Pada bulan mulia ini sudah tentu ada yang berniat untuk bersedekah kepada golongan yang kurang bernasib baik dan anak yatim. Untuk bersedekah ada caranya. Nak tahu lanjut ikuti perkongsian ini.
Doa ketika bagi duit raya atau sedekah
1. Tiba 10 malam terakhir, ada sampai bergaduh, berebut untuk beri makan orang berbuka puasa..Kanak-kanak pula tersenyum lebar kerana ramai yang mula beri duit raya ..Mana yang ada dalam dompet dihulur. Mahalnya ikhlas itu, buat kita betul-betul berada pada tahap redha, tak kisah makan dan pakai yang biasa-biasa asal dapat memberi.
2. Setiap kali memberi jangan lupa membaca doa ini ..
Rabbana taqabbal minna innaka antas sami’ul alim.
Artinya,
Ads
” Wahai Tuhan kami, terimalah (amalan) kami. Sesungguhnya Engkau Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”
3. Memberi bukan untuk menerima balik apa yang kita beri, nak Allah balas dengan rezeki yang lebih hebat, nak tambah kaya…bukan.. Ia seolah kita memberi hanya untuk sukses didunia, sedangkan apa yang kita perlukan ialah tabungan untuk akhirat.
Ads
4. Terima sahaja apa yang Allah gantikan pada kita tanpa meletakkan syarat, kerana tidak ada yang miskin bila banyak bersedekah, malah Allah limpahkan padanya rezeki yang berkat.
5. Bila masuk tabung masjid, hulur duit raya, sedekah anak yatim, jamu asnaf buka puasa kemudian baca doa ini, ia menyedarkan kita bahawa tidak ada yang diharapkan selain Allah terima amalan ini.
Ramai orang mudah salah faham dengan anak yang kuat melawan.
Memang dari sudut luaran kita nampak dia, kurang ajar, degil, keras kepala, kepala batu, kuat bantah dan rebel
Tapi semua ni berlaku ada sebab, tungkahlaku itu bukan di buat-buat.
Anak kita bukan nak sangat kuat lawan kita.
Yang sebenarnya dia tak mampu nak bendung “survival mode” dalam diri je.
Ikuti perkongsian coach parenting, saudara Mohd Fhais ini.
Ini yang saya ulas panjang dalam FMADC, anak kita akan cenderung untuk memilih 3 jenis respon ni.
1. Fight Respon ( survival mode ) – berani melawan – kuat rasa nak survive – yakin tak salah
2. Flight Respon ( Escape mode ) – berani lari / mengelak – nak selamatkan diri – tak kisah siapa salah & betul
3. Freeze Respon ( Submissive mode ) – kaku & diam sahaja – tak kisah survive ke tidak – redha apa sahaja – walaupun dia tak salah
Bila anak kuat melawan kita sepatutnya rasa lega sedikit. Memang la kuat melawan ni adab yang tak elok tapi sekurangnya anak masih ada keberanian.
Tanda belum kena FEARLOOP lagi. Jika ada FEARLOOP susah giler nak buang. Sampai ke tua dia tak berani & tak yakin dengan diri sendiri.
Adab boleh di ajar, tapi keberanian tidak! Kena pandai slow talk dengan anak yang berani begini, makin kita berkeras makin keras dia jadinya.. Formula nak bercakap dengan anak yang kuat melawan ni mudah je. Bagitahu dia betul! Kalau nak tahu lagi tips bercakap dengan anak berbeza 3P ni boleh klik link di bawah :
Psikologi anak memainkan peranan penting dalam perkembangan mereka. Sebagai ibu bapa atau penjaga, kita perlu memahami cara terbaik untuk mendekati dan mendidik anak agar mereka membesar dengan emosi yang sihat dan kemahiran sosial yang baik.
Berikut adalah 10 tip psikologi yang dapat membantu kita membentuk hubungan yang lebih kuat dan memberikan sokongan yang diperlukan anak-anak.
10 tip psikologi untuk memahami dan mendidik anak:
Fahami Emosi Mereka
Anak-anak sering menunjukkan perasaan mereka melalui tingkah laku. Dengarkan dan fahami apa yang mereka cuba sampaikan, bukan hanya dari perkataan, tetapi juga dari perbuatan.
Jadilah Contoh Yang Baik
Anak-anak cenderung meniru tingkah laku orang dewasa. Jadi, tunjukkan nilai-nilai yang baik seperti sabar, hormat, dan kasih sayang.
Gunakan Positif Reinforcement
Puji mereka apabila berkelakuan baik. Ganjaran atau pujian membantu mereka untuk lebih memahami tingkah laku yang diingini.
Beri Pilihan
Anak lebih mudah merasa dihargai jika diberikan pilihan. Ini juga membantu mereka belajar membuat keputusan secara berdikari.
Jangan Terlalu Menekan
Terlalu banyak tekanan untuk berjaya boleh membuatkan anak merasa tertekan. Biarkan mereka berkembang pada kadar mereka sendiri.
Beri Masa Untuk Berehat
Aktiviti harian yang padat boleh membuatkan anak merasa letih. Pastikan mereka mempunyai masa untuk bermain dan berehat.
