Seksa rasanya bila melihatkan bayi comel kita sukar bernafas kerana selesema yang berpanjangan. Jangan biarkan sahaja, bantu anak kita untuk lebih selesa. Apa caranya?
Menurut perkongsian Dr Redza Zainol, bantu bayi untuk menjadi lebih selesa dengan penggunaan tiga alatan ini. Wajib ada!
Bayi ialah nasal breather. Maksudnya bayi cuma tahu bernafas melalui hidung sahaja. Bila bayi semakin besar barulah dia belajar untuk bernafas melalui mulut juga.
Sebab itu bila bayi kecil kena jangkitan selesema dan batuk, mereka merengek teruk.
Ads
Bayangkan satu-satunya laluan pernafasan mereka dan tersumbat. Jadi mereka merengek dan menangis sebab tak dapat bernafas dengan baik.
Untuk bayi pramatang, hidung yang tersumbat tu boleh buatkan mereka jadi biru dan berhenti bernafas.
Ads
Tiga cara ni dapat legakan bayi yang hidungnya tersumbat:
1. Guna Normal Saline Nasal Drop
Boleh beri 1 titis nasal drop setiap 3-6 jam pada setiap satu lubang hidung bayi.
2. Guna nasal spray seperti Sterimar
Selepas spray diberi, hingus akan meleleh keluar. Lap hingus yang dah keluar dan baiki yang masih ada boleh disedut keluar menggunakan baby nasal aspirator.
3. Pakai baby nasal aspirator.
Nasal aspirator ada dalam pelbagai bentuk. Saya cadangkan beli dan simpan satu di rumah. Bila hidung dah tak tersumbat, barulah bayi rasa lega. Tidur pun nyenyak.
Bintang Kecil dah ada di SeeNI!
Download aplikasi
sekarang!
Kalau dulu, orang suka nak tengok gelagat pasangan ini yang dilihat begitu romantis dan comel. Namun, sejak mereka dikurniakan cahaya mata nampaknya anak mereka pula yang ramai peminat. Setiap video gelagat anak pasangan Syamel dan Ernie Zakri selalu mengusik hati dan buat banyak orang terhibur.
Maklumlah, Nur Khawla Soleha atau mesra disapa sebagai Lala ni sangat comel dan ada saja perangai dia yang lucu buat ramai yang tertunggu-tunggu update tentangnya. Sama seperti orang lain yang meminati lagi Ernie iaitu Masing-Masing, begitu jugalah dengan Lala.
Ini dapat dibuktikan dengan sebuah video Lala menyanyikan lagu tersebut. Pada usianya sekitar dua tahun, dia dapat menyanyikan lagu ibunya dengan lancar dan sebutan yang jelas. Lebih mengagumkan kerana melodi lagu pun tak ‘lari’ dan sama seperti yang dinyanyikan Ernie.
Kecil-kecil dah nampak bakat Lala ni, maklumlah daddy dan ibu kan penyanyi. Mestilah bakat tu akan ‘turun’ ke anak mereka kan. Satu lagi perkara yang boleh dibanggakan kerana Lala menyanyikan lagu tersebut di atas pentas ketika satu majlis yang dihadiri mereka sekeluarga.
Tonton video ini;
Dengan kecerdikan Lala tu, ramai yang meninggalkan komen positif memuji Lala. Bukan saja geram dengan kecomelannya, tapi ramai yang turut mengatakan bakat Lala dah mula kelihatan dan ada yang mencadangkan Lala untuk menyertai Anugerah Juara Lgu (AJL) dan ibunya boleh jadi penonton.
Turut ada yang berseloroh suatu hari nanti Lala akan menyanyi ditemani Aafiyah yang bermain piano dan Afwa menari serta diiringi Tokti, Syamel dan Ernie sebagai penyanyi latar. Macam-macam!
Sama-sama kita doakan Lala membesar dengan sihat dan terus ceria sampai bila-bila. tak sabar nak tunggu tiga beranak ni menyanyi dalam satu lagi, mesti meletup!
Bintang Kecil dah ada di SeeNI!
Download aplikasi
sekarang!
Korang anak nombor berapa? Anak nombor empat selalu dianggap biasa, tapi sebenarnya penuh dengan keunikan yang ramai tak perasan. Dalam ramai-ramai adik beradik, mereka membawa warna dan karakter tersendiri yang buat keluarga lebih ceria dan seimbang. Kalau nak tahu anak nombor empat bukan saja ada keperibadian tersendiri, malah memiliki banyak ‘superpower’ yang buat mereka unik.
Anak nombor empat selalunya cepat belajar. Bukan sebab tak ada orang nak tolong, tapi sebab mereka suka cuba benda baru dan explore dunia dengan cara mereka sendiri. Mereka jenis yang boleh fikir, “Takpe, aku boleh buat!”
Walaupun kecil, anak nombor empat biasanya lebih matang daripada yang orang sangka. Mereka pandai jaga hati sendiri dan orang sekeliling. Bila marah, kecewa atau sedih pun, mereka mudah tenang balik. Sebab itu mereka jarang buat drama lama-lama.
