
Malam ini, The Chosen One XTRA, realiti yang menyentuh jiwa kembali dengan musim baharu yang lebih segar. The Chosen One XTRA membawa penonton menyaksikan perjalanan luar biasa para peserta muda yang penuh dengan semangat dan keberanian.
Dalam setiap episode, peserta bakal diuji dengan cabaran fizikal, kreativiti, kerjasama dan kemahiran sosial. Program ini bukan sekadar pertandingan, tetapi sebuah pentas untuk menonjolkan potensi anak-anak muda yang berani melangkah ke hadapan.
Tahun ini, bukan biasa-biasa penampilan coach yang dibawa bersama peserta cilik yang sangat berbakat. Jadi apa lagi, inilah barisan coach dan peserta The Chosen One XTRA yang patut anda kenali. Agaknya kumpulan siapa bakal bersinar di konsert pertama?
Profile Coach Dan Peserta The Chosen One Xtra
TEAM ACHEY :
Team ini terdiri dengan Achey, Rayyan dan Dahlya.
RAYYAN
Nama Penuh: Muhammad Rayyan Rifqi bin Tarmizi
Umur: 11 tahun
Asal: Pasir Gudang, Johor
Bakat: Menyanyi
Fakta Menarik:
- – Top 2 bawah coach Wany Kayrie untuk TCO 1.
- – Selalu viral sebab cute & famous di TikTok.
- – Suka berlakon & pernah berteater.
- – Pandai interact dengan penonton.
- – Suka lagu rock lama & dangdut.
DAHLYA
Nama Penuh: Dahlya Nurdelisya bt Shamsul Azri
Umur: 7 tahun
Asal: Klang, Selangor
Bakat: Pop Dance
Fakta Menarik:
- – Mula menari dari umur 6 tahun.
- – Ikut kelas tarian bersama kakak.
- – Suka lagu Korea dan Pop-Dance.
- – Berpewatakan cheeky dan tak malu.
TEAM BUNGA :
Team ini terdiri dengan Bunga, Zahra dan Nayla
NAYLA
Nama Penuh: Nayla Ruzzara binti Mohammad Hairi
Umur: 11 tahun
Asal: Ulu Tiram, Johor
Bakat: Menyanyi
Fakta Menarik:
- – Hobi dengar muzik & hafal lagu Inggeris.
- – Idola: TokTi & Billie Eillish.
- – Aktif pertandingan nyanyian di Johor.
- – Belajar vokal dengan ibu.
- – Ayah kerja tampal jalan, ibu suri rumah.
ZAHRA
Nama Penuh: Az Zahra
Umur: 16 tahun
Asal: Alor Setar, Kedah
Bakat: Modern & Pop Dance
Fakta Menarik:
- – Boleh menari moden kontemporari & tradisional.
- – Pernah wakil Kedah – Bintang Kecil RTM zon utara 2019.
- – Pernah audition TCO2 tapi lebih bersedia untuk TCO3.
TEAM NAMIE :
Team ini terdiri dengan Namie, Ayu dan Bella
AYU
Nama Penuh: Nur Ayu Raudhah binti Mohd Khaimi
Umur: 14 tahun
Asal: Seremban, Negeri Sembilan
Bakat: Menyanyi & Menari
Fakta Menarik:
- – Confident & comel.
- – Boleh menyanyi sambil menari.
- – Suka muzik hiphop & rock.
- – Aktif busking di sekitar Seremban.
- – Hobi jamming, main alat muzik macam drum.
- – Ayah & abang pun pandai menyanyi.
Lagu Audition: Bunga
BELLA
Nama Penuh: Dayang Nur Salsabilla binti Awang Shahrizan
Umur: 16 tahun
Asal: Bukit Katil, Melaka
Bakat: Martial Arts / Acrobatic
Fakta Menarik:
- – Bakat menggabungkan tarian dan acrobatic.
- – Belajar wushu untuk tingkatkan kekuatan diri.
- – Belajar menari secara sendiri melalui YouTube dan ubah suai gerakan
TEAM NAQIU :
Team ini terdiri dengan Naqiu, Iaman dan Saputra
IAMAN
Nama Penuh: MUHAMMAD IAMAN MUHARAM BIN ABDUL HAFIZ
Umur: 11 tahun
Asal: Sabah
Bakat: Menyanyi
Fakta Menarik:
- Berasal dari Sabah. Baru pindah Klang 2bulan.
- Mak ajar menyanyi sebab mak selalu menyanyi di kenduri kahwin sekitar Sabah
- Raw talent kerana tidak pernah sertai mana-mana pertandingan tv.
- Masih ada adik tinggal di sabah kerana masih tidak mampu
SAPUTRA
ANAS (Kumpulan Saputra)
Nama Penuh: Annas Kashfy bin Fadhlil Nizam
Umur: 11 tahun
Asal: Bangi, Selangor
Bakat: Menyanyi & Menari
Fakta Menarik:
- – Keluarga suka muzik – Anas menyanyi, abang main gitar.
- – Hujung minggu, keluarga ke pusat karaoke.
- – Minat bermain bola sepak.
- – Cita-cita nak jadi pemain bola sepak wakil negara.
- – Pernah sertai pertandingan nyanyian dan tarian mewakili sekolah.
