Seperti mana mamanya yang banyak gelagat mencuit hati ketika LIVE, begitu jugalah dengan anak bongsu MuaBellaz. Bukan saja comel tetapi telatah anak bongsu pempengaruh media sosial itu, Wara, sering menarik perhatian ramai. Ada saja benda yang dibuat yang mengusik hati.
Melalui sebuah video yang dikongsikan pemilik akaun Instagram ain.fatin.lyana, yang telah mengambil sedutan sesi LIVE MuaBellaz bersama anaknya telah mengundang tawa orang ramai kerana gelagat Wara yang ‘menguji’ kesabaran mamanya.
Ads
Pada awalnya, dua beranak ini menyanyi sebelum Wara menjawab soalan MuaBellaz ketika ditanyakan apa yang ada pada muka mama. Dengan selamba dia memberitahu di wajah mama ada jerawat.
Ads
Mendengarkan jawapan Wara, MuaBellaz mengiyakan kata-kata anaknya itu. Walaupun begitu, dia sempat berpesan supaya tidak menegur wajah orang seperti itu.
Ads
Kemudian MuaBellaz meminta Wara untuk mempromosikan maskara. Dalam kesibukan mamanya bercakap tanpa disedari Wara telah membuka penutup maskara dan memakainya. Habis comot!
Apabila melihat wajah anaknya itu, MuaBellaz terperanjat dan segera mengambil tisu untuk membersihkan kesan maskara tersebut. Alahai, macam-macam ragam ya Wara! Makin lama, makin menurun minat mekap mama. Sikit je lagi pandailah pakai maskara tak comot dah kan?
Bintang Kecil dah ada di SeeNI!
Download aplikasi
sekarang!
Anak takut nak jumpa doktor gigi apa mak ayah nak buat? Jangan risau. Ada penyelesaiannya di sini.
Temu bual salah seorang doktor dalam bidang Pemulihan dan Estetika Pergigian (Restorative and Aesthetic Dentistry), iaitu Dr Ibrahim Shahruddin ini pasti membantu masalah mak ayah.
Menurut beliau punca utama menyebabkan ramai kanak-kanak takut untuk berjumpa dengan doktor gigi adalah kerana mereka tidak didedahkan untuk berjumpa dengan doktor gigi pada seawal tahun pertama kehidupan atau ketika gigi susu pertama muncul.
“Berjumpa dengan doktor gigi bukanlah satu perkara yang menjadi satu kebiasaan bagi rata-rata masyarakat Malaysia. Kanak-kanak biasanya hanya akan dibawa berjumpa doktor apabila sudah berdepan dengan masalah gigi seperti karies gigi,” jelas Dr Ibrahim.
Terdapat juga kanak-kanak yang pertama kali mendapatkan rawatan pergigian ketika di sekolah. Dan lebih ‘memburukkan’ keadaan apabila mereka dirawat dengan jururawat pergigian yang garang. Ini sekali gus menambahkan lagi rasa takut mereka untuk berjumpa doktor gigi.
Bagi Dr Ibrahim, masalah ini sebenarnya boleh diatasi sekiranya tahap kesedaran dalam kalangan ibu bapa adalah tinggi dalam aspek penjagaan pergigian anak-anak. Beliau turut menambah, pada hakikatnya kos untuk mencegah itu adalah sesuatu yang lebih murah dan lebih baik daripada kos yang perlu dikeluarkan untuk merawat apabila sesuatu keadaan sudah menjadi lebih kronik dan serius.
Bagi ibu bapa yang berdepan dengan isu anak takut untuk berjumpa doktor gigi, berikut adalah beberapa perkongsian tip yang boleh dicuba bagi mengatasi masalah ini:
Biasakan anak untuk berjumpa dengan doktor. Tip ini boleh dilakukan pada seawal usia setahun atau ketika anak anda baru mendapat gigi susu yang pertamanya.
