Sebagai ibu bapa, sudah tentu kita semua ingin memastikan anak-anak kita membesar dengan sihat, cergas, dan bijak. Namun, ada beberapa tabiat yang mungkin tidak kita sedari boleh memberi kesan buruk kepada perkembangan otak mereka. Ayuh kita semak dan perbaiki jika perlu!
1. Tidur Tak Cukup
Kita semua tahu tidur penting, tetapi tahukah anda bahawa tidur yang tidak mencukupi boleh menjejaskan perkembangan otak anak? Otak memerlukan rehat yang cukup untuk memproses maklumat, memperbaiki sel-sel yang rosak, dan menguatkan memori. Jika anak anda sering berjaga malam, sama ada kerana kerja sekolah, permainan video, atau hanya tidak cukup disiplin waktu tidur, mereka mungkin mengalami masalah fokus, mudah letih, dan prestasi akademik yang menurun.
Tips: Pastikan anak mendapat tidur berkualiti sekurang-kurangnya 9-11 jam sehari, bergantung pada umur mereka. Tetapkan rutin waktu tidur yang konsisten dan jauhkan gajet sebelum tidur.
2. Terlalu Leka dengan Gajet
Gambar sekadar hiasan
Tidak dapat dinafikan, gajet kini menjadi sebahagian besar daripada kehidupan kita, termasuk anak-anak. Namun, terlalu banyak masa dihabiskan dengan gajet boleh memberi kesan negatif kepada perkembangan otak mereka. Penggunaan gajet yang berlebihan dikaitkan dengan gangguan pada perkembangan sosial, pengurangan keupayaan tumpuan, dan bahkan risiko ketagihan.
Ads
Tips: Hadkan masa penggunaan gajet kepada 1-2 jam sehari untuk anak kecil. Galakkan aktiviti lain seperti membaca, melukis, atau bermain di luar rumah untuk mengimbangi masa skrin.
3. Banyak Makan Makanan Tinggi Gula
Makanan manis mungkin menjadi kegemaran ramai kanak-kanak, tetapi pengambilan gula yang berlebihan boleh memberi kesan buruk kepada otak mereka. Gula berlebihan boleh mengganggu fungsi otak, menyebabkan anak mudah letih, hiperaktif, dan sukar memberi tumpuan. Lebih teruk, ia boleh meningkatkan risiko obesiti dan diabetes.
Tips: Kawal pengambilan gula anak dengan menyediakan makanan sihat seperti buah-buahan segar, yogurt, atau kekacang sebagai snek. Elakkan minuman bergula seperti soda dan jus kotak.
Ads
4. Makan Makanan Segera
Makanan segera seperti burger, nugget, atau kentang goreng mungkin mudah disediakan, tetapi ia mengandungi bahan pengawet, lemak trans, dan garam berlebihan yang boleh merosakkan otak anak. Kajian menunjukkan bahawa makanan segera boleh mengurangkan keupayaan kognitif dan mempengaruhi mood anak.
Tips: Masak makanan sendiri di rumah menggunakan bahan segar dan seimbang. Jika terpaksa makan di luar, pilihlah menu yang lebih sihat.
5. Kurang Aktiviti Fizikal
Ads
Anak-anak yang kurang aktif secara fizikal mungkin kelihatan sihat, tetapi hakikatnya otak mereka tidak mendapat rangsangan yang mencukupi. Aktiviti fizikal penting untuk meningkatkan aliran darah ke otak, yang membantu dalam pembelajaran, ingatan, dan kreativiti. Anak yang kurang bergerak juga berisiko untuk mengalami obesiti dan masalah kesihatan lain.
Tips: Galakkan anak bermain di luar sekurang-kurangnya 1 jam sehari. Aktiviti seperti berlari, berbasikal, atau bermain bola boleh membantu mengaktifkan tubuh dan otak mereka.
Tabiat harian anak-anak kita memainkan peranan besar dalam perkembangan otak mereka. Sebagai ibu bapa, adalah tanggungjawab kita untuk memastikan mereka tidur cukup, makan makanan berkhasiat, mengurangkan masa skrin, dan kekal aktif. Perubahan kecil dalam rutin harian boleh membawa impak besar kepada kesihatan otak dan masa depan mereka. Jom sama-sama jadikan anak-anak kita lebih cergas, fokus, dan gembira!
Ingatlah, otak yang sihat bermula daripada gaya hidup yang sihat.
Dalam sepuluh malam terakhir bulan Ramadan, kita sering mendengar tentang satu malam yang sangat istimewa, iaitu malam Lailatul Qadar. Namun, adakah kita benar-benar memahami mengapa malam ini begitu penting dan apa keistimewaannya?
Ustaz Ammar Mukhlis, dalam video ceramahnya yang berjudul “Ustaz! Apakah malam Lailatul Qadar?”, mengajak kita untuk mendalami lebih dalam mengenai keajaiban dan keistimewaan malam Lailatul Qadar.
Malam ini dikatakan sebagai malam seribu bulan kerana keberkatan dan pahala yang digandakan jauh melampaui malam-malam biasa.
