Keletah comel anak-anak Dato’ Sri Siti Nurhaliza sering mendapat perhatian ramai. Kedua-dua beradik itu selalu mencuit hati peminat dengan aksi bersahaja dan comel. Baru-baru ini, Tokti ada memuatnaik sebuah video di akaun media sosialnya yang menunjukkan Aafiyah dan Afwa menjadi chef.
Di dalam video tersebut, Tokti memberitahu dia mempunyai dua orang chef dan bertanya tentang masakan mereka. Aafiyah kemudian memberitahu yang mereka berdua menyediakan roti bakar utuk ibu mereka.
Paling comel, Afwa hanya mengikut apa yang disebut kakaknya. Bagi menghargai usaha anak-anaknya, Tokti kemudiannya memuji roti bakar tersebut nampak sedap dan mengucapkan terima kasih kepada Aafiyah dan Afwa.
Ads
Ads
Sebenarnya sangat bagus apabila kanak-kanak bermain pretend play seperti ini kerana ia dapat merangsang daya imaginasi serta memantapkan skil bersosial mereka. Biarpun nampak remeh, tetapi galakan dari ibu ayah yang mendorong kreativiti anak ini sangat membantu perkembangan emosi mereka.
Pada ibu ayah mungkin pujian ringkas nampak remeh tetapi sebenarnya membei impak yang besar kepada anak-anak. Mereka akan lebih bersemangat dan sentiasa positif untuk terus menjadi kreatif pada masa akan datang.
Sejak anak bayi lagi, ibu ayah diberi kesedaran untuk melakukan penjagaan gigi. Malah di pasaran telah ada berus gigi mengikut kategori umur. Bukan itu sahaja,jika di tadika, anak-anak pula diberi pendedahan dengan kedatangan jururawat gigi untuk menunjukkan cara yang betul mengosok gigi.
Walaupun, gigi susu anak bukan kekal, namun penjagaan gigi perlu diberi keutamaan untuk mengelak masalah karies gigi. Apabila masalah ini berlaku ia akan menganggu ketika anak-anak mengunyah makanan, keayakinan diri dan kepetahan bercakap.
Melalui perkongsian oleh Pusat Sejahtera USM telah menyenaraikan jenis-jenis gigi yang dialami oleh kanak-kanak.
Apa lagi, ikuti gigi anak-anak jenis yang mana.
Namun, apa yang pasti, penjagaan gigi susu tidak boleh dipandang ringan dan perlu dititikberatkan kerana gigi jenis ini berada lama dalam mulut iaitu sehingga anak darjah enam. Oleh itu, amat penting memastikan ia dalam keadaan sihat dan tidak rosak .
Yang Mana Satu Gigi Anak Anda?
☑️ Gigi yang sihat berwarna putih susu. Permukaannya licin. Ruang antara gigi itu normal untuk tumbesaran gigi kekal nanti.
☑️ Tompok putih itu tanda awal gigi susu nak rosak. Lapisan enamel menipis. Biasanya terdapat di kawasan berdekatan gusi. Dalam keadaan tertentu, tompok putih ini boleh hilang dengan penggunaan flourida. Kalau tompok putih ini dibiarkan, akan menjadi kuning dan coklat.
☑️ Tompok kuning atau coklat tanda gigi sudah berlubang. Kawasan sekeliling tompok kuning/coklat akan menjadi semakin rapuh. Wajib jumpa doktor gigi dah!! Jangan biarkan.
☑️ Peringkat karies teruk boleh membahayakan anak-anak. Gusi dan muka akan bengkak kalau dibiarkan. Boleh juga menyebabkan gigi dicabut awal.
Sudahkan Anda Membawa Anak Anda Ke Klinik Gigi Untuk Pemeriksaan?
Kebanyakan ibu bapa sekarang sibuk bekerja, kadang-kadang sampai tak sempat nak siapkan sarapan untuk anak ke sekolah.
Ibu bapa lebih gemar memberi wang saku setiap hari, dengan harapan anak-anak akan kenyang untuk makan di kantin. Tapi benarkah anak beli makanan? Atau beli benda lain?
Walau sesibuk mana pun kita ,anak-anak masih perlu membesar dengan makanan yang berkhasiat dan mempunyai perkembangan otak yang baik untuk pelajaran mereka.
Mari kami kongsikan sedikit senarai menu mudah dan ringkas.
1. Mi, beehun atau kuey teow
2. Makanan Frozen
3. Sandwich
4. Roti Telur
5. Nasi Goreng
Sentiasa pantau apa yang anak anda makan supaya mereka kekal sihat dan cegas apabila melakukan aktiviti di sekolah.
Tip sihat anak kena makan
1. Beri
Buah strawberi dan beri biru kaya dengan vitamin C, antioksidan dan fitokimia. Ia melindungi sel yang sihat daripada kerosakan dan meningkatkan sistem imun.