Nak minta apa-apa? Anak nombor empat pandai runding! Kadang sampai mak ayah pun tergelak sebab cara dia ‘negotiate’ tu kreatif sangat. Pandai cakap, pandai berbincang dan tahu apa yang dia nak.
Ini antara kelebihan paling comel. Kalau ibu ayah sibuk, anak nombor empat akan cari aktiviti fun sendiri. Dia boleh melukis, membaca, menonton TV, atau cipta permainan imaginasi tanpa minta perhatian setiap masa. Hatinya ringan dan mudah gembira.
Sebab ramai adik beradik di atas dan bawahnya, mereka belajar cara sesuaikan diri dengan macam-macam perangai manusia. Dekat sekolah, dialah yang paling senang dapat kawan.
Kalau ada benda tak kena atau janji tak ditunaikan, memang muncung boleh sejengkal. Tapi hati dia lembut, cepat cair bila dipujuk. Rajuknya bukan sebab manja, tapi sebab dia sangat menghargai ketepatan dan perhatian.
Kalau cerita dekat dia, memang akan kekal dalam ‘peti keselamatan’. Anak nombor empat ni jenis tak suka buka mulut sembarangan. Mak ayah nak tahu sesuatu? Kenalah tanya elok-elok dan korek pelan-pelan.
Kalau dia dah sayang seseorang, dia akan jaga sungguh-sungguh. Dia setia pada keluarga, sahabat dan barang kesayangan. Jenis yang tak tinggalkan orang bila susah.
Walaupun mulut kadang laser sikit atau nampak selamba, sebenarnya mereka sangat penyayang. Mereka suka bantu sesiapa yang mereka sayang tanpa mengira masa. Hati dia bersih dan mudah tersentuh.
Anak nombor empat jarang minta apa-apa. Kalau nak sesuatu, mereka akan cuba usaha dulu. Sebab itu mereka nampak matang, berdikari dan bijak urus keinginan sendiri.
Nampak biasa tapi sebenarnya luar biasa. Mereka ada gabungan sifat berdikari, penyayang, bijak bergaul dan penuh keunikan yang buat keluarga rasa lengkap. Kalau rumah ada anak nombor empat, memang tak pernah sunyi. Ada saja idea, gelak tawa dan hati lembut yang menceriakan semua orang. Anak nombor empat memang ‘hidden gem’ yang membawa keseimbangan, warna dan kasih sayang dalam keluarga.
Bintang Kecil dah ada di SeeNI!
Download aplikasi
sekarang!
Anak perempuan kepada selebriti terkenal, Rozita Che Wan atau lebih mesra disapa Che Ta, iaitu Aaisyah Dhia Rana kini semakin mencuri perhatian ramai. Kalau dulu Aaisyah sering dilihat sebagai kanak-kanak ceria dengan wajah polos, kini jelas terpancar perubahan apabila dia semakin meningkat usia remaja dan tampil lebih matang, anggun serta jelita.
Perubahan ini bukan sekadar melibatkan fizikal, malah turut terserlah daripada cara dia membawa diri, ekspresi wajah serta keyakinan yang semakin menyerlah. Ramai yang menyedari fasa peralihan ini sebagai satu proses semula jadi seorang remaja yang sedang membesar dengan penuh keanggunan.
Menerusi perkongsian terbaharu di media sosial, Aaisyah dilihat menikmati pengalaman makan malam unik di Dinner In The Sky, Kuala Lumpur. Restoran yang terkenal dengan konsep menjamu selera di udara itu menjadi latar sempurna untuk menyerlahkan penampilan Aaisyah yang tampil ringkas tetapi cukup memukau.
Dengan suasana eksklusif dan pemandangan bandar yang menakjubkan, kehadiran Aaisyah dilihat begitu bersahaja namun elegan. Pemilihan pakaian yang sopan serta gaya minimalis menyerlahkan personalitinya sebagai remaja yang tahu menyesuaikan diri mengikut situasi.
Apa yang menarik perhatian ramai ialah gaya solekan Aaisyah yang tampak kemas dan natural. Ramai warganet memuji kebijaksanaannya memilih solekan yang sesuai, selain memuji sentuhan gaya yang seiring dengan identiti remaja masa kini. Pendekatan ini dilihat matang dan mencerminkan kesedaran tentang imej diri.
“Sapa yg gayat sangat tu ? @aaisyahdhiarana111 relax ja siap top up top up lipstick lagi,” tulis Che Ta menerusi kapsyennya.
Selain penampilan, keyakinan Aaisyah juga menjadi bualan. Dalam setiap gambar yang dikongsikan, dia dilihat tersenyum tenang dan menikmati momen tersebut tanpa kelihatan kekok. Sikap ini menunjukkan kematangan yang semakin terserlah, walaupun masih di usia muda.
Keyakinan ini bukan sesuatu yang mudah dicapai, lebih-lebih lagi apabila membesar dalam perhatian umum. Namun, Aaisyah kelihatan selesa dan tenang, seolah-olah sudah memahami cara mengurus perhatian ramai dengan bijak dan berhemah.
Bintang Kecil dah ada di SeeNI!
Download aplikasi
sekarang!