Diam tak diam, anak kepada hero Malaya, Remy Ishak, si comel Tuah Alam kini sudah pun berusia satu tahun tiga bulan.
Melalui satu entrinya di akaun Tik Tok, pelakon handalan ini meluahkan rasa syukurnya atas kurniaan tidak terhingga itu buat dirinya dan isteri.
Bahkan Remy atau nama sebenarnya Mohamaad Zalimei Ishak, 42, turut berjanji akan mendidik dan membesarkan anaknya sehabis baik hingga nafasnya yang terakhir.
“Tuah baru 1 tahun 3 bulan, Ayah janji akan jaga Tuah sampai akhir hujung waktu ayah.
Ads
“Ayah janji! ❤️,” tulisnya ringkas di kapsyen.
Apa yang menarik pastinya bonding kedua beranak itu di pantai. Remy dilihat cukup sporting bila menemani Tuah untuk menghasilkan istana pasir sambil ditemani isteri tercinta, Ezza Yusof.
Ads
Begitu juga ketika menemani Tuah di persisiran pantai dan bermain di gigi-gigi air.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen yang singgah ke ruangan komen turut mendoakan buat keluarga kecil Remy sentiasa hidup diberkati Ilahi dan bahagia selalu.
Ads
Untuk rekod, Remy mendirikan rumah tangga dengan Ezza pada 21 Ogos 2021 selepas lapan tahun mereka berkenalan.
Ezza selamat melahirkan cahaya mata sulung yang diberi nama Tuah Alam pada 27 Julai tahun lalu.
Sebut sahaja nama penyanyi cilik berbakat besar, Asyraff Khan, mesti ramai dah kenal siapa dia, kan? Bakat Asyraff Khan mula menyerlah selepas menyertai beberapa program Bintang Kecil, dan sejak itu, langkahnya dalam dunia seni semakin bersinar terang.
Nama Asyraff Khan makin dikenali apabila dia berpeluang bergandingan dengan penyanyi popular, Afieq Shazwan. Menariknya, Asyraff Khan nampak sangat selesa dan tidak kekok langsung ketika bergandingan suara dengan penyanyi yang lebih berpengalaman itu.
Malah, semasa membuat persembahan dalam program terbitan Astro, The Chosen One tahun lalu, Asyraff Khan berjaya mencuri perhatian ramai dengan gaya persembahan yang matang dan penuh emosi. Suara serak-seraknya yang unik, digabungkan dengan nada tinggi yang kuat, menjadikan nyanyiannya begitu istimewa dan mudah diingati.
Tahukah korang, Asyraff Khan juga pernah menjadi Juara Bintang Kecil peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur tahun 2022? Hebat betul!
Walaupun sibuk dengan undangan persembahan, Asyraff Khan tetap tidak mengabaikan pelajarannya. Katanya, rahsia untuk kekal seimbang antara kerjaya dan sekolah ialah menyiapkan kerja sekolah dahulu sebelum mula berlatih menyanyi.
Selain itu, dia juga mendisiplinkan diri untuk hadir ke sekolah setiap hari, tak kira sesibuk mana pun jadualnya. Baginya, tiada alasan untuk ponteng sekolah sebab pendidikan tetap keutamaan nombor satu.
Asyraff Khan bukan sekadar penyanyi cilik biasa tetapi dia adalah contoh terbaik anak muda Gen Alpha yang berbakat, rajin dan berdisiplin tinggi. Bakat nyanyiannya terus berkembang, dan semangat belajarnya pula jadi inspirasi kepada rakan sebaya.
Dengan suara yang luar biasa, semangat juang tinggi dan disiplin yang mantap, tak mustahil nama Asyraff Khan akan terus bersinar di pentas seni tanah air untuk tahun-tahun akan datang!
Bintang Kecil dah ada di SeeNI!
Download aplikasi
sekarang!
Musim peperiksaan dah makin dekat! Mesti ramai tengah gigih baca buku kan? Tapi korang tahu tak ada satu makanan yang boleh bantu otak kita jadi lebih fokus dan tenang masa belajar? Haa, bukan kopi tau tapi dark chocolate!
Menurut pakar kesihatan otak, Dr. Rizal Abu Bakar, dark chocolate ni memang “otak power booster”. Dalam coklat gelap ada bahan semula jadi yang boleh lancarkan aliran darah ke otak, kurangkan stres, dan bantu kita ingat lebih banyak benda. Hebat kan?
Dr. Rizal cakap, bila makan dark chocolate, otak kita jadi laju macam naik dari 3G ke 5G! Maksudnya, kita boleh fokus lebih lama dan cepat faham masa belajar. Coklat ni bukan biasa-biasa, kalau pilih yang 70% koko ke atas, lagi banyak khasiatnya sebab ada polyphenols dan flavonols yang bantu otak aktif!