ALERON (Kumpulan Saputra)
Nama Penuh: Darwish Aleron Putra bin Ratno Apizal
Umur: 12 tahun
Asal: Putrajaya
Bakat: Tarian Tradisional & Menyanyi
Fakta Menarik:
- – Backup dancer untuk persembahan Naqiu di Gegar Vaganza 2023.
- – Mula menari umur 4 tahun – Zapin & Inang.
- – Pernah sertai pertandingan nyanyian dan tarian mewakili sekolah.
AARON (Kumpulan Saputra)
Nama Penuh: Aaron Mukhriz bin Nor Hanizam
Umur: 13 tahun
Asal: Putrajaya
Bakat: Tarian Tradisional
Fakta Menarik:
- – Perform setiap Sabtu & Ahad semasa Ramadan di Alamanda Putrajaya.
- – Pemain ragbi.
- – Sangat minat tarian tradisional.
- – Cita-cita nak jadi koreografer tarian tradisional Malaysia.
BILAL (Kumpulan Saputra)
Nama Penuh: Wan Bilal Muayyad bin Wan Mohd Hanif
Umur: 10 tahun
Asal: Putrajaya
Bakat: Tarian Tradisional
Fakta Menarik:
- – Perform sebagai penari di AJL 2023, Axiata Arena.
- – Mula menari tradisional sejak umur 8 tahun.
- – Mudah belajar & hafal tarian.
- – Cita-cita nak jadi doktor.
AQISH (Kumpulan Saputra)
Nama Penuh: Muhammad Ammar Aqish bin Imran Shairani
Umur: 11 tahun
Asal: Putrajaya
Bakat: Tarian
Fakta Menarik:
- – Pernah sertai Indonesia World Dance Festival 2025 di Jakarta (6 Mei).
- – Sangat minat bidang tarian.
NAUFAL (Kumpulan Saputra)
Nama Penuh: Muhammad Dzul Naufal bin Muhammad DzulkarnaIn
Umur: 15 tahun
Asal: Putrajaya
Bakat: Tarian
Fakta Menarik:
- – Cita-cita nak jadi penari profesional & koreografer terkenal.
TEAM NIKKI :
Team ini terdiri dengan Nikki, Iman dan Adawiya
IMAN
Nama Penuh: Muhammad Nur’iman Darwisy bin Mohd Noorazreen
Umur: 14 tahun
Asal: Setapak, Kuala Lumpur
Bakat: Menyanyi
Fakta Menarik:
- – Pernah sertai uji bakat TCO 1 & TCO 2.
- – Finalis Bintang Kecil 2024.
- – Selalu buat persembahan depan VVIP.
- – Viral di TikTok.
- – Aktif ikuti kelas vokal.
- – Suka genre pop dance, rancak & balada.
ADAWIYA
Nama Penuh: Fatrisya Adawiya binti Mohd Farikh
Umur: 13 tahun
Asal: Tangkak, Johor
Bakat: Pemain Violin
Fakta Menarik:
- – Belajar violin sejak umur 7 tahun.
- – Busking setiap minggu di Banda Hilir, Melaka.
- – Boleh main piano, fokus kepada violin.
- – Pernah perform di Istana Johor.
TEAM TUJU & LOCA :
Team ini terdiri dengan Tuju, Loca, Suci dan Fana
ELYSHA
Nama Penuh: Nur Suci Elysha binti Mohd Khairul Shah Fawi
Umur: 15 tahun
Asal: Kemaman, Terengganu
Bakat: Menyanyi
Fakta Menarik:
- – Mula pegang mikrofon menyanyi sejak umur 3 tahun.
- – Boleh menyanyi, menari dan bersyair.
FANA
Nama Penuh: Nur Ir Fana binti Mohd Ibrahim
Umur: 17 tahun
Asal: Banting, Selangor
Bakat: Gitar (Elektrik & Akustik)
Fakta Menarik:
- – Minat menyanyi dan bermain alat muzik.
- – Perform di Cromok Soulfest Festival 2024.
- – Buat cover gitar di media sosial.
- – Genre kegemaran: Rock Kapak.
- – Boleh bersilat.
- – Sering buat persembahan di majlis sekolah.
TEAM USOP :
Team ini terdiri dengan Usop, Alif dan Yusuf
ALIF
Nama Penuh: ALIF ROMI
Umur: 12 tahun
Asal: Seremban,Negeri Sembilan
Bakat: Menyanyi
Fakta Menarik:
- Selalu membuat persembahan di kenduri, sekolah, event
- Suka lagu rock balada & tradisional
- Ayah kerja buruh buah sawit, mak kerja cleaner
YUSUF
Nama Penuh: MUHAMMAD YUSUF
Umur: 13 tahun
Asal: Kemaman, Terengganu
Bakat: Instrumen dan Menyanyi
Fakta Menarik:
- Pernah viral nyanyi lagu arwah Salem di depan kedai buah
- Selalu busking di sekitar Kemaman & Kuala Terengganu
- Berkebolehan bermain gitar & suka genre rock
- Boleh bermain alat muzik lain gitar, cahun dan darbuka.
Jangan lepaskan peluang menyaksikan detik-detik penuh emosi dan semangat perjuangan mereka dalam The Chosen One XTRA, setiap Jumaat, jam 9 malam di Astro Ceria (CH 611) dan Astro Ria (CH 104), serta strim di Astro GO dan sooka. Sertai kami dalam membina bintang masa depan – kerana bintang sebenar lahir dengan sokongan anda