Kes viral yang melibatkan dua kanak-kanak berusia dua dan tiga tahun yang termakan racun sepatutnya kita jadikan pengajaran buat semua. Jangan pandang mudah bila menyimpan racun berbahaya ini di rumah.
Menurut perkongsian Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan, simpanlah ditempat tersorok dan jauh dari penglihatan umum terutama kanak-kanak. Ini panduan yang dikongsikan beliau.
Inna lillahiwa inna ilaihi rajiun. Sedihnya baca berita tentang kritikal dua beradik di Kulim yang berusia 2 dan 3 tahun tu.
Adik-beradik ni jumpa bungkusan keropok yang digantung pada tiang sebuah pagar, jadi mereka pun ambil dan makan. Tak lama lepas tu, mereka dijumpai dalam keadaan muntah-muntah dan berbuih mulut, lalu segera dikejarkan ke hospital.
Selepas disiasat, rupa-rupanya keropok tu telah dicampur dengan racun tikus dengan niat untuk meracun monyet.
Ads
Kenapalah letak umpan berupa makanan ringan untuk haiwan perosak? Kenapa pula diletak di tempat awam macam tu?
Budak-budak manalah faham bahaya. Mereka nampak jajan(keropok), sudah pastilah mereka ambil dan makan.
Nak meracun makhluk perosak, perlulah utamakan keselamatan. Bukan keselamatan diri sahaja, bahkan persekitaran kita.
Ads
Persekitaran tu termasuk manusia, haiwan dan tumbuhan selain makhluk perosak yang menjadi sasaran.
Ini antara garis panduan penting yang perlu diikuti untuk menghindari kemalangan yang tidak diingini:
■ Penyimpanan yang Selamat: Racun harus disimpan dalam bekas berkunci dan diluar capaian kanak-kanak. Label pada bekas ini harus jelas dan mudah dibaca.
Ads
■ Penggunaan yang Bertanggungjawab: Gunakan racun mengikut arahan pada label. Jangan ubah suai atau gunakannya dengan cara yang tidak disarankan oleh pengeluar.
■ Kawasan Terhad: Jangan letak racun di kawasan umum atau tempat yang mudah diakses oleh orang ramai, terutama kanak-kanak.
■ Pemantauan dan Pembersihan: Selepas gunakan racun, kawasan tersebut harus dipantau dengan rapi. Pembersihan segera harus dilakukan selepas penggunaan.
■ Pemberitahuan dan Notis: Individu yang tinggal di kawasan berhampiran harus diberi notis tentang penggunaan racun sebagai langkah berjaga-jaga. Gunakan racun dengan beretika. Utamakan keselamatan. Semoga kita dapat hindari tragedi seperti ini di masa akan datang.
Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan Kesihatan & Keselamatan
Sebuah kisah bermula ketika Dini, seorang wanita dari keluarga kaya, mengalami nasib malang akibat serangan perompak. Mayatnya dikuburkan di tanah perkuburan Cina, dan ini menjadi sebuah peristiwa menakutkan.
Mengisahkan bahawa ada sekelompok lelaki yang berniat menggali kubur Dini untuk menuntut duit tebusan sebanyak 5 juta Ringgit dari keluarganya. Namun, rencana mereka tidak berjalan lancar.
Ketika mereka mula menggali, mereka dikejutkan oleh kehadiran hantu Jerangkung yang menakutkan. Kejadian ini terjadi pada malam yang gelap dan hujan, ditambah lagi dengan kesan mencekam.
Ketika mereka berusaha meneruskan niat buruk mereka, mereka mulai merasakan ketakutan yang luar biasa. Bumi bergetar, dan tiba-tiba muncul lembaga menakutkan yang membuat mereka semakin cemas.
Hantu Jerangkung tersebut berhasil menghentikan niat jahat mereka. Beberapa hari kemudian, kegiatan mereka terbongkar setelah seorang penduduk kampung memberikan informasi kepada pihak polis.
Meskipun mereka berusaha melarikan diri, pengalaman menakutkan bertemu dengan hantu Jerangkung itu tetap membekas dalam ingatan mereka.
Cerita ini menceritakan tentang keburukkan yang menimpa mereka yang berbuat jahat dengan hantu Jerangkung sebagai pelindung alam ghaib yang menghukum mereka.
Aktiviti mewarna dan kanak-kanak sememangnya tidak dapat dipisahkan. Semuanya demi melatih kekuatan tangan dan daya kreativiti anak-anak dan bermain dengan warna ketika mewarna.
Aktiviti ini juga turut menjadi aktiviti utama di Edutainment Fest Simpan SSPN 2024 yang berlangsung pada pada 24 dan 25 Ogos lalu di Datum Jelatek Shopping Mall, Kuala Lumpur.
Berbeza dengan festival kanak-kanak yang dibawakan Pa&Ma sebelum ini, kali ini kemeriahan cukup terasa dengan penyertaan lebih 50 buah taska dan tadika serta menghimpunkan lebih 2,000 pengunjung.
