Tiga waktu ini sebaiknya elakkan marah-marah anak. Ada baiknya mak ayah memilih waktu yang lebih sesuai untuk menegur anak cara baik. Barulah lebih berkesan di hati anak.
Jom ikuti tip perkongsian Penulis Keibubapaan, Mohd Fhais Salim ini.
Waktu bangun tidur
Cuba bayangkan kita baru bangun tidur dah bersedia nak menghadapi hari yang baru tapi tiba-tiba dah kena marah. Bikin mood down.
Ads
So macam anak itu nak bersemangat dan bermotivasi untuk menghadapi hari-hari yang seterusnya dan belajar di sekolah. Itu yang membuatkan anak tak fokus belajar.
Sebelum tidur
Tidur ni sangat penting untuk perkembangan otak, emosi dan fizikal. Kita tak nak anak tidur dalam keadaan stress, tak tenang, tak happy, marah dan sebagainya. Semua ini boleh mempengaruhi perkembangan otak anak.
Ads
Ketika sedang makan
Relaks jangan marah-marah. Masa makan dengan keluarga ni jangan marah-marah. Kita nak ajar anak hargai rezeki yang ada dan menghargai nikmat yang Allah berikan. Kalau kita sendiri marah-marah depan makanan, apa yang kita anak ajar anak.
Ads
Ilmu ni bukan apa yang kita cakap tetapi ilmu ini sifatnya berbekas di hati. Kita ajar dia syukur dengan rezeki tapi kita marah-marah. So apa yang masuk ke dalam diri anak adalah perasaan tegang, perasaan kena marah, perasaan tak puas hati dan sebagainya.
Korang rasa penting ke cari sekolah terbaik untuk kita belajar? Mestilah penting sebab sekolah yang terbaik boleh membantu kita jadi lebih baik dari sistem pembelajaran hinggalah buat aktiviti.
Jadi apa agaknya sekolah terbaik di Malaysia? Untuk ibu bapa, terutamanya yang mempunyai anak yang bakal melangkah ke Tahun 1, senariai sekolah terbaik ini diharapkan boleh membantu.
Pemilihan sekolah rendah terbaik di Malaysia bukan lagi soal akademik semata-mata. Ibu bapa hari ini lebih bijak menilai aspek keseluruhan termasuk pembangunan sahsiah, aktiviti kokurikulum, kemudahan pembelajaran moden serta persekitaran yang positif. Semua ini penting bagi membentuk anak yang bukan sahaja cemerlang dalam pelajaran, tetapi juga matang dari segi emosi dan sosial.
Berikut senarai 8 sekolah rendah terbaik di Malaysia 2026 yang sering menjadi tumpuan ibu ayah kerana prestasi akademik yang konsisten, suasana pembelajaran kondusif dan pendekatan holistik dalam mendidik generasi muda.
Sekolah ini antara yang paling berprestij di ibu kota. SK Seri Bintang Utara dilengkapi kemudahan pembelajaran moden termasuk makmal komputer berteknologi tinggi dan pendekatan berasaskan STEM. Sekolah ini juga aktif dalam pertandingan robotik dan inovasi antarabangsa, menjadikan muridnya berfikiran kreatif dan progresif.
Alamat: Jalan 3/91 Taman Shamelin Perkasa, 56100 Kuala Lumpur
Menjadi kebanggaan rakyat Kelantan, SK Zainab (2) terkenal dengan budaya disiplin tinggi dan pencapaian akademik yang mantap. Muridnya bukan sahaja aktif dalam bidang akademik, malah menyerlah dalam kokurikulum seperti bahas, nasyid dan pidato. Sekolah ini menitikberatkan nilai sopan santun dan akhlak mulia dalam setiap aktiviti.
Alamat: Jalan Telipot, Kampung Kesina Dua, 15150 Kota Bharu, Kelantan
Sekolah ini menonjol kerana kejayaan pelajarnya dalam bidang inovasi dan teknologi. SK Bandar Uda (2) sering menjadi wakil negeri dalam pertandingan rekacipta dan memiliki program khas yang mengasah daya fikir kreatif pelajar. Ia juga antara sekolah pilihan utama di selatan tanah air.
