Bukan mudah untuk mendidik anak, bak kata Puan Wawa Shauqi, anak ini ibarat sebuah rumah. Tergopoh-gapah membina rumah yang cantik tanpa asas yang kukuh akan menyebabkan rumah itu runtuh bila dilanda badai.
Paksa anak pandai cepat ni, macam paksa bina rumah. Kalau kita nak bina rumah, binalah bermula dari asas. Cacak asas pada tanah yang kukuh.
Buat apa kita tergopoh nak bina rumah cantik, tapi tak ada asas. Cantik mana pun direka, dibina dan dideko, bila angin kuat lalu, habis roboh rumah tu menyembah bumi.
Macam itulah kalau kita tergopoh nak persiapkan anak jadi pandai. TAPI TAK IKUT PROSES YANG BETUL. Muncullah produk-produk macam yang disebutkan puan Intan Izaida ni.
Pandai akademik. Tapi zero softskill. Low common sense. Hadap pelbagai mental health issues. Termasuk ketagihan. Begitulah.
INI PROSES BETUL DIDIK ANAK JADI PANDAI, KALAU ANDA IKUT NEUROSAINS
1. UMUR 3 TAHUN
Kalau ikut neurosains,
Umur 3 tahun, anak kena banyak main. Lompat, panjat, koyak kertas, renyuk span, main air, cedok pasir.
Bukan dihalang main dan didiamkan dengan gajet.
2. UMUR 4 TAHUN
Ikut neurosains,
4 tahun elok bergaul dengan alam. Lompat puddle, kutip serangga, asingkan dedaun, bentukkan tanah liat jadi sesuatu dan kecoh bercerita dengan kawan-kawan.
Ads
Bukan ditidakkan hak explore dunia.
3. UMUR 5 TAHUN
Ikut neurosains,
5 tahun kalau dia nak tolong kita buat kerja, bagi je. Biarpun hasilnya berkecah. Sepahnya lagi banyak kita kena hadap.
Bukan dibebelkan dan dimarah ketaksempurnaan hasilnya.
4. UMUR 6 TAHUN
Ikut neurosains,
6 tahun kalau anak dah ada kesediaan untuk belajar, beri peluang untuk mereka belajar sambil bergerak.
Take a short break every 15 minutes. Allow them to learn using their all 7 sensories. Kalau belum bersedia, patah balik semula fasa apa yang mereka belum lalui.
Bukan dipaksa anak duduk diam atas kerusi dan tunduk hadap latihan berjam-jam lamanya.
5. UMUR 7 TAHUN
Ikut neurosains,
Ads
7 tahun masih di fasa pengukuhan akademik. Baru nak belajar duduk lama-lama atas kerusi, pegang pensel dengan betul dan mampu kekal fokus atleast 15 minit.
Dah boleh ikut arahan, reti guna duit belanja, boleh sabar beratur, bersosial dengan baik dan tau urus diri bila ke tandas.
Bukan diwajibkan pandai membaca dan hadap aras silibus yang melangit tinggi.
“KESIAN JADI ANAK ZAMAN SEKARANG…”
Tak dinafikan, ada mak ayah yang berjaya sediakan asas-asas ni lagi awal dari yang sepatutnya anak capai.
Bravo parents! Bila anak dah pandai, dia memang dah cukup semua asas tu. Kena topup sikit-sikit je lagi untuk ‘puzzle block’ anak tu lengkap.
Tapi yang menjadi masalah sekarang, sudahlah anak tak cukup asas. Dek perkembangan yang banyak diganggu skrin. Masuk sekolah, terus kena paksa pikul beban yang sebegitu besar.
Kesian jadi anak zaman sekarang sebenarnya. Tumbesaran dari kecil pun dah melawan fitrah dan keperluan perkembangan.
Saya sangat tabik pada parents yang follow pakar-pakar parenting di media sosial. Beria-ria berhabis masa, duit dan tenaga untuk belajar bab perkembangan anak-anak.
Ads
You are all amazing parents! Kadang-kadang segan pun ada. Sebab mereka lagi power apply ilmu pada anak berbanding saya yang menaip di media sosial ni.
To all parents,
Saya harap kita dapat bantu anak lalui proses perkembangan yang betul.
Semoga kita mampu teruskan jihad kita sebagai mak ayah untuk didik anak-anak kita jadi umpama sebiji rumah indah yang kukuh binaannya. Bukan hanya indah di pandangan, tapi juga selesa untuk didiami, Insya Allah.
