Di sebuah kampung yang tenang, terdapat cerita yang cukup untuk membuat bulu roma berdiri.
Kisah ini dimulai ketika seorang anak bernama Tunggal harus terpisah dari ayahnya karena ibadah haji dan tinggal bersama neneknya di kampung.
Di sana, Tunggal mengalami sebuah peristiwa yang tidak dapat dia jelaskan sendiri.
Pada suatu malam, ketika Tunggal tertidur, dia terbangun dan menyaksikan sesuatu yang belum pernah dilihatnya sebelumnya iaitu sebuah lembaga yang semakin hari terlihat semakin besar.
Kejadian itu membuatnya terpaku, namun ia menyadari bahawa kebersihan adalah kunci untuk menghindari kejadian seperti itu di masa depan.
Terlepas dari ketakutan yang mungkin dirasakan, ada pelajaran yang bisa dipetik dari kisah ini.
Kebersihan tidak hanya penting untuk kesihatan fisik kita, tetapi juga dapat mempengaruhi aspek rohani dalam kehidupan.
Kisah Tunggal mengingatkan kita semua untuk selalu menjaga kebersihan dan kedamaian dalam kehidupan seharian.
Cara Mudah Nak Anak Lebih Dengar Kata Mak Ayah!
Satu cabaran mak ayah hari ini adalah mendidik anak untuk jadi yang lebih baik. Pun begitu bila anak ingkar atau lambat mengikut kata mak ayah, keadaan ini buatkan satu kesukaran dalam mendidik.
Mendidik anak-anak perlukan kesabaran yang tinggi namun cara mendidik juga perlulah bertepatan dan bersesuaian.
Tip yang dikongsikan oleh Dr Redza Zainol ini mak ayah perlu cuba.
Tujuh cara mudah untuk anak lebih dengar kata mak ayah
Tujuh cara ni simple je sebenarnya tapi boleh buatkan anak kita tu lebih dengar cakap kita berbanding kita duk jerit atau pukul.
Bila anak tak nak dengar cakap kita, tengok sama ada keperluan asas dia dipenuhi atau tak.
Adakah dia lapar, penat, tak cukup tidur, rimas atau emosi tak stabil sebab bergaduh adik beradik.
Kalau semua keperluan asas dia dah dipenuhi, kita boleh tengok tujuh cara ni pula.
1. Bercakap sambal pandang mata anak pada sama aras. Maknanya kita kena melutut atau duduk supaya kita separas dengan anak.
2. Peluk anak 8 kali sehari.
3. Gunakan ayat yang pendek dan ringkas.
4. Buat sesi one on one dengan setiap anak.
5. Bermain dengan anak-anak.
– Main pun kena focus.
– Bila kita bergelak ketawa dengan anak, hormone oxytocin akan buat kita jadi tenang dan bahagia.
6. Kurangkan berkata JANGAN.
Contoh baik: “Adik kat dapur kena jalan perlahan.”
7. Cakap terima kasih pada anak.
Contoh baik: “Terima kasih tolong papa sangkut tuala cantik-cantik.”
Contoh tak baik: “Dah habis mandi nanti jangan tinggal tuala kat lantai pula.”
Seperti mana kita bina ‘connection’ dengan orang disekeliling untuk dapatkan kepercayaan mereka, macam tu juga kita kena bina ‘connection’ dengan anak sendiri.
Percayalah bila kita cuba buat perkara ni, kita akan jadi lebih rapat dengan anak.
Anak akan rasa ‘connected’ dan percaya dengan kita. Waktu tu lebih mudah untuk dia ikut cakap kita.
Mommy Janganlah Marah-Marah, Relaks Je!
Tiga waktu ini sebaiknya elakkan marah-marah anak. Ada baiknya mak ayah memilih waktu yang lebih sesuai untuk menegur anak cara baik. Barulah lebih berkesan di hati anak.
Jom ikuti tip perkongsian Penulis Keibubapaan, Mohd Fhais Salim ini.
Waktu bangun tidur
Cuba bayangkan kita baru bangun tidur dah bersedia nak menghadapi hari yang baru tapi tiba-tiba dah kena marah. Bikin mood down.
So macam anak itu nak bersemangat dan bermotivasi untuk menghadapi hari-hari yang seterusnya dan belajar di sekolah. Itu yang membuatkan anak tak fokus belajar.
Sebelum tidur
Tidur ni sangat penting untuk perkembangan otak, emosi dan fizikal. Kita tak nak anak tidur dalam keadaan stress, tak tenang, tak happy, marah dan sebagainya. Semua ini boleh mempengaruhi perkembangan otak anak.
Ketika sedang makan
Relaks jangan marah-marah. Masa makan dengan keluarga ni jangan marah-marah. Kita nak ajar anak hargai rezeki yang ada dan menghargai nikmat yang Allah berikan. Kalau kita sendiri marah-marah depan makanan, apa yang kita anak ajar anak.
Ilmu ni bukan apa yang kita cakap tetapi ilmu ini sifatnya berbekas di hati. Kita ajar dia syukur dengan rezeki tapi kita marah-marah. So apa yang masuk ke dalam diri anak adalah perasaan tegang, perasaan kena marah, perasaan tak puas hati dan sebagainya.
Jadi tiga masa ini relakslah santai-santai sahaja.
Cuti Sekolah Seronok! 5 Taman Tema Menarik untuk Keluarga di Malaysia
Adik-adik! Cuti sekolah kembali lagi. Penantian yang ditunggu-tunggu telah tiba.
