Keletah comel anak-anak Dato’ Sri Siti Nurhaliza sering mendapat perhatian ramai. Kedua-dua beradik itu selalu mencuit hati peminat dengan aksi bersahaja dan comel. Baru-baru ini, Tokti ada memuatnaik sebuah video di akaun media sosialnya yang menunjukkan Aafiyah dan Afwa menjadi chef.
Di dalam video tersebut, Tokti memberitahu dia mempunyai dua orang chef dan bertanya tentang masakan mereka. Aafiyah kemudian memberitahu yang mereka berdua menyediakan roti bakar utuk ibu mereka.
Paling comel, Afwa hanya mengikut apa yang disebut kakaknya. Bagi menghargai usaha anak-anaknya, Tokti kemudiannya memuji roti bakar tersebut nampak sedap dan mengucapkan terima kasih kepada Aafiyah dan Afwa.
Ads
Ads
Sebenarnya sangat bagus apabila kanak-kanak bermain pretend play seperti ini kerana ia dapat merangsang daya imaginasi serta memantapkan skil bersosial mereka. Biarpun nampak remeh, tetapi galakan dari ibu ayah yang mendorong kreativiti anak ini sangat membantu perkembangan emosi mereka.
Pada ibu ayah mungkin pujian ringkas nampak remeh tetapi sebenarnya membei impak yang besar kepada anak-anak. Mereka akan lebih bersemangat dan sentiasa positif untuk terus menjadi kreatif pada masa akan datang.
Bintang Kecil dah ada di SeeNI!
Download aplikasi
sekarang!
Nak anak jadi lebih rajin memang cabaran, kan? Tapi jangan risau! Sebenarnya, ada cara kreatif yang boleh kita lakukan untuk galakkan mereka rajin tanpa paksaan. Yang penting, aktiviti ni seronok dan beri manfaat untuk perkembangan mereka. Jom kita cuba!
5 Tip Aktiviti
Beri Tugasan Harian Ringkas
Mulakan dengan tugasan kecil, seperti menyusun buku atau lipat baju. Anak akan rasa seronok bila dapat pujian selepas berjaya siapkan tugasan.
Sediakan Jadual Aktiviti yang Kreatif
Buat jadual harian yang menarik dengan warna-warna ceria. Ajak mereka tanda tugasan yang dah selesai—ini akan buat mereka lebih bersemangat.
Gunakan Sistem Ganjaran
Berikan ganjaran kecil, seperti pelekat bintang, bila anak rajin buat sesuatu. Lama-kelamaan, mereka akan ada motivasi dalaman untuk terus rajin.
Contohi Kerajinan Kita
Anak selalu meniru ibu bapa. Jadi, tunjukkan contoh dengan rajin mengemas atau memasak sambil ajak mereka turut serta.
Libatkan Aktiviti Seronok
Masukkan elemen permainan, seperti ‘siapa cepat habis lipat baju’. Aktiviti sebegini bukan saja menyeronokkan, tapi juga melatih mereka jadi rajin.
Rajin bukanlah sifat yang datang sendiri, tapi ia boleh dipupuk dari kecil. Dengan aktiviti yang menyeronokkan, anak-anak pasti lebih bersemangat untuk membantu dan menjadi lebih berdikari. Selamat mencuba, mak ayah!
Bintang Kecil dah ada di SeeNI!
Download aplikasi
sekarang!
Sudah pastinya setiap ibu bapa inginkan anak yang cemerlang dan mendapat semua subjek dengan keputusan straight A. Namun, hakikatnya, kecemerlangan itu haruslah seimbang dengan kemahiran diri anak.
Sebagaimana yang dipaparkan oleh ibu ini yang merasakan setiap ibu bapa perlu mendedahkan anak-anak dengan kemahiran diri. Ikuti perkongsian Dr Norzila Zakaria semoga bermanfaat bersama.
Hebatkah anda bila anak dapat straight A?
Anda mengaku ibu bapa hebat? Selagi tidak ajar anak 5 perkara ini kita tangguhkan dulu dari mengaku sebagai ibu bapa hebat.
Anda mengaku guru yang hebat? Selagi belum ajar anak murid 5 perkara ini, tangguhkan dulu mengaku sebagai guru yang hebat.
Anda mengaku sekolah anda hebat? Selagi pelajar di sekolah belum terbukti mempunyai 5 perkara ini tangguhkan dulu mengaku sekolah anda hebat.
Inilah kemahiran hidup: 1. kemahiran komunikasi yang berkesan 2. kemahiran membuat keputusan 3. Kemahiran menetapkan matlamat (goal setting) 4. Kemahiran menyelesaikan konflik 5. Kemahiran meminta bantuan
Sebenarnya semalam saya meneliti beberapa bahan bacaan dari internet dan merumuskan perkara di atas. Gimik je tajuk di atas ni. Tapi apa yang saya baca memang sangat bertepatan. .
