Bulan Ramadan adalah masa yang sesuai untuk mendidik anak-anak tentang kepentingan berpuasa.
Namun, untuk kanak-kanak yang baru belajar, ia mungkin menjadi cabaran bagi mereka. Berikut beberapa tips untuk membantu anak lebih bersemangat menjalani ibadah puasa dengan gembira:
Berikan Penerangan Mudah Difahami
Gunakan bahasa yang mudah dan cerita menarik untuk menerangkan kepentingan berpuasa. Jelaskan bahawa puasa bukan sekadar menahan lapar dan dahaga, tetapi juga melatih kesabaran dan meningkatkan keimanan.
Mulakan Secara Bertahap
Jika anak masih kecil, latih mereka berpuasa secara bertahap. Contohnya, mulakan dengan berpuasa separuh hari sebelum beralih kepada puasa penuh.
Ads
Sediakan Juadah Kegemaran Sahur dan Berbuka
Makanan yang sedap dan berkhasiat boleh menjadi motivasi bagi anak-anak. Libatkan mereka dalam memilih menu berbuka dan sahur supaya mereka lebih teruja.
Beri Galakan & Pujian
Setiap kali anak berjaya menahan lapar, berikan pujian atau ganjaran kecil sebagai motivasi. Contohnya, kata-kata semangat seperti “Hebatnya anak ibu hari ini, berjaya puasa sampai petang!”
Ads
Cipta Suasana Ramadan Meriah
Hiasi rumah dengan dekorasi Ramadan, pasang lampu hiasan, atau buat aktiviti bersama seperti solat berjemaah, membaca kisah Nabi, atau membuat kad ucapan Ramadan.
Libatkan Anak Aktiviti Ibadah
Ajak mereka solat bersama, bersedekah, atau menyediakan makanan untuk berbuka puasa. Ini akan memberi rasa keterlibatan dan kefahaman lebih mendalam tentang Ramadan.
Ads
Beri Hadiah Penghargaan
Sebagai galakan, boleh sediakan sistem ganjaran seperti pelekat bintang atau hadiah kecil untuk setiap hari anak berjaya berpuasa. Ini dapat meningkatkan semangat mereka.
Dengan pendekatan yang positif dan sokongan daripada ibu bapa, anak-anak akan lebih teruja untuk berpuasa dan memahami makna sebenar Ramadan. Selamat mencuba dan semoga Ramadan kali ini lebih bermakna untuk seisi keluarga!
Bintang Kecil dah ada di SeeNI!
Download aplikasi
sekarang!
Siapa je yang tak kenal dengan Nur Tiara Zinnirah atau mesra dipanggil Tiara kan? Anak kepada pasangan Achey dan Anne ini selalu menjadi perhatian ramai kerana perangainya yang lucu. Ada saja perkara yang dibuat, yang tak tercapai dek akal.
Tak berapa lama dulu Tiara mencuit hati ramai dengan gelagatnya yang memakai gigi palsu nenek, rambutnya tersangkut di tiang gol dan banyak lagi tetapi kali ini lain pula. Anne memuatnaik sebuah video di mana Tiara menarik wagon trolley yang diduduki seorang lelaki.
Bukan sekadar tarik biasa ya, tapi Tiara mampu menggerakkan wagon trolley tersebut dalam jarak yang agak jauh.
Bukan sekadar membuat pusingan di kawasan sekitar, akhirnya Tiara tinggalkan lelaki tersebut! Namun, dia berpatah balik dan meminta supaya dirinya pula yang ditarik. Kuatnya Tiara mampu tarik orang dewasa, selamba pula tu!
Ramai yang terhibur dengan keletah Tiara terutamanya part dia lari tinggalkan abang yang ditarik. Terdiam sekejap abang duduk dalam wagon trolley tu, mujur Tiara patah balik. Semoga Tiara terus membesar dengan sihat dan jadi anak yang baik okay!
Bintang Kecil dah ada di SeeNI!
