Pernah dengar tentang Middle Child Syndrome? Middle Child Syndrome merupakan keadaan psikologi anak tengah yang selalu merasa diri seperti dipinggirkan dan terabai dalam keluarga.
Urutan kelahiran dan jumlah saudara kandung dapat mempengaruhi perkembangan keperibadian, psikologi dan potensi anak.
Tanda-tanda Middle Child Syndrome:
1. Rasa tidak pernah dihargai dan diabaikan oleh ibu bapa/keluarga.
2. Sentiasa inginkan keadilan.
3. Mencari perhatian daripada keluarga dan orang lain.
Ads
4. Rasa diri tidak pernah cukup untuk orang lain.
5. Rasa macam kena bersaing dengan adik beradik.
Jika anak anda ada salah satu daripada ciri di atas, ada kemungkinan mereka alami Middle Child Syndrome. Jika tiada perubahan sikap daripada ibu bapa, sindrom ini akan berlarutan sehingga anak meningkat dewasa.
Jika mereka tidak mendapatkan perhatian daripada ibu bapa mereka sendiri, mereka akan mencari perhatian dan penghargaan daripada orang lain. Anak yang kurang mendapatkan perhatian semasa kecil akan mudah melekat atau mudah terjatuh cinta dengan orang baru yang memberikan sedikit perhatian, walaupun orang yang baru mereka kenal.
Ads
Cara untuk mencegah anak tengah daripada terkena sindrom ini:
1. Berikan perhatian dan layanan sama rata untuk anak-anak.
Ads
2. Jangan bandingkan anak dengan adik beradik atau orang lain.
Malam tu, sekolah aku sunyi. Hanya tinggal aku dan Aiman sebab kami kena tolong cikgu siapkan hiasan untuk Hari Kantin. Jam dah hampir pukul 7 malam.
“Cepatlah, Rahim. Dah nak Maghrib ni,” kata Aiman sambil gulung tali reben.
“Sekejap je lagi, nak tampal satu ni je,” aku balas.
Tiba-tiba, tok… tok… tok…
Kami berdua berpandangan. Bunyi tu datang dari koridor belakang, tempat bilik stor lama yang dah lama dikunci. Semua murid tahu, stor tu dulu pernah jadi bilik muzik sebelum terbakar sikit sebab litar pintas.
“Aiman, kau dengar tak?”
Aiman angguk perlahan. “Mungkin cikgu pengawas.” Tapi suaranya pun dah serak takut.
Kami jalan perlahan ke arah koridor. Lampu malap, bayang-bayang panjang di lantai. Bila sampai dekat bilik stor, bunyi tu berhenti. Sunyi.
Aku tarik nafas, tolak daun pintu perlahan-lahan. Kreeeek…
Kosong. Cuma debu dan alat muzik lama yang dah berkarat.
Nak berpusing balik, tiba-tiba… ting! Nada piano! Satu nada panjang bergema dari dalam bilik tu.
Kami menjerit serentak dan lari lintang-pukang sampai ke dewan. Nafas kami laju macam baru habis lari 100 meter. Cikgu Siti yang tengah kemas booth makanan terus tegur, “Kenapa ni, kamu berdua?”
Kami cerita semuanya. Tapi cikgu cuma tersenyum.
“Tak payah takut. Bilik tu memang kadang berbunyi sendiri. Mungkin sebab angin… atau mungkin sebab semangat lama yang rindu main muzik.”
Aku dan Aiman terdiam. Sejak hari tu, kami tak pernah berani lalu koridor belakang waktu petang lagi. Tapi setiap kali lalu siang-siang… aku rasa macam ada seseorang tengah main piano perlahan, ikut langkah kami.
ting… ting… ting…
Bintang Kecil dah ada di SeeNI!
Download aplikasi
sekarang!
Keberanian dan semangat luar biasa seorang murid Tahun Dua, V Vasanth Abhinandan, menjadi bualan ramai apabila aksinya melakukan persembahan Karate Kata di atas kasut berpaku selama 10 minit tanpa henti tular di media sosial.
Bukan sekadar tontonan mengagumkan, tetapi aksi berani itu kini melakar nama dalam Malaysia Book of Records (MBR) sebagai sesuatu yang amat membanggakan bagi anak kecil berusia lapan tahun ini.
Diiktiraf di bawah kategori ‘Pergerakan Karate Kata Terbanyak Di atas Paku oleh Seorang Kanak-kanak’ dalam tempoh 10 minit, V Vasanth Abhinandan bukan sahaja menunjukkan ketahanan fizikal yang hebat, tetapi juga kekuatan mental yang luar biasa. Lebih menarik, idea unik untuk berlatih dengan kasut berpaku datang daripada dirinya sendiri! Anak kecil ini mahu tampil berbeza dalam seni mempertahankan diri berbanding rakan-rakan karate lain.
Menurut bapanya, K Vasantha, 41 tahun, idea itu bukan mudah direalisasikan. Anak tunggalnya itu mengambil masa hampir setahun penuh untuk berlatih dengan kasut khas yang direka bagi tujuan persembahan ini.
“Dia anak yang sangat aktif. Sejak umur tiga tahun lagi sudah mula belajar karate, dan sering menang dalam pertandingan di dalam dan luar negara. Tapi kali ini, dia mahu lakukan sesuatu yang luar biasa,” kata bapanya dengan penuh bangga.
V Vasanth Abhinandan kini pemegang tali pinggang biru, dan sedang berusaha keras menambah lima lagi pergerakan bagi melayakkan diri ke peringkat tali pinggang hitam, satu cita-cita besar untuk anak sekecil dirinya.
