Ads

Aktiviti Cuti Sekolah Paling Best, Idea Fun & Powerful Untuk Masa Lapang!

Aktiviti cuti sekolah datang lagi! Cuti sekolah paling seronok bila korang ada banyak masa nak explore benda baru. Tak payah tunggu jauh-jauh atau mahal-mahal, banyak je aktiviti dekat rumah atau dengan keluarga yang boleh buat korang rasa macam “Wow, bestnya cuti aku!”

Kalau korang tengah blur nak buat apa, jangan risau. Senarai idea ni memang khas untuk buat cuti korang jadi paling legend! Jom tengok idea paling cool untuk korang cuba.

Aktiviti Cuti Sekolah Paling Best, Idea Fun & Powerful Untuk Masa Lapang!

 

1. Bina ‘Fort Kingdom’ Korang Sendiri

Kumpul bantal, selimut, kerusi dan TADAA! Jadilah istana rahsia macam dalam kartun. Dekat dalam tu nanti korang boleh baca komik, makan snek atau main lampu suluh. Feeling adventurous habis! Kadang-kadang, bila bosan tengah hari, fort ni boleh jadi tempat lepak paling selesa.

2. Buat Jurnal Cuti Sekolah

Gunakan buku kosong, hias dengan sticker, lukis, tampal gambar, atau tulis cerita setiap hari. Nanti bila sekolah buka balik, korang boleh tunjuk dekat kawan. Confirm semua cakap cantik! Jurnal ni juga boleh jadi kenangan paling sweet bila korang baca balik nanti.

Aktiviti Cuti Sekolah Paling Best, Idea Fun & Powerful Untuk Masa Lapang!

3. Masak Menu Mudah Dengan Mak Ayah

Tahu tak korang boleh buat macam-macam, ini antara salah satunya.

Ads
  • Biskut cip coklat
  • Mini pizza roti
  • Ais krim homemade

Dah siap, boleh terus makan sambil tengok kartun. Heaven! Aktiviti dapur ni bukan je sedap, tapi buat cuti sekolah korang rasa extra special.

4. Belajar Satu Benda Baru

Ikut minat korang!

  • Belajar chord gitar
  • Belajar lukis watak kartun
  • Buat eksperimen sains mudah
  • Cuba belajar tarian TikTok

Asalkan fun dan bagi korang rasa hebat. Bila cuti sekolah panjang, inilah masa terbaik nak cuba benda baru tanpa stress.

Aktiviti Cuti Sekolah Paling Best, Idea Fun & Powerful Untuk Masa Lapang!

Ads

5. Main di Luar Rumah, Vitamin Mata!

Cuba aktiviti luar yang tak payah pergi jauh:

  • Bubble challenge
  • Mini race basikal
  • Belajar naikkan layang-layang
  • Buat mini camping depan rumah

Korang boleh ajak sepupu dan jiran. Lagi ramai lagi meriah! Aktiviti luar macam ni memang antara aktiviti cuti sekolah paling simple tapi paling menghiburkan.

6. Projek DIY Super Kreatif

Cuba benda simple tapi lawa:

  • Gelang manik
  • Bookmark comel
  • Frame gambar
  • Slime rainbow

Nanti boleh bagi hadiah dekat kawan atau simpan dalam bilik. DIY macam ni boleh buat masa cuti lebih bermakna.

Ads

7. Movie Day Ala Pawagam

Tutup lampu, pasang fairy light, buat popcorn sendiri dan pilih filem kartun paling korang suka. Macam tengok wayang tapi tak payah beratur! Ini antara aktiviti paling chill untuk cuti panjang.

Aktiviti Cuti Sekolah Paling Best, Idea Fun & Powerful Untuk Masa Lapang!

8. Treasure Hunt Dalam Rumah

Mak ayah sorokkan 10 barang kecil. Korang kena cari ikut clue. Siapa jumpa paling banyak, dialah pemenang Master Detective! Permainan ni memang sesuai untuk tambah thrill dalam aktiviti cuti sekolah korang.

9. Hari Sukan Mini

Buat game simple tapi kelakar tak kisah samada dengan kawan korang atau pun famili. Dua-dua pun best.

  • Lari dalam guni
  • Baling syiling dalam cawan
  • Balance belon atas sudu

Best untuk bakar tenaga sambil ketawa terbahak-bahak! Kadang-kadang game simple macam ni lah yang buat satu keluarga rapat.

10. Tulis Surat Pada Diri Sendiri Masa Depan

Tulis apa yang korang harap, apa impian korang, apa yang buat korang happy tahun ni. Simpan dalam kotak dan buka semula hujung tahun. Mesti touching! Ini juga cara paling meaningful untuk mengakhiri cuti.

Jadi, korang dah pilih nak buat yang mana dulu? Apa pun, pastikan cuti kali ni penuh dengan aktiviti cuti sekolah yang buat korang rasa bangga, seronok dan puas hati!

Bintang Kecil dah ada di SeeNI! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Cerita Best!

Si Kecil Amir & Kotak Pensil Ajaib!

Cerita kanak-kanak berkongsi tentang Amir dan kotak pensil ajaib yang mengajar nilai berkongsi, keberanian bercakap dengan sopan dan menjaga barang sendiri.