Download aplikasi
sekarang!
Sebagai khalifah di muka bumi, kita bertanggungjawab membimbing anak-anak agar memiliki akhlak yang baik berlandaskan ajaran Islam. Proses pembentukan ini seharusnya bermula sejak mereka masih dalam kandungan ibu.
Jika anak-anak ditakdirkan bersikap degil, keras hati, atau nakal, jangan berputus asa atau kecewa. Anggaplah ia sebagai ujian daripada Allah SWT untuk hamba-Nya yang disayangi.
Di antara perkara yang boleh dilakukan untuk bantu anak anda yang nakal untuk mendengar cakap dan terlalu manja:
1. Pastikan dia makan malam sebelum maghrib seperti yang Nabi SAW sarankan supaya mudah belajar waktu malam. Makan malam lepas maghrib buat anak mudah letih dan mengantuk bila belajar. Makanan hadam selepas 1½ jam makan. Jadi anak boleh belajar dengan berkesan dan fokus jika belajar 1 ½ jam selepas makan malam.Pastikan dia kurang makan daging merah, banyakkan daging putih seperti ayam dan ikan. Daging merah buat anak pemarah dan agrasif serta mudah melawan cakap. Pastikan mereka makan buah SEBELUM makan nasi agar badan dapat serap Vitamin C yang ada dalam buah-buahan. Vitamin C membantu tenangkan fikiran anak di samping jaga
kulit.
2. Banyakkan memeluk anak. Anak yang sering dipeluk akan tenang, kurang degil, rasa selamat dan disayangi serta tidak perlu nak buat nakal.
3. Pesan kepada anak untuk menghadap Qiblat semasa belajar atau mengaji, ini akan tingkatkan keberkatan dalam belajar.
4. Sebelum belajar, baca doa-doa penerang hati termasuk surah Al-Insyirah. Nabi suruh Ali RA baca surah Al-Insyirah untuk kuat ingatan mudah faham, jadi tenang, mudah patuh arahan ibubapa dan tidak banyak meragam.5. Letak pokok hidup, seperti pokok keladi air, di kanan dan kiri meja tempat anak belajar untuk bekalkan oksigen kepada otak anak semasa belajar.
5. Beri anak supplement yang dapat menguatkan minda, tenangkan emosi, lembutkan hati dan kuatkan daya ingatannya.
6. Elakkan anak memakai pakaian berwarna merah atau oren. Ikut kajian, warna merah dan oren akan rangsang anak jadi agrasif dan hyperaktif.
7. Suruh anak tidur mengiring kekanan agar otak jadi lebih pintar, puas tidur dan ikut sunnah Nabi SAW.
8. Lembutkan hati anak kita atau orang lain dengan Fatehah, Surah Al-Hasyr (ayat 21-24), Surah Ta Ha (ayat 1-5),Ayat Qursi dan hembus ke badan, makanan, gambar atau pakaian yang sudah dipakai sebelum dicuci atau sekadar menghembus ke arah orang itu dari jauh.
9. Layan anak lebih baik daripada biasa agar dia rasa bersalah jika ingkar perintah ibubapa.
10. Setiap kali nak masuk rumah, pesan kepada semua ahli keluarga kita untuk baca Bismillah 3 kali, senyum, beri salam dan masuk dengan melangkah kaki kanan dahulu. Ini akan menghindarkan syaitan bernama DASIM daripada masuk ke kepala kita dan ganggu manusia supaya berkonflik, suami isteri supaya bergaduh hingga bercerai berai, anak-anak melawan ibubapa, anak-anak bergaduh sesama sendiri, anak-anak jadi extra nakal, dan sebagainya.
E11. Jika terlalu sedih atau tertekan, bacalah 3 doa Nabi SAW:
“Inna lillahi wainna ilahi rojiuun. Ya Allah, aku redha dengan segala ujianMu, berilah aku pahala atas redha ini. Ya Allah, aku ada masalah anak sukar nak dengar cakap ibubapa. Ya Allah, Kau bantulah selesaikan masalahku. Kau jadikan dia anak yang soleh, sabar, pintar, baik akhlak, mendengar cakap ibubapa, rajin belajar dan sebagainya. Insya Allah hati akan tenang dan doa akan dimakbulkan.