Jika anak-anak kita tidak ada lima-lima kemahiran ini, kita kan lihat banyak masalah timbul. Sekarang zaman ‘texting’, kitasudah tidak berkomunikasi dengan baik. duduk dalam bilik bersebelahan pun main text saja, malas nak bercakap. Lama-lama tidak pandai bercakap dengan baik, sopan santun hilang, riak muka meraikan perasaan orang lain juga tiada.. . Itu lah padahnya bila selalu sangat guna emoji. Nak apply di muka sendiri dah tidak tahu. . Percayalah jika lima kemahiran ini kira ajarkan kepada anak-anak kita, dan anak-anak murid kita, jika mereka tercicir dalam pelajaran mereka tetap bijak mencari kehidupan, dapat berkomunikasi dengan baik dan mendapatkan pekerjaan yang sesuai. . Walau pintar dan hebat dalam pelajaran namun jika tiada 5 kemahiran ini, lihat sajalah bagaimana mereka tidak mampu berkomunikasi dengan baik ketika temuduga. . Pengalaman menemuduga pelajar untuk masuk ke universiti saja telah memberikan saya bukti bahawa ada pelajar yang sangat cemerlang akademik, namun tiada kebolehan berkomunikasi yang baik dan kurang 5 kemahiran hidup ini. . Mari kita sama-sama menjadikan kemahiran hidup sebagai agenda utama pendidikan anak-anak selain tuntutan pendidikan agama.
Bagi menyokong penganjuran Festival Budaya Malaysia (FBM) 2025, Grup Famili & Parenting Nu Ideaktiv Sdn Bhd iaitu Pa&Ma, Keluarga dan Bintang Kecil, tampil dengan pelbagai aktiviti berteraskan kebudayaan. Penganjuran ini bukan sekadar hiburan, tetapi platform untuk meraikan kepelbagaian tradisi serta menyalakan rasa bangga terhadap identiti bangsa.
Pada 13 September 2025, Himpunan Anak Budaya menjadi tarikan utama apabila 70 kanak-kanak berusia 4 hingga 12 tahun tampil anggun dalam busana tradisional. Mereka mewakili pelbagai kaum di Malaysia, menzahirkan keindahan budaya melalui pakaian yang penuh warna dan simbolik. Kehadiran anak-anak kecil ini membuktikan bahawa warisan bangsa terus hidup dan diwarisi sejak usia muda.
Pada hari yang sama, program Jom Mewarna Mega berlangsung dengan tema kebudayaan, melibatkan 70 peserta cilik berusia 5 hingga 12 tahun. Aktiviti ini memberi peluang kepada anak-anak untuk mengekspresikan kreativiti mereka, selain menyemai rasa cinta terhadap budaya melalui hasil lukisan yang penuh imaginasi dan warna-warni.
Keesokan harinya, 14 September, FBM 2025 dimeriahkan lagi dengan Himpunan Martial Art yang menyaksikan empat persatuan bergabung mempersembahkan seni mempertahankan diri.
Silat Seni Gayong Gelanggang Kumbang Hitam, A Team Martial Art Academy untuk Taekwando, Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia serta Raff Teras Muay Thai tampil dengan keunikan gerak masing-masing.
Lebih mengujakan, penonton turut disajikan dengan persembahan khas oleh bekas juara Hero Remaja 2017/2018, Alif Muhaimin, yang memukau dengan aksi Muay Thai.
Pada sebelah petang 14 September, pentas utama menyaksikan konsert akhir BK Fantastic X KEWPIE. Seramai 10 finalis cilik mempamerkan bakat luar biasa seperti tarian, nyanyian, bermain alat muzik tradisional hingga seni bercerita.
Persembahan hebat dan penuh tenaga para peserta telah diadili oleh selebriti terkenal,Mark Adam bersama Penolong Editor Pengurusan Grup Famili & Parenting, Shahir Rahim, dengan pengacaraan ceria Fiza Frizzy. Memang gamat!
Sorakan penonton memuncak apabila kumpulan Setia Kesuma dinobatkan sebagai Juara dengan tarian Melayu kontemporari, membawa pulang wang tunai RM400, produk KEWPIE dan hamper istimewa dari Bintang Kecil.
Gelaran Naib Juara pula menjadi milik Forces Crew dengan persembahan Aerodanze yang mengagumkan, disertai hadiah wang tunai RM300, produk KEWPIE dan hamper istimewa dari Bintang Kecil.
Di tempat ketiga, Beby El berjaya mencuri perhatian dengan tarian Bollywood penuh bertenaga, membawa pulang wang tunai RM300, produk KEWPIE dan hamper istimewa dari Bintang Kecil.
Tempat keempat pula disandang Auni Humaira dengan tarian Sewang manakala Hafiya Dayani meraih tempat kelima dengan persembahan bercerita. Kedua-dua mereka menerima wang tunai RM100, produk KEWPIE dan hamper istimewa dari Bintang Kecil.
Lima pemenang saguhati turut diraikan iaitu Jeanette Lim, Ifra Mikayla, Aduqa & Iris, Kumpulan Akasia dan Dewi Qaseh. Mereka masing-masing membawa pulang wang tunai RM50, produk KEWPIE serta hamper istimewa dari Bintang Kecil sebagai penghargaan bakat dan usaha yang ditonjolkan.
Selain persembahan, KEWPIE turut menyerikan festival tersebut dengan Egg Sandwich Class sepanjang lima hari berlangsung. Pengunjung bukan sahaja dapat belajar menyediakan sandwic telur yang sihat, malah membawa pulang produk KEWPIE.
Lebih menarik, slot Shake Cup Salad bersama finalis BK Fantastic X KEWPIE dan Fiza Frizzy menjadikan sesi ini lebih interaktif serta menyeronokkan untuk seisi keluarga.
FBM 2025 membuktikan bahawa budaya boleh diraikan dengan pelbagai cara iaitu melalui pakaian, seni, makanan, mahupun kreativiti kanak-kanak. Semoga acara hebat sebegini terus menjadi platform untuk merapatkan masyarakat, membuka mata rakyat Malaysia terhadap keunikan etnik, serta menyemarakkan rasa cinta kepada kepelbagaian budaya tanah air.
Bintang Kecil dah ada di SeeNI!
Download aplikasi
sekarang!