Air kosong ni mungkin nampak simple, tapi sebenarnya banyak manfaat penting untuk perkembangan si kecil. Jom tengok kenapa anak-anak perlu cukup minum air kosong setiap hari.
1. Melancarkan Sistem Pencernaan
Air kosong bantu si kecil elak sembelit dan lancarkan proses penghadaman. Bila perut sihat, mood anak pun jadi ceria!
2️. Elak Dehidrasi dan Kekal Aktif
Anak-anak ni cepat berpeluh sebab aktif bergerak. Jadi, penting sangat bagi mereka minum air kosong supaya badan kekal segar dan bertenaga sepanjang hari.
Ads
3️.Bantu Perkembangan Otak
Air kosong sangat penting untuk fungsi otak. Bila anak cukup minum air, mereka lebih fokus dan cepat belajar sesuatu perkara.
4️.Menyokong Kesihatan Kulit
Kulit si kecil akan nampak lebih sihat dan lembut bila badan cukup air. Takde la masalah kulit kering atau ruam-ruam gatal.
Ads
5️.Kawal Suhu Badan Anak
Air kosong bantu menyeimbangkan suhu badan terutama bila anak demam atau cuaca panas. Penting untuk elakkan risiko demam berpanjangan.
1.Guna botol air comel yang anak suka.
2.Buat reminder setiap beberapa jam untuk ajak anak minum.
3.Jadikan minum air kosong sebagai rutin harian selepas makan dan bermain.
Bintang Kecil dah ada di SeeNI!
Download aplikasi
sekarang!
Setiap anak berbeza ada yang cepat “pickup,” ada yang perlukan lebih masa untuk memahami sesuatu. Sebagai ibu bapa, penting untuk kita mengenali corak pemprosesan maklumat anak supaya kita dapat menyesuaikan kaedah pembelajaran yang terbaik untuk mereka.
Anak yang lambat “pickup” bukan bermakna mereka tidak pandai, dan anak yang cepat “pickup” pula bukan bermakna mereka tiada cabaran. Yang lebih penting ialah daya tahan mereka dalam belajar dan semangat untuk maju.
Ikuti perkongsian Maryam Jamadi Pediatric Occupational Therapist mengenai anak cepat dan lambat ‘pckup’
Kali ini nak share tentang pempropesan otak, dalam bahasa omputihnya “Brain Processing”. Otak kita semua unik, berlainan & kelajuan proses maklumat pun ada yang cepat dan lambat. Ciri-cirinya:
1. Lambat “pickup”. (Slow processing) – Ambil masa untuk proses maklumat dari pembacaan, dari percakapan atau visual. – Lambat “sampai” bila orang buat lawak. – Mudah lupa. – Susah proses arah, atau mulakan tugas. – Ambil masa untuk belajar skil atau perkara baru. 2. Cepat “pickup”. (Fast processing) – Boleh kata semua cepat, cakap cepat, fikir cepat, buat keputusan cepat dll. – Bila ada teka-teki, terpaling cepat jawab. – Kalau orang buat lawak, dia dah gelak dulu. – Senang belajar skil & perkara baru. – Cepat siap tugasan.
Ada juga yang yang terlampau cepat “pickup”, sampaikan maklumat dah sampai dulu tapi tindakan dan perbuatannya lambat. Yang ini saya perasan di kebanyakan anak yang ada ADHD atau ada tanda-tanda ADHD.
Saya nak tekankan, tahap kelajuan otak cepat atau lambat tidak menentukan tahap IQ seseorang atau kepandaian. Dua-dua ada kelebihan dan kelemahannya. Saya, kalau ikutkan kategori lambat “pickup”. Sepanjang zaman sekolah, saya perasan memang susah saya nak belajar dalam kelas. Belajar hari ini, malam dah lupa. Sampailah saya develop habit belajar last minute.