12. Baca Al-Fatehah, Ayat Qursi dan Surah Al-Insyirah dan hembus atas kepala anak kita setiap hari hingga aqil baligh. Ini akan membantu dia jadi anak yang soleh, pintar, berakhlak mulia dan taat kepada ibubapa.
13. Cuba nasihati anak semasa dia tidur dengan berbisik di telinganya atau sekadar bercakap dalam hati. Nasihatkan agar jadi anak yang baik, sopan santun, dengar cakap ibubapa, dan sebagainya. Ikut kajian dan pengalaman peribadi saya, jika kita istiqamah menasihati anak kita semasa mereka tidur, anak-anak insya Allah akan berubah menjadi anak yang baik.
Cuba amalkan selama 40 hari, kerana tabiat baru terbentuk dalam masa 40 hari. Insya Allah segala masalah anak yang keluarga anda hadapi akan selesai langkah demi langkah.
Penyanyi, Datin Alyah berkongsi kesyukuran usai majlis cukur jambul dan akikah anak angkatnya, Nur Izzara.
Menerusi hantaran di Instagramnya, kehadiran cahaya mata itu umpama satu rahmat buat rumah tangganya dan suami yang juga pemuzik, Datuk Ramli MS atau mesra disapa Tok Ram.
“Bila kita mencari cinta dunia, banyak hati yang kecewa dan hati kita juga malah hancur dan remuk. Tapi, bila kita mencari cinta Allah SWT, segalanya seperti mimpi yang indah.
“Terlalu banyak kebaikan yang diberikan kepada kita hingga ada kalanya kita malu nak meminta lebih kerana banyaknya dosa-dosa kita.
“Tapi, Dia tahu apa yang ada jauh dalam hati kita. Engkau Maha Baik Ya Allah SWT, lagi Maha Penyayang.
“Nur Izzara hadir dalam hidup kami. Tidak pernah kami terfikir dalam perancangan kehidupan yang kami lalui dan sesungguhnya Engkaulah perancang terbaik bagi setiap hamba-Mu,” katanya.
Tambahnya, Allah adalah sebaik-baik perancang rancangan yang lebih baik daripada manusia.
“Peringatan buat saya, walaupun telefon bimbit ada kalendar yang mampu merancang segala jadual saya, tapi saya tetap tidak mampu melawan perancangan Allah SWT yang Maha Hebat dan Maha Kasih,” katanya.
Hantaran itu juga turut diselitkan dengan ucapan terima kasih buat keluarga dan saudara mara yang membantu menyempurnakan majlis yang berlangsung di Batu Pahat, Johor itu.
“Terima kasih buat Abang Ajis dan Kak Chik sekeluarga menguruskan segala-galanya untuk majlis akikah cukur jambul Izzara dan kenduri doa selamat buat saya sebelum menunaikan haji.
“Terima kasih adik beradik yang datang dari jauh, pakcik makcik juga saudara mara, ipar duai yang datang dari Singapura. Hanya Allah SWT sahaja mampu membalasnya.
“Terima kasih buat sahabat handai yang sudi bertandang memeriahkan lagu majlis kami dari jauh dan dekat. Terima kasih sangat-sangat. Terharunya saya.
“Dan buat semua penduduk sekitar walaupun saya hanya menumpang kampung abang ipar saya, tapi, layanan kalian buat saya, suami dan seluruh keluarga terharu. Saya doakan kalian semua berada dalam rahmat Allah SWT,” katanya.
Alyah turut memuat naik gambarnya dan suami, bersama Nur Izzara dan ketiga-tiga mereka sedang duduk di pelamin kecil.
Antara komen dan doa terindah buat Alyah sekeluarga;