Dark chocolate bantu tumbuhkan sel otak baru di bahagian memori. Jadi, makin banyak sel otak, makin kuatlah ingatan kita! Tak hairanlah anak-anak Dr. Rizal semua dapat keputusan cemerlang, siap ada yang dapat 4 flat lagi!
Selain bantu fokus, dark chocolate ni juga boleh buat kita rasa tenang dan gembira. Sebab dalam coklat ni ada bahan yang bantu keluarkan hormon bahagia iaitu dopamin dan endorfin. Jadi masa belajar tu, takdelah rasa tertekan sangat.
Dr. Rizal kata, kalau kita boleh bagi otak “pakaian cantik” (nutrien terbaik), barulah dia boleh bekerja dengan baik. Jadi, sebelum belajar atau masa musim exam, cuba minum atau makan sikit dark chocolate (bukan coklat manis biasa tau!).
Jadi lain kali bila rasa susah nak fokus, cuba kunyah sikit dark chocolate. Siapa tahu, lepas ni markah korang pun boleh “naik level” macam 5G!
Bintang Kecil dah ada di SeeNI!
Download aplikasi
sekarang!
Masuk Tahun Satu bukan perkara kecil tau. Bukan dapat pakai uniform besar sikit dan bawa beg berat semata tapi tentang bersedia belajar, berkawan dan jaga diri sendiri.
Ramai ibu bapa fikir, bila anak dah cukup umur, automatik anak dah boleh ke sekolah. Hakikatnya, ada banyak perkara lain yang menentukan sama ada seseorang kanak-kanak itu benar-benar bersedia atau masih perlukan masa.
Jom kita tengok sama-sama, apa tanda-tanda budak dah bersedia ke sekolah.
Bahagian ini berkaitan dengan keupayaan berfikir, fokus dan asas pembelajaran awal.
Korang boleh tanya diri sendiri:
✔️ Boleh ikut arahan 2 atau 3 langkah
Contoh cikgu cakap, “Ambil buku, letak atas meja, lepas tu duduk.”
✔️ Boleh fokus buat satu benda lebih kurang 15 hingga 20 minit
Tak asyik bangun, lari atau main benda lain.
✔️ Kenal huruf ABC, nombor 1 sampai 10 dan warna asas.
✔️ Tahu pegang pensel dengan betul walaupun tulisan belum cantik.
✔️ Suka tanya soalan macam “Kenapa?” dan “Macam mana?” sebagai tanda minat belajar.
Kalau banyak yang korang boleh buat, itu tanda otak dah mula bersedia menerima rutin pembelajaran di sekolah rendah.
Sekolah bukan belajar sorang-sorang. Kita akan berada dalam persekitaran baru bersama ramai kawan dan cikgu.
Tanda-tanda emosi dan sosial yang baik termasuk:
✔️ Boleh berpisah dengan mak ayah tanpa menangis terlalu lama.
✔️ Boleh bermain bersama kawan, tunggu giliran dan berkongsi barang.
✔️ Boleh menyebut perasaan seperti “saya marah” atau “saya sedih” tanpa mengamuk.
✔️ Tak mudah putus asa bila kerja sekolah susah atau silap buat.
✔️ Boleh ikut peraturan mudah dalam kelas seperti angkat tangan dan beratur.
Bahagian emosi ini sangat penting kerana anak yang emosinya stabil lebih mudah menyesuaikan diri di sekolah.
Cikgu ada ramai murid dalam satu kelas. Sebab itu, kanak-kanak perlu ada kemahiran asas urus diri sendiri.
Cuba tengok senarai ini:
✔️ Boleh pergi tandas sendiri.
✔️ Boleh makan sendiri tanpa perlu disuap.
✔️ Boleh pakai dan buka kasut sendiri.
✔️ Tahu jaga beg sekolah, botol air dan barang peribadi.
✔️ Badan cukup kuat untuk duduk belajar beberapa jam walaupun dengan rehat.
Kemahiran fizikal ini membantu anak rasa yakin dan tidak terlalu bergantung kepada orang lain.
Kemahiran komunikasi membantu anak faham apa yang cikgu ajar dan bergaul dengan kawan. Tanda komunikasi yang baik ialah:
✔️ Boleh bercakap menggunakan ayat penuh.
✔️ Boleh bercerita semula apa yang berlaku sepanjang hari.
✔️ Berani bertanya bila tidak faham.
✔️ Boleh menjawab soalan orang dewasa dengan jelas.
✔️ Faham arahan asas dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris.
Ini semua membantu proses pembelajaran berjalan dengan lebih lancar.
Tak bersedia pada umur enam tahun bukan bermaksud gagal.
Yang penting bukan cepat masuk sekolah, tetapi bersedia masuk Tahun Satu dengan gembira, yakin dan emosi yang stabil.
Bila dah benar-benar bersedia, proses belajar akan jadi lebih seronok dan kurang tekanan.
Korang semua hebat dengan cara korang sendiri!
Bintang Kecil dah ada di SeeNI!
Download aplikasi
sekarang!