Kanak-kanak mana yang tidak suka makan gula-gula dan jajan berbentuk manis. Walaupun tanpa diajar atau dibelikan, inilah yang menjadi kesukaan mereka sepanjang masa.
Jangan dibiasakan atau terlalu kerap biarkan anak makan makanan manis. Lebih baik tak perlu diperkenalkan kepada mereka kerana ia bersifat ‘ketagih’.
Menurut perkongsian Dr Mazliana Mazlan, gula boleh memberi kesan buruk kepada anak kecil kita. Jadi sebaiknya elakkan gula-gula, coklat, jajan dan sebagainya.
Sekali anak makan coklat dan gula-gula, sampai bila pun diorang pergi kedai akan tunjuk nak benda tu. Gula ni ketagih. Anak tak lupa rasa dia. Sekali makan, pasti nak lagi. 6 kesan buruk gula pada anak. Ibu ayah ambil perhatian ya.
Ads
1. Gula ni addictive. Macam nikotin (rokok), morfin dan heroin. Perit nak sebut dadah, tapi itulah fakta yang kita kena terima. Beri kesan pada otak anak.
2. Gula naikkan paras insulin dalam darah. Ganggu hormon anak, biasanya kita akan mula perasan kesannya bila anak meningkat remaja. Atau ada yang lebih awal.
3. Gula naikkan paras glukos dalam darah dan ketidakstabilan insulin, risiko kencing manis usia muda dan PCOS sangat tinggi untuk anak kita.
Ads
4. Gula bantu penghasilan hormon ghrelin dengan lebih banyak, ini namanya hormon lapar. Anak asyik nak makan je. Makin lama, makin bertambah berat badan.
Ads
5. Gula merubah fungsi sel dalam tubuh. Tak dapat berfungsi dengan baik dan sempurna seperti biasa.
6. Gula rosakkan gigi anak. Nak gigi anak cantik, kena start kurangkan makanan tinggi gula pada anak.
Kita usaha sama-sama ya. Tak ada baiknya pun makan minum tinggi gula buat anak. Berpada, jangan berlebihan.
Bintang Kecil dah ada di SeeNI!
Download aplikasi
sekarang!
Cuti sekolah dah dekat! Pernah tak korang cuba tidur dalam khemah, dengar bunyi cengkerik waktu malam, lepak tepi unggun api sambil makan marshmallow? Haa… itulah seronoknya pengalaman bercamping yang ramai budak suka sebab rasa lain daripada rutin harian.
Pengalaman macam ni bukan saja bagi korang rasa seronok, tapi bantu korang jadi lebih berani dan yakin diri. Jom tengok kenapa aktiviti macam ni memang antara pilihan paling best untuk diisi waktu cuti sekolah.
Masa camping, korang kena buat macam-macam sendiri. Pasang khemah, susun beg, kemas barang, cari air… semua ni buat korang belajar tanggungjawab dengan cara yang fun. Bila dapat buat sendiri, korang akan rasa bangga dengan kemampuan diri.
Banyak aktiviti outdoor macam trekking, jungle walk, main air sungai, dan cari jejak. Semua ni bukan saja buat badan lebih kuat, tapi bantu fokus dan ketenangan minda. Korang juga dapat belajar kawal emosi bila berdepan situasi baru.
Selalu tengok skrin? Sekali sekala keluar tengok langit penuh bintang, dengar bunyi hutan, rasa angin malam, memang calming gila. Bila korang berada dekat dengan alam, korang akan lebih menghargai keindahan yang jarang kita perasan.
Camping tak complete tanpa teamwork. Korang bekerjasama buat api, masak, main game semua sama-sama. Lagi rapat, lagi seronok! Aktiviti macam ni buat hubungan jadi lebih kuat walaupun hanya dalam masa beberapa hari.
Bila duduk dalam alam semula jadi, otak korang lagi aktif fikir idea. Nak bina pondok? Nak reka permainan sendiri? Semua boleh! Kadang-kadang idea paling kreatif muncul bila korang jauh dari gajet.
Mak ayah atau cikgu boleh sorok benda-benda kecil dalam kawasan campsite. Korang kena ikut clue seperti: “Cari benda warna coklat, bentuk bengkok, dan selalu jatuh dari pokok!” (Ha… ranting la tu!)
Tak payah jauh pun, jalan sekeliling campsite pun dah cukup. Tengok serangga, cari daun unik, dengar bunyi burung… semua jadi adventure mini yang best.
Baring atas tikar dan pandang langit. Korang boleh cuba cari bentuk bintang macam Orion atau Big Dipper. Kalau tak jumpa pun, bentuk burung atau kapal angkasa pun boleh guna imaginasi!
Hotdog cucuk batang kayu, sandwich, roti bakar, atau marshmallow cair. Siapa paling kreatif buat makanan malam tu, dialah Chef Camping!
