Permainan “Online Games” mesti diragui oleh ibu bapa kerana mempunyai anggapan buruk lebih-lebih lagi kepada kanak-kanak.
Siapa sangka “Online Games” boleh memberi beberapa manfaat kepada kanak-kanak jika dimainkan dengan cara yang seimbang dan terkawal.
Walaupun terdapat kebimbangan mengenai kesan negatif seperti ketagihan dan pendedahan kepada kandungan yang tidak sesuai, terdapat juga beberapa manfaat positif, antaranya:
1. Meningkatkan Kemahiran Berfikir Kritikal dan Penyelesaian Masalah
Banyak permainan dalam talian memerlukan pemain untuk berfikir secara kritikal dan menyelesaikan teka-teki atau cabaran.
Permainan strategi dan permainan yang melibatkan perancangan seperti Minecraft atau Roblox boleh membantu kanak-kanak mengembangkan kemahiran membuat keputusan dan menyusun strategi.
2. Meningkatkan Koordinasi Mata dan Tangan
Permainan yang melibatkan pergerakan pantas atau pengawalan tepat, seperti tembak-menembak atau permainan puzzle, membantu melatih koordinasi mata dan tangan.
Ini boleh memperbaiki kecekapan fizikal mereka dalam pelbagai aktiviti harian.
Ads
3. Membangunkan Kemahiran Sosial
Banyak permainan dalam talian bersifat multi-pemain (multiplayer) di mana kanak-kanak berpeluang bekerjasama dengan pemain lain atau berkomunikasi dalam pasukan.
Ini dapat membantu mereka mempelajari kemahiran bekerjasama, berkomunikasi secara berkesan, dan bertoleransi dengan orang lain, walaupun berada di dunia maya.
4. Memupuk Kreativiti
Permainan seperti The Sims, Minecraft, atau Roblox membolehkan kanak-kanak membina dunia maya mereka sendiri, mereka bentuk bangunan, dan mencipta cerita.
Ini boleh meningkatkan kreativiti dan imaginasi mereka sambil belajar cara menguruskan sumber dan merancang dengan lebih baik.
Ads
5. Pembelajaran Interaktif
Terdapat banyak permainan pendidikan yang direka untuk mengajar konsep seperti matematik, sains, bahasa, dan sejarah dalam bentuk permainan yang menyeronokkan.
Contohnya, permainan seperti Prodigy (matematik) atau Kahoot! (soalan kuiz) menjadikan pembelajaran lebih menyeronokkan dan interaktif.
6. Mengurangkan Tekanan
Bermain permainan dalam talian yang menyeronokkan dapat menjadi cara bagi kanak-kanak melepaskan tekanan dan berseronok setelah seharian belajar.
Permainan yang melibatkan cabaran ringan atau kreatif seperti permainan teka-teki dapat memberi rasa pencapaian yang boleh mengurangkan tekanan dan kebimbangan.
Ads
Walaubagaimanapun, terdapat beberapa cabaran yang perlu diperhatikan oleh ibu bapa terhadap anak-anak agar permainan alam maya ini tidak perkara buruk kepada anak-anak.
Cabaran yang Perlu Diperhatikan: 1. Ketagihan: Penggunaan yang berlebihan boleh menyebabkan ketagihan, dan kanak-kanak mungkin mengabaikan tanggungjawab harian atau aktiviti fizikal.
2. Pendedahan kepada Kandungan yang Tidak Sesuai: Beberapa permainan dalam talian mungkin mengandungi kandungan yang tidak sesuai untuk usia kanak-kanak, jadi pengawasan ibu bapa sangat penting.
3. Kesihatan Fizikal: Terlalu lama bermain permainan dalam talian tanpa rehat boleh membawa kepada masalah kesihatan seperti sakit mata atau kekurangan aktiviti fizikal.
Permainan dalam talian boleh membantu kanak-kanak dalam beberapa aspek perkembangan mereka jika digunakan dengan cara yang betul.
Penting untuk memastikan bahawa permainan yang dipilih sesuai dengan umur, diiringi dengan pengawasan ibu bapa, dan tidak menggantikan aktiviti fizikal atau sosial yang penting untuk perkembangan mereka.
Masuk sahaja sekolah, mulalah pensil dan pemadam asyik hilang. Pensil warna pula asyik bertukar beberapa kali dalam masa setahun. Apa sebabnya anak-anak kita terutama di sekolah rendah mengalami masalah ini?
Menurut perkongsian Penulis Keibubapaan, Mohd Fhais Salim, mendidik anak erti berkongsi lebih awal menjadi punca masalah ini. Jom perbetulkan.
