Ke mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi kan? Itulah perumpamaan yang paling sesuai untuk menggambarkan bakat seni anak-anak Lan Solo yang ‘menurun’ dari daddy mereka. Anak sulung dan anak bongsu Lan terutamanya dilihat sukakan tarian dan nyanyian.
Terbaharu, Lan Solo telah memuatnaik sebuah video anak keempatnya, Nur Amna Quzandra sedang menyanyi lagu berjudul Masing-Masing yang dipopularkan oleh Ernie Zakri.
Menurut Lan, anaknya itu yang mesra disapa sebagai Xandra sememangnya meminati lagu tersebut dan sudah beberapa kali membut permintaan untuk merekodnya. Kata bapa kepada empat orang cahaya mata ini, Xandra ada bertanya bila boleh buat rakaman seperti dirinya.
Ads
Tidak mahu menghampakan anaknya itu, Lan memberitahu kalau ada kerja di studio bolehlah mereka buat rakaman tersebut. Nak dijadikan cerita, suatu hari selepas balik dari sekolah Xandra melihat daddy bekerja di studio, jadi dia terus menuntut janji.
“Kebetulan daddy ada kerja kat studio, tersu dia request. Kena lah layankan.”
Nyanyian Xandra sememangnya sangat matang dan ‘feel’ jika nak ikutkan dengan usianya yang baru lima tahun. Lagi 10-15 tahun ni, dah boleh mula menyanyi secara profesional. Untung ada daddy boleh jadi tukang ajar, silap hari bulan boleh berduet sama nanti!
Bintang Kecil dah ada di SeeNI!
Download aplikasi
sekarang!
Menjelang Hari Raya Aidil Fitri yang bakal disambut oleh seluruh umat Islam beberapa hari sahaja lagi, Polis Diraja Malaysia (PDRM) meminta orang ramai agar tidak bermain mercun untuk mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku.
Menurut Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, aktiviti bermain mercun boleh mengakibatkan kecederaan serius, kebakaran serta gangguan ketenteraman awam.
Beliau turut mengingatkan orang ramai agar tidak main mercun tanpa kebenaran kerana itu merupakan satu kesalahan mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957.
“Pesalah boleh dikenakan hukuman penjara atau denda berat,” jelasnya.
Beliau turut menambah bahawa sepanjang tahun ini, terdapat dua kes kecederaan akibat bermain mercun membabitkan dua kanak-kanak di Kedah dan Kelantan.
Di Kedah, seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun mengalami kecederaan pada tangan dan muka selepas mercun bola yang dinyalakannya meletup sebelum sempat dibaling.
Di Kelantan pula, seorang remaja lelaki berusia 13 tahun putus tiga jari selepas mercun buatan sendiri yang digunakan meletup secara tiba-tiba.
“Kami bimbang kejadian seperti ini akan terus berulang, lebih-lebih lagi menjelang musim perayaan. Orang ramai, khususnya ibu bapa, perlu memantau aktiviti anak-anak dan menasihati mereka supaya tidak bermain mercun,” nasihatnya.
Katanya lagi, PDRM dan agensi keselamatan akan mempergiatkan kempen kesedaran bagi mendidik masyarakat mengenai bahaya bermain mercun.
“Kempen kesedaran perlu dianjurkan pada peringkat sekolah, masjid dan media sosial bagi menyampaikan mesej mengenai bahaya bermain mercun,” katanya.
Sumber: TV3
Bintang Kecil dah ada di SeeNI!
Download aplikasi
sekarang!
Korang tahu tak? Pasukan koir Les Chanteurs SKTTDI dari Sekolah Kebangsaan Taman Tun Dr Ismail (1) baru je buat kejutan besar! Mereka menang dua pingat emas dan satu perak dekat pertandingan Malaysian Choral Eisteddfod (MCE) 2025, International Choir Festival (ICF) yang berlangsung dari 5 hingga 9 November. Hebat kan!
Pasukan Les Chanteurs SKTTDI ni ada dua kumpulan iaitu Les Chanteurs Senior dan Les Chanteurs Junior. Dua-dua memang power sebab masing-masing ada gaya nyanyian tersendiri yang buat semua penonton terpukau!
Yang paling best, kumpulan Senior pertama kali masuk kategori Pop Vocal Ensemble (B5) dan terus dapat pingat emas! Walaupun bersaing dengan kumpulan koir lain yang lebih berpengalaman, mereka tetap beri persembahan yang gempak habis!
Seramai 19 murid berumur 10 hingga 12 tahun beraksi dengan dua lagu iaitu Rise Up dan Seindah Biasa, disusun khas oleh Wong Shen Vee. Memang padu suara mereka!
Bukan tu je, Les Chanteurs SKTTDI juga menang emas kedua untuk kategori Young Children (Championship) dengan lagu When You Believe dan Irama Warisan Kita. Persembahan ni diiringi oleh dua pemuzik hebat, Encik Mohd Fairuz Zamani dan Encik Hong Le yang main piano dengan penuh gaya.
Konduktor mereka, Encik Azahar Abdullah, kata kejayaan ni hasil kerja keras, disiplin dan semangat luar biasa semua ahli pasukan.