Kalau campsite dekat sungai, boleh main celup kaki, baling batu bagi terapung, atau tangkap ikan kecik (tapi lepaskan balik ya!).
Guna kain selimut, lampu suluh dan imagination korang. Dalam khemah besar pun boleh bina ‘bilik’ sendiri dengan tali dan kain.
Waktu malam, semua duduk keliling unggun api. Bergilir-gilir cerita kisah kelakar, misteri atau pengembaraan. Confirm tak bosan!
✔️ Bawa lampu suluh & power bank kecil
✔️ Bawa sweater sebab malam sejuk
✔️ Jangan lupa ubat nyamuk
✔️ Bawa botol air sendiri
✔️ Kumpulkan sampah dan jaga kebersihan tempat
✔️ Sentiasa dekat dengan mak ayah atau cikgu
Aktiviti bercamping bukan sekadar tidur dalam khemah. Ia pengalaman yang buat korang lebih berani, kreatif dan sayang pada alam. Bila cuti sekolah nanti mak ayah tanya nak buat apa… cakap je, “Jom camping! Saya dah ready jadi Explorer Cilik!”
Untuk yang baru nak cuba, korang boleh mulakan dengan camping ringkas di halaman rumah dulu. Bila dah biasa, barulah pergi campsite sebenar. Cara ni buat pengalaman lebih selamat dan bagi korang peluang belajar asas camping sebelum adventure sebenar.
Bintang Kecil dah ada di SeeNI!
Download aplikasi
sekarang!
Banyak sangat tempat yang boleh diterokai di Malaysia ini, berikut adalah tempat paling menarik di Malaysia yang terbaik untuk dilawati bersama anak-anak.
HUSSIN FAUZI FARM
Taman mini yang berkonsepkan sebuah zoo ini sangat ideal untuk percutian bersama keluarga terutamanya apabila anda membawa anak-anak. Di taman ini pengunjung boleh bermain dan berinteraksi dengan pelbagai jenis haiwan seperti arnab, rusa, kambing dan macam-macam lagi. Pengunjung juga berpeluang untuk melakukan aktiviti seperti menunggang kuda, memanah, memberi makan haiwan dan sebagainya.
MUZIUM COKLAT
Siapa je yang tak suka coklat kan terutamanya kanak-kanak dan wanita. Untuk mengetahui lebih banyak perihal coklat, anda disarankan untuk berkunjung ke Muzium Coklat ini. Muzium coklat ini merupakan muzium pertama di Asia Tenggara yang berkonsepkan sebegini. Walaupun namanya muzium, namun di sini juga terdapat beberapa aktiviti lain yang anda boleh lakukan selain melihat pameran interaktif berkaitan coklat. Ada lebih daripada 100 jenama coklat yang terkenal di jual di muzium ini.
PAYA INDAH WETLANDS
Paya Indah Wetlands ini terdapat ratusan spesies burung dan mamalia untuk tatapan pengunjung. Selain melihat binatang, pengunjung juga boleh bermain basikal, berkayak dan meredah hutan. Jika anda meminati fotografi, anda boleh mengambil gambar landskap berlatar belakangkan alam semula jadi dan haiwan yang ada di sini.
Jangan lepaskan peluang juga untuk memberi makan kepada haiwan seperti buaya, badak air, rusa dan sebagainya pada waktu yang ditetapkan.
AIR RIDER INDOOR SKYDIVING
Bagi yang gemar akan aktiviti lasak dan mencabar, anda boleh berkunjung ke sini bersama anak-anak untuk memberi pengalaman kepada mereka bagaimana rasanya terbang di udara. Ianya pasti merupakan satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan oleh anak-anak.
Untuk ke sini, anda perlu membuat tempahan seminggu sebelum dan beli pakej yang diinginkan secara dalam talian. Walaupun harga pakej-pakej yang ditawarkan agak mahal, namun untuk pengalaman sekali seumur hidup, ia pasti sangat berbaloi !
KILANG ROTI GARDENIA
Kilang roti nombor 1 ini boleh dijadikan sebagai lokasi percutian sambil belajar buat seisi keluarga. Di kilang ini pengunjung boleh belajar sejarah pembuatan roti, melihat cara-cara melihat roti dibuat dan mengetahui serba serbi mengenai dunia roti. Pengalaman ini pasti merupakan pengalaman yang menarik lebih-lebih lagi bagi penggemar roti.
Menariknya, setiap pengunjung yang datang akan diberikan cenderahati dan roti yang dihasilkan di sini dan yang paling penting masuk adalah percuma.