Alamat: Jalan Padi Mahsuri, Bandar Baru Uda, 81200 Johor Bahru, Johor
SK Bukit Damansara sinonim dengan komuniti ibu bapa yang aktif dan kerjasama erat antara guru serta PIBG. Sekolah ini menekankan keseimbangan antara akademik, seni dan sahsiah. Suasana pembelajarannya yang ceria dan dinamik menjadikan anak-anak seronok datang ke sekolah setiap hari.
Alamat: Jalan Beringin, Bukit Damansara, 50490 Kuala Lumpur
Sekolah ini sering mendapat perhatian kerana pendekatan pengajaran moden dan program literasi digital untuk murid tahap awal. SK TTDI (1) bukan sahaja menekankan akademik, tetapi juga pembangunan karakter dan kemahiran sosial pelajar melalui pelbagai aktiviti kokurikulum.
Alamat: Jalan Aminuddin Baki, Taman Tun Dr Ismail, 60000 Kuala Lumpur
Sekolah Convent Muar mempunyai sejarah panjang dalam melahirkan pelajar yang berdisiplin, berakhlak dan cemerlang. Pendekatan pendidikannya menekankan nilai moral, kepimpinan dan kesopanan — menjadikan ia antara sekolah rendah terbaik di Malaysia 2026 di negeri Johor.
Alamat: 100, Jalan Daud, Taman Sri Maharani, 84000 Muar, Johor
Sekolah ini semakin menyerlah dengan peningkatan prestasi akademik saban tahun serta penglibatan aktif dalam program STEM dan sains pertanian. SK Seri Biram turut menjadi contoh sekolah luar bandar yang berjaya memupuk semangat komuniti dan gotong-royong antara ibu bapa, pelajar dan guru.
Alamat: Jalan Engku Muda Mansor, Kampung Pancur, 26600 Pekan, Pahang
Bagi ibu ayah yang menetap di luar Semenanjung, dua sekolah ini antara pilihan terbaik. SK Tanjung Aru (II) di Sabah dan SK Dato Keramat di Pulau Pinang berjaya menunjukkan prestasi cemerlang menerusi pendekatan pembelajaran berasaskan projek dan inovasi komuniti. Anak-anak di sini dilatih berfikir secara kritikal dan bekerjasama dalam kumpulan.
Memilih sekolah rendah terbaik di Malaysia 2026 untuk anak bukan sekadar tentang keputusan peperiksaan. Ia tentang memilih tempat yang mampu membentuk anak menjadi insan beradab, berdikari dan berdaya saing. Luangkan masa untuk meninjau sekolah, berbual dengan guru, serta lihat sendiri suasana persekitarannya.
Bintang Kecil dah ada di SeeNI!
Download aplikasi
sekarang!
Pernah tak korang rasa sedih bila sesuatu tak jadi macam yang kita harapkan? Itulah yang dirasai oleh seorang ibu bernama Santy, bila dia dapat tahu anak bongsunya, Awang Isyraq, perlu masuk ke kelas khas di sekolah.
Awang Isyraq berumur 8 tahun. Sejak lahir lagi, mata Awang istimewa sikit daripada orang lain. Dia dilahirkan tanpa anak mata (iris) dan matanya juga selalu bergerak-gerak sendiri tanpa kawalan. Sebab itu, Awang susah nak nampak dengan jelas.
Awang sebenarnya budak yang sangat rajin dan nak belajar. Masa di Tahun 1 dulu, cikgu letakkan Awang duduk paling depan dalam kelas. Tapi walaupun duduk dekat, Awang masih tak nampak papan putih dengan jelas.
Kadang-kadang, bila dia tak nampak tulisan cikgu, Awang akan bangun dan berjalan dekat dengan papan putih. Itu tandanya Awang tak pernah malas. Dia cuba sedaya upaya untuk faham pelajaran.
