Bagi kanak-kanak yang baru mencuba untuk berpuasa pastinya satu cabaran buat mereka. Apa kata kita bantu anak-anak dengan bacakan doa mudah ini. Pasti anak boleh tahan lapar sampai caktu berbuka. Jom cuba!
Menerusi perkongsian di laman TikTok itu, doa hilangkan dahaga yang boleh dibaca selepas bersahur adalah surah al-Kautsar dan diulangi sebanyak 7 kali. Dengan izinNya, anda tidak akan rasa haus sehingga waktu berbuka.
Ads
Selain itu, anda juga boleh amalkan minum air nabeez ketika bersahur dan meningkatkan pengambilan protein. Hal ini kerana ia dapat membantu hidrasikan tubuh badan.
Ads
Ads
Minuman sunnah ini bukan sahaja menyegarkan, tetapi juga kaya dengan khasiat yang baik untuk kesihatan, terutama dalam tempoh berpuasa.
Di sebuah ladang sayur yang berada di pinggiran hutan, hiduplah seekor beruang yang menjadi penjaga ladang tersebut. Ladang itu milik seorang petani yang sangat menyayangi beruang itu.
Namun, ketenangan ladang sayur itu mula terganggu ketika seekor anak arnab yang sangat nakal dan terkenal dengan kenakalannya mulai mengunjungi ladang tersebut.
Pada suatu hari, anak arnab berjalan-jalan dan menemukan ladang sayur tersebut, dengan rasa gembira, ia menganggap ladang itu seperti dunianya sendiri.
Saat itu, beruang penjaga ladang sedang tidur, memberikan kesempatan kepada anak arnab untuk menikmati beberapa sayuran yang ada di ladang seperti kubis yang segar dan daun lobak yang membuat mulutnya berair.
Anak arnab itu makan dengan gelojoh dan ketika sudah kenyang, ia pun berlari keluar dari ladang tersebut. Ketika beruang terbangun, ia mendapati bahawa banyak sayur-sayuran di ladangnya telah hilang.
Kejadian ini berulang beberapa hari, membuatkan beruang tersebut semakin risau. Dalam usahanya untuk membongkarkan misteri hilangnya sayuran, beruang itu memutuskan untuk berpura-pura tidur sambil memperhatikan ladang.
Strategi ini berhasil. Pada petang itu, beruang melihat anak arnab datang kembali dan mula memakan sayur-sayuran di ladang. Saat anak arnab menyadari kehadiran beruang, ia mulai menangis dan memohon agar dilepaskan.
Kejadian tersebut mengajarkan kepada anak arnab tentang pentingnya meminta izin dan tidak mengambil barang milik orang lain tanpa izin. Sejak peristiwa itu, anak arnab tidak lagi mengganggu ladang tersebut.
Bintang Kecil dah ada di SeeNI!
Download aplikasi
sekarang!
Cerita seram sungai ini bermula di sebuah kampung kecil, di mana ada seorang budak bernama Amir. Rumah Amir betul betul dekat dengan sungai. Kalau buka tingkap dapur, boleh nampak air sungai yang mengalir perlahan. Waktu siang, sungai itu nampak cantik. Tapi bila malam… suasananya lain.
Mak selalu pesan, “Jangan pergi sungai lepas Maghrib, Amir. Air tu nampak tenang saja, tapi ada ‘penghuninya’.”
Amir selalu gelak saja. “Penghuni apa pula? Ikan keli pun tidur waktu malam!”
Tapi satu malam, Amir mula percaya…
Malam itu angin kuat. Daun bergesel, pokok kelapa bergoyang. Amir sedang ambil air minum di dapur bila dia dengar sesuatu.
“Plup… plup…”
Bunyinya macam ada seseorang main percik percik air. Amir menjenguk keluar tingkap. Air sungai gelap. Tak nampak apa apa pun. Tiba tiba, bunyi itu datang lagi.
“Pluuup… pluuup… tik… tik…。”
Kali ini jelas macam tapak tangan sedang menepuk permukaan air. Amir tunduk sedikit untuk tengok. Saat itu juga, ada sesuatu putih bergerak perlahan di bawah permukaan sungai.
Amir pegang tingkap kuat kuat. Jantung laju. Benda putih itu keluar sedikit ke atas. Bukan ikan. Bukan sampah. Ia seperti… tangan.
Tangan yang pucat. Jari jarinya panjang dan bergerak perlahan, seolah olah melambai Amir. Amir cepat tutup tingkap. Dia berlari masuk ke bilik sambil tarik selimut sampai ke hidung.