Taman tema adalah salah satu tempat yang menarik untuk dilakukan ketika cuti sekolah. Taman tema ini terdapat banyak permainan dan aktiviti yang boleh dilakukan dan di negara kita ini makin banyak pilihan serta boleh bersaing dengan level internasional!
Mari lihat 5 taman tema yang menarik untuk seisi keluarga.
1. Sunway Lagoon
Sunway Lagoon ini terletak di Bandar Sunway, Selangor. Ia satu destinasi taman tema ikonik dengan pelbagai tarikan untuk semua peringkat umur. Jadi, adik-adik boleh ajak keluarga untuk pergi!
Adik-adik nak tahu, taman tema ini menawarkan enam zon utama, termasuk Water Park dengan gelongsor terbesar di dunia, Amusement Park dengan roller coaster mendebarkan.
Kanak-kanak pasti suka terhadap haiwan. Sunway Lagoon juga menyediakan Wildlife Park yang menempatkan lebih 150 spesies haiwan. Terdapat haiwan yang mudah dilihat dan juga yang hampir pupus. Bagus untuk pembelajaran kanak-kanak.
Disini juga bukan hanya menyediakan tempat yang bersantai sahaja, aktiviti lasak di Extreme Park yang memberi pengalaman yang baharu dan lebih aktif. Extreme Park ini menyediakan ‘bungy jumping’ dan ‘flying fox’.
Selain daripada itu, tempat-tempat seram seperti Scream Park ini, telah menawarkan pengalaman seram dan aksi. Kanak-kanak boleh menyertai bersama-sama ibu dan ayah.
Zon lain, Nickelodeon Lost Lagoon, yang bertemakan kartun pertama di Asia, menjadikan Sunway Lagoon pilihan ideal untuk percutian keluarga yang penuh keseronokan.
2. Genting SkyWorlds
Genting SkyWorlds, terletak di puncak Genting Highlands, Pahang, merupakan taman tema berkonsepkan filem Hollywood. Taman tema ini menawarkan pelbagai permainan dan tarikan untuk seisi keluarga.
Dengan cuaca sejuk dan pemandangan indah, taman ini dibahagikan kepada beberapa zon bertema seperti Ice Age, Rio, dan Night at the Museum, dengan roller coaster, simulator 4D, dan permainan interaktif.
Genting SkyWorlds juga menampilkan pengalaman mendebarkan seperti Epic Voyage to Moonhaven dan Independence Day: Defiance. Di Epic Voyage to Moonhaven, kanak-kanak dapat merasai pengembaran di dunia kecil yang penuh keajaiban!
Taman tema ini sesuai untuk semua peringkat umur, dari kanak-kanak sehingga dewasa yang menjadikannya sebagai destinasi percutian menarik yang penuh dengan keseronokan dan hiburan.
3. ESCAPE Penang
ESCAPE Penang merupakan taman tema berasaskan aktiviti lasak dan alam semulajadi, terletak di Teluk Bahang, Pulau Pinang.
Ia menawarkan pelbagai cabaran fizikal yang sesuai untuk semua peringkat umur, seperti zipline terpanjang di dunia, gelongsor air gergasi, serta aktiviti memanjat dan terjun bebas. Selain itu, pengunjung boleh menikmati flying fox, obstacle courses, dan permainan tradisional seperti tarzan swing.
ESCAPE terkenal dengan pendekatan mesra alam, mempromosikan keseronokan di luar rumah tanpa bergantung pada teknologi.
Taman ini menawarkan pengalaman yang menyeronokkan dan mencabar, menjadikannya destinasi ideal untuk percutian keluarga yang gemarkan aktiviti outdoor.
4. SplashMania
SplashMania, terletak di Gamuda Cove, Selangor, adalah taman tema air terbaru yang menawarkan lebih 39 tarikan air menarik untuk seisi keluarga.
Dengan pelbagai jenis gelongsor air, termasuk Atlas Rocket, gelongsor air pertama di Malaysia yang menggunakan teknologi gelombang, ia memberikan pengalaman mendebarkan kepada pengunjung.
Discovery Island dan Aqua Play menyediakan zon permainan air interaktif yang sesuai untuk kanak-kanak, manakala kolam ombak buatan dan riverside yang menenangkan sesuai untuk bersantai.
Dikelilingi oleh suasana tropika yang indah, SplashMania menjanjikan pengalaman percutian air yang menyeronokkan, dengan kombinasi keseronokan, cabaran, dan relaksasi yang sesuai untuk semua.
5. Berjaya Time Square
Berjaya Times Square Theme Park, terletak di dalam pusat membeli-belah Berjaya Times Square, Kuala Lumpur, adalah taman tema indoor terbesar di Malaysia.
Dibahagikan kepada dua zon utama, Galaxy Station dan Fantasy Garden, ia menawarkan pelbagai permainan yang menarik untuk semua peringkat umur, menjadikannya destinasi yang sesuai untuk seisi keluarga.
Di Galaxy Station, tarikan utama termasuk Supersonic Odyssey, sebuah roller coaster indoor yang mendebarkan, dan DNA Mixer, permainan yang menguji keberanian. Bagi pengunjung yang lebih muda, Fantasy Garden menawarkan tunggangan yang lebih santai seperti Botanic Drive dan Flying Bumblebee.
Dengan lokasinya yang strategik di tengah-tengah bandaraya, taman tema ini merupakan pilihan ideal untuk hiburan menyeronokkan dalam suasana yang selesa dan terkawal.
Menarik semua tempat ni. Selamat menyambut cuti sekolah!