Perbarisan Cilik Mega Gamat!
Sebagai pembuka tirai festival ini, kesemua murid-murid dari taska dan tadika ini terlebih dahulu menyemarakkan acara dengan Perbarisan Cilik Mega yang menghimpunkan lebih seribu kanak-kanak sebelum berarak masuk ke ruang pentas utama untuk acara Mari Mewarna Saya Anak Merdeka.
Anak-anak kecil dari 50 buah sekolah yang menghimpunkan lebih 1000 kanak-kanak tadika ini berbaris seawal sembilan pagi dan tepat jam 10 pagi, kesemuanya dibawa berarak memasuki ruang legar di pentas utama.
Masing-masing memegang sepanduk dengan nama tadika yang diwakili mereka. Semuanya cantik dan segak berjalan ketika perbarisan.
Tidak ketinggalan juga guru-guru yang sentiasa menyokong kuat dan menjaga anak-anak dengan begitu baik sekali.
Mari Mewarna Mendeka Cungkil Daya Kreatif Anak
Selepas selesai berarak, kesemua kanak-kanak dari 50 buah tadika ini kemudiannya mengambil tempat untuk aktiviti mewarna secara mega dimana melibatkan lebih seribu kanak-kanak.
Ketika aktiviti mewarna ini, kanak-kanak diberikan kertas warna dan diberikan masa selama satu jam untuk mewarna. Anak-anak kecil ini ternyata menunjukkan kepakaran masing-masing dan begitu leka mewarna bertemakan Saya Anak Mereka.
Ternyata hasilnya tidak mengecewakan bila mana masing-masing mempamerkan hasil yang cukup cantik dan kemas.
Paling menarik pastinya pelbagai ragam anak-anak kecil ini ketika aktiviti mewarna. Kesungguhan mereka memilih warna dan dipadankan dengan kesesuaian tema seharusnya dipuji. Cantik dan kemas sekali.
Tidak pulang dengan tangan kosong semata-mata, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) turut berbesar hati untuk menghadiahkan seramai 30 peserta dengan akaun Simpan SSPN bernilai RM50 yang dikreditkan ke dalam akaun masing-masing.
Selain itu sebanyak 50 hadiah saguhati berupa cenderahati turut diberikan kepada semua peserta yang tidak berjaya.
Semuanya pulang dengan penuh kegembiraan dan satu pengalaman yang cukup bermakna buat mereka.
Kita selalu dengar masalah cacing pada kanak-kanak. Macam mana mak ayah boleh mengesan adalah masalah cacing pada anak dan bila ubat cacing perlu diberikan pada anak kita?
Menurut perkongsian Pakar Pediatrik, Dr Kenneth Looi Chia Chuin, Columbia Asia Hospital Cheras, masalah cacing ini perlu ditangani segera.
Kalau ada symptom anak-anak yang mengalami masalah kecacingan ini, perlu diberikan ubat.
Simptom kecacingan ini termasuklah:
* Kembung perut
* Pucat
* Kerap berasa letih dan tidak bermaya
* Rasa gatal di bahagian dubur
Kanak-kanak berisiko tinggi terkena jangkitan cacing
* Kerap main di luar
* Kerap letak tangan dalam mulut tanpa cuci tangan
Memang perlu bagi ubat cacing untuk membunuh cacing ini. Cacing di dalam usus berpotensi untuk meresap semua nutrisi yang ada di dalam badan dan memburukkan kesihatan kanak-kanak.
Cacing biasanya memasuki tubuh melalui pelbagai cara:
1. Tapak tangan dan kaki yang terdedah kepada tempat yang tercemar
Cth: Jika bermain pasir atau sering tidak pakai kasut Ketika memijak tanah
2. Termakan telur cacing
Cth: Lepas bermain dan tidak basuh tangan dengan bersih.
Jika tak ada symptom, perlu ke bagi ubat untuk pencegahan?
Kalau kanak-kanak selalu bermain dekat luar, dan ibubapa bimbang dan khuatir masalah cacing ini, ubat cacing boleh diberikan pada anak.
Ubat cacing adalah sangat selamat kerana jarang berlakunya kesan sampingan dan alergi.
Jika anak jarang bermain di luar, ubat cacing tidak disyorkan sebagai rutin iaitu pemberian setiap enam bulan sekali pada usia kanak-kanak dua tahun dan ke atas.
Adakah kuman baik di dalam usus dan cacing yang dikatakan adakah dua perkara sama?
Kuman baik di dalam usus berlainan dengan cacing. Kuman baik ini adalah baik untuk pencernaan dan pertahanan di dalam badan.
Tapi cacing bukan sesuatu yang baik. Jadi kalua ada masalah cacing kena bagi ubat cacing!
Musim peperiksaan, terutama SPM, adalah masa yang penuh cabaran bukan sahaja untuk anak-anak tetapi juga ibu bapa.Sebagai mak ayah, kita pasti risau tentang kesihatan...