Ajarkan Pengurusan Emosi
Ajar anak cara menguruskan perasaan mereka, seperti mengatasi rasa marah atau kecewa dengan cara yang sihat.
Terima Kelemahan Mereka
Jangan terlalu fokus pada kesilapan mereka. Terima kekurangan anak dan bantu mereka untuk belajar daripadanya tanpa merasa dihukum.
Konsisten Dengan Peraturan
Anak memerlukan peraturan yang jelas. Jika peraturan berubah-ubah, mereka boleh menjadi keliru dan tidak tahu apa yang diharapkan.
Cipta Hubungan Yang Penuh Kasih Sayang
Anak-anak memerlukan kasih sayang yang konsisten. Berikan pelukan, kata-kata manis, dan perhatian penuh agar mereka rasa dihargai dan selamat.
Dengan memahami psikologi anak, kita dapat memberikan mereka ruang untuk berkembang dengan cara yang sihat dan bahagia. Ingat, setiap anak adalah unik dan mempunyai keperluan yang berbeza. Jadi, teruskan usaha untuk menjadi contoh yang baik, bersabar, dan memberi sokongan sepenuhnya agar anak-anak dapat mencapai potensi terbaik mereka.
Selalu kita dengar, makan telur goreng ni tak baik untuk kesihatan sebab guna minyak banyak, kan? Tapi sebenarnya, menurut perkongsian daripada Dr. Zubaidi Hj Ahmad, pandangan ini kurang tepat.
Betul, makan telur goreng tak akan merosakkan kesihatan rakyat Malaysia selagi cara memasak dilakukan dengan betul. Jom kita tengok kenapa telur ni masih makanan terbaik walaupun digoreng!
Sumber Protein Murah dan Berkhasiat
Pertama sekali, telur merupakan salah satu makanan paling murah dan mudah didapati yang kaya dengan protein. Bayangkan, satu biji telur rebus je dah ada 7 gram protein dan hanya 85 kalori! Selain itu, telur juga penuh dengan vitamin penting macam vitamin A, D, E, B1, B3, B6, B9, dan B12, serta mineral seperti kalsium dan folat. Dengan semua kebaikan ni, tak hairanlah telur jadi pilihan ramai.
Minyak Sihat Guna dengan Cara Betul
Dr Zubaidi
Kalau goreng telur dengan minyak kelapa atau minyak sawit, ia tak bermakna terus tak sihat.
Malah, dua jenis minyak ni sebenarnya baik jika digunakan dengan cara betul – pastikan jangan guna minyak yang sama lebih daripada 3 kali.
Cara saya sendiri, saya guna satu sudu minyak kelapa atau minyak sawit baru untuk goreng telur.- Dr Zubaidi
Minyak bukan je buat makanan jadi lebih sedap, tapi ia juga membantu badan serap vitamin A, D, E, dan K dengan lebih baik. Malah, ia juga elak pembentukan batu karang dalam hempedu dan bantu kita rasa kenyang lebih lama.
Khasiat Telur Kuning
Ramai takut makan telur kuning sebab risau kolesterol tinggi. Tapi yang kita tak tahu, telur kuning tu kaya dengan omega-3 yang bantu kurangkan inflamasi dalam badan. Omega-3 ni penting sangat untuk jantung dan otak kita! Tambahan pula, kuning telur mengandungi selenium yang bantu tingkatkan daya tahan badan dan kawal hormon tiroid.
Kolesterol Baik dari Telur
Ramai yang ingat semua kolesterol tak baik, tapi sebenarnya ada kolesterol yang baik untuk badan, iaitu HDL (High-density Lipoprotein). Kolesterol jenis ni bantu kawal hormon dan sangat penting untuk otak serta sistem saraf kita. Dengan makan telur, kita boleh tingkatkan HDL dan ini kurangkan risiko penyakit jantung.
Mitos Telur dan Penyakit Jantung
Ada juga yang risau makan telur boleh sebabkan penyakit jantung sebab kolesterol tinggi. Tapi sebenarnya, telur bantu ubah kolesterol LDL (kolesterol jahat) kepada HDL (kolesterol baik). Kolesterol LDL yang jahat ada zarah kecil yang boleh sekat saluran darah, tapi telur bantu tingkatkan zarah besar dalam darah, yang lebih selamat dan takkan sebabkan penyumbatan.
Makan telur goreng tak salah, asalkan cara masaknya betul dan kita guna minyak yang sihat seperti minyak kelapa atau minyak sawit. Jangan takut nak makan telur sebab ia penuh khasiat yang baik untuk kesihatan kita. Yang penting, kawal kuantiti dan cara penyediaan. Dah tiba masanya kita buang salah tanggapan yang telur goreng ni boleh rosakkan kesihatan.
Jom amalkan makan telur dalam diet seharian untuk badan yang lebih sihat dan bertenaga!
Pelakon dan penyanyi, Nabila Razali mengakui naluri keibuannya semakin menebal malah tidak boleh berpisah lama dengan anak kesayangannya terutama apabila keluar bekerja.Bahkan kata Nabila...