Di sebalik senyuman dan semangat juangnya, tersimpan kisah yang menyentuh hati. Menurut bapanya, V Vasanth Abhinandan pernah melalui pengalaman dibuli sewaktu kecil. Namun, daripada pengalaman pahit itulah dia belajar untuk bangkit dan mempertahankan diri.
“Karate mengajar dia erti disiplin dan keberanian. Saya mahu besarkan dia sebagai anak yang berdikari, tidak mudah menyerah, dan tahu mempertahankan diri,” tambah bapanya, yang bekerja sebagai pemandu van sekolah.
Selain pengiktirafan MBR, V Vasanth Abhinandan turut mencipta nama dalam Yoga Asia World Record 2025 apabila berjaya berdiri sebelah kaki paling lama dalam kategori kanak-kanak pada bulan Julai lalu. Hebat, bukan? Dua rekod dalam satu tahun bagi anak berusia lapan tahun sememangnya satu pencapaian yang sungguh luar biasa!
Kejayaannya juga diiktiraf apabila beliau menerima Anugerah Pencapaian Sukan Terbaik Bukan Temasya 2024 daripada kerajaan negeri, selain muncul juara dalam Kejohanan Karate Kata Antarabangsa Kuala Lumpur 2024.
Bagi V Vasanth Abhinandan sendiri, kejayaan ini hanyalah permulaan langkah kecil menuju impian besarnya – menjadi atlet negara suatu hari nanti.
“Saya bangga dapat cipta nama dalam Malaysia Book of Records. Saya mahu wakili Malaysia satu hari nanti, supaya keluarga saya dan negara turut berbangga dengan saya,” katanya penuh semangat.
Pegawai rasmi MBR, Siti Hajar Johor, turut memuji keberanian dan ketekunan anak kecil ini.
“Kategori ini adalah yang pertama di Malaysia. Jika ada pencabar selepas ini, mereka perlu buat lebih daripada lima gerakan kerana V Vasanth Abhinandan telah menetapkan standard baharu,” jelasnya.
Tambahnya lagi, kisah V Vasanth Abhinandan menjadi bukti bahawa usia muda bukan penghalang untuk mencipta sejarah. Dengan semangat dan idea luar biasa, anak kecil ini telah membuka mata ramai bahawa keberanian bermula daripada hati yang besar.
Kisah V Vasanth Abhinandan bukan sekadar tentang Karate atau rekod dunia. Ia kisah tentang ketabahan seorang anak kecil dan kasih seorang ayah yang tidak pernah berhenti mempercayai anaknya. Dalam dunia yang penuh cabaran, keberanian kecil seperti ini mengingatkan kita bahawa kejayaan besar bermula daripada langkah kecil dan hati yang berani.
Kredit Foto: Bernama
Bintang Kecil dah ada di SeeNI!
Download aplikasi
sekarang!
Korang pernah tengok papan catur? Ada kotak hitam putih, ada askar kecil berdiri baris macam tengah tunggu arahan. Nampak macam simple, tapi sebenarnya permainan ni penuh dengan manfaat catur yang boleh buat otak jadi lebih power!
Ramai fikir catur untuk orang dewasa je, tapi sebenarnya budak-budak lagi cepat tangkap dan lagi cepat jadi hebat. Sebab tu ramai cikgu dan ibu bapa mula perasan betapa pentingnya manfaat catur dalam pembelajaran harian.
Bila main catur, korang kena fikir jalan mana paling selamat, siapa nak gerak dulu, siapa nak lindung raja dan semua berlaku dalam otak. Otak jadi laju macam turbo! Inilah salah satu manfaat catur yang orang selalu tak perasan.
Catur ajar kita buat pilihan. Kalau salah langkah, askar boleh kena makan. Kalau betul langkah, korang boleh menang! Jadi kita belajar fikir masak-masak sebelum buat keputusan.
Main catur tak boleh sambil tengok TV atau main-main. Kita kena fokus pada setiap gerakan. Bila selalu fokus, nanti senang nak belajar di sekolah.
Tak boleh menang dalam satu langkah. Kadang kena tunggu dan rancang perlahan-lahan. Catur ajar kita sabar dan tak cepat putus asa.
Walaupun catur nampak formal, permainan ni sebenarnya penuh kreativiti. Setiap pemain ada gaya tersendiri. Lagi kreatif, lagi susah orang nak tebak strategi korang.
Dalam catur ada:
Belajar cara mereka bergerak. Lepas tu baru best nak main!
Tak perlu main penuh dulu. Boleh buat mini game macam, “Siapa berjaya makan 3 askar dulu?” Lepas tu barulah mula perlawanan sebenar.
Ramai budak belajar catur melalui video animasi. Ada yang ajar langkah demi langkah sampai korang faham.
Kalau main dengan kawan, lagi seronok. Korang boleh gelak, boleh cuba trick, dan jadi lebih berani.
Catur ajar kita berfikir, merancang dan berani ambil langkah pertama. Budak yang main catur selalunya lebih tenang, lebih bijak buat keputusan dan tak mudah panik bila ada masalah.
Selain itu, antara manfaat catur yang ramai tak tahu ialah ia bantu bina keyakinan diri. Bila kita berjaya rancang strategi sendiri, kita rasa lebih yakin untuk cuba benda baru.
Jom buka papan catur, geng!
Bintang Kecil dah ada di SeeNI!
Download aplikasi
sekarang!