Tapi akhirnya, cikgu beritahu ibu Awang bahawa dia susah nak ikut pelajaran kelas biasa. Bila dengar berita tu, ibu Awang menangis. Mestilah sedih bila dengar anak perlu berpindah ke kelas Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI).
“Cikgu beritahu kalau dia tak nampak, dia akan bangun dan pergi dekat dengan papan putih.
“Itu menunjukkan usaha dia nak belajar memang ada, cuma kekangan fizikal yang membataskan,” katanya.
Walaupun sedih, ibu Awang fikir panjang. Dia nak yang terbaik untuk anaknya. Sekarang Awang belajar di Tahun 2 di SK Tanjung Minyak 2, Melaka, dan dia juga perlu pergi rawatan mata di Hospital Kuala Lumpur setiap tiga bulan.
Bukan senang ya jadi ibu bapa. Perlu kuat dari segi perasaan dan juga kewangan. Tapi ibu Awang kata, ini semua tanggungjawab mereka.
Baru-baru ni, satu video tular. Dalam video tu, ibu Awang panggil nama anaknya selepas tamat waktu sekolah. Awang yang berbaju merah jambu duduk di luar kelas, dia mencari-cari suara ibunya sebelum akhirnya berjalan ke arah ibu. Ramai yang tengok video tu rasa sebak.
Ibu Awang juga nak orang ramai faham tentang kelas PPKI. Katanya, ada ibu bapa yang takut hantar anak ke kelas khas sebab risau orang lain pandang pelik.
Tapi sebenarnya, kelas PPKI bukan tempat yang menakutkan. Ia tempat untuk bantu budak-budak istimewa belajar ikut cara dan kemampuan mereka sendiri.
Akhir sekali, ibu Awang kata dia reda. Sebab dia tahu, keputusan ini adalah yang paling baik untuk Awang Isyraq.
Setiap budak pandai dengan cara mereka sendiri. Yang penting, jangan pernah berhenti berusaha. Teruskan berusaha Awang!
Bintang Kecil dah ada di SeeNI!
Download aplikasi
sekarang!
Bila hidung anak berdarah, bukan hanya anak sahaja yang cemas bahkan mak ayah sekali pun turut cemas bila melihatkan keadaan anak. Jangan begini, sebaliknya tenangkan diri.
Menurut Pakar Bedah Telinga, Hidung & Tekak, Dr Ezairy M. Sallih, tenangkan diri dahulu dan kemudian barulah menguruskan hidung anak yang berdarah. Paling penting jangan cemas.
“Doktor, anak saya selalu berdarah hidungnya. Macam mana nak buat ni?”
Rintihan seperti ini amat selalu saya peroleh daripada ibu bapa. Mereka sudah tentu bimbang jika masalah ini terlalu kerap berlaku kepada anak-anak.
Apabila berlaku tiba-tiba sahaja di rumah atau di mana-mana sekali pun, apakah langkah pantas yang perlu ibu bapa tahu bagi menghentikan pendarahan ini?
Ikut 3 langkah penting ini. Ulang sehingga pendarahan berhenti.
✅ Bertenang
Bertenang dan lakukan langkah seterusnya satu persatu. Gelabah hanya akan membuatkan anda melakukan perkara yang tidak sepatutnya.
✅ Duduk dan tundukkan kepala
Dudukkan anak dan tundukkan kepalanya ke bawah untuk mengelakkan darah daripada masuk ke saluran pernafasan. Baringkan anak dan dongakkan kepalanya.
✅ Picit dan ‘compress’ hidung
Kemudian picit dan ‘compress’ hidung daripada luar selama 10 minit. Ulangi langkah ini. Jika pendarahan masih lagi berlaku, bawa anak ke fasiliti kesihatan terdekat untuk rawatan lanjut.
Jika tiada tanda pendarahan akan berhenti, segera bawa ke fasiliti kesihatan terdekat.
Dr Ezairy M. Sallih
Pakar Bedah Telinga, Hidung & Tekak
Bintang Kecil dah ada di SeeNI!
Download aplikasi
sekarang!