JANGAN MENGEJAR KEBIJAKSANAAN SAMPAI LUPA MENGAJAR ANAK ADAB
Paksa anak pandai cepat ni, macam paksa bina rumah. Kalau kita nak bina rumah, binalah bermula dari asas. Cacak asas pada tanah yang kukuh.
Buat apa kita tergopoh nak bina rumah cantik, tapi tak ada asas. Cantik mana pun direka, dibina dan dideko, bila angin kuat lalu, habis roboh rumah tu menyembah bumi.
Macam itulah kalau kita tergopoh nak persiapkan anak jadi pandai. TAPI TAK IKUT PROSES YANG BETUL. Muncullah produk-produk macam yang disebutkan puan Intan Izaida ni.
Pandai akademik. Tapi zero softskill. Low common sense. Hadap pelbagai mental health issues. Termasuk ketagihan. Begitulah.
Tahukah anda bahawa kandungan gula yang tinggi dalam makanan adalah punca karies gigi. Snek sihat membantu menjaga kesihatan gigi dan mulut anak anda dengan cara berikut:
Kurangkan Gula, Kurangkan Karies – Pilih snek rendah gula seperti buah-buahan segar, sayuran rangup, dan yogurt tanpa gula untuk mengurangkan risiko kerosakan gigi.
Jadikan snek sihat sebagai pilihan utama dalam diet harian anak anda. Dengan snek yang betul, anda bukan sahaja melindungi gigi mereka, tetapi juga menyokong pertumbuhan dan perkembangan yang sihat.
TIP PILIHAN MAKANAN YANG SIHAT UNTUK PENJAGAAN GIGI
1.Buah-buahan Segar
Epal, strawberi, pir, pisang, atau buah beri, kaya dengan serat dan manis secara semula jadi.
2.Sayuran Rangup
Lobak merah, timun, atau saderi
3.Yogurt Tanpa Gula
Penuh kalsium dan baik untuk gigi, tambah buah untuk rasa lebih sedap!
4.Keju
Rendah gula, tinggi kalsium, bantu kekalkan kekuatan gigi si manja.
5.Kacang atau Bijirin Tanpa Gula
Memberi tenaga dan rasa kenyang lebih lama tanpa merosakkan gigi.
Anak berusia 5 tahun berada dalam fasa perkembangan penting, di mana mereka semakin aktif, ingin tahu, dan mula menunjukkan kebolehan berdikari. Pada usia ini, peranan ibu bapa sangat penting untuk menyokong perkembangan fizikal, emosi, dan mental mereka. Berikut adalah beberapa tip yang boleh membantu anda mendidik anak kecil anda dengan baik
1. Beri Galakan Untuk Belajar Melalui Bermain
Pada usia ini, anak-anak belajar banyak perkara melalui aktiviti bermain. Sediakan permainan yang membantu mereka berimaginasi seperti blok binaan, set melukis, atau mainan peranan. Bermain bukan sahaja menyeronokkan, tetapi juga mengembangkan kreativiti, kemahiran sosial, dan penyelesaian masalah.
2. Kemahiran Sosial
Ajar mereka cara berkongsi, menunggu giliran, dan berkomunikasi dengan rakan sebaya. Anda boleh menggalakkan ini dengan membawa mereka ke taman permainan atau aktiviti berkumpulan. Jangan lupa untuk memuji mereka apabila mereka menunjukkan sikap baik terhadap orang lain.
3. Bentuk Rutin Harian Konsisten
Kanak-kanak umur 5 tahun memerlukan rutin untuk merasa selamat dan teratur. Tetapkan waktu makan, waktu tidur, dan waktu bermain pada masa yang sama setiap hari. Rutin yang konsisten membantu mereka menguruskan masa dengan lebih baik dan menjadikan kehidupan harian lebih tenang.
4. Bantu Mereka Urus Emosi
Pada usia ini, anak-anak mungkin mengalami pelbagai emosi tetapi tidak tahu cara untuk mengendalikannya. Ajar mereka untuk mengenal pasti perasaan mereka seperti sedih, marah, atau gembira. Berikan sokongan dengan mendengar dan bercakap tentang perasaan mereka secara terbuka.
5. Sokong Perkembangan Fizikal
Pastikan anak anda aktif setiap hari, sama ada melalui bermain di luar rumah, berlari, melompat, atau berbasikal. Pada masa yang sama, jaga pemakanan mereka dengan menyediakan makanan seimbang seperti buah-buahan, sayur-sayuran, protein, dan bijirin penuh.
