Gelagat comel anak pasangan selebriti Zahirah MacWilson dan Aiman Hakim Ridza iaitu Isaac Raees sering kali mencuri tumpuan wargamaya dengan kepetahannya.
Menerusi sebuah video yang dimuat naik di Instagram, gelagat comel Isaac Raees yang bertanyakan mengenai kehilangan coklatnya menyebabkan ramai yang berdekah ketawa.
Dengan bukti plastik coklat ditangannya, pertanyaan comel Isaac dengan begitu petah kepada Aiman dan Zahirah buat ramai yang geram.
Ads
“Malam tadi Isaac beli tu, coklat ball..evidence of this.
“Is it daddy? Haa go to jail. Now,” kata Isaac dengan bersungguh.
Ads
Raut wajah comel Isaac yang kelihatan begitu bersungguh inginkan kepastian memang comel. Pun begitu, biarpun mengetahui coklat kegemarannya dimakan oleh bapanya, anak kecil ini tidak marah mahupun menangis.
Dia sebaliknya meminta izin untuk makan coklat itu. Memang anak yang bijak.
Ads
Terdahulu, Aiman dan Zahirah yang mendirikan rumah tangga pada 20 Februari 2020 dikurniakan dua orang cahaya mata, Isaac Raees dan Inara Raisa.
Sedapnya tembikai! Siapa kat sini suka makan tembikai? Angkat tangan! Buah tembikai memang kegemaran ramai tapi walau nampak cantik dari luar, tak semestinya ia selamat dimakan. Ada tembikai yang sebenarnya sudah rosak dan boleh menyebabkan sakit perut, cirit-birit atau muntah kalau kita makan tanpa periksa.
Jadi, jom jadi budak bijak! Di bawah ini ialah 11 tanda tembikai tidak elok yang wajib kita tahu sebelum suap masuk ke mulut.
Isi tembikai yang sedap biasanya berwarna merah terang dan nampak berair. Kalau warnanya pucat, keputihan atau tidak sekata, itu tanda tembikai tersebut tidak masak dengan sempurna dan rasanya juga kurang manis.
Tembikai segar hampir tidak berbau. Jika anda terhidu bau masam, hapak atau bau pelik sebaik sahaja dipotong, itu petanda tembikai sudah mula rosak dan tidak selamat dimakan.
Bila gigit tembikai, sepatutnya terasa rangup dan segar. Jika isinya lembik, berlendir atau terlalu lembut, itu menandakan tembikai sudah lama atau telah dijangkiti bakteria.
Jika terdapat tompok gelap, bintik hitam atau kesan lebam pada isi tembikai, elakkan terus. Ini adalah antara tanda tembikai tidak elok yang sering diabaikan.
Isi yang berserat kasar, berlubang-lubang atau kelihatan aneh bukanlah ciri tembikai yang sihat. Jangan cuba rasa walaupun sedikit.
Tembikai sepatutnya manis secara semula jadi. Jika rasanya pahit, masam atau berbeza daripada biasa, hentikan makan serta-merta.
Kulit tembikai yang elok biasanya keras dan licin. Jika terdapat rekahan, pecah atau lembik apabila ditekan, itu tanda tembikai mungkin sudah rosak dari dalam.
Jika tembikai belum dipotong tetapi sudah mengeluarkan air, ini menandakan proses pereputan telah bermula dan ia tidak selamat dimakan.
Apabila dipotong, tembikai yang segar tidak menghasilkan buih. Jika terlihat buih atau air keruh, itu petanda tembikai sedang mengalami proses fermentasi.
Lubang kecil yang tidak normal pada kulit tembikai boleh menjadi tanda pencemaran atau serangan serangga. Lebih baik elakkan daripada mengambil risiko.
Tembikai yang telah dipotong tidak boleh dibiarkan lama di luar peti sejuk. Walaupun nampak masih elok, bakteria boleh membiak dengan cepat.
Kesimpulannya, walaupun tembikai kelihatan cantik dan menyelerakan, jangan mudah terpedaya. Jika terdapat tanda tembikai tidak elok, lebih baik elakkan daripada memakannya.
