Budaya membaca perlu diterapkan dalam diri anak-anak sejak mereka kecil. Kalau diajar untuk banyak membaca, secara automatik itulah yang akan jadi kegemaran mereka. Nak belajar tak semestinya dengan pendedahan gajet, membaca sebenarnya lebih baik kerana anak fokus dan akan belajar memahami sesuatu fakta atau cerita dengan lebih mendalam.
Budaya membaca telah diterapkan dalam keluarga Dato’ Dr Sheikh Muszaphar. Menurutnya, dia memang akan banyak membaca untuk anak-anak. Amalan ini dimulakan sejak anak-anaknya masih kecil.
Ads
Selain dapat belajar pelbagai perkataan baru dan peka dengan banyak cerita, sedikit-sebanyak dapat menggalakkan anak juga suka membaca.
Ads
Tambah angkasawan pertama Malaysia ini lagi, kini anak kembar lelakinya pula suka membaca untuk adik-adik mereka. Menurut Dr Sheikh Noah suka membaca untuk Emelia manakala Adam suka membaca untuk Eusoff.
Ads
“Kami ada sudut membaca di rumah. Banyak buku yang ada dan itulah tempat kegemaran anak-anak. Kami amalkan membaca 10 minit sebelum masuk waktu tidur.”
Di dalam video yang dikongsikan Dr Sheikh di media sosialnya, kelihatan Noah dan Emelia sedang membaca sebuah buku yang mengisahkan tentang terumbu karang. Noah membaca dengan gaya tersendiri dan Emelia pula tekun mendengar. Bagus betul didikan Dr Sheikh dan isteri pada anak-anak mereka!
Bintang Kecil dah ada di SeeNI!
Download aplikasi
sekarang!
Setiap kali pergi sekolah, mesti ada je benda yang hilang. Kadang pensil, kadang pemadam. Pensil warna pun tiba-tiba bertukar entah macam mana!
Mak ayah pun garu kepala, “Eh, baru beli minggu lepas!” Tapi kenapa pensil hilang ni asyik jadi, ya? Jom kita sembang!
Ada sorang penulis, nama dia Encik Fhais Salim, cakap benda ni berlaku sebab kita diajar berkongsi terlalu awal! Haa, pelik kan? Tapi masuk akal juga bila fikir balik kenapa pensil hilang tanpa kita sedar.
Kita semua kan suka berkongsi, bagus tu! Tapi kalau kita belum faham apa maksud “barang aku” dan “barang orang lain”, nanti semua benda pun rasa macam boleh bagi je. Kawan mintak pensil? “Nah, ambiklah!”
Lepas tu tak minta balik sebab rasa segan. Lama-lama… hilang teruslah pensil tu! Inilah antara sebab utama kenapa pensil hilang tanpa kita sedar.
Kalau nak guna barang orang, kena minta izin dulu. Dah guna, kena pulangkan balik. Macam pinjam mainan, kan? Takkan nak simpan terus.
Kalau kita tak tahu beza ni, kita akan senang bagi barang orang pinjam tanpa fikir panjang. Sebab tu pensil, pemadam, pembaris, semua “lesap” satu-satu. Kesian mak ayah, asyik kena beli baru tiap bulan!
Kesimpulannya, kalau pensil hilang lagi lepas ni, jangan terus sedih atau marah. Mungkin sebab kita belum betul-betul faham apa maksud “barang aku”.
Jom sama-sama belajar jaga barang sendiri. Bukan je nampak kemas, tapi mak ayah pun mesti bangga!
Bintang Kecil dah ada di SeeNI!
Download aplikasi
sekarang!
Siapa sini suka curi-curi buka peti sejuk bila lapar? Kadang-kadang perut dah berkeroncong, tapi malas nak panaskan makanan. Haa… berita baik! Rupanya ada makanan sedap makan sejuk yang memang lagi best kalau terus makan.
Bukan sebab malas ya, tapi memang tekstur dan rasa dia jadi lebih ngam bila sejuk. Ada yang kulit tak lembik, ada yang tak hanyir, dan ada juga yang kekal sedap tanpa perlu microwave.
Jom tengok senarai makanan yang korang boleh terus makan lepas keluarkan dari peti ais, jimat masa dan jimat tenaga.
Ayam goreng antara contoh klasik makanan yang tak perlu dipanaskan semula. Bila dipanaskan balik, kulit dia mudah jadi lembik. Tapi kalau makan sejuk, masih ada rasa rangup sikit dan isi tak kering.
Telur hancur bila dipanaskan semula selalunya jadi berair dan rasa pelik. Kalau simpan dalam peti sejuk, makan terus pun masih sedap, terutama kalau dimakan dengan roti atau nasi.
Sushi memang dicipta untuk dimakan sejuk. Kalau dipanaskan, nasi akan keras dan ikan mentah hilang rasa asal. Inilah contoh terbaik makanan sedap makan sejuk yang memang tak boleh panas-panas.
Bayam yang telah dimasak tidak digalakkan dipanaskan semula kerana kandungan nutrisinya boleh berubah. Makan sejuk atau campur dalam salad lebih selamat dan segar.
Kalau nasi baru disimpan dan tak terlalu lama, nasi sejuk masih boleh dimakan. Ada orang suka makan nasi sejuk dengan lauk kering kerana teksturnya lebih padat.
Ikan bila dipanaskan semula selalunya jadi kering dan berbau kuat. Jika ikan disimpan dengan betul, makan sejuk boleh jadi pilihan yang lebih sedap dan selamat.
Beef bacon yang dipanaskan semula mudah jadi keras. Makan sejuk atau tabur atas salad menjadikan rasanya lebih seimbang dan tidak terlalu liat.