Bagi kanak-kanak pula, ia mungkin sedikit sukar untuk membuang rasa takut berjumpa doktor. Tetapi jangan berputus asa. Langkah pertama, biasakan anak anda untuk bertemu dengan doktor. Mungkin pada kali pertamanya hanya sekadar berjumpa dan berbual. Ini adalah untuk membiasakan diri anak dengan doktor gigi.
Sebaiknya hindari daripada menggunakan sebarang paksaan. Mungkin pada kali pertama anda membawa anak berjumpa doktor, ia hanya akan memakan masa tidak sampai 5 minit, apabila akhirnya anak anda meraung dan menangis. Kesabaran adalah kunci utama.
Ia mungkin akan mengambil masa dan memerlukan anda untuk membawa anak anda berjumpa doktor gigi untuk beberapa kali sebelum mereka benar-benar selesa dan tidak takut untuk berjumpa doktor gigi. Tetapi jangan putus asa.
Sebenarnya masalah takut untuk berjumpa doktor gigi ini bukan sahaja berlaku dalam kalangan kanak-kanak, tetapi wujud pada individu dewasa. Jika tidak, takkan muncul petua menggunakan minyak motor untuk merawat sakit gigi, bukan?
Jadi, jika anda merupakan antara individu yang mungkin mempunyai rasa takut mahupun trauma untuk berjumpa doktor gigi, cuba untuk beranikan diri dan kuatkan semangat. Seperti kata Dr. Ibrahim, anda tidak perlu terus untuk melakukan rawatan pada kali pertama, mungkin sekadar mendapatkan konsultasi. Lawanlah rasa takut anda, anda boleh melakukannya.
Sumber: Health Group
Bintang Kecil dah ada di SeeNI!
Download aplikasi
sekarang!
Kelebihan anak tunggal selalu diperkatakan, tapi realitinya tak semua orang betul-betul faham. Korang pernah dengar tak orang cakap anak tunggal ni selalu dimanjakan, asyik dapat apa saja dan tak pandai berdikari? Sebenarnya… tak betul pun! Ramai pakar termasuk Dr Tengku Asmadi kata anak tunggal ni sebenarnya hebat, kuat dan bijak urus diri. Kadang orang luar nampak macam manja, tapi bila dah besar, dialah yang paling berdikari dan matang. Macam hero atau heroin dalam cerita, nampak lembut tapi sebenarnya kuat.
Dr Tengku Asmadi pun selalu jumpa anak tunggal yang akademik tip-top, akhlak elok dan sangat bertanggungjawab. Rahsianya? Bukan sebab dia anak tunggal, tapi sebab cara mama dan papa besarkan dia. Kalau mak ayah pandai didik, anak tunggal boleh jadi insan paling kuat dan berdikari dalam keluarga.
Jom tengok apa kelebihan anak tunggal yang selalu orang tak tahu!
Anak tunggal ni biasanya kemas dan teliti. Mereka suka susun barang sendiri, tak kira buku, mainan atau jadual harian. Sebab dari kecil dah dibiasakan jaga barang sendiri. Mereka pun biasanya menepati masa dan tak suka buat kerja sambil lewa. Dalam kelas, mereka jenis yang cepat faham dan boleh urus diri tanpa disuruh banyak kali.
Orang luar selalu kata anak tunggal manja. Tapi sebenarnya… semua budak pun manja masa kecil! Bila dah besar, anak tunggal ni bijak buat keputusan sendiri dan tak suka susahkan orang. Mereka tak heboh bila buat sesuatu. Diam-diam je, tahu-tahu dah siap kerja sekolah, dah kemas bilik, dah urus benda sendiri. Power betul! Inilah antara kelebihan anak tunggal yang ramai tak sedar.
Sebab mama papa banyak masa untuk tumpukan perhatian, anak tunggal jadi lebih fokus dan semangat nak berjaya. Mereka akan cuba yang terbaik supaya buat mak ayah bangga. Sebab itu ramai anak tunggal cemerlang dalam pelajaran, sukan atau apa saja bakat yang mereka minat. Macam pemain solo dalam pasukan, mereka bersinar sebab berani cuba!