6. Ajar Kemahiran Berdikari
Anak usia 5 tahun boleh mula belajar kemahiran mudah seperti memakai baju sendiri, menyimpan mainan, atau mencuci tangan sebelum makan. Aktiviti ini bukan sahaja membantu mereka menjadi lebih berdikari tetapi juga meningkatkan keyakinan diri mereka.
7. Luangkan Masa Berkualiti Bersama
Walaupun sibuk, luangkan masa untuk membaca cerita, bermain, atau berbual dengan anak anda. Interaksi ini bukan sahaja memperkukuh hubungan anda tetapi juga membantu mereka merasa dihargai dan disayangi.
8. Kawal Penggunaan Gajet
Tetapkan had penggunaan gajet seperti telefon pintar atau tablet. Aktiviti seperti membaca buku, bermain dengan mainan fizikal, atau bermain di luar lebih memberi manfaat untuk perkembangan mereka berbanding terlalu lama menghadap skrin.
9. Jadikan Disiplin Sebagai Panduan, Bukan Hukuman
Gunakan disiplin untuk mendidik, bukan menghukum. Contohnya, jika mereka melakukan kesalahan, jelaskan mengapa ia salah dan bagaimana cara yang betul. Disiplin yang positif mengajar anak untuk memahami akibat tindakan mereka tanpa merasa takut.
10. Beri Kasih Sayang dan Sokongan
Anak kecil sentiasa memerlukan kasih sayang dan pengakuan daripada ibu bapa mereka. Peluk mereka, puji pencapaian mereka, dan tunjukkan bahawa anda sentiasa ada untuk mereka.
Membesarkan anak berusia 5 tahun adalah satu perjalanan yang penuh cabaran, tetapi juga masa yang paling bermakna untuk anda sebagai ibu bapa. Dengan kesabaran, perhatian, dan kasih sayang, anda boleh membantu anak anda membesar menjadi individu yang ceria, berdikari, dan berkeyakinan tinggi. Selamat menikmati setiap detik indah bersama si kecil anda!
Dalam dunia parenting, satu cabaran yang sering dihadapi oleh ramai ibu bapa adalah membuat anak-anak mendengar cakap tanpa perlu menaikkan suara. Kita semua pernah mengalami situasi di mana anak-anak seakan-akan “buta pendengaran” bila kita suruh buat sesuatu. Namun, ada cara yang lebih efektif dan tenang untuk mencapai itu. Jom kita lihat beberapa tips untuk meningkatkan kepenringan anak mendengar kata-kata kita!
Jom ikuti perkongsian oleh puan Wawa Shauqi cara yang mudah untuk membuatkan anak mendengar cakap
TIPS ANAK MENDENGAR KATA
1. MATA BERTEMU MATA
Pastikan ketika bercakap dengan anak, anda merendahkan badan untuk mata anda bertatapan dengan mata anak.
2. FAHAMI EMOSI ANAK
Fahami emosi dan mengakui perasaan anak-anak seperti sedang marah atau menangis. Jangan abaikan perasaan anak begitu sahaja.
3. JANGAN MENGHERDIK
Mengherdik atau menjerit marah akan menyebabkan emosi anak tiba-tiba berhenti yang membuatkan emosi mereka tidak dilepaskan sepuasnya.
4. JANGAN MEMBEBEL
Lebih baik teguran itu padat, pendek dan ringkas.
5. BERI KESERONOKAN
Beri arahan dalam bentuk keseronokan dan kreatif ketika bercakap dengan anak-anak. Ia akan menarik perhatian mereka.
6. BERBISIK
Kanak-kanak tidak akan menyangkakan anda memberi arahan dalam bentuk berbisik. Ia adalah cara yang unik untuk mendapatkan perhatian mereka.
7. BERI PILIHAN
Beri anak pilihan ketika memberikan arahan. Ia akan membuat anak berasa pilihan dirinya dipertimbangkan.
8. KEKAL TENANG
Anda juga manusia biasa akan berasa marah, namun cuba kekalkan ketenangan itu.
Kalau kita paksa atau bagi arahan, anak akan rasa diri dikawal. Anak takkan suka buat sesuatu bila rasa dirinya dikawal.
Sebaliknya, kalau kita guna cara yang lebih mesra dan ‘mengajak’, lagi senang rupanya anak nak mengikut cakap.
Pelakon dan penyanyi, Nabila Razali mengakui naluri keibuannya semakin menebal malah tidak boleh berpisah lama dengan anak kesayangannya terutama apabila keluar bekerja.Bahkan kata Nabila...