16 Mei merupakan hari yang paling istimewa untuk guru-guru yang telah banyak berjasa kepada kita.
Ingat lagi tak waktu awal-awal kita masuk sekolah dulu, guru-guru inilah yang sambut kita dengan wajah yang penuh dengan keceriaan.
Jadi untuk hari istimewa ini, jom hadiahkan mereka dengan sesuatu yang istimewa. Tak perlu yang mahal.
Cukup sebagai menghargai pengorbanan dan keikhlasan mereka dalam memdidik kita.
1. Teacher Survival Kit
Bekas tu boleh je beli di kedai ECO dan letakkan coklat atau gula-gula.
2. Pokok Hiasan Beserta Ucapan Istimewa
Pemberian pokok hiasan ini adalah simboliknya tau. Selain menghiasi meja guru, pokok hiasan mampu beri ketenangan.
Pokok ini, korang boleh cambahkan pokok dari halaman rumah sahaja.
3. Hands Down
Terdapat banyak jenis yang di jual di Kedai ECO. Untuk menampakkan lebih istimewa titip ucapan ‘manis’ khas untuk guru korang.
4. Lilin
Seperti mana lilin ini menerangi dan mengeluarkan haruman wangi, seperti itulah jasa dan pengorbanan guru pada kita semua.
Cewah.. Kalau cikgu korang baca confirm terharu,
5. Bunga Origami
Walaupun ramai meminati bunga segar, namun pemberian bunga origami ini akan jadi lebih bermakna apabila satu kelas menitip ucapan di setiap kuntum bunga.
Sumber : Pinterest
Get.Set.Glow! Bersama Guardian Malaysia, Jom Jaga Kesihatan!
Hai adik-adik! Bulan September 2024 ni, Guardian Malaysia ada kempen best yang dipanggil Get.Set.Glow! Kempen ini untuk memupuk budaya penjagaan kesihatan dan kesejahteraan sekeluarga.
Nak tahu tujuannya? Tujuan utama kempen ini adalah supaya adik-adik tahu betapa pentingnya menjaga kesihatan!
Kempen ini bukan untuk orang dewasa sahaja, kanak-kanak juga boleh menyertai pelbagai aktiviti yang menyeronokkan.
Guardian Malaysia ada menawarkan promosi di kedai dan perkhidmatan farmasi. Selain daripada itu, ada juga promosi eStore, peraduan, dan diskaun termasuk produk-produk penjagaan kesihatan khas untuk kanak-kanak!
Menarik kan? Ibu dan ayah mesti suka!
Apa yang menarik ye? Kalau adik-adik nak tahu, ada video #MYWellbeingMatters di YouTube yang menampilkan doktor-doktor hebat seperti Dr Gayethri, Dr Kenny, Dr Wong, dan Dr Arunan. Hebat barisan doktor-doktor ni!
Banyak tip-tip penting mengenai penjagaan kesihatan yang bakal dikongsikan. Kanak-kanak pasti akan teruja untuk mendengar cerita-cerita menarik tentang kesihatan dari pakar-pakar ini!
Mereka akan ajar kita cara jaga badan dan minda supaya kita kekal sihat! Banyak juga produk yang ada di Guardian Malaysia yang baik untuk kanak-kanak.
Jangan rasa event ni untuk orang dewasa je tau! Jom ke Festival! Festival dari 10 hingga 16 September 2024, akan ada Festival Kesihatan Get.Set.Glow! di 1Utama.
Ada banyak aktiviti seronok untuk adik-adik seperti aktiviti luar, Glow Walk sejauh 3-km dengan lampu-lampu cantik! Selain itu, terdapat bengkel, kelas kesihatan, senaman, dan aktiviti menarik untuk semua peringkat umur.
Ada juga Kids Corner yang penuh aktiviti menarik untuk belajar tentang kesihatan sambil bermain.
Jadi, jom sertai keseronokan ini bersama keluarga anda. Daftarlah segera untuk bengkel dan kelas menarik di laman web Heyjom. Tempat adalah terhad, jadi jangan lepaskan peluang ini untuk membawa anak-anak anda meneroka dunia kesihatan dengan penuh keceriaan di Get.Set.Glow!
Yusuf & Alisa Sembang Pasal Mommy!
Kadang-kadang bila dengar perbualan anak-anak ni boleh buat kita terhibur. Tak sangka topik yang mereka bualkan tu di luar jangkaan. Imaginasi anak-anak ni menunjukkan betapa mereka seorang yang kreatif dan mempunyai kebolehan untuk menyusun jalan cerita supaya jadi menarik.
Begitulah yang dikongsikan oleh usahawan dan selebriti cantik, Hanis Zalikha, yang telah merakam perbualan anak-anaknya ketika dia tidak bersama mereka. Ketika itu, Yusuf dan Alisa berada di dalam kereta apabila dua beradik ni bersembang tentang mommy mereka.
Ia bermula apabila Yusuf bertanya kepada adiknya, adakah Alisa sentiasa berharap mommy akan sentiasa bersama mereka. Alisa dengan tekun mendengar cerita abangnya dan kata Yusuf hanya mereka saja boleh melihat mommy ketika di sekolah.
