Seksa rasanya bila melihatkan bayi comel kita sukar bernafas kerana selesema yang berpanjangan. Jangan biarkan sahaja, bantu anak kita untuk lebih selesa. Apa caranya?
Menurut perkongsian Dr Redza Zainol, bantu bayi untuk menjadi lebih selesa dengan penggunaan tiga alatan ini. Wajib ada!
Bayi ialah nasal breather. Maksudnya bayi cuma tahu bernafas melalui hidung sahaja. Bila bayi semakin besar barulah dia belajar untuk bernafas melalui mulut juga.
Sebab itu bila bayi kecil kena jangkitan selesema dan batuk, mereka merengek teruk.
Bayangkan satu-satunya laluan pernafasan mereka dan tersumbat. Jadi mereka merengek dan menangis sebab tak dapat bernafas dengan baik.
Untuk bayi pramatang, hidung yang tersumbat tu boleh buatkan mereka jadi biru dan berhenti bernafas.
Tiga cara ni dapat legakan bayi yang hidungnya tersumbat:
1. Guna Normal Saline Nasal Drop
Boleh beri 1 titis nasal drop setiap 3-6 jam pada setiap satu lubang hidung bayi.
2. Guna nasal spray seperti Sterimar
Selepas spray diberi, hingus akan meleleh keluar. Lap hingus yang dah keluar dan baiki yang masih ada boleh disedut keluar menggunakan baby nasal aspirator.
3. Pakai baby nasal aspirator.
Nasal aspirator ada dalam pelbagai bentuk. Saya cadangkan beli dan simpan satu di rumah. Bila hidung dah tak tersumbat, barulah bayi rasa lega. Tidur pun nyenyak.
Anak perempuan sememangnya cukup istimewa. Dikurniakan dengan pelbagai emosi dan pelbagai, kelembutan dan kasih sayang dari dalam, maka jiwa halus dan lembut perlu dibajai dengan kasih sayang.
Namun dalam menerapkan kasih sayang yang tepat, terapkanlah ilmu asas dalam diri agar anak perempuan tahu akan batas-batas yang perlu dijaga sebaiknya.
Menurut perkongsian Dr Taufiq Razif, didiklah anak perempuan kita dengan ilmu-ilmu ini sebelum mereka menginjang usia remaja. Ini penting!
Anak perempuanmu harus menjadi wanita yang ‘Iffah. Didiklah 8 perkara ini sebelum anak perempuan masuk umur remaja
1. Didiklah dia rasa malu dengan lawan jantina.
2. Ajari dia cara untuk berkata TIDAK / NO pada perkara yang boleh menjatuhkan maruahnya.
3. Didiklah dia untuk bersikap agak tegas pada orang luar tetapi berlemah lembut dengan keluarganya.
4. Bagitahu dia bahawa rasa malu itu benteng pertahanan terkuat seorang wanita
5. Ajari dia untuk ada pendirian agama yang kukuh dan kuat walau apa pun terjadi di sekelilingnya
6. Didiklah dia untuk hanya bergantung pada Penciptanya
7. Didiklah dia untuk mengawal emosinya di saat dia sangat marah dan berduka
8. Beritahulah dia bahawa dialah wanita paling cantik di pandangan orang tuanya
Ya Allah. Lindungi anak anak perempuan kami daripada segala ujian dan fitnah dunia. Dan jadikanlah anak anak perempuan kami anak yang ‘Iffah yang jauh daripada kerosakan dan godaan dunia dan jadikan anak anak perempuan kami wanita solehah semuanya.
Kafe yang luas dan terang yang terletak di Bangsar Village II ini terkenal dengan banyak orang kerana menunya yang merangkumi daripada pelbagai kegemaran sarapan awal pagi hingga hidangan utama barat dan tempatan. Bahagian dalam kafe yang cantik juga amat menarik perhatian dengan usahanya untuk menjadikan tempatnya sebagai mesra kanak-kanak dan keluarga. Kafe ini mempunyai kawasan permainan kanak-kanak yang dipenuhi dengan mainan yang sesuai untuk menghiburkan kanak-kanak. Marmalade juga mempunyai menu kanak-kanak yang pasti akan memikat selera mereka yang cerewet dengan hidangan seperti spageti bolognese dan nasi ayam teriyaki.
Waktu operasi : Dibuka setiap hari : 10AM – 7PM
Alamat : Tingkat 1, Kampung Bangsar II, Kuala Lumpur
Hubungi : +6017-240 3440
GREEN TOMATO CAFE
Terletak di sebuah banglo yang diubah suai menjadi restoran. Green Tomato Cafe ini, yang juga menempatkan premis bengkel batik, menyajikan kopi, sarapan pagi sepanjang hari dan makanan ringan, sesuai untuk keluar pada waktu tengah hari. Ia mempunyai kawasan permainan luar di taman, sementara juga mempunyai bilik permainan kanak-kanak di tingkat atas jadi terdapat banyak perkara untuk menghiburkan kanak-kanak. Kafe ini menjalankan bengkel batik dan lukisan untuk kanak-kanak. Untuk info lebih lanjut boleh ikuti perkembangan mereka di media sosial untuk mendapatkan info-info terkini. Mereka juga mempunyai tema majlis hari jadi batik dan tie-dye.
Waktu operasi : Dibuka setiap hari : 9AM-3PM
Alamat : 34, Jalan Mengkuang, Desa Pahlawan, 55000 Kuala Lumpur
Hubungi : +6012-257 9775
BLOKKE
Kafe ini mengambil inspirasi dari lego dimana kita dapat melihat pelbagai warna daripada dekorasinya. Blokke Kafe ini terletak di Citta Mall. Dibuka pada pukul 10 pagi-10 malam pada hujung minggu, dan pukul 9 pagi -9 malam pada hari biasa.