“Saya bangga sangat dengan anak-anak koir ni. Mereka bukan saja berbakat, tapi juga berusaha bersungguh-sungguh setiap masa. Semoga kejayaan ni jadi inspirasi untuk terus berjaya!” katanya dengan senyuman bangga.
Pasukan Les Chanteurs SKTTDI Junior pula, di bawah bimbingan Cik Rabi’atul Raba’ah Baharudin, menang pingat perak untuk kategori Young Children (Open). Tapi tunggu dulu, mereka juga dapat Anugerah Khas Juri sebab persembahan mereka paling kreatif dan penuh semangat Malaysia!
Mereka menyanyi dua lagu iaitu Ketipang Intan Payung (gubahan khas oleh Dr. Yusran Yusoff dari UPSI) dan I’ve Got Joy. Bila nyanyi, muka semua berseri-seri penuh semangat, memang nampak mereka enjoy atas pentas!
Kejayaan Les Chanteurs SKTTDI bukti yang umur muda bukan halangan untuk berjaya! Dengan latihan, kerjasama, dan semangat, apa-apa pun boleh dicapai.
Tahniah Les Chanteurs SKTTDI! Korang memang bintang yang bersinar di pentas dunia!
Kredit: Astro Awani
Bintang Kecil dah ada di SeeNI!
Download aplikasi
sekarang!
Pernah tak jadi macam ni? Lagu baru dengar sekali dua, terus boleh nyanyi. Siap hafal lirik dan nada tanpa perlu disuruh atau dipaksa.
Tapi bila masuk kelas Matematik, sifir pula asyik tertukar-tukar. Ada yang boleh jawab hari ini, esok terus lupa.
Ramai ibu bapa risau dan tertanya-tanya. Adakah anak malas? Atau memang lemah Matematik?
Sebenarnya, jawapannya lebih ringkas dan menenangkan. Ia bukan sebab tak pandai. Otak budak memang bekerja dengan cara yang berbeza apabila melibatkan lagu dan sifir.
Otak manusia secara semula jadi sangat sukakan bunyi dan irama. Sejak kecil lagi, bayi sudah boleh tenang bila dengar lagu atau bunyi berirama.
Bila budak dengar lagu, otak akan ikut rentak secara automatik tanpa perlu berfikir kuat. Bunyi yang berulang-ulang membantu maklumat melekat lebih lama dalam ingatan.
Sebab itu lagu senang dihafal walaupun hanya dengar secara santai. Otak tak rasa terpaksa, jadi proses belajar berlaku dengan lebih lembut.
Semasa mendengar lagu, banyak bahagian otak bekerja pada masa yang sama. Ada bahagian yang memproses bunyi, ada yang mengaitkan emosi, dan ada juga yang mengawal pergerakan badan seperti mengangguk atau menyanyi.
Bila banyak bahagian otak aktif bersama, memori yang terbentuk jadi lebih kuat dan tahan lama. Inilah sebab utama kenapa budak boleh hafal lagu dengan cepat dan konsisten.
Tanpa sedar, pembelajaran berlaku melalui pengalaman yang menyeronokkan.
Sifir pula berbeza. Ia melibatkan nombor, susunan, dan logik. Otak perlu fokus, memahami konsep, dan mengingat jawapan dalam masa yang sama.
Jika sifir hanya dibaca atau dihafal tanpa kefahaman, otak akan bekerja lebih keras. Apabila terlalu penat, ingatan jadi lemah dan mudah bercelaru.
Sebab itu ada budak nampak seperti susah hafal sifir, sedangkan sebenarnya mereka cuma perlukan kaedah pembelajaran yang lebih sesuai.
Emosi memainkan peranan besar dalam proses belajar. Lagu biasanya buat budak rasa gembira, santai dan terhibur.
Apabila emosi positif terlibat, otak lebih mudah menyimpan memori jangka panjang.
Sifir pula sering dikaitkan dengan tekanan, takut salah, atau dimarahi bila jawab salah. Emosi negatif ini menyebabkan otak menjadi defensif dan sukar menerima maklumat baru.
Sebab itulah sifir yang dinyanyikan jauh lebih mudah dihafal. Bila ada lagu dan rentak, sifir tidak lagi terasa seperti beban.
Otak menggunakan kaedah yang sama seperti menghafal lagu biasa. Tanpa sedar, budak boleh menyebut sifir dengan lancar walaupun tidak duduk menghafal lama.
Kaedah ini bukan sahaja membantu hafalan, tetapi juga meningkatkan keyakinan diri anak.
Ibu bapa memainkan peranan penting dalam membentuk pengalaman belajar yang positif. Elakkan memaksa atau membandingkan anak dengan orang lain.
Cuba jadikan sifir sebagai aktiviti santai seperti menyanyi bersama, bermain permainan nombor, atau ulang secara perlahan dalam suasana gembira.
Bila kaedah pembelajaran disesuaikan dengan cara otak berfungsi, belajar jadi lebih mudah, lebih berkesan dan lebih menyeronokkan.
Bintang Kecil dah ada di SeeNI!
Download aplikasi
sekarang!