.
Sebab anak-anak belajar dari pemerhatian. Anak-anak lebih banyak belajar daripada MELIHAT dan MENDENGAR.
Jangan sesekali katakan PENAT depan anak-anak.
Mama PENAT kerja
Mama PENAT masak
Mama PENAT jaga kamu DAN SEBAGAINYA
Sebab, semua tu tanggungjawab kita sebagai ibu bapa. Memang TANGGUNGJAWAB, so jangan sebut depan anak-anak. Nanti anak-anak seolah-olah diajar untuk jadi orang yang tidak bertanggungjawab.
Ok lah… cukup 5 kak kongsikan. Kak kongsi bukan sebab kak Aya ni ibu yang PERFECT, kak pun terlalu banyak kelemahan, kena sentiasa perbaiki diri… Tapi sebab benda ni selalu DILUPAKAN. Kita perlu ingat-mengingati kannn…
Semoga coretan panjang gila ni beri manfaat buat kita semua.
“To be in your children’s memories tomorrow, you have to be in their lives today.”