Perasan tak anak-anak sekarang pergi sekolah ada saja benda yang hilang. Kadang pensil hilang, pemadam hilang, buku hilang sampaikan mana perginya pun tak tahu.
Jom saya kongsikan dengan mak ayah semua. Salah satu puncanya adalah kita ini terlampau awal sangat ajar anak untuk berkongsi.
Ni ki ajar anak share barang-barang. Sepatutnya di waktu anak usianya di bawah tujuh tahun ke bawah, kita ajar dulu anak tentang PEMILIKAN.
Misalnya barang diri sendiri, barang orang lain, barang yang bukan kepunyaan kita kalau nak guna macam mana dan sebagainya. Itu yang perlu kita ajarkan pada anak.
Apabila kita terlampau awal ajar anak untuk sentiasa berkongsi itu yang bila masuk sekolah rendah tu apa saja kawan minta dia bagi, lepas tu tak minta balik.
Semua ini sebab anak tidak tahu konsep pemilikan dan hak milik. Itulah puncanya.
Disebabkan itulah ramai anak-anak sekarang ini asyik barang hilang. Pensil tak pernah cukup, pensil warna asyik berganti setahun. Jadi macam mana?
Ajarlah anak kita tentang hak milik. Kalau barang kita orang nak pakai dia kena minta izin dan apabila sudah selesai dia kena pulangkan semula. Ini yang kita perlu ajarkan pada anak.
Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini mengeluarkan arahan kepada semua premis yang menjalankan aktiviti penjualan produk ais krim yang dicampur ubat batuk tradisional Pei Pa Koa (Cap Ibu dan Anak) agar menghentikan serta-merta penjualan produk itu bagi keselamatan pengguna.
KKM dalam kenyataan memaklumkan, arahan itu susulan semakan KKM melalui Program Keselamatan dan Kualiti Makanan (PKKM) terhadap aktiviti penjualan produk berkenaan di premis ditularkan yang mendapati ais krim berkenaan disediakan bersama picagari berisi ubat batuk Pei Pa Koa.
Kementerian itu menyebut Seksyen 13B (2) Akta Makanan 1983 tidak membenarkan penyediaan atau penjualan apa-apa makanan yang diadukkan dan sekiranya disabitkan kesalahan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM20,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.
“Pihak industri makanan diingatkan supaya bertanggungjawab untuk memastikan semua produk makanan yang dijual mematuhi Akta Makanan 1983 dan peraturan-peraturan di bawahnya walaupun bagi tujuan untuk pemasaran dan melariskan jualan,” menurut kenyataan itu.
Arahan sama turut diberikan kepada semua media pengiklanan termasuk platform e-dagang dan media sosial agar menghentikan penyiaran iklan makanan berkenaan.
Kementerian itu turut menasihatkan orang ramai supaya lebih peka dengan isu keselamatan makanan dan sentiasa berhati-hati semasa membeli produk makanan yang mungkin diaduk dengan bahan tidak sesuai atau tidak selamat untuk dimakan.
Ubat batuk Pei Pa Koa adalah produk berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah, KKM di bawah kategori Tradisional yang digunakan untuk melegakan sakit tekak serta batuk dengan kontraindikasi bagi wanita hamil seperti yang dinyatakan pada label. – BERNAMA
Anak susah hendak tidur adakalanya memeningkan kepala ibu kerana banyak kerja dan urusan di rumah tidak dapat dilakukan.
Perkongsian seorang ibu yang membacakan petikan Surah Al-Qadr dengan yakin dan niat untuk anak tidur ini mak ayah patut cuba. Usaha yang membuahkan hasil.
“Alhamdulilah, perkongsian yang hebat. First time buat, menjadi.
“Sebelum ni my baby ni susah tidur, nak buai je tak kira siang or malam. Pagi ni cuba bacakan surah AL-QADR. Tiup di umbun-ubun anak, niat suruh dia tidur.
“Tak sampai berapa minit, dia tidur sendiri tanpa buai. Ya Allah terima kasih sahabat fb yang berkongsi petua ni,” katanya berkongsi.
Bahkan ibu ini turut mengesyorkan amalan dan bacaan Surah Al-Qadr ini kepada semua ibu setiap kali menidurkan anak mereka.
“Kalau ada ibu-ibu yang ada masalah anak susah tidur boleh la try bacakan surah Al- Qadr ni pada anak,” katanya lagi.
Pelakon dan penyanyi, Nabila Razali mengakui naluri keibuannya semakin menebal malah tidak boleh berpisah lama dengan anak kesayangannya terutama apabila keluar bekerja.Bahkan kata Nabila...