Pasta bersos krim bila dipanaskan semula selalunya berketul. Jika dimakan sejuk, tekstur lebih stabil dan rasanya masih kekal sedap.
Salad memang kawan baik peti sejuk. Sayur kekal rangup bila sejuk, dan inilah jenis makanan sedap makan sejuk yang paling selamat dan menyegarkan.
Kentang lenyek akan berubah tekstur bila dipanaskan semula. Kalau dimakan sejuk, ia masih lembut dan senang dimakan, terutama sebagai sampingan.
Pizza dengan topping tebal selalunya jadi lembik bila dipanaskan. Ramai orang sebenarnya suka pizza sejuk kerana rasa keju dan topping lebih ‘solid’.
Kentang goreng memang musuh microwave. Panaskan balik confirm lembik. Makan sejuk masih boleh layan, terutama kalau jenis kentang tebal.
Sayur panggang seperti lobak dan brokoli ada rasa manis semula jadi. Bila sejuk, rasa ini masih kekal dan sesuai dicampur dalam salad.
Udang dan kerang bila dipanaskan semula jadi liat. Jika disimpan dengan betul, makan sejuk lebih selamat untuk gigi dan perut.
Telur rebus memang lebih sedap dimakan sejuk. Jika dipanaskan, telur boleh jadi keras macam getah dan hilang keenakan asal.
Tak semua makanan kena panas-panas baru sedap. Ada banyak makanan sedap makan sejuk yang jimat masa, jimat tenaga dan masih mengenyangkan.
Namun, jika makanan sudah disimpan terlalu lama, berbau pelik atau berubah warna, elakkan daripada makan. Kesihatan tetap paling penting.
Selamat memburu makanan dalam peti sejuk!
Bintang Kecil dah ada di SeeNI!
Download aplikasi
sekarang!
Korang tahu tak, anak kepada pelakon dan usahawan terkenal Fazura iaitu Nur Fatima Aisya rupanya ada peminat sendiri yang sangat comel! Walaupun masih kecil, kehadiran Nur Fatima Aisya ternyata mampu mencuri perhatian ramai, termasuk kanak-kanak seusia dengannya.
Baru-baru ini, satu video tular di media sosial telah buat ramai orang tersenyum dan rasa terhibur. Dalam video tersebut, kelihatan seorang kanak-kanak kecil yang nampak sangat teruja apabila melihat Nur Fatima Aisya secara dekat. Cara dia tersenyum, ketawa kecil dan memandang Fatima dengan penuh rasa suka benar-benar buat hati cair. Reaksi spontan itu nampak ikhlas dan polos, sesuai dengan dunia kanak-kanak yang penuh kejujuran.
Walaupun Nur Fatima Aisya masih kecil, popularitinya tidak boleh dinafikan. Ramai yang gemar melihat gelagatnya yang ceria, sopan dan penuh adab ketika bersama mama tersayang, Fazura. Setiap kali muncul di khalayak, Fatima sering mempamerkan sikap manja tetapi berdisiplin, membuatkan ramai jatuh sayang.
Sebab itulah apabila muncul peminat cilik yang menunjukkan minat terhadap Nur Fatima Aisya, ramai netizen merasakan ia satu momen yang sangat manis. Ia bukan sesuatu yang biasa kerana kebiasaannya kanak-kanak seusia akan bersikap malu-malu atau tidak kisah dengan orang lain. Namun, peminat kecil Fatima ini jelas berbeza.
Peminat comel Nur Fatima Aisya ini kelihatan benar-benar gembira dapat bertemu dengannya ketika berada di Singapura. Wajah ceria dan senyuman lebar jelas menggambarkan rasa teruja yang sukar disembunyikan. Malah, kanak-kanak tersebut sempat memberikan hadiah kecil sebagai tanda suka dan kasih sayang.
Tidak cukup dengan itu, si kecil ini turut memberikan ‘mini love’ kepada Nur Fatima Aisya. Momen tersebut dirakam dengan penuh kehangatan dan menjadi antara sebab utama video ini tular. Ramai yang bersetuju bahawa interaksi sebegini sangat jarang dilihat dan cukup menyentuh perasaan.
Fazura sendiri dilihat sangat terharu dan gembira dengan reaksi peminat kecil tersebut. Sebagai seorang ibu, sudah tentu perasaan bangga itu hadir apabila melihat anaknya disukai orang lain kerana sikap dan keperibadiannya, bukan semata-mata kerana status atau populariti.
Bagi Fazura, situasi ini pastinya menjadi satu momen bermakna. Ia seolah-olah membuktikan bahawa Nur Fatima Aisya membesar dalam persekitaran yang penuh kasih sayang, nilai murni dan contoh yang baik. Apabila kanak-kanak dibesarkan dengan penuh perhatian dan didikan positif, aura tersebut dapat dirasai oleh orang sekeliling.
Kisah Nur Fatima Aisya dan peminat comelnya ini sebenarnya membawa satu mesej yang cukup indah. Ia mengajar kita bahawa berkawan itu adalah sesuatu yang menyeronokkan dan tidak mengenal usia. Sama ada kecil atau besar, keikhlasan dan senyuman mampu mencipta hubungan yang manis.
Dalam dunia yang serba pantas hari ini, momen kecil seperti ini mengingatkan kita tentang keindahan hubungan sesama manusia. Kadangkala, perkara paling ringkas seperti senyuman dan sikap baik sudah cukup untuk membuatkan seseorang rasa dihargai.
Siapa tahu selepas ini, Nur Fatima Aisya akan bertemu lebih ramai lagi kawan-kawan baru yang comel dan ikhlas seperti ini. Pastinya setiap pertemuan kecil itu akan terus mencipta kenangan indah yang sukar dilupakan.
Bintang Kecil dah ada di SeeNI!
Download aplikasi
sekarang!