YouTuber popular yang cukup disukai kanak-kanak, Aqil Zulkiflee menamatkan zaman bujangnya selepas selamat bernikah dengan gadis pilihan hatinya, Nur Iliyaa Jasmina Roslan semalam.
Menerusi perkongsian yang dibuat akan TikTok Faridismproduction, Aqil menyerahkan mas kahwin sebanyak RM100 kepada isterinya.
YouTuber yang sangat terkenal dalam kalangan kanak-kanak ini turut membuat siaran langsung di saluran YouTube serta TikTok miliknya sewaktu sesi ijab dan qabul berjalan.
Ads
“Cinta pertama dan terakhir hingga ke syurga, Aqil dan iliya ❤️,” tulisnya di kapsyen.
Ads
Beberapa keping gambar turut dikongsikan Aqil ketika majlis berlangsung.
Ads
Aqil yang segak berbusana warna off white dan kekuningan ini tampil segak bergaya. Begitu juga dengan isterinya yang cukup cantik, manis dan sepadan.
Seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun meninggal dunia selepas lemas ketika cuba menyelamatkan adiknya yang terjatuh ke dalam parit besar di Kampung Permatang Tepung, Pahang.
Kejadian berlaku sekitar jam 6.30 petang ketika mangsa, Muhammad Alif Fahmi Abdullah, bersama adiknya yang berusia sembilan tahun dan beberapa rakan sekampung sedang menangkap ikan laga di kawasan parit tersebut.
Menurut rakan mangsa, Amirul Hakimi Mahyuddin, 12, adik mangsa tergelincir lalu jatuh ke dalam parit yang mempunyai arus deras. Amirul berjaya menarik adik mangsa, Muhammad Rayan Firrdaus, keluar dari parit.
Bagaimanapun, Muhammad Alif yang terjun untuk membantu adiknya telah dihanyutkan arus kuat ke arah pembetung.
“Saya sempat nampak tangannya sekejap sebelum dia tenggelam. Air berpusing dengan laju,” kata Amirul.
Sebelum kejadian, mangsa dan adiknya sempat mengumpulkan kira-kira 30 ekor ikan laga untuk dibawa pulang dan dipelihara.
Bapa mangsa, Abd Rahim Saidin, 40, berkata dia dimaklumkan mengenai kejadian itu oleh jiran sebelum bergegas ke lokasi yang tidak jauh dari rumah mereka.
Penduduk kampung membantu usaha mencari mangsa dan mayatnya ditemui sekitar jam 7.15 malam selepas azan dilaungkan sebanyak dua kali.
Dalam nada sebak, bapa mangsa berkongsi rasa terkilan kerana tidak membenarkan anaknya memakai kasut sekolah baharu berwarna hitam untuk majlis graduasi Sekolah Kebangsaan Merchong Jaya.
Katanya, kasut tersebut dibeli oleh ibu mangsa dan disimpan untuk kegunaan sesi persekolahan akan datang.
Bintang Kecil dah ada di SeeNI!
Download aplikasi
sekarang!
Pernah tak korang jadi macam ni? Tengah duduk diam dalam kelas, tiba-tiba mulut terbuka besar…“Haaammmm~”
Lepas tu kawan sebelah pun ikut menguap. Eh, kenapa ya badan kita suka buat macam ni bila mengantuk?
Ramai orang fikir menguap itu tanda bosan atau tak minat dengan apa yang berlaku sekeliling. Hakikatnya, tanggapan itu tidak sepenuhnya betul.
Menguap sebenarnya ialah salah satu cara badan kita berkomunikasi dengan otak. Ia berlaku secara semula jadi dan selalunya tanpa kita sedar.
Bila kita kurang tidur, terlalu penat, atau fokus terlalu lama, otak kita mula bekerja dengan kurang efisien. Pada waktu inilah badan menghantar isyarat tertentu untuk memastikan kita kekal sedar.
Salah satu isyarat itu ialah… menguap.
Korang tahu tak bila kita menguap, ada beberapa perkara berlaku serentak:
Udara ini bantu sejukkan otak dan boleh buat mata segar walaupun sekejap. Walaupun tak lama, tapi cukup untuk bantu otak berfungsi dengan baik dalam tempoh singkat.
Sebab itulah lepas menguap, kita selalu rasa lega atau lebih segar walaupun hanya sekejap.
Soalan ini sering bermain di fikiran ramai orang. Jawapannya berkait rapat dengan keperluan badan untuk berehat.
Bila badan penat, sistem saraf menjadi perlahan. Menguap bantu rangsang semula otak supaya kita tak terus tertidur, lebih-lebih lagi waktu kita di sekolah.
Dalam erti kata lain, menguap ialah cubaan terakhir badan untuk kekal sedar sebelum ia benar-benar memerlukan tidur.
Ini bahagian paling menarik dan kelakar.
Pernah perasan, bila kita nampak orang lain menguap, tiba-tiba kita pun rasa nak ikut?
Ini berlaku kerana otak manusia sangat peka terhadap tingkah laku orang sekeliling. Ia berkait dengan empati dan kebolehan kita untuk “meniru” perasaan orang lain tanpa sedar.
Sebab itulah menguap dianggap sebagai satu perbuatan yang berjangkit, walaupun ia bukan penyakit.
Jika anda kerap menguap sepanjang hari, itu bukan bermaksud anda malas. Sebaliknya, ia mungkin tanda badan anda sedang keletihan.
Antara punca biasa termasuk:
Badan kita sangat bijak. Ia tahu bila masa untuk bekerja dan bila masa untuk berhenti seketika.
Daripada mengabaikan isyarat badan, lebih baik kita dengar dan bertindak.
Antara perkara mudah yang boleh dilakukan:
Ingat, korang menguap tak salah pun tapi cara badan beritahu kita ia perlukan perhatian.
Jadi lain kali bila badan menguap, jangan marah atau malu. Dengarlah isyarat itu, kerana badan kita sebenarnya sedang menjaga kita dengan cara yang paling semula jadi.
Bintang Kecil dah ada di SeeNI!
Download aplikasi
sekarang!
Lain dari yang lain. Jika biasanya rombongan sekolah naik bas, lain pula kisahnya sebuah sekolah tadika di Kuantan yang membawa anak-anak muridnya menaiki kapal terbang untuk lawatan ke Kuala Lumpur.
Melalui satu akaun Tik Tok aznia.razizan, kesemua anak-anak murid merasai pengalaman paling manis bila di bawa oleh guru mereka menaiki penerbangan Kuantan-Kuala Lumpur.
Menurut perkongsian, kos yang dianggarkan adalah sekitar RM300 hingga RM350 termasuk kesemua perjalanan untuk menaiki kapal terbang, ERL, lawatan ke Petrosains serta makan dan minum.
Pun begitu dimaklumkan ibu bapa hanya perlu membayar sekitar RM170 hingga RM180 sahaja untuk kesemua perjalanan itu.
Meninjau diruangan komen rata-rata wargamaya memuji usaha cikgu untuk memberi pengalaman paling bermakna buat anak-anak.
Tidak hanya satu pengalaman baru bahkan keseronokkan terbang di udara bersama kawan-kawan pastinya satu pengalaman yang cukup bermakna buat mereka.
Bintang Kecil dah ada di SeeNI!
Download aplikasi
sekarang!