Macam mana nak pastikan anak cukup tidur dan lebih senang untuk tidur? Paling mencabar buat mak ayah. Apa kata cuba tip ini dulu.
Punca anak terlalu aktif susah tidur
* Takut kehilangan sesuatu terutamanya adik-beradik yang lebih tua biasanya beroleh ‘keistimewaan’ untuk tidur lebih lewat
* Rasa takut pada kegelapan
* Mengalami masalah untuk melakukan transisi daripada kesibukan siang kepada rutin malam yang lebih perlahan
Cara tidurkan anak yang susah tidur
Anak kecil memerlukan tempoh tidur antara 11-14 jam sehari. Ia penting untuk memastikan anak mendapatkan waktu rehat di siang dan malam hari yang mencukupi.
Ini kerana anak yang tidak mendapatkan tidur yang diperlukan oleh badan dan minda yang sedang membesar akan lebih kerap meragam dan mudah naik angin.
Mewujudkan tabiat tidur yang sihat dan mengelakkan sebarang rintangan waktu tidur pada si kecil mungkin mengambil masa dan memerlukan kesabaran yang tinggi. Tetapi percayalah ia adalah langkah penting perlu dilakukan oleh ibu bapa untuk kebaikan anak-anak.
Ads
#1. Konsisten dengan jadual bangun tidur
Mengikut jadual harian boleh menyebabkan anak menjadi letih pada masa yang sama setiap hari, jadi pastikan anda mematuhi jadual ini sebaik mungkin – walaupun pada hujung minggu.
#2. Biarkan anak aktif waktu siang dapat bantu anak susah tidur malam
Biarkan si kecil aktif – berlari keliling taman, bermain atau melakukan apa sahaja untuk membolehkan mereka membakar tenaga secukupnya pada siang hari. Ini menjadikan anak lebih mudah tidur apabila tiba waktunya.
#3. Cipta rutin waktu tidur yang santai
Jadikan waktu tidur sebagai waktu yang amat dinantikan anak dengan mewujudkan rutin menenangkan seperti bercerita, mendodoikannya dan memperbanyakkan pelukan dan ciuman.
Ads
#4. Bantu si kecil berehat, antara cara tidurkan anak yang susah tidur
Matikan semua gajet dan peranti, elakkan anak menonton televisyen, malapkan lampu dan mainkan lagu lembut serta menenangkan dalam sejam sebelum waktu tidur supaya fasa peralihan tidak begitu dramatik.
#5. Berikan masa mencukupi untuk rutin tidur
Pastikan rutin tidur seperti mandi, membaca buku, memeluk dan memberikan ciuman dapat diselesaikan sebelum waktu tidur anak. Jika sebaliknya, anda mungkin perlu memulakan rutin tidur lebih awal agar tidak melepasi waktu tidur mereka.
Ads
#6. Galakkan anak tidur sendiri dengan kesayangannya
Jika anak mempunyai bantal atau selimut kesayangan, teddy kegemaran atau mungkin menginginkan sentuhan peribadi ibu seperti baju T yang anda pakai pada hari tersebut, biarkan mereka untuk tidur bersamanya. Mempunyai objek kesayangan atau kegemaran di sisi boleh membantu anak susah tidur malam untuk melelapkan mata.
#7. Tidak perlu memaksa anak pejamkan mata segera
Sekiranya anak sudah berbaring di atas katil, anda tidak perlu memaksanya untuk lena dengan segera. Anda boleh mencuba perkara berikut untuk membuat anak anda terlena:
* Mendengar lagu
* Membaca buku
* Berbual dengan mainan kesayangan
* Memasang zikir bagi yang beragama Islam
Menghadapi anak terlalu aktif susah tidur sememangnya memerlukan kesabaran yang tinggi. Walaupun pada permulaan ia mungkin sukar untuk dilakukan, namun mengamalkan rutin tidur yang baik adalah penting untuk tumbesaran si kecil.
Melihat anak asyik dengan gajet buat mak ayah pening kepala untuk mengawal mereka. Lagi-lagi bila asyik bermain game seharian. Buntu jadinya.
Walau sudah ditegur dengan baik, anak yang semakin membesar menjadi semakin susah untuk dikawal. Apa lagi kepada anak yang makin meningkat remaja.