Kafe dan tempat permainan yang diinspirasikan oleh LEGO yang juga mempunyai pelbagai kelas, termasuk program terapi berasaskan LEGO untuk kanak-kanak autisme. Mereka menyediakan pelbagai hidangan Asia dan Barat, beberapa gabungan (seperti Burger Masak Lemak) dan pilihan makanan mesra kanak-kanak yang baik, sesuai untuk kanak-kanak yang cerewet. Suasananya sudah tentu, ia sangat terang, berwarna-warni dan comel. Ruang yang sangat mengalu-alukan seperti jemputan besar-besaran “datang dan bermain” kepada kanak-kanak.
Waktu operasi : Dibuka setiap hari : 9AM – 9PM pada hari biasa dan 10AM – 10PM pada hujung minggu
Alamat : F41-45, First Floor Citta Mall, Jalan PJU 1a/48, Ara Damansara, 47301 Petaling Jaya, Selangor
Hubungi : 03-78310877
BUCKET B CAFE
Kafe ini dimiliki oleh seorang ibu yang ternyata mahu memberikan kepuasan yang sama buat para ibu bapa untuk melihat anak-anak bergembira. Bukan itu sahaja, terdapat juga satu kawasan yang bernama ‘Craft Area’ dimana anak-anak boleh menunjukkan kreativiti mereka. Lebih daripada sekadar kafe yang menyajikan makanan enak, ia juga dilengkapi dengan kawasan permainan yang serba lengkap untuk memastikan anak-anak anda sibuk. Jika itu tidak mencukupi, mereka juga menawarkan pakej parti, iaitu Parti Hari Lahir Kanak-kanak dan Splendid 100 Days.
Waktu operasi : Dibuka setiap hari : 10AM – 10PM
Alamat : L2.11-L2.13, Level 2, IPC Shopping Centre, NO 2, Jalan PJU 7/1, Mutiara Damansara 46200, Petaling Jaya Selangor, Malaysia
Hubungi : 012-6381810
THE READ BEANBAG
Di hati penggemar kopi dan sarapan lewat pagi sejak 2011, Red Beanbag (RBB) telah meninggalkan tempat asalnya di Publika dan kini menggembirakan pelanggan di kawasan barunya di Mutiara Damansara. Tempat baharu ini lebih luas dan bercahaya terang, kedai dua tingkat dan mempunyai reka bentuk kontemporari. Walaupun terdapat perubahan dalam pemandangan, kemesraan dan keselesaan biasa tetapi RBB masih terkenal dan wujud. Lebih-lebih lagi, mereka telah menambah baik sedikit tambahan untuk membawa lebih banyak kegembiraan kepada ibu bapa iaitu kawasan permainan yang menawan. Sambil anda menikmati Eggs Benedict yang terkenal, lempeng gebu dan burger yang lazat, anak-anak anda boleh menerokai sudut permainan dengan gembira, lengkap dengan rumah pokok dan gelongsor.
Waktu operasi : Dibuka setiap hari : 8.30AM – 5PM
Alamat : G-2, Menara Mudajaya, 12A, Jln PJU 7/3, Mutiara Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor
Hubungi : 03-7731 8834
Makanan berproses mungkin cepat dan menjimatkan masa tetapi buat jangka masa panjang ia memudaratkan anak kecil kita. Sebab apa?
Menurut perkongsian Dr Mazliana Mazlan, makanan tinggi proses seperti sosej, meatball, nuget dan sebagainya mempunyai kandungan yang tidak sihat. Jadi kurangkanlah.
Sebulan satu kali makan, mungkin takde nampak apa-apa kesan. Tapi kalau tiga empat hari dalam seminggu anak dijamu dengan hidangan macam ni, banyak masalah kesihatan akan timbul di kemudian hari.
Dalam daging tinggi proses, ada lebih kandungan nitrite dan nitrate yang digunakan sebagai pengawet.
Nitrite dan nitrate berlebihan ini, akan hasilkan N-Nitroso, yang mana akan rosakkan sel di lapisan usus, dan boleh tingkatkan risiko kanser usus.
Pengawet macam ni diguna atas 3 sebab;
1. Makin tinggi proses satu makanan, makin hilang zat warna rupa bentuk asal. Maka pengawet digunakan untuk kekalkan warna pada makanan tu.
2. Bantutkan oksidasi lemak yang akan buat makanan rasa tengik, maka rasa yang sedap masih dapat dikekalkan. Pengawet macam ni lah diguna untuk kekalkan rasa pada makanan.
3. Elakkan pertumbuhan bakteria dan sebagai penambah rasa. Nampak remeh je kan, alah pengawet je pun.
Tapi, tanpa kita sedar anak makan 4 kali seminggu, pelbagai jenis daging tinggi proses, tak boleh bayang apa akan jadi kat anak 10 tahun akan datang.
Isnin spagheti meatball.
Selasa bihun goreng.
Rabu sandwich chicken slice.
Khamis nasi goreng.
Jumaat pizza topping sosej.
Sabtu mee sup.
Ahad steamboat banyak bebola tinggi proses.
Kita tak perasan banyak hari sebenarnya anak dah makan daging tinggi proses. Anak suka, sebab sedap. Kita pun suka, sebab mudah, siap sedia tinggal nak goreng dan makan terus je.
Tapi yang mudah itu, tak semuanya baik untuk anak kita kan. Boleh ya, sama-sama kita cuba sediakan pilihan makanan yang lebih baik untuk anak-anak kesayangan kita.
Di sebuah kampung nelayan yang damai, tinggal seorang pemuda bernama Amir. Setiap hari, Amir akan keluar ke laut untuk menangkap ikan. Namun, nasib Amir...