Contohnya bila ada exam besar, sebulan sebelum baru saya pulun belajar. Kalau belajar awal-awal, sel otak tak berhubung. Baca tak faham-faham, kena belajar dalam persekitaran senyap tak ada gangguan. Sampai sekarang ambil master, sama fe’elnya. Saya kena belajar seorang diri, tanpa gangguan. Sepanjang saya menulis thesis atau assignments, saya kena masuk gua sekejap.
Suami saya pula terbalik, otak jenis cepat “pickup”. Orang jenis cepat proses ini, belajar dalam kelas sekali dah faham. Tak buat homework, ulangkaji pun boleh skor semua A. Senang juga belajar skil baru, belajar sehari buat website terus siap. Jenis pickup dalam kelas, dah tak belajar lepas itu tapi dapat anugerah dekan setiap sem. Jealous kita Sebagai mak ayah, kita kena kenal personaliti anak untuk kita tahu corak pembelajaran anak bagaimana. Setiap orang berbeza cara 1. Terima maklumat 2. Proses maklumat 3. Dapatkan maklumat
Kalau cara kita belajar begitu, kita tak boleh expect anak pun sama. Tengok si kakak berjaya dengan kaedah sebegitu, tak boleh expect adik pun sama. Bila kita tahu cara anak proses maklumat dan kecenderungan anak barulah kita boleh maximize potensi anak. Bagi saya setiap orang ada potensi masing-masing, sebagai mak ayah kita kena korek dan polish potensi anak kita. Kalau anak kita atau sesiapa sahaja diletakkan di tempat yang betul, pasti boleh menyerlah.
Siapa sangka saya yang lambat “pickup”, jenis orang buat lawak tak sampai-sampai ini boleh menulis beratus artikel. Boleh belajar sampai tahap master. Boleh buka bisnes sendiri.
Dari segi pembelajaran, tak kiralah anak jenis lambat “pickup” atau cepat “pickup”, yang penting semangat nak belajar dan semangat nak memajukan diri. Resillience lebih penting dari speed.
Kalau anak kita kurang perform di sekolah. Jangan give up dengan anak, kita kena sama-sama cari kekuatan anak di bahagian mana. Semoga bermanfaat, ingat tau kita kena percaya dan cari kebolehan anak.
Bukan mudah untuk menggalakan anak-anak ke pergi ke masjid terutama solat subuh. Pendekatan yang dilakukan oleh sebuah masjid iaitu Masjid Al-Syakirin, Gombak, Selangor patut dijadikan contoh kepada masjid-masjid lain yang belum melakukan usaha seumpama ini.
Muat naik sebuah video di TikTok akaun masjidalsyakirin meraih perhatian ramai apabila memaparkan sekumpulan kanak-kanak beratur menunggu giliran untuk dibayar ‘gaji’ oleh pihak masjid.
“Hari elaun pahlawan Subuh Masjid Al Syakirin.Setiap hari anak anak akan dapatkan cop dan hari ahad kami akan serahkan wang saku mengikut kehadiran mereka.”
SETIAP COP BERNILAI RM3
Insiatif yang dilakukan oleh ahli masjid berkenaan adalah sebuah program dipanggil ‘Subuh Warriors’ . Ia adalah untuk mengalakkan kanak-kanak yang solat subuh berjemaah di masjid tersebut.
Lebih menarik, pihak masjid akan memberikan satu cop untuk setiap hari agi kanak-kana yang bangun pagi dan solat subuh berjemaah.
Untuk memudahkan urusan mengira berapa banyak cop yang diperolehi oleh kanak-kanak, pihak masjid turut memberi sebuah buku kecil untuk menanda cop sebagai bukti mereka hadir setiap pagi. Setiap cop bernilai RM3!
Dalam pada itu meninjau di ruangan komen rata-rata menyokong usaha yang dilakukan oleh pihak masjid, Biarpun ada kecaman yang menyatakan akan menyebabkan kanak-kanak solat demi duit, dakwaan itu tidak benar.