HUTAN REKREASI SUNGAI TEKATA
Jika anda ingin berinteraksi dengan alam sambil bersantai dan meluangkan masa bersama keluarga, Hutan Rekreasi Sungai Tekala ini adalah pilihan yang ideal. Lokasi hutan ini sangat mudah diakses dan pengunjung tidak perlu mendaki untuk ke kawasan tempat perkelahan atau sungai. Ini menjadikannya sesuai untuk percutian bersama keluarga. Jangan lupa untuk membawa makanan sendiri supaya boleh dinikmati setelah puas bermandi-manda.
PANTAI MORIB
Pantai Morib ini merupakan salah satu pantai yang terkenal di Selangor. Di pantai ini juga terdapat tempat penginapan untuk dijadikan destinasi bermalam. Contohnya seperti Villea Morib, OYO 89895 Senses Budget Hotel dan Gold Coast Morib International Resort.
Kemudahan yang ada di sekitar pantai ini juga sangat lengkap. Ada tandas awam, taman permainan kanak-kanak, gerai makan, dan pelbagai lagi. Siap ada menara tinjau lagi untuk membolehkan pengunjung menikmati keindahan air laut Selat Melaka yang terbentang luas.
Walaubagaimanapun, pantai ini bukanlah lokasi yang tepat untuk bermandi-manda. Sekiranya anda ingin membawa anak-anak bermandi-mandi dan berseronok, anda boleh menginap di Gold Coast Morib International Resort. Di resort ini terdapat taman tema air yang sangat menarik untuk percutian bersama keluarga. Pantai Morib ini juga adalah salah tempat menarik di Selangor untuk family day, team building ataupun trip percutian bersama syarikat.
Bintang Kecil dah ada di SeeNI!
Download aplikasi
sekarang!
Pernah tak rasa takut nak pergi sekolah sebab ada orang suka mengejek, menolak, atau menyakitkan hati kita? Ada yang kata itu cuma main-main, tapi sebenarnya buli di sekolah boleh buat seseorang rasa sedih, takut dan hilang keyakinan diri.
Kalau kamu atau kawan kamu pernah alami situasi ni, ingat satu benda penting. Kamu tak bersalah. Dan kamu tak perlu hadap semua ni seorang diri.
Bila dibuli, ramai budak akan fikir, “Aku ni pelik ke?” atau “Mungkin salah aku.”
Sebenarnya tidak. Tiada siapa berhak mengejek, memukul atau memalukan orang lain, walau apa pun sebabnya. Buli di sekolah berlaku kerana sikap pembuli, bukan kerana kelemahan mangsa.
Pembuli mungkin ada masalah sendiri, tapi itu bukan alasan untuk menyakiti orang. Kamu tetap berharga dan layak rasa selamat setiap kali melangkah ke sekolah.
Langkah paling berani ialah bercakap dan minta tolong. Walaupun nampak susah, bersuara boleh menyelamatkan diri kamu.
Kamu boleh beritahu guru, kaunselor sekolah, ibu ayah, atau mana-mana orang dewasa yang kamu percaya. Kalau rasa terlalu takut, mulakan dengan kawan baik dulu.
Apabila buli di sekolah dilaporkan lebih awal, orang dewasa boleh ambil tindakan sebelum keadaan jadi lebih teruk.
Kalau kejadian buli berlaku berulang kali, cuba ingat atau tulis perkara berikut:
Jika buli di sekolah berlaku melalui telefon atau media sosial, jangan padam mesej atau komen tersebut. Simpan tangkap layar kerana ia boleh jadi bukti penting semasa membuat laporan.
Memang sakit hati bila dibuli, tetapi melawan balik atau membalas dendam boleh menyebabkan keadaan menjadi lebih berbahaya.
Jika pembuli bersikap kasar atau datang beramai-ramai, segera cari guru atau minta kawan menemani kamu. Cuba elakkan tempat sunyi seperti tandas kosong atau laluan belakang sekolah.
Ini bukan tanda kamu lemah, sebaliknya tanda kamu bijak menjaga keselamatan diri daripada buli di sekolah.
Jika kamu sering rasa sedih, takut, susah tidur atau hilang selera makan, itu tanda kamu perlukan sokongan emosi.
Berbual dengan kaunselor atau orang dewasa yang memahami boleh membantu melegakan perasaan. Ingat, kamu tidak keseorangan dan perasaan kamu sangat penting.
Buli di sekolah bukan perkara kecil dan bukan gurauan. Ia boleh meninggalkan kesan jangka panjang jika dibiarkan.
Namun, apabila kamu berani bersuara dan meminta bantuan, itu tanda kekuatan sebenar. Dengan satu suara, kamu bukan sahaja melindungi diri sendiri, tetapi turut membantu menghentikan budaya buli supaya sekolah menjadi tempat yang lebih selamat untuk semua.
Bintang Kecil dah ada di SeeNI!
Download aplikasi
sekarang!