Menurut perkongsian Dr Redza Zainol, sibukkanlah waktu anak agar anak tidak mempunyai masa untuk bermain di telefonnya.
Jom ikuti perkongsian dari beliau.
Anak asyik main game sebab terlalu banyak masa lapang. Sebab tu kena sibukkan anak remaja dengan rutin dan jadual yang padat.
Cara yang saya guna:
1. Setiap petang, mesti keluar rumah untuk beriadah. Boleh main bola, joging dan buat apa sahaja aktiviti untuk keluarkan peluh.
2. Yang saya sangat belajar ialah mak ayah pun ikut beriadah dengan anak. Membuatkan bonding kita dengan anak jadi lebih baik.
Penat atau tak, saya pun kena keluar beriadah dengan anak.
3. Beri kelas tambahan untuk tambah skil baru. Contohnya, kelas karate, kelas berenang dan kelas mengaji.
4. Bila dah sibuk, lama-lama dia pun dah tak teringin nak main game.
Baru-baru ni saya tanya anak saya, ada lagi ke rasa nak main game. Walaupun hujung minggu ada je slot untuk dia berehat tapi dia dah kurang minat dengan game.
Masalah anak yang kencing di malam hari memang memenatkan ibu. Bukan saja penat menguruskan anak tetapi perlukan usaha berterusan untuk membasuh tilam, cadar dan sebagainya setiap hari.
Penat dan buntu. Namun apa sebabnya masalah anak kencing malam ini? Menurut perkongsian Dr Redza Zainol, anak yang bermasalah kencing malam ini bukanlah salah mereka namun ia disebabkan oleh banyak faktor. Ikuti perkongsian beliau.
“Saya pening anak saya hari-hari kencing atas katil. Dah besar panjang masih menyusahkan.”
Cepat-cepat saya tenangkan keadaan. Selepas saya periksa, anaknya baik saja. Tak ada tanda-tanda gangguan saraf yang menyebabkan anak terkencing tanpa kawalan sepanjang masa.
Saya kongsikan sedikit tips untuk ibu ayah yang anak sering terkencing atas katil.
Selalunya kanak-kanak mula berhenti kencing malam selepas usia 5-6 tahun. Namun 6.2% kanak-kanak usia 7-12 tahun masih lagi kencing waktu malam.
Terkencing waktu malam atau nama lainnya Nocturnal Enuresis, sebenarnya bukan salah anak kita. Kalau selalu dimarah atau dimalukan anak boleh jadi tertekan sampai rasa rendah diri.
Punca anak kencing malam:
Ruang pundi kencing yang kecil. Kurang hormone vasopressin semasa tidur. Vasopressin penting untuk kurangkan penghasilan kencing di waktu malam.
Tip untuk ibu bapa
* Beri anak minum air secukupnya pada waktu siang.
* Bawa anak kerap ke tandas, 4-7 kali sehari dan paling penting pastikan anak kencing sebelum tidur.
* Guna alas tilam yang kalis air (waterproof mattress protector)
* Beri ganjaran kepada anak jika dia tidak kencing malam.
* Beri sticker kegemaran anak ialah satu contoh bentuk ganjaran yang selalu diguna.
* Hanya benarkan anak minum 2 jam sebelum tidur.
* Elak beri minuman berkafein seperti kopi dan cola, ia akan buat anak lebih kerap kencing.
Nampaknya kita sudah hampir ber’yak’ ‘yak’ ‘yeah’ kerana cuti sekolah penggal pertama hampir tiba.
Bagi yang kawan-kawan yang tinggal di Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu, korang akan mula bercuti pada 24 Mei 2024 hingga 2 Jun 2024 selama 10 hari.
Manakala bagi yang bersekolah di Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Labuan dan Wilayah Persekutuan Putrajaya, korang akan bermula 25 Mei 2024 hingga 2 Jun 2024 iaitu 9 hari.
So, korang boleh la plan nak buat aktiviti apa dengan kawan-kawan sepanjang cuti sekolah ini.
Tapi kena ingat ya! Lakukan aktiviti yang berfaedah dan jangan sia-siakan waktu cuti ini.
Setiap pagi, ibu bapa pastinya sibuk menyediakan bekal makanan untuk anak-anak ke sekolah. Namun, selain makanan jasmani, anak-anak juga memerlukan bekalan rohani dan emosi...