Sebaliknya usaha itu untuk memberi semangat untuk anak-anak solat dengan seronok, secara langsung lama ke lamaan akan sebati dalam diri mereka.
“Alhamdulillah.. Tahniah bg pengelola Masjid Al Syakirin Gombak.”
“Alhamdulillah ..jgn di pertikai usaha murni .. ini lah saham akhirat .. mendidik anak² bersemangat untuk bgn Solat berjemaah di masjid “
Anak-anak adalah pemerhati yang hebat. Mereka cenderung meniru apa sahaja yang mereka lihat daripada ibu bapa dan persekitaran sekeliling. Sebagai ibu bapa, setiap tindakan dan tingkah laku kita menjadi contoh langsung yang akan membentuk peribadi mereka.
Oleh itu, memberikan teladan yang baik adalah langkah penting dalam memastikan anak-anak membesar dengan nilai murni dan sikap positif, kerana mereka belajar lebih banyak daripada apa yang mereka lihat berbanding apa yang kita katakan.
Sebagaimana perkongsian Coach Parenting, menurutnya dalam kehidupan rumah tangga, apa yang ibu bapa lakukan akan menjadi cerminan kepada anak-anak. Ikuti perkongsian beliau:
Ayah Buat.. Anak Ikut.. Mak Jadi Mangsa
Saya perhati je gelagat pasangan yang baru kahwin ni. Makan isteri hidangkan. Lepas makan pinggan tinggal atas meja terus keluar hisap rokok. Si isteri senyum je ambil pinggan bawa ke sinki dan cuci. So sweet isteri layan suami macam raja.
Ketika belum ada anak situasi begini memang nampak sweet tapi lepas dah ada anak tabiat begini kena kurangkan. Anak-anak belum pandai menilai. Jadinya apa sahaja yang dia lihat dia akan tiru. Termasuklah cara ayah melayan mak, dan cara mak melayan ayah. Anak akan tiru bulat bulat!
Takut mak jadi mangsa bulian anak-anak. Yalah, mana tak kena buli kalau anak-anak makan kena di layan setiap seorang, kalau anak seorang ok lagi tapi kalau anak 3 4 5 orang?
Tekanan si mak nak handle pelbagai ragam anak. Lebih ditakuti ialah bila anak tak pandai langsung nak menolong mak. Tak menolong mak memasak, pinggan kotor tinggal je dalam sinki, kerja rumah semua mak seorang yang buat.
Mak dah macam bibik, kerja nak layan kehendak suami dan anak-anak. Mak rajin atau malas bukan isunya, yang penting sekarang kita kena mengajar anak ringan tulang dan adab sejak kecil.
Supaya dah besar nanti diorang tak menyusahkan pasangan. Terutamanya anak lelaki! Anak lelaki akan jadi imam keluarga satu hari nanti. Kalau imam dalam solat, bacaan kena betul, tertib solat kena betul, semua berkaitan solat kena sempurna.
Begitu juga sebagai imam keluarga. Suami atau ayah mesti tunjukkan teladan yang baik pada isteri dan anak-anak, beri didikan yang terbaik dan kena jadi pemimpin yang boleh di harapkan. Barulah terbina keluarga sempurna.
Kahwin bukan tempat untuk orang yang malas atau rajin. Kahwin hanya untuk orang yang boleh bekerjasama dan sanggup susah senang bersama.
Apa yang jelas, keluarga yang bahagia terbina melalui usaha bersama dan sikap saling memahami antara pasangan. Suami dan isteri harus saling melengkapi, bukan membebankan satu sama lain. Dengan mendidik anak-anak sejak kecil untuk bertanggungjawab dan hormat kepada ibu bapa, kita dapat melahirkan generasi yang lebih baik. Ingatlah, perkahwinan bukan sekadar tentang cinta, tetapi tentang kerjasama dalam membina masa depan bersama.