Ini memang betul. Anak tunggal sangat suka berjalan, keluar rumah dan cuba benda baru! Mereka suka ikut mak ayah pergi jalan-jalan, tengok tempat menarik dan belajar dari pengalaman. Ada yang suka travel sampai luar negara. Mereka tak kisah berjalan dengan kawan atau dengan mama papa saja, sebab semua bagi mereka seronok dan penuh pengalaman.
Orang kata anak tunggal anti-sosial, tapi hakikatnya, merekalah yang paling senang buat kawan. Pandai borak, pandai sesuaikan diri dan tak cepat rasa janggal.
Kesimpulannya, jadi anak tunggal bukan kekurangan, tapi kelebihan! Korang ada ruang belajar jadi berdikari, jadi matang, jadi kreatif dan jadi diri korang yang paling kuat. Kelebihan anak tunggal ini menjadikan mereka unik dan berpotensi besar untuk berjaya dalam apa jua bidang.
Untunglah korang yang anak tunggal, sebab dunia ni luas untuk korang terokai. Dan mama papa pula ada korang sebagai satu-satunya permata hati yang sangat istimewa.
Bintang Kecil dah ada di SeeNI!
Download aplikasi
sekarang!
Korang pernah tengok orang salam cikgu atau pengetua dengan dua tangan? Haa, inilah yang buat ramai orang tersenyum dan rasa terharu bila tengok satu video tular yang memaparkan adab baik Humairah, anak sulung kepada pempengaruh, Shuhada Shukri. Aksi kecil tapi penuh makna ini bukan saja buat orang kagum, malah buat ramai yang sebak.
Humairah yang berusia 8 tahun merupakan anak sulung kepada Shuhada Shukri. Walaupun membesar dan bersekolah jauh di Australia, Humairah berjaya mencuri perhatian ramai kerana sikap sopan dan adabnya yang sangat cantik. Video tersebut menjadi tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi positif daripada netizen.
Dalam rakaman itu, Humairah menerima pingat serta sijil selepas dinobatkan sebagai Best Student di sekolahnya di Melbourne. Bukan calang-calang pencapaian apabila seorang pelajar asing berjaya menonjol bukan sahaja dari segi akademik, tetapi juga sahsiah diri.
Apa yang benar-benar menyentuh hati ramai orang ialah adab baik Humairah ketika bersalaman dengan pengetua sekolahnya. Dengan penuh hormat, Humairah menghulurkan kedua-dua tangannya dan mencium tangan pengetua tersebut. Reaksi pengetua yang kelihatan terkejut namun tersenyum jelas menunjukkan rasa terharu dengan tindakan kecil tetapi penuh makna itu.
Menurut ibunya, Shuhada, Humairah merupakan satu-satunya murid yang bersalaman dengan cara begitu. Malah, pengetua tersebut dilihat membuat mimik muka “awww” seolah-olah benar-benar tersentuh dan rasa dihargai.
Selain menampilkan adab baik Humairah, Shuhada turut berkongsi rasa bangga terhadap kejayaan anaknya. Humairah bukan sahaja cemerlang dalam pelajaran, malah aktif dalam aktiviti kokurikulum. Lebih membanggakan, dia berjaya meraih tempat pertama daripada 78 orang pelajar lain di sekolah tersebut.
Bagi Shuhada, kejayaan sebenar bukan sekadar pada markah atau anugerah, tetapi pada akhlak, adab, dan senyuman yang sentiasa terukir di wajah Humairah. Nilai-nilai inilah yang menjadi asas pembentukan diri seorang insan yang seimbang.
Ruangan komen dibanjiri dengan kata-kata pujian. Ramai yang mengakui sebak melihat adab anak Malaysia yang masih dijaga walaupun berada di luar negara. Ada juga yang memuji Shuhada kerana berjaya mendidik anak dengan seimbang, pandai, berdisiplin, dan berbudi bahasa.
Tidak kurang juga yang menyatakan bahawa adab baik Humairah mencerminkan didikan keluarga dan budaya Timur yang penuh dengan nilai hormat serta kasih sayang.
Bintang Kecil dah ada di SeeNI!
Download aplikasi
sekarang!