2.Oren
Oren adalah buah sitrus yang sangat popular dan menjadi kegemaran anak kerana rasa manisnya. Menambah buah ini dalam diet anak boleh meningkatkan kesihatan mereka secara keseluruhan.
3.Telur, salah satu makanan yang membantu tumbesaran
Merupakan makanan tinggi protein dan vitamin, telur salah satu sumber yang kaya dengan kolin – nutrien penting yang membantu perkembangan otak.
4.Keju
Kaya dengan protein, kalsium, fosforus dan vitamin D, keju sangat bagus untuk pertumbuhan tulang yang sihat.
Sebagai ibu bapa, sering kali kita rasa kecewa apabila anak menolak makanan sihat. Ayat seperti “Tak tahulah anak aku ni bila nak makan sayur” atau “Haih, tak suka langsung makanan masakan rumah” mungkin kedengaran biasa, tetapi tanpa kita sedar, kata-kata itu boleh mempengaruhi anak secara tak langsung.
Tip yang dikongsikan oleh Puan Ainini Zainal ini bukan sahaja memberi panduan praktikal, malah mengingatkan kita untuk bermula dengan asas yang paling penting: doa dan niat.
Allah yang Maha Pengasih pasti ingin melihat usaha kita berjaya. Namun, usaha kita sebagai ibu bapa juga perlu disertai dengan pendekatan penuh kasih sayang dan komunikasi positif.
“Kita dah usaha ni, selebihnya tawakkal je lah. Tak tahulah Allah nak makbulkan ke tak. Hmmm.”
Ayat selalu didengar. Kita cuba ubah daripada sekarang. Bersangka baik pada Allah yang kebaikan dan cintaNya pada kita melebihi cinta ibu bapa kepada kita, melebihi cinta kasih kita pada anak. Boleh bayangkan ke hebatnya kasih sayang Allah?
Jadi, logik ke Allah yang penuh kasih sayang itu sengaja tak bantu kita?
Ingat selalu, dalam lakukan sesuatu, DAHULUKAN ALLAH. DOA HARUS JADI USAHA KITA YANG PERTAMA.
Usaha kedua, terpulanglah nak guna cara psikologi paling hebat di duniapun terpulanglah. Tapi, doa pada Allah harus jadi yang pertama. Jika Dia jadi yang terakhir? Mahukah kita jadi yang terakhir di sisi Allah? Taknak, kan? Jadi, mari kita ubah.
+ Zikir Ya Rahim (penyayang)
+ Zikir Ya Latif (lembut)
+ Al Fatihah – baca dan sedekahkan bacaan ini untuk roh anak dan roh kita sendiri. Niatkan rohnya seorang yang kuat semangat dan sukakan perkara baik.
Baca kedua-kedua zikir ini berkali-kali setiap hari, hembuskan pada
+ Makanan setiap kali memasak
+ Hembuskan pada anak ketika anak tidur.
Niatkan dilembutkan hati dan diberi rasa sayang kepada makanan sihat. Dilindungi daripada yang sebaliknya. Niatkan dilembutkan hati kita untuk sentiasa gunakan kata-kata elok pada anak, bukan asyik komplen dan fokus pada kesalahan mereka saja.
YA, SANGAT PENTING: JAGA KATA-KATA KITA SEBAGAI IBU BAPA.
“kenapala kakak ni suka sangat jajan?”
“haih abang ni kenapa tak suka dengar cakap mama, makanlah yang sihat ni.”
Kata-kata adalah doa, dan doa ibu bapa ni sangat makbul terutamanya IBU. Anda mahu hasil bagus tapi kata-kata anda bagaimana? ANAK AKAN JADI SAMA SEPERTI YANG ANDA KATAKAN DI ATAS.
Tukarkan kepada yang lebih baik.
“Tak apa, sekarang abang BELUM suka, nanti mesti akan suka, mama suap sikit nanti bagi abang rasa betapa sedapnya sayur ni.” – lepas tu sesuaikanlah cara masakan kita, pelbagaikan, kreatif.
“MasyaAllah, kakak! Mama gembira dan bangga sangat kakak dah tak makan jajan kat sekolah.” – peluk anak. Bagi mereka rasai kasih sayang kita.
“Allahu, Allah. Mesti Allah sayang sangat kat Amir ni sebab Allah bantu Amir makan sayur ni. Sikit tak apa, yang penting Amir usaha makan. Meh abah peluk.”
Mengapa perlu hargai anak? KERANA MEREKA JUGA PUNYA PERASAAN. INGIN DIBERI SOKONGAN, UNTUK USAHA MEREKA YANG INGIN DICAPAI DAN BELUM TERCAPAI. Mereka perlukan sokongan tidak berbelah bagi daripada anda. Jadikan dapur kita, tempat mencipta memori indah bersama.
Air kosong ni mungkin nampak simple, tapi sebenarnya banyak manfaat penting untuk perkembangan si kecil. Jom tengok kenapa anak-anak perlu cukup minum air kosong...