Apalah nilai ‘gelang emas’ jika nak dibandingkan dengan ilmu, jasa dan keprihatinan guru terhadap kita semua.
Sepanjang di sekolah, guru-guru inilah yang menjaga dan mendidik kita. Tempat kita bermanja sepanjang berada di sekolah.
Baru-baru ini, tular seorang rakan kita yang menghadiahkan gelang emas kepada 10 guru-gurunya.
“Hadiah hari guru 2024 dari Hafiy Hadeef untuk mualim & mualimah, 10 orang gurunya. Special thanks to Ammar tolong bungkuskan hadiah hari guru Hafiy cantik-cantik,”
Alhamdullilah, rezeki buat para pendidik yang ikhlas memberikan kita ilmu.
‘Selamat Hari Guru’. Terima kasih kerana mendidik kami,.
Mommy Janganlah Marah-Marah, Relaks Je!
Tiga waktu ini sebaiknya elakkan marah-marah anak. Ada baiknya mak ayah memilih waktu yang lebih sesuai untuk menegur anak cara baik. Barulah lebih berkesan di hati anak.
Jom ikuti tip perkongsian Penulis Keibubapaan, Mohd Fhais Salim ini.
Waktu bangun tidur
Cuba bayangkan kita baru bangun tidur dah bersedia nak menghadapi hari yang baru tapi tiba-tiba dah kena marah. Bikin mood down.
So macam anak itu nak bersemangat dan bermotivasi untuk menghadapi hari-hari yang seterusnya dan belajar di sekolah. Itu yang membuatkan anak tak fokus belajar.
Sebelum tidur
Tidur ni sangat penting untuk perkembangan otak, emosi dan fizikal. Kita tak nak anak tidur dalam keadaan stress, tak tenang, tak happy, marah dan sebagainya. Semua ini boleh mempengaruhi perkembangan otak anak.
Ketika sedang makan
Relaks jangan marah-marah. Masa makan dengan keluarga ni jangan marah-marah. Kita nak ajar anak hargai rezeki yang ada dan menghargai nikmat yang Allah berikan. Kalau kita sendiri marah-marah depan makanan, apa yang kita anak ajar anak.
Ilmu ni bukan apa yang kita cakap tetapi ilmu ini sifatnya berbekas di hati. Kita ajar dia syukur dengan rezeki tapi kita marah-marah. So apa yang masuk ke dalam diri anak adalah perasaan tegang, perasaan kena marah, perasaan tak puas hati dan sebagainya.
Jadi tiga masa ini relakslah santai-santai sahaja.
Selera Tengok Rina Makan Nasi & Sup!
Untuk buat anak-anak suka makan dan tidak memilih, kita perlu rajin memperkenalkan pelbagai jenis makanan pada mereka. Bila dah biasa mencuba, nak akan okay dan lebih ‘open’ untuk makan apa saja yang diberikan pada mereka. Salah satu tip untuk buat anak suka makan, elakkan beri jajan atau makanan proses.
Kalau tengok Rina makan, rasa seronok sebab dia sangat berselera. Anak kepada Ryzal Ibrahim dan Maryam ni juga tak kekok makan sendiri. Kalau tengok hidangan yang disediakan Maryam, macam orang dewasa yang nak makan. Lengkap dengan karbohidrat, protein dan serat dan dihidangkan tanpa perlu ‘sembunyi’.
Sesetengah kanak-kanak kita perlu campurkan sayur dalam masakan tapi Rina boleh makan salad timun macam tu saja. Dahulu, Maryam pernah kongsikan bersama Pa&Ma salah satu tip untuk buat anak suka makan, jangan marah mereka. Beri saja anak cuba pelbagai jenis makanan, tapi kalau anak tak suka jangan marah.
Satu video yang dikongsikan oleh Maryam ketika makan mencuri perhatian ramai. Maryam sediakan nasi, sup bebola, kek ketam dan salad timun beserta epal untuk anaknya itu. Seperti biasa, Rina sangat teruja setiap kali waktu makan dan sangat menghargai masakan omma.
Selesai membaca doa makan, Rina menikmati hidangan tersebut dengan berselera sekali. Dia makan salad timun dan kek ketam kemudian nasi dimasukkan ke dalam sup. Dari cara Rina makan, memang nampak dia seorang pemakan tetapi sangat tertib.
Tengok video ini;
Untuk kanak-kanak berumur lebih kurang dua tahun seperti Rina, cara dia makan sangat kemas dan sopan. Lebih bagus lagi, dia sangat menghargai makanan serta bersyukur dengan rezeki yang ada.
Bukan saja ajarkan anak untuk tidak memilih makanan, tetapi pujian harus diberikan kepada Ryzal serta Maryam kerana turut mendidik Rina menjadi anak yang beradab. Tengok Rina makan, kita pun jadi terliur!
Jauhkan Racun Daripada Kanak-Kanak, Simpan Tempat Selamat!
Kes viral yang melibatkan dua kanak-kanak berusia dua dan tiga tahun yang termakan racun sepatutnya kita jadikan pengajaran buat semua. Jangan pandang mudah bila menyimpan racun berbahaya ini di rumah.
Menurut perkongsian Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan, simpanlah ditempat tersorok dan jauh dari penglihatan umum terutama kanak-kanak. Ini panduan yang dikongsikan beliau.
Inna lillahiwa inna ilaihi rajiun. Sedihnya baca berita tentang kritikal dua beradik di Kulim yang berusia 2 dan 3 tahun tu.
Adik-beradik ni jumpa bungkusan keropok yang digantung pada tiang sebuah pagar, jadi mereka pun ambil dan makan. Tak lama lepas tu, mereka dijumpai dalam keadaan muntah-muntah dan berbuih mulut, lalu segera dikejarkan ke hospital.
Selepas disiasat, rupa-rupanya keropok tu telah dicampur dengan racun tikus dengan niat untuk meracun monyet.
Kenapalah letak umpan berupa makanan ringan untuk haiwan perosak? Kenapa pula diletak di tempat awam macam tu?
Budak-budak manalah faham bahaya. Mereka nampak jajan(keropok), sudah pastilah mereka ambil dan makan.
Nak meracun makhluk perosak, perlulah utamakan keselamatan. Bukan keselamatan diri sahaja, bahkan persekitaran kita.
Persekitaran tu termasuk manusia, haiwan dan tumbuhan selain makhluk perosak yang menjadi sasaran.
Ini antara garis panduan penting yang perlu diikuti untuk menghindari kemalangan yang tidak diingini:
■ Penyimpanan yang Selamat:
Racun harus disimpan dalam bekas berkunci dan diluar capaian kanak-kanak. Label pada bekas ini harus jelas dan mudah dibaca.
■ Penggunaan yang Bertanggungjawab:
Gunakan racun mengikut arahan pada label. Jangan ubah suai atau gunakannya dengan cara yang tidak disarankan oleh pengeluar.
■ Kawasan Terhad:
Jangan letak racun di kawasan umum atau tempat yang mudah diakses oleh orang ramai, terutama kanak-kanak.
■ Pemantauan dan Pembersihan:
Selepas gunakan racun, kawasan tersebut harus dipantau dengan rapi. Pembersihan segera harus dilakukan selepas penggunaan.
■ Pemberitahuan dan Notis:
Individu yang tinggal di kawasan berhampiran harus diberi notis tentang penggunaan racun sebagai langkah berjaga-jaga.
Gunakan racun dengan beretika. Utamakan keselamatan. Semoga kita dapat hindari tragedi seperti ini di masa akan datang.
Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan
Kesihatan & Keselamatan