Tambah Yusuf lagi, cikgu pun takkan nampak mommy mereka. Hanya mereka berdua yang akan nampak mommy. Kemudian Alisa pula menambah, kanak-kanak lain juga tidak boleh lihat mommy. Namun yang lucunya, Alisa kelihatan sedikit bingung apabila bersembang dengan abangnya itu.
Tonton video ini;
Yusuf kemudian menambah ketika hari akhir persekolahan, dia dapat melihat mommy mereka sedang mengikutnya naik tangga. Biarpun nampak seperti keliru tetapi kesungguhan Alisa mendengar cerita abangnya itu membuatkan ramai yang terhibur.
Cerdik sungguh anak-anak kepada pasangan Hairul Azreen dan Hanis Zalikha ni. Topik perbualan tentang mommy menunjukkan betapa mereka berdua sangat menyayanginya. Semoga Yusuf dan Alisa akan membesar menjadi anak-anak yang baik dan sentiasa membanggakan kedua orang tua mereka.
Uniknya Personaliti Anak Lahir September!
Anak-anak kita biarpun dilahirkan daripada rahim yang sama namun berbeza sifatnya. Ini juga ada kena mengena dengan tarikh bulan kelahiran mereka. Malah beberapa kajian dan tinjauan jelas memperlihatkan perbezaan ini.
Bagi mak ayah yang mempunyai anak pada bulan September, berikut merupakan personaliti dan keperibadian anak yang lahir pada bulan September menerusi hasil kajian dan tinjauan.
1.Penyayang
Anak yang dilahirkan pada bulan September umumnya bijak dan penyayang. Mereka sangat bimbang tentang nasib orang lain dan haiwan di persekitaran mereka. Tetapi sila ambil perhatian bahawa mereka juga sangat sensitif. Oleh itu, berhati-hatilah dalam tingkah laku supaya tidak menyakiti hatinya.
2.Perfectionist
Kalau lahir pada bulan September pastinya akan sentiasa melakukan segala-galanya dengan cara mereka sendiri dan mereka sentiasa mahu menjadi yang terbaik. Sebab itu mereka akan mencuba dan mencuba sehingga mendapat hasil yang diinginkan. Tingkah laku sedemikian juga menunjukkan betapa berdedikasi mereka terhadap kerja yang mereka lakukan dan digelar ‘perfectionist’.
3.Suka bersenam
Anak yang lahir bulan ini dikatakan memang suka bergerak seperti bersukan atau melakukan aktiviti yang berkaitan dengan pergerakan. Mereka suka berjalan di taman, pergi ke kawasan pergunungan, dan mengembara untuk bertemu orang baharu. Mereka beranggapan bahawa mengenali seseorang dari latar belakang yang berbeza adalah sangat menyeronokkan.
4.Jarang sakit
Perasan atau tak, anak yang dilahirkan dalam bulan ini agak kebal terhadap virus dan jarang sakit. Mereka sangat berhati-hati tentang pemakanan mereka dan mengekalkan gaya hidup sihat. Jika dia mengalami masalah penyakit tertentu, mungkin masalah yang sering dialaminya ialah masalah penghadaman dan saluran kencing.
5.Kreatif
Anak-anak juga seorang yang kreatif dan mempunyai daya imaginasi yang tinggi. Hal ini kerana individu lahir bulan September suka membaca buku dan dahagakan ilmu. Jadi, si kecil anda mampu melakukan sesuatu yang belum pernah dilakukan oleh orang lain, walaupun dianggap pelik.
6.Degil
Kerana individu lahir dalam bulan September bercita-cita tinggi, jangan terkejut jika dia juga degil ya! Sabar dan arahkan orang yang dikenali dengan baik dan arahan yang sesuai.
7.Berkeyakinan tinggi
Anak yang lahir pada bulan September mempunyai keyakinan diri yang tinggi. Selain itu, mereka cenderung menjadi teratur dan mempunyai ingatan yang baik.
8.Mempunyai semangat yang tinggi
Jika anda mempunyai anak yang lahir pada bulan September, anda harus bersiap sedia! Ini kerana mereka mempunyai semangat yang tinggi terhadap sesuatu, contohnya pengembaraan baharu dan mengetahui sesuatu yang baharu. Untuk mengekalkan semangatnya, kekal di sisinya dan ikuti apa sahaja yang dia mahu lakukan.
9. Patuh arahan mak ayah
Secara amnya, kanak-kanak yang lahir pada bulan September cenderung mematuhi kehendak ibu bapa mereka. Tetapi ibu bapa juga perlu mengarahkan mereka untuk mempunyai pendapat mereka sendiri.
10.Bercita-cita tinggi
Anak kecil anda adalah seorang yang mempunyai komitmen yang tinggi. Jadi jika anda memberinya tugas, dia akan melakukannya dengan sebaik mungkin. Mereka boleh bekerjasama dengan orang lain dalam kumpulan, tetapi mereka lebih suka bekerja sendiri. Tidak hairanlah bahawa kanak-kanak yang dilahirkan bulan ini sangat bercita-cita tinggi dan ingin mempunyai pengetahuan dan/atau pengalaman yang lebih luas daripada orang lain.
Sumber: Kumparan