“Tak mungkin! Aku mesti salah tengok.” Tapi malam itu, dia langsung tak boleh tidur.
Keesokan paginya, pakcik jiran sebelah datang ke rumah sambil bawa bakul ikan.
“Amir,” katanya, “kamu ada dengar apa apa tak malam tadi? Sungai tu memang pelik kalau angin kuat. Kadang kadang nampak macam ada tangan timbul.”
Amir terus senyap. Dia rasa bulu roma naik. Pakcik itu sambung, “Dulu dulu, ada seorang budak terjatuh dalam sungai belakang rumah ni. Dia suka mandi waktu senja. Orang kampung kata… roh dia masih cari jalan naik.” Amir telan air liur.
Malam itu, Amir pastikan tingkap dapur tertutup rapat. Tapi sebelum tidur, dia dengar suara halus dari arah sungai.
“Naik…kan… aku…”
“Sejuk… di… bawah…”
Amir tutup telinga dan tarik selimut. Mak masuk bilik, “Kenapa takut sangat, Amir?” Dengan suara perlahan, Amir jawab, “Mak… boleh tak kita pindah rumah?” Mak ketawa kecil. “Tak payahlah pindah. Sungai tu cuma bunyi angin.”
Tiba tiba…“Pluuup… pluuup…” Bunyi itu datang lagi. Dekat. Sangat dekat. Mak dan Amir sama sama terdiam. Lampu bilik berkelip sekali. Kemudian sunyi.
Sejak malam itu, Amir tak pernah buka tingkap dapur selepas maghrib. Dia tak berani pandang langsung ke arah sungai.
Kadang kadang, bila angin bertiup kuat, kedengaran bunyi lembut dari air:
“Plup… plup…”
“Tolong…”
Tapi Amir buat tak tahu. Dia tahu apa yang ada di sungai itu bukan sekadar air sebab mungkin ada sesuatu sedang memerhati dari bawah permukaan air.
Sejak kejadian itu, cerita seram sungai di kampung Amir semakin tersebar. Orang kampung sendiri kata bunyi pelik dari air bukan perkara baru. Ada yang pernah nampak bayang putih melintas waktu senja. Ada yang dengar suara sayup meminta tolong. Amir cuba lupakan semuanya, tapi setiap kali angin malam membawa bau sungai ke tingkap biliknya, bulu romanya tetap berdiri. Hingga hari ini, dia percaya ada sesuatu di dasar sungai itu yang belum benar-benar pergi.
Bintang Kecil dah ada di SeeNI!
Download aplikasi
sekarang!
Tahniah diucapkan buat si cilik kesayangan ramai, Tiara Ziniriah,anak kepada penyanyi dan pelawak Achey yang mendapat keputusan peperiksaan penilaian akhir tahun yang cemerlang di sekolahnya.
Biarpun dikhabarkan mempunyai masalah pembelajaran namun ia bukan halangan buat Tiara untuk mendapat keputusan yang memberangsangkan.
Menerusi perkongsian ibunya, Anne, Tiara memperolehi 6A bagi subjek Bahasa Arab, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains, Jawi, dan Pendidikan Islam.
“Tahniah kakak. Hari ini dapat tiga anugerah akhir tahun 2024.
“Mama bangga dengan kakak. Tahun ini usaha lagi okay,” tulisnya menerusi Insta Story.
Berkongsi kisah kejayaan Tiara itu, Achey juga amat berterima kasih kepada guru-guru yang selama ini banyak membimbing Tiara di sekolah.
“Alhamdulillah saya sangat berterima kasih kepada pihak sekolah dan kredit sepenuhnya kepada guru-guru yang mengajar tiara.
“Untuk peperiksaan akhir tahun dia mendapat markah yang sangat cemerlang dan menunjukkan perubahan ketara berbanding sebelum ini,” kongsi Achey lagi.
Biarpun sedikit terkandas menerusi subjek Bahasa Melayu dengan keputusan D namun kata Achey dia bersyukur dan akan memperbaiki kelemahan itu.
“Awalnya macam nak mengamuk juga sebab pelik jauh betul markah Bahasa Melayu berbanding subjek lain.
“Tapi saya tetap syukur sebab Tiara memang agak perlahan dalam pembelajaran dan alhamdulillah dia menunjukkan perubahan ketara.
“Harap-harap Tiara dapat teruskan prestasi cemerlang ini apabila masuk ke darjah satu nanti,” kongsinya lagi.
Bintang Kecil dah ada di SeeNI!
Download aplikasi
sekarang!