Ingat ya, kesihatan lebih penting daripada rasa sedap. Kalau ragu-ragu, beritahu mak ayah dan jangan makan dulu. Jom jadi budak bijak, pilih buah dengan betul dan makan dengan selamat.
Bintang Kecil dah ada di SeeNI!
Download aplikasi
sekarang!
Pada suatu pagi yang cerah, Aiman melangkah ke sekolah dengan senyuman lebar. Hari itu dia sangat teruja kerana membawa bekal kegemarannya, nasi goreng telur yang dimasak oleh ibunya. Dalam beg sekolahnya, terselit juga duit belanja RM5 yang diberikan ayah sebelum keluar rumah.
Di sekolah, Aiman bermain kejar-kejar bersama rakan-rakan semasa waktu rehat. Tiba-tiba, kakinya terhenti apabila ternampak sesuatu di atas lantai berhampiran kantin. Sebuah dompet kecil berwarna biru.
Aiman mengambil dompet itu perlahan-lahan. Dia membuka sedikit dan terkejut melihat banyak duit di dalamnya.
“Wah, banyaknya duit,” bisik Aiman dalam hati.
Beberapa kawannya datang menghampiri.
“Aiman, dompet siapa tu?” tanya Faris.
“Entahlah. Tapi ada banyak duit,” jawab Aiman jujur.
“Kalau simpan je, tak ada orang tahu,” kata seorang lagi kawannya sambil tersenyum nakal.
Aiman terdiam. Dia teringat pesan ibunya, kalau jumpa barang orang lain, pulangkan walaupun tiada siapa nampak. Hatinya berdebar, tapi dia tahu apa yang perlu dibuat.
“Aku nak bagi dekat cikgu,” kata Aiman tegas.
Dia terus pergi ke bilik guru dan menyerahkan dompet itu kepada Cikgu Sara. Tidak lama kemudian, seorang murid perempuan datang dengan wajah risau. Rupanya dompet itu milik Aina.
“Terima kasih, Aiman. Kalau hilang, saya tak tahu nak buat apa,” kata Aina sambil tersenyum lega.
Cikgu Sara memandang Aiman dengan bangga. “Aiman, kamu budak yang sangat jujur. Cikgu bangga dengan kamu.”
Petang itu, Aiman pulang ke rumah dengan hati yang gembira. Walaupun dia tidak mendapat apa-apa hadiah, dia rasa sangat puas.
Malam itu, ibunya memeluk Aiman erat apabila mendengar cerita tersebut.
“Inilah harta paling berharga, Aiman. Hati yang jujur,” kata ibu lembut.
Aiman tersenyum. Dia tahu, berbuat baik walaupun kecil, tetap memberi makna yang besar.
Bintang Kecil dah ada di SeeNI!
Download aplikasi
sekarang!
Sebelum bermula Ramadan pada hujung minggu ini, kebanyakkan sekolah di negara kita mengadakan aktiviti merentas desa yang bermula pada minggu ini.
Seorang wanita yang dikenali sebagai Shaf menarik perhatian ramai apabila menyediakan air minuman tiga tahun berturut-turut kepada murid yang sedang berlari.
Akuinya, dia merasa gembira apabila berpeluang untuk bersedekah dengan cara itu sebagai salah satu usaha untuk membantu murid-murid.
Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Shaf di laman TikToknya, tahun ini menjadi tahun ketiga dia dan suami berbuat demikian.
Jika sebelum ini disediakan air sirap yang dibancuh, namun kali ini dia dan suami memberikan air kotak pelbagai perisa.
Dalam video yang berdurasi hampir satu minit itu, dapat dilihat suami kepada Shaf menyusun air kota dengan rapi di atas meja berhadapan kediamannya.
“Tahun ke tiga berturut-turut kita bagi air kat anak-anak merentas desa ni.
“Kali ini sirap kita dah upgrade ke air kotak. Terima kasih kepada semua kawan-kawan yang terlibat! ‘Pelanggan’ yang paling akhir sekali istimewa.
“Nampaknya rumah kita boleh jadi perhentian utama setiap tahun!” ujarnya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji sikap murah hati Shaf dan suami dalam berkongsi rezeki dan mendoakan agar urusan keluarganya dipermudahkan selalu.