Ustaz Ammar memulai ceramahnya dengan mengajar taranum dan nada bacaan Al-Qur’an, yang menunjukkan pentingnya surah Al-Qadr. Surah ini secara khusus menjelaskan tentang turunnya Al-Qur’an pada malam Lailatul Qadar.
Keistimewaan malam ini adalah sebagai peringatan akan turunnya wahyu pertama kepada Nabi Muhammad SAW, yang merupakan awal dari perubahan besar bagi umat manusia.
Ustaz Ammar menekankan pentingnya memanfaatkan sepuluh malam terakhir Ramadan. Beliau mengingatkan agar tidak hanya fokus pada malam Lailatul Qadar saja tetapi juga meningkatkan ibadah di malam-malam lainnya.
Aktiviti seperti membaca Al-Qur’an, berzikir dan melaksanakan solat sunat seperti tahajud, hajat, taubat, dan witir sangat digalakkan.
Di akhir ceramah, Ustaz Ammar berkongsi doa agar kita semua dapat memanfaatkan bulan Ramadan ini dengan sebaik-baiknya.
Beliau juga mengingatkan kita untuk saling bermaafan dan memperbanyakan doa dan zikir serta mengharapkan keampunan dan rahmat dari Allah SWT.
Malam Lailatul Qadar adalah malam yang penuh dengan keajaiban dan kemuliaan. Melalui video Ustaz Ammar Mukhlis, kita diajak untuk lebih mendalami dan mempersiapkan diri untuk mendapatkan keberkatan di malam yang lebih baik dari seribu bulan ini.
Tarikh 2 Oktober pastinya menjadi tarikh yang paling dinantikan Fazura dan Fattah. Semuanya bagi menyambut ulang tahun kelahiran cahaya mata mereka, Nur Fatima Aisya.
Tahun ini genap empat tahun usia Fatima dan sambutan tahun ini pastinya sedikit berbeza dek kerana kemelut rumah tangga yang dilalui kedua selebriti ini. Namun ia bukan halangan untuk membahagia si comel Fatima.
Menerusi perkongsian keduanya, hari lahir anak kesayangan itu turut disambut cukup meriah namun dalam dua acara berbeza.
Menerusi akaun Instagram baharu anak kecil ini, Fazura dilihat memilih tema siri popular kesukaan puteri sulungnya iaitu Wednesday.
“Since my birthday falls on a Wednesday and I love Wednesday Addams, everyone must be in character,” tulisnya dikapsyen.
Fatima tampil dalam persalinan serba hitam bersama Fazura dan sepupunya yang turut disertakan dengan tema kek Wednesday.
Menerusi perkongsian video, Fatima dilihat begitu pandai membawakan karektor watak utamanya Wednesday. Memang comel.
Menakala Fattah pula dilihat turut meraikan hari istimewa Fatima dengan membawanya ke indoor playground malah turut memotong kek bagi meraikan Fatima.
Terdahulu pada 13 September yang lalu, Fazura memfailkan penceraian terhadap Fattah tanpa menyatakan perincian sebab mahu bercerai.
Doa ibu senjata utama kepada kehidupan anak-anak. Jadi jangan lupa selitkan doa ini setiap hari dan setiap masa agar anak kita sentiasa dilindungi dan berjaya dalam hidupnya.
Doa bagaimana yang menjadi pilihan kita? Senarai perkongsian ini boleh anda jadikan panduan untuk mendoakan anak setiap hari. Jangan terlepas.
Ruginya kalau sebagai ibu, kalian tak gunakan kelebihan ni untuk sentiasa mendoakan anak-anak. Doa ibu itu tiada hijabnya.
Setiap hari tak kira pagi atau malam, ambil peluang berdoa untuk anak-anak kita sejak mereka lahir sampailah ke akhir hayat kita.
1. Doakan anak suka solat dan baca al-Quran.
2. Doakan anak kita halus tutur katanya dan beradab.
3. Doakan anak kita terlindung matanya dari perkara lucah dan terjaga lidahnya dari berkata perkataan yang kotor.
4. Doakan anak kita sentiasa sayang pada adik beradik dan saling melindungi ahli keluarganya.
5. Doakan anak lelaki kita menjadi pemimpin yang bertanggungjawab dan rajin membantu di rumah.
6. Doakan anak kita untuk menjadi anak yang taat, lembut hati dan mudah mendengar kata.
7. Doakan anak perempuan kita supaya boleh melindungi diri, sentiasa menjaga maruah dan pandai berdikari.
8. Doakan anak kita menjadi manusia soleh, solehah yang tenang dan tenteram jiwanya.
9. Doakan anak kita akan saling memaafkan dan saling berdamai antara adik beradik bila berlaku salah silap.
10. Doakan anak kita sentiasa mendoakan kita dalam setiap solatnya setiap hari.
Ulang dan ulang doa anda setiap hari tanpa rasa jemu. Ingat, ada orang yang berjaya luar biasa pada hari ini, bukanlah disebabkan usaha atau amalannya semata tetapi mereka berjaya disebabkan doa ibunya (dengan izin Allah).
Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat buat semua ibu di luar sana.
Dihujung-hujung Ramadan ini pasti diantara kita yang sudah tidak berselera untuk makan nasi. Ramai memilih untuk makan mi segera ketika